Thursday, 29 July 2010

A133604 ASLINA

    Erm....ni kali pertama aku masok kelas pengurusan emosi.Agak 'blur' la bile En.Ahmad Mazri bagi explanation.Biasalah,first time kan..Anyway,it doesn't make any problem.Dalam pembelajaran yang pertama ni barula aku paham serba sedikit tentang emosi.Rupe-rupenye emosi ni sesuatu yang agak complicated.Kenapa?Sebabnye,terdapat banyak pendapat yang berlainan yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana yang arif tenteng emosi.Namun yang pasti,salah dan benar tidak wujud bagi aku sekiranya aku di beri pilihan untuk memilih pandapat siapa yang sahih.
 
   Tetapi,aku tertarik dengan pendapat Charles Darwin yang mengatakan bahawa ekspresi wajah seseorang menggambarkan emosi individu tersebut.Teringat aku pada kisah dulu sewaktu aku darjah enam.Pada sesiapa yang membaca pasti tak kering gusi dibuatnya.waktu itu,pagi jam 9.Aku dan kawan-kawan menunggu ketibaan cikgu yang akan mengajar kami bahasa inggeris.Dengar cerita,cikgu baru.Wah,excited la kami semua.!Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki.Aku dapat agak cikgu baru tu dah datang dan pasti memakai kasut tinggi.Aku merasa nervous dan kemudian aku terus diam.Perbuatanku ini dapat disamakan dengan teori Plutchik (feel the emotion and then act according to the emotion for a reason)Aku takut dan aku diam kerana aku tidak mahu dimarahi cikgu.
 
   Cerita diteruskan apabila aku melihat cikgu baru tersebut.Orangnya sangat cun.Tetapi nampak tegas kerana dia langsung tak senyum.Dahinya berkerut,seolah-olah aku dan kawan-kawan ada membuat kesalahan.Tersentap hatiku apabila cikgu perempuan itu bersuara.Sangat lantang suaranya.Berderau darah aku!Ada juga orang cantik yang garang.Tetapi tidak hairanlah dia begitu kerana aku tengok raut wajahnya dah cukup menggambarkan emosinya yang memang pemarah (bak kata teori Darwin facial expression = emotion).Setiap kali dia mengajar,ada saja pertanyaan.Jikalau tak dapat jawab,bertambah marahlah dia.teringat pula pada model emosi 3D Plutchik.emosi seseorang akan bertambah kuat sekiranya emosi tersebut di campur dengan pelbagai emosicontohnya marah campur geram!.Selesai mengajar,cikgu itu duduk di tempatnya.Dia membuat kerjanya sambil menjeling ke arah kami seakan-akan memerhatikan kami membuat latihan yang baru diberikan atau tidak.
 
    Tiba-tiba,"pprrrooottttttt"!Berdentum bunyi yang pelik itu!Kami semua saling memandang antara satu sama yang lain.Semuanya memandang ke arah cikgu tersebut.Suka hati cikgu tersebut melepaskan angin (kentut) merata-rata.!punyela nak cover line,cikgu tersebut menggesel-gesel kasut nye di lantai.Seolah-olah nak beritahu yang bunyi tadi adalah kesan dari bunyi kasut tumit tingginye yang di geselkan di lantai.Kemudian dia senyum dan meninggalkan kelas.Aku tak tahu dia senyum gembira atau senyum kerana dia malu dengan perbuatannya itu.Bagi akula budak tadika pun tahu nak meneka maksud senyuman cikgu tersebut.Jadi teori Tomkins yang mengatakan senyum kerana gembira tidak 100% benar.Kerana pada situasi tertentu,apa yang raut wajah perlihatkan bukanlah menggambarkan emosi sebenar seseorang itu.(Cricism of Tomkin's facial feedback).Selepas peristiwa itu,aku yakin cikgu tersebut pasti malu untuk bertentang mata dengan kami semua.Emosi malu yang di pelajarinya pada saat tidak dapat mengawal 'angin' serba sedikit mengajarnya bagaimana nak cover line..(learning emotion)
 
  Apapun,siap gak jurnal aku ni.hehehehe..

No comments:

Post a Comment