Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini merupakan minggu kelima bagi saya mencatatkan serta berkongsi pengalaman hasil daripada pembelajaran. Ini juga bermakna catatan ini merupakan tugasan individu terakhir saya seperti rakan-rakan yang lain. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Zamri yang telah banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada kami bagi menghadapi dunia penuh cabaran pada masa kini. Di harap, pada masa akan datang, saya diberi kesempatan lagi untuk mengikuti pembelajaran bersama Dr. Pada minggu ini, kami telah diterangkan dengan dua teori iaitu Teori Asas Adaptasi dan Teori Proses Berlawanan Solomon.
Teori Asas Adaptasi
Teori Asas Adaptasi ialah kita bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan berdasarkan aras adaptasi semasa kita. Aras adapatasi seseorang tidak sama dan sentiasa berubah bergantung kepada keadaan. Aras adapatasi ialah aras dimana keadaan bunyi yang kita dengar tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Dalam maksud yang lain, bunyi tersebut tidak mengganggu kita. Aras adaptasi seseorang akan meningkat dan menurun apabila individu terbabit mendengar bunyi yang kuat dan perlahan dalam jangka masa yang lama. Teori aras adaptasi juga menyatakan jika kita gembira dengan apa yang kita ada sekarang seperti mendapat keputusan yang cemerlang,menjadi pelajar yang cemerlang,mendapat kehidupan yang bertaraf tinggi,mendapat pekerjaan yang baik, memiliki badan yang sihat dan sebagainya. Namun kegembiraan kita tidak akan bertahan lama sehingga kita mendapat benda yang lebih baik dari sebelumnya. Aras adaptasi dalam badan kita sentiasa berada pada titik neutral dimana kegembiraan akan hadir apabila kita melakukan perkara yang lebih baik dari yang sebelumnya. Disini suka saya menceritakan pengalaman yang saya alami. Kawasan halaman rumah saya dahulu sangatlah aman. Boleh dikatakan setiap hari saya tidur dalam keadaan aman dan tenteram, sehinggalah pada suatu masa terdapat sekumpulan anjing yang berkeliaran dan membuat bunyi bising disepanjang malam. Boleh dikatakan setiap malam anjing-anjing ini berkeliaran dan membuat bising. Saya sangat tertekan dan marah akibat terganggu dengan bunyi bising itu. Sehinggalah beberapa hari, akhirnya saya dapat menerima bunyi bising itu dengan hati yang terbuka. Hal ini menunjukkan teori adapatasi saya telah meningkat mengikut bunyi yang didengari.
Teori Proses Berlawanan Solomon
Teori Proses Berlawanan Solomon ialah hasil ubahsuaian daripada teori aras adaptasi. Teori ini diketengahkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk menerangkan tingkah laku ketagihan dadah. Oleh itu, teori ini diberi nama teori proses berlawanan Solomon. Teori ini menjelaskan setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Teori ini juga menjelaskan bahawa emosi adalah "berpasangan". Hal ini kerana apabila satu emosi dialami, "pasangan"nya akan di "tahan" juga. Terdapat dua keadaan dalam teori proses berlawanan Solomon, iaitu keadaan awal ( primary state ) dan keadaan berlawanan ( opponent state ). Situasi ini dapat dijelaskan apabila keadaan awal dihasilkan, kemudian keadaan ini akan mencetuskan keadaan emosi yang berlawanan. Peringkat awal iaitu keadaan awal tidak dapat dipelajari, kerana emosi ini adalah tindak balas automatik. Manakala peringkat berlawanan iaitu emosi yang berlawanan akan bermula selepas emosi dalam keadaan atau peringkat awal bermula. Emosi yang berlawanan ini berterusan lebih lama. Emosi ini akan menjadi semakin kuat jika diulangi manakala emosi dalam keadaan awal menjadi semakin lemah. Antara pengalaman saya yang berkaitan dengan teori ini adalah di zaman sekolah rendah, saya sangat takutkan air. Ini kerana pernah suatu ketika semasa berenang disebuah kolam renang, tiba-tiba saya hampir lemas disebabkan saya tidak sedar bahawa keadaan di kawasan tengah lebih dalam berbanding kedalaman dibahagian tepi yang sedikit cetek, mujur sempat saya berpaut pada anak tangga kolam berkeanaan. Sejak itu saya tidak lagi berenang hingga saya ditawarkan masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan sains laut. Dalam jurusan ini saya diajar cara-cara berenang dengan betul. Kini,saya mampu berenang dengan baik dan menjadi salah satu hobi saya dimasa lapang. Jadi teori ini dapat kita lihat berlawanan dengan perasan kita sebelum ini iaitu daripada ketakutan ke keseronokan.
Contoh yang lain yang diajar semasa kuliah ialah ketagihan dadah. Ketagihan dadah berlaku kerana ada pasangan emosi keseronokan dan " kesakitan". Emosi keseronokan dialami apabila mendapat dadah untuk memuaskan nafsu mereka. Manakala "kesakitan" dialami apabila berhenti menagih dadah dan tidak mendapat dadah. Pada mulanya, penagih dadah akan mengalami aras keseronokan yang tinggi dan aras " kesakitan" yang rendah. Selepas beberapa lama atau satu tempoh yang lama, apabila aras keseronokan dan dadah yang diambil menurun, aras " kesakitan" kerana tidak mengambil dadah akan meningkat. Akibatnya ,penagih akan terus mengambil dadah walaupun tidak mendapat keseronokan daripadanya.
No comments:
Post a Comment