A132153 Md iqbal bin Mohd Noor Assalamualaikum pembuka bicara. Seperti minggu-minggu sebelumnya, pada minggu ini saya akan menulis sedikit coretan dan sorotan tentang apa yang dipelajari pada minggu keeempat. Pada minggu lepas saya datang ke kelas agak lewat sedikit kerana terpaksa menyiapkan satu kerja subjek pada masa itu. Namun saya bersyukur dapat mengikuti kelas itu dengan baik tambahan Dr.Zamri pandai menarik perhatian kami dengan memasang pelbagai video ketika di kuliah. Tajuk pembelajaran pada minggu ini ialah emosi negatif. Emosi negatif termasuklah takut,malu,sedih dan marah. Semua orang mempunyai emosi negatif. Hal ini telah menjadi fitrah kepada semua manusia. Takut ialah tindak balas emosi terhadap situasi bahaya,berkaitan dengan emosi bimbang. Emosi takut akan wujud secara tidak disedari dan tidak dapat diukur. Takut juga adalah mekanisma untuk kelangsungan hidup dan berlaku bila ada situasi negative. Antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan ketakutan termasuklah kejadian yang memberikan kesan trauma,contohnya ialah jatuh dalam perigi menyebabkan seseorang mengalami claustrophobia ( takut kepada ruang tertutup) atau hydrophobia (takut pada air). Kesan trauma akan memberikan kesan negatif terhadap kehidupan individu tersebut dan menyebabkan dia sukar melupakan kejadian tersebut.Perkara atau konsep yang abstrak seperti takut hilang pengaruh ,takutkan kritikan,takut diejek oleh masyarakat dan sebagainya. Hilang keyakinan untuk menghadapi situasi yang bakal berlaku seperti menghadapi kuiz, peperiksaan , pertandingan,persembahan dan lain-lain. Berkaitan dengan hal ini saya masih teingat pada satu masa dulu saya sangat takut menghadapi situasi dimana saya perlu becakap di depan audiens. Saya mudah hilang keyakinan diri, mungkin sampai sekarang pun. Pada satu masa dulu ketika bersekolah, saya telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengerusi serta megguruskan satu program yang dinamakan rehlah. Ini merupakan kali pertama saya menjadi ketua untuk satu program yang melibatkan ramai orang. Saya berasa begitu perit untuk menghadapi situasi tersebut dimana pelbagai masalah terpaksa saya hadapi sebagai seorang pengerusi. Pada peringkat akhir sebelum kem tersebut, saya dikehendaki kehadapan untuk memberitahu sedikit taklimat dan bicara tentang aktiviti yang dijalankan. Saya berasa amat berdebar dan bimbang, takutkan kritikan dan diejek oleh kawan-kawan. Namun demikian, saya bersyukur kerana dapat meghabiskan ucapan degan baik malahan aktiviti yang saya uruskan tersebut merupakan aktiviti yang paling menjadi ketika saya berada di tingkatan 6. Terdapat beberapa ekspresi muka apabila seseorang mengalami emosi takut iaitu mata terbuka luas (menjangka apa yang bakal berlaku), anak mata berkedip, bibir atas naik , kening ke dalam dan bibir dipanjangkan. Terdapat beberapa tahap-tahap emosi. Contohnya manusia akan lari apabila dikejar anjing. Manusia senang terpengaruh oleh rasa takut telah menyebabkan mereka menuruti kehendak orang lain tanpa terfikir tentang keselamatan diri. Takut juga akan menyebabkan seseorang menjadi ganas dan mengakibatkan kematian. Hal ini merupakan reaksi instintif iaitu perkara yang dirancang secara tidak sedar. Bulu roma seseorang juga akan dipanjangkan apabila takut. Emosi negatif yang kedua ialah malu. Malu akan dirasai apabila melakukan sesuatu yang tidak diterima dalam pekerjaan atau masyarakat. Biasanya emosi malu akan melibatkan air muka atau maruah bergantung kepada situasi yang dialami. Namun, perasaan malu ini hanya akan dirasai oleh sendiri dan tidak akan diketahui oleh orang lain. Emosi malu juga boleh disebabkan melakukan sesuatu yang secara sosialnya tidak diterima walaupun tidak salah di segi moral dan dosa di segi agama. Contohnya adalah tersilap melanggar orang, memakai jam rosak dan lain-lain. Ketika khusyuk mengikuti pembelajaran Dr. Zamri, saya terkenang kembali satu peristiwa yang agak lucu tentang diri saya pada masa lalu. Saya merupakan seorang yang agak berjimat sedikt dalam membeli sesuatu perkara. Saya suka memakai jam kerana bagi saya ianya dapat memberi kita kelihatan lebih bergaya. Namun pada masa itu jam tangan saya telah rosak, saya malas untuk membeli yang baru kerana bagi saya orang takkan tahu jam saya telah rosak. Saya terus memakai jam itu dan berlakon konon-kononya jam tersebut berfungsi seperti biasa. Pada suatu hari, saya telah ditanya oleh seorang guru pukul berapa pada masa itu kerana cikhgu tersebut mempunya hal yang penting pada masa yang telah dirancangnya. Saya dengan tebal muka penuh persaan malu memberitahu jam tersebut sebenarnya rosak kepada cikgu. Begitula sedikit kisah tentang hidup saya yang berkaitan dengan malu. Perasaan malu dibahagikan kepada dua kategori iaitu personal dan professional. Malu yang bersifat personal berlaku apabila perhatian orang lain bertumpu kepada hal-hal peribadi seperti kesilapan diri kita dan sebagainya. Kesilapan diri adalah seperti memakai selipar yang berlainan pasangan. Namun ,perasaan malu yang bersifat personal juga boleh berlaku disebabkan oleh tindakan kita seperti didapati berbohong,buat kesilapan dan sebagainya. Biasanya perasaan ini diikuti dengan tanda-tanda seperti tersipu-sipu,berpeluh, gementar,tergagap-gagap dan gelisah. Kadang-kala , individu yang malu itu cuba menyembunyikan rasa malu dengan berpura-pura senyum. Manakala, malu yang bersifat professional atau rasmi pula melibatkan urusan yang berkaitan dengan perkerjaan. Contoh adalah seperti kemudahan,perbelanjaan dan kehidupan nyawa dan sebagainya. Malu professional juga boleh dikaitkan dengan dasar kerjaya yang gagal, pendedahan salah guna kuasa,tindakan yang melanggar etika,selebriti yang menghadapi tindakan undang-undang dan sebagainya. Contohnya ialah artis-artis yang disyaki menghisap dadah dan terlibat dalam kes langgar lari. Emosi negatif seterusnya adalah emosi sedih. Sedih merupakan perasaan yang paling menderita dan sukar diterima antara emosi-emosi negatif. Perasaan sedih menggambarkan perasaan kerugian dan kehilangan. Jika serius akan membawa kemurungan kepada individu tersebut dan memerlukan rawatan intervensi daripada pakar berkaitan. Jika rawatan tidak diberikan dan kemurungan berterusan akan membawa kesan-kesan negatif kepada individu tersebut. Apabila sedih,seseorang itu akan menjadi pendiam,tidak bersemangat dan suka mengasingkan diri. Individu tersebut juga akan tiada keinginan untuk berjumpa dan bersosial dengan orang lain. Antara tanda-tanda kesedihan adalah muka tunduk,badan condong ke depan,bibir ke dalam,fizikal yang lemah dan pergerakan yang perlahan. Selain itu,orang yang sedih juga akan memproses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang ketepatan berbanding dengan orang yang gembira. Orang yang sedih memerlukan sumber kognitif yang lebih untuk memproses maklumat dengan tepat berbanding dengan orang yang gembira. Orang yang sentiasa gembira mempunyai sifat penyayang dan senang bersosial dengan orang lain. Manakala ,orang yang sedih pula tiada bersemaya dan lemah untuk melakukan sesuatu. Antara sebab-sebab yang menyebabkan seseorang sedih adalah kehilangan orang tersayang, menghadapi tekanan yang membebankan,masalah kewangan,masalah keluarga,gagal dalam percintaan dan sebagainya. Saya masih ingat akn pelbagai masalah yang dihapai oleh keluarga pada semester lepas. Saya berasa amat sedih ketika itu. Abang saya terlantar sakit dihospital dan keluarga kami perlu membelanjakaqn wang yang banyak bagi menampung kos ubatan abang serta pembedahanya. Abang saya sakit teruk sehingga saya dan keluarga akan menangis-nangis apabila melihatnya mengerang kesakitan. Malahan pada masa itu keluarga kami juga mempunyai masalah lain. Saya bersa amart tertekan dan tidak bersemangat untuk meneruskan pelajaran. Individu yang sedih dan kemurungan memerlukan masa untuk memulihkan dan jangka masa bergantung kepada tahap kesedihan dan ketabahan seseorang. Akhir sekali ialah emosi marah.Marah adalah tindak balas emosi terhadap kesakitan,perspepsi adanya penderitaan ,ketegangan atau ancaman. Marah boleh diekspresikan secara aktif atau pasif. Marah secara aktif boleh dikaitkan dengan serangan secara verbal atau fizikal. Marah secara aktif ini akan mengakibatkan pergaduhan. Manakala marah secara pasif pula tidak melibatkan serangan fizikal dan tidak menunjukkan secara terus-terang. Malah ,ia sering ditandai dengan merajuk,diam,perilaku pasif-agresif,permusuhan dan ketegangan. Terdapat beberapa sebab-sebab menyebabkan kemarahan dialami oleh seseorang. Antaranya termasuklah hasil daripada rasa simpati. Contohnya ialah marah jika orang lain dizalimi. Kemarahan bertambah apabila didapati bahawa tindakan yang menyebabkan kematian atau penderitaan adalah sengaja. Emosi marah juga dihasilkan oleh amygdala iaitu kenal pasti ancaman dan bertindak balas dengan memulakan tindakan dalam badan. Amygdala bertindak terlalu cepat dan mengakibatkan beberapa ekpresi muka berlaku. Apabila seseorang marah, kadar denyutan jantung bertambah,kadar tekanan darah meningkat , tahap pernafasan juga meningkat dan muka menjadi kemerahan. Kemarahan selalunya disebabkan tindakan-tindakan yang menyebabkan kita sakit hati. Contohnya ialah hati dilukai apabila orang lain bercakap kasar dan tidak bersopan dengan kita. Kemarahan sukar dikawal dalam masa yang singkat dan memerlukan masa untuk mencapai ketenangan. Apabila menghadapi situasi yang menyebabkan kemarahan, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan. Iaitu mengakui hakikat bahawa kita berada dalam keadaan marah,menilai samada situasi ini sesuai untuk kita meluahkan kemarahan atau tidak,Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung. Kesimpulanya, setiap manusia mempunyai pelbagai emosi negatif. Kita tidak dapat lari dari kenyataan tersebut. Namu demikian, setiap emosi negative berkenaan sebenarnya dapat ditangani dengan baik jika kita mengambil tindakan yang sepatutnya. Saya berasa amat bersyukur dan gembira ditakdirkan mengikuti kelas pengurusan emosi ini kerana banyak perkara yang telah saya pelajari untuk menghadapi liku-liku kehidupan pada masa yang teru berputar ibarat roda ini. Sekian sahaja untuk minggu ini, InsyaAllah, pada minggu hadapan saya akan mencatat dan mencoret sedikit tulisan yang akan dikongsi bersama dengan teman-teman seperjuangan sekalian. |
Sunday, 23 January 2011
A132153 Md Iqbal bin Mohd Noor Tajuk 4 Emosi negatif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment