Friday, 28 January 2011

A133718 Izzati Liyana bt Mohd Rahim Tajuk 5 Teori Asas Adaptasi dan Teori Asas Berlawanan Solomon

Assalamualaikum ,

Emosi adalah satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi ,diri dan psikologi .Setiap manusia mempunyai emosi mereka sendiri tidak kira emosi yang bersifat positif mahupun emosi yang bersifat negatif .Jurnal pada kali ini adalah mengenai teori-teori asas emosi yang terdiri daripada teori asas adaptasi dan teori asas berlawanan solomon .

Bagi teori asas adaptasi ,konsep asas adalah tindak balas terhadap sesuatu rangsangan berdasarkan asas adaptasi semasa kita .Penilaian kita terhadap sesuatu situasi adalah disebabkan berlakunya pengalaman emosi .Daripada pengalaman kita sendiri ,kita dapat mengukur atau mengenal pasti tahap adaptasi emosi kita sendiri .Sebagai contoh ,nada suara yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan telah menunjukkan suara seseorang itu yang mempunyai asas adaptasi yang stabil manakala bagi suara seseorang yang terlalu kuat nadanya ,asas adaptasinya akan meningkat dan begitu juga sebaliknya .Bagi contoh yang lain pula adalah Siti yang telah berturut-turut mendapat keputusan CGPA yang sama iaitu 3.33 pada semester satu dan semester 2 tahun yang pertama .Dia berasa sangat gembira .Walaubagaimanapun ,dia yang agak tidak berpuas hati dengan keputusannya itu telah nekad untuk meningkatkan lagi keputusan CGPA pada semester yang akan datang .Dia telah belajar brsungguh-sungguh dan rajin dalam mengulangkaji pelajaran .Dia ingin mencapai sasaran keputusannya iaitu dengan mendapat pointer 3.70 dan ke atas .Berkat usaha gigih dia dalam mengulangkaji pelajaran telah menyebabkan dia mendapat pointer yang dikehendakinya .Dia telah mendapat 3.82 dalam peperiksaan semester 3 yang lepas .Dia berasa sangat gembira kerana segala usaha dia selama ini telah membuahkan hasil yang baik .Berdasarkan kepada contoh diatas ,ini menunjukkan bahawa kadar asas adaptasi Siti berubah daripada asas adaptasi biasa iaitu sewaktu dia mendapat pointer 3.33 dengan berturut-turut kepada asas adaptasi yang meningkat iaitu ketika dia telah berjaya mencapai sasarannya yang dikehendaki olehnya selama ini .Selain itu juga ,asas adaptasi ini bermula daripada titik neutral yang datang daripada dalam diri seseorang itu seperti seseorang yang gembira apabila berlakunya sesuatu peristiwa yang baik dalam kehidupannya .

Bagi teori yang kedua pula adalah teori asas berlawanan solomon yang diperolehi oleh Richard Solomon ,1980 .Richard telah menerangkan tentang tingkah laku ketagihan dadah .Teori ini menerangkan tentang emosi yang bergerak ke arah titik neutral ,bukan sahaja untuk jangka masa panjang tetapi juga untuk jangka masa pendek .Setiap emosi yang terlibat akan mengakibatkan terjadinya emosi yang berlawanan .Emosi adalah berpasangan dan apabila seseorang itu mengalami sesuatu emosi ,'pasangan' emosi itu dipendamkan .Situasi ini terjadi dalam dua keadaan iaitu keadaan awal dan keadaan berlawanan .Bagi keadaan awal ,ia tidak dipelajari dan tindak balas hanya berlaku secara automatik manakala bagi keadaan berlawanan pula adalah ia secara terusan yang lebih lama dan ia akan bermula setelah emosi keadaan awal bermula .Sebagai contoh ,Susan yang telah medapat hadiah cabutan bertuah iaitu wang tunai yang bernilai RM1000 .Dia berasa sangat gembira .Dengan wang sebanyak itu ,dia telah membelanjakan hampir semua wang tersebut dengan membeli-belah di kedai-kedai yang berjenama dan mahal .Susan seorang yang sangat boros dan suka membeli-belah .Akhirnya ,wang yang dimilikinya itu sudah habis digunakan untuk membeli-belah .Oleh sebab dia terlalu sibuk membeli-belah barang-barang yang diminati ,dia telah terlupa untuk menyelesaikan bil-bil yang telah tertunggak .Kini ,Susan sudah tidak mempunyai wang lagi dan mulai daripada sekarang dia terpaksa bekerja lebih masa untuk mencari wang lagi .Dia menyesal atas perbuatannya itu dan nekad untuk tidak bersikap boros lagi .Peristiwa ini menunjukkan kepada situasi keadaan awal dan keadaan berlawanan .Keadaan awal adalah emosi gembira Susan apabila dia telah menang cabutan bertuah dan mendapat hadiah wang tunai yang bernilai RM 1000 manakala keadaan berlawanan pula adalah sewaktu Susan sedih dan menyesal atas perbuatannya kerana telah menghabiskan semua wangnya tanpa memikirkan keperluan yang lain .

Kesimpulannya ,emosi terdapat dalam dua teori ,iaitu teori asas adaptasi dan teori asas berlawanan solomon .

Sekian ,terima kasih .



No comments:

Post a Comment