Friday, 1 October 2010

A123875 Nurul LJ10

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedar tidak sedar, minggu ini adalah minggu ke-12 aku berada di UKM untuk semester 1 ini.  Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang waktu ini.  Minggu lepas, aku mendapat berita bahawa ibu kepada kawanku telah meninggal dunia, kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal yang mengakibatkan kehilangan dua nyawa.  Jika perkara ini terjadi kepada diriku, aku pasti tidak dapat menerima kenyataan itu.  Namun, kawanku itu menerima segalanya dengan hati yang redha.  Dapat di lihat di sini, kawanku itu boleh mengawal emosinya dan membolehkan dia meneruskan kehidupannya dengan azam yang baru.  Di situlah terletaknya kebijaksanaan emosi dalam mendorong kepada tingkahlaku seseorang.   Dan perkara ini dapat aku kaitkan dengan tajuk kuliah yang aku pelajari pada minggu ini, iaitu Kebijaksaan Emosi.  Iaitu, bagaimana emosi boleh memberi impak kepada kehidupan seseorang. 

Pengurusan emosi merujuk kepada cara seseorang individu mengurus dan mempengaruhi perasaan mereka sendiri, juga, bagaimana mereka mempengaruhi orang lain.  Banyak yang aku pelajari tentang ilmu emosi di dalam kuliah ini.  Dan aku amat berharap aku dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharianku.  Kita dapat mengenalpasti emosi seseorang melalui perubahan mimik muka dan intonasi suara.  Sifat emosi boleh berubah-ubah mengikut situasi.  Mengikut Adaptation Level Theory, emosi boleh berubah dengan cepat.  Sebagai contoh, seseorang yang  amat menyukai lukisan, pergi ke satu pameran lukisan antarabangsa.  Dia merasa amat gembira kerana dia berbuat sesuatu perkara yang memang menjadi kesukaannya.  Kemudian, dia kehilangan dompetnya.  Dia merasa amat sedih.  Di sini, kita dapat lihat perubahan emosi oleh individu itu yang mana ia adalah bergantung kepada situasi yang di alami.

Emosi boleh menjadi pendorong kepada tingkahlaku seseorang.  Jika seseorang itu merasa takut, individu tersebut akan terdorong untuk melarikan diri dari sesuatu yang ditakutinya.  Kebijaksaan emosi boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk memantau atau mengenalpasti perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain, untuk membezakan antara mereka dan ianya digunakan untuk membentuk fikiran dan tingkahlaku seseorang.  Terdapat empat jenis kemampuan emosi iaitu mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi dan menguruskan emosi.  Mengenal emosi adalah melalui perubahan muka, gambar dan intonasi suara di mana ia adalah asas kepada kebijaksaan emosi.  Menggunakan emosi adalah keupayaan untuk menggunakan emosi untuk memudahkan proses berfikir dan menyelesaikan masalah.  Memahami emosi adalah kebolehan untuk menjadi sensitive kepada sebarang perubahan emosi walaupun perubahan yang sedikit dan kebolehan untuk mengenal dan mengklasifikasikan bagaimana emosi berubah mengikut masa.  Mengurus emosi pula adalah kebolehan untuk mengatur emosi dalam diri sendiri dan orang lain.  Juga, boleh untuk menguruskan emosi dengan baik walaupun ia nya adalah emosi yang negatif.

Satu informasi baru yang aku perolehi dalam kuliah ini, adalah tentang Gejala Kekosongan Emosi.  Di mana, antara simptom-simptom gejala ini adalah individu itu jarang menangis dan merasakan mereka tiada perasaan marah, suka dan sedih.  Aku bersyukur kerana aku bukanlah tergolong dalam golongan ini. 


No comments:

Post a Comment