Dalam mengikuti Kursus Pengurusan Emosi ini, pelbagai pemahaman dan pengetahuan telah saya perolehi secara tidak langsung juga dapat saya aplikasikan dalam kehidupan harian saya supaya lebih berkualiti pada masa akan datang. Bagi minggu yang ketiga ini, tajuk kursus yang telah dipelajari adalah mengenai Struktur Asas Emosi. Struktur asas emosi disini telah dihuraikan oleh cendekiawan-cendekiawan terdahulu melalui teori masing-masing. Antara teori yang dominan adalah teori yang dikenali sebagai Teori Emosi Asas Darwin (Darwin's Basic Theory of Emotion). Beliau mennyatakan bahawa terdapat hanya beberapa sahaja emosi asas yang digelar sebagai 'primary emotion' atau emosi primer yang membawa maksud ciri-ciri dalaman manusia yang mereka alami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam melalui semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Ditambah lagi apabila beliau mengemukan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi adalah sememangnya semulajadi dan universal. Emosi mempunyai sifat adaptif dimana kesemua emosi yang wujud adalah hasil gabungan antara emosi-emosi primer.
Selain itu, Teori Emosi Primari Plutchik (Plutchik's Primary Emotion Theory) menerangkan teori beliau melalui tiga komponen penting iaitu bahasa emosi, dasar reaksi adaptif dan dimensi sesuatu emosi. Emosi dikatakan dapat digambarkan melalui 3 bahasa seperti bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian.Sebagai contoh, perasaan gembira mampu membuatkan seseorang itu tersenyum atau tertawa. Gembira memainkan peranan sebagai emosi yang akan bertindak sebagai bahasa subjektif manakala senyuman yang diberi adalah bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian pula adalah fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Dalam hal ini, gembira melambangkan keselesaan seseorang terhadap sesuatu. Komponen yang kedua adalah dasar reaksi adaptif yang mempunyai 8 reaksi adaptif seperti takut, meluat marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Kesemua ini berfungsi sebagai prototaip kepada semua emosi. Selain itu, ia juda dapat dilihat sebagai 4 pasang kutub yang berlawanan, penerimaan vs penolakan, perlindungan vs pemusnahan, penyatuan vs peleraian, dan orientasi vs eksplorasi. Komponen terakhir, dimensi emosi pula boleh membentuk 3 perkara yang penting iaitu intensiti yang merujuk kepada darjah kekuatan sesuatu emosi, kesamaan pula memberi perkaitan emosi bekenaan seperti takut dan sedih, manakala polariti menerangkan kekutuban atau yang berlawan.
No comments:
Post a Comment