Sunday, 23 January 2011

A128657 SUJAIHAH YUSUF TAJUK 4 EMOSI NEGATIF


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi. Untuk pengetahuan semua, ini adalah coretan saya yang keempat. Wah, sekejap je rasanya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik sudah lima minggu perkuliahan dijalankan. Rasanya, baru sahaja saya menulis entri yang pertama. Minggu ini kami belajar tentang emosi negatif  iaitu takut, malu, sedih dan marah.  Kesemua emosi ini ada dalam diri setiap manusia tidak kira berbeza jantina cuma untuk mengekspresikan emosi-emosi itu mungkin ada perbezaan bagi setiap orang.  Emosi negatif adalah pembunuh jiwa. membantutkan kecemerlangan diri dan memusnahkan kebahagiaan. Andai diri sentiasa dibelenggu oleh emosi negatif maka perkara yang difikirkan ketika itu akan berterusan berkunjung dalam kehidupan kita. Emosi, jelas suatu yang mendatangkan padah jika kita tidak tahu cara mengendalikannya. Oleh itu, kita perlu sentiasa bertenang dan mampu untuk tidak beremosi negative dan cuba mencantas emosi negatif setiap kali ia  bertandang dalam minda kita, maka kita mampu memiliki kekuatan dalaman yang tinggi untuk kekal tenang.

Contohnya, perasaan takut, ada orang yang takut kepada ketinggian, ada yang takut kepada binatang berbisa dan ada juga yang takut kepada tempat gelap. Dari apa yang telah saya pelajari di dalam kuliah, takut ialah satu emosi terhadap situasi bahaya yang berkait dengan emosi bimbang, mekanisme untuk kelangsungan hidup berlaku bila ada sesuatu yang negatif. Perasaan takut terjadi apabila seseorang mengalami  kesan daripada trauma seperti mengalami  Claustrophobia iaitu trauma pada ruang yang tertutup seperti takut untuk menggunakan lif.  Tetapi, ketakutan tersebut boleh dilawan asalkan yakin pada diri sendiri. Lama kelamaan perasaan takut akan hilang dan mungkin boleh menjadi satu keseronokan pada diri. Sebagaimana kita tahu, Dato' Sheikh Muzaffar  sebenarnya takut pada ketinggian, tapi kerana mahu mencapai cita-cita sebagai angkasawan, akhirnya ketakutan pada ketinggian bukan lagi penghalang baginya. Selain itu, takut dari konsep abstrak pula ialah seseorang itu takut hilang pengaruh serta takut diejek oleh masyarakat.Teringat pula saya kepada kawan baik saya semasa tingkatan empat dahulu iaitu Aliya. Aliya seorang yang sangat takut kepada katak. Yelah, saya pun geli jugak bila tengok katak yang berkerutu tu.hehehe..Berbalik kepada cerita Aliya, kami mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Muda di Air Terjun Sekayu. Biasala, setiap kali program mesti kami akan berdepan dengan LDK. Seperti biasa kami diberikan rehat selama lima minit, Aliya mengajak saya ke tandas. Tiba-tiba ketika berada dalam tandas, Aliya menjerit ketakutan. Rupa-rupanya katak berada dalam tandas. Aliya takut untuk membuka pintu tandas kerana takut katak itu melompat ke arahnya. Disebabkan terlalu takut kepada katak, dia terus menangis ketakutan. Lama juga dia berada dalam tandas. Selapas saya memujuknya dan meyakinkannya bahawa katak itu tidak akan mengapa-apakannya, barulah dia keluar. Pucat juga mukanya dek  terlalu takut kepada katak. Disebabkann kejadian itu, kami terlepas LDK yang seterusnya. Walaupun bagi sesetengah orang, apalah sangat dengan katak tu, tapi  bagi sesetengah orang itulah yang menjadi ketakutannya

Seterusnya, kami  belajar tentang emosi malu. Setiap orang pasti mempunyai perasaan malu. Malu ialah apabila kita melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat, apatah lagi diri sendiri. Contohnya, memakai baju terbalik dan tersilap memakai kasut. Malu boleh dikategorikan kepada:

1.      Personal- perbuatan di luar pekerjaan iaitu malu apabila perhatian orang lain tertumpu kepada  hal peribadi

2.      Professional- perbuatan dalam pekerjaan, seperti selebriti yang manghadapi tindakan undang-  undang.

Saya adalah salah seorang penggemar cerita Korea. Salah satu cerita kegemaran saya ialah Witch. Yoo Hee adalah watak utama dimana dia telah keluar makan bersama pasangan lelakinya di sebuah restoran. Ketika mereka asyik menjamu selera, Yoo Hee tiba-tiba  terkentut. Betapa malunya dia pada masa itu, mukanya turut berubah menjadi kemerah-merahan  akibat terlalu malu.

Selain emosi takut dan malu, kami juga telah mempelajari emosi marah. Marah pula ialah satu tindak balas emosi terhadap kesakitan, persepsi adanya penderitaan ancaman mungkin benar. Kemudian ia diekspresikan dengan tindakan samada aktif ataupun pasif.Saya juga tidak terlepas dari perasaan marah dan mempunyai pengalaman apabila berdepan degan emosi marah. Kisahnya bermula apabila saya dan abang serta adik saya telah pergi ke sebuah restoran yang terletak di Shah Alam. Seperti biasa, kami memesan makanan dan minuman untuk mengenyangkan perut. Restoran itu selalu dipenuhi dengan pelanggan. Agak lama juga kami menunggu makanan kami. Namun, kami tetap bersabar, Akhirnya makanan kami sampai. Tiba-tiba semasa pelayan hendak meletak air di atas meja, air yang dipegangnya tertumpah lalu terkena baju saya. Habis basah kuyup baju saya. Naik angin juga saya dibuatnya.  Nak ditambahkan cerita, pelayan restoran  juga telah menghantar makanan yang salah kepada kami. Lain yang dipesan lain pula yang dihantar. Apalagi, kami sudah tidak dapat bersabar, kami terus meninggalkan restoran tersebut tanpa membayar satu sen pun. Apa tidaknya, memang  terang terang salah pelayan restoran itu. Selapas kejadian itu, kami tidak lagi makan di restoran tersebut. Geram juga apabila mengingatkan peristiwa itu. Kemarahan juga terjadi hasil daripada rasa simpati dengan keadaan sekeliling kita seperti kita akan merasa marah apabila orang yang tidak bertanggungjawab membuang bayi yang baru lahir di tempat pelupusan sampah, di dalam mangkuk tandas, dalam longkang dan sebagainya.

Seronok pula saya bercerita ye. Hehe.. Seterusnya kami beralih kepada emosi sedih. Sedih ialah satu perasaan kerugian, kehilangan yang membawa kepada kemurungan dan perlukan intervensi daripada pakar jika sudah menjadi serius. Akibat daripada perasaan sedih, seseorang boleh berubah menjadi pendiam, tidak bersemangat dan suka mengasingkan diri daripada masyarakat. Bukan itu sahaja, apabiala kita berada dalam keadaan sedih, proses maklumat akan bertindak perlahan. Orang yang mengulangkaji pelajaran apabila berada dalam keadaan sedih tidak dapat menumpukan sepenuhnya pada pelajarannya. Ia memerlukan proses kognitif yang lebih untuk memproses maklumat dengan tepat.  Hasil dari kajian yang telah dijalankan oleh Keltner 1997, orang yang berada dalam keadaan sedih, mereka akan menjadi lemah serta tidak bermaya, manakala orang yang sedang bergembira pula akan menjadi seorang yang penyayang. Bagi orang yang sedang marah akan menunjukkan kuasanya menyebabkan orang lain akan tunduk kepadanya.     

Sebenarnya  sesuatu emosi dapat dirasai mengikut cara kita melihat sesuatu perkara. Kadangkala sesuatu perkara dipandang dengan cara serong atau tidak tepat dan dengan itu akan menghasilkan emosi yang negatif.  Selain daripada itu manusia lebih suka melihat bahagian yang negatif berbanding positif.  Tabiat ini harus dikikis kerana  ia akan memakan diri sendiri.  Apa yang penting adalah dengan memberi peluang kepada diri untuk memahami orang lain dengan lebih baik walaupun kita mempunyai perasaan negatif terhadapnya.

 

 

 


No comments:

Post a Comment