Thursday, 10 February 2011

A132733 MUHAMMAD KAMAL LJ05 Emosi dan Ingatan

Assalamualaikum dam salam sejahtera, berjumpa kemabali kita setelah seminggu bercuti. Maafkan saya kerana tidak dapat menulis pada blog sebelum ini, ini kerana saya agak sibuk sedikit pada minggu lepas. Allahamdulilah, ini merupakan catatat saya yang terakhir pada semester kali ini. Pejam celik masa begitu pantas tanpa saya sedari telah pun sampai ke penghujung jurnal pembelajaran ini, memang bagus jurnal pembelajaran ini, banyak input-input yang boleh didapati di sini. Tamabahan pula, jurnal pembelajaran ini sebagai satu medan untuk meluahkan perasaan masing-masing. Disini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Zamri yang banyak memberi tunjuk ajar dalam penerbitan nukilan ini.

Pada kali ini saya ingin membuat coretat tentang emosi dan ingatan. Apa itu ingatan? Ingatan ialah sesesuatu perkara yang menjadi memori dan di ingati sama ada dalam jangka masa panjang mahupun jangka masa pendek.Apakah kaitan antara emosi dan ingatan? sebenarnya emosi membantu ingatan kita. Emosi dan ingatan dipengaruhi oleh kandungan emosi dan mood emosi itu sendiri. Jika berlaku sesuatu peristiwa yang disukai, iaitu menjadikan emosi suka dan gembira, boleh menyebabkan kita menggingati sesuatu perkara dengan cepat dan tersimpan dalam memori dalam jangka masa yang panjang.

Sebagai contohnya saya ingin mengambil contoh di dalam filem "3idiots" yang mengisahkan tentang tiga orang sahabat baik di zaman universiti. Walaupun setalah hampir 10 tahun lebih mereka terpisah selepas tamat graduasi di universiti. Namun, mereka masih lagi mengingati setiap memori mereka ketika zaman itu. Salah seorang sahabat mereka iaitu Raju mempunyai masalah keluarga kerana beliau seorang pelajar yang miskin dan pelajaran beliau sering tergangu oleh masalah yang di hadapi beliau. Tetapi apabila beliau bersama dengan rakan-rakan yang lain dan membuat banyak aktiviti bersama, masalah itu dapat di selesaikan dengan bantuan kawan-kawan. Jadi menyebabkan mood Raju untuk berjaya dalam hidup semakin tinggi. Akhirnya beliau berjaya jua mendapat kerja yang bagus walaupun keputusan peperiksaannya tidaklah memberangsang sangat. Beliau telah berjaya bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Sebenarnya apa yang saya paham ini, mood ini memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Jika mood kita pada ketika itu adalah baik, maka kehidupan kita pada hari itu menjadi senang dan gembira dalam melakukan setiap perkara pada hari tersebut. Namun jika mood kita pada hari itu tidak baik, maka jadilah sebaliknya.

    Yang mana lebih kuat ingatan antara lelaki ataupun perempuan jika dipengaruhi oleh emosi? Menurut kajian, perempuan lebih sensitif terhadap sesuatu perkara yang cenderung kepada emosi. Contohnya pada majlis perkahwinan, pasangan perempuan lebih signifikasi dalam majlis tersebut, memerhatikan setiap perkara di sekelilingnya ketika berlangsungnya majlis perkahwinan itu. Mereka juga akan menulis semula apa yang berlaku pada hari tersebut ke dalam diari untuk di ingati. Ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita kerana perkahwinan merupakan perkara yang paling indah dalam hidup mereka, sudah tentu mereka tidak akan melupakan setiap detik yang berlaku pada hari tersebut. Namun berbeza dengan pasangan lelaki yang lebih rilek dan santai bersahaja. Meraka hanya mungkin menggingati tarikh perkahwinan tetapi mereka tidak menggingati secara 'detail' yang berlaku pada hari tersebut.

Akhir kata emosi dan ingatan saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika emosi itu bagus pada ketika berlakunya sesuatu situasi, maka situasi itu lebih senang untuk di ingati dan ia akan menjadi memori kenangan peribadi yang berkekalan sampai bila-bila. Sekian untuk kali ini...semoga kita berjumpa lagi

maal salamah...

kimia kira =)










A133398 NURUL ZAHIDAH BINTI AZMI MURAD Emosi dan Ingatan


 Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, pejam celik-pejam celik sudah sampai minggu ketujuh saya mengikuti kelas pengurusan emosi dibawah kendalian Dr. Zambri. semakin banyak yang saya pelajari tentang emosi di dalam kelas ini, Semakin saya mengenali jenis-jenis emosi yang ada dalam diri saya dan keistimewaannya mengikuti kursus ini adalah saya boleh mengklasifikasikan emosi saya sama ada berada dalam kategori positif atau negatif.

Pada kuliah kali ini, kami diajar tentang perkaitan emosi dan ingatan. Apakah emosi membantu kita mengingat? Terdapat 2 elemen yang diperlukan untuk mejawab soalan tersebut iaitu pengaruh kandungan emosi dengan pengaruh keadaan emosi. Pada kali ini saya akan menerangkan apa yang dikaitkan dengan kandungan emosi dan keadaan emosi.

Kandungan Emosi.

·         Secara umumnya, kita akan lebih mengingati peristiwa-peristiwa yang mengandungi emosi-emosi yang ketara berbanding emosi yang neutral. Contohnya, ada 2 peristiwa yang berlaku.

a) anda sedang menikmati makanan tiba-tiba datang seekor kucing lalu mencuri lauk yang ada di dalam pinggan anda. Emosi anda ketika itu mestilah marah, geram dan sedih.

b) Peristiwa yang kedua pula, anda melihat seorang kawan anda tergelincir ketika sedang berjalan. Emosi anda tidak sedikitpun terganggu dan berada dalam keadaan neutral.

Jika ingin dibandingkan kedua-dua peristiwa diatas, sudah tentu peristiwa yang anda lebih ingat ialah peristiwa a iaitu ketika kucing mencuri lauk ketika anda sedang makan kerana ianya melibatkan 3 emosi besar. Peristiwa b pula tidak memberi sebarang kesan kepada anda kerana pada ketika itu emosi anda berada dalam keadaan neutral.

Keadaan emosi.

·         Terbahagi kepada 2 iaitu, kongruensi mood dan juga mood pergantungan.

 

~Kongruensi mood ialah apabila hati kita mengingati perkara yang berpadanan . contohnya, jika kita berada dalam emosi yang positif, apa yang kita ingat ialah berkenaan dengan pengalaman manis kita seperti bersama dengan orang yang tersayang ataupun sewaktu melancong ke luar Negara.

 

~ Mood Pergantungan pula ialah suatu keadaan yang kita akan mudah mengingati sesuatu jika emosi yang dikenakan pada waktu itu selari. Maksudnya, fakta akan mudah diingati bila emosi yang diingini sama dengan emosi yang diingati.

 

 

 

 

 

Bahagian Otak.

                ~ Untuk teori pada kali ini, kami diajar tentang bahagian otak yang terlibat bagi teori emosi dan ingatan.

1.       Prefrontal Cortex.

Bahagian ini sangat penting untuk merancang tingkah laku kognitif, personality dan tingkah laku social individu tersebut.

2.       Cerebellum.

Bahagian ini pula berfungsi sebagai pusat kawalan pergerakkan otot manusia apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

3.           Amygdala.

Amygdala pula berperanan sebagai memproses ingatan dan sebahagian daripada system limbic yang mengawal emosi dan tingkah laku.

 

Emosi dan ingatan boleh ditafsirkan mengikut jantina iaitu lelaki dan wanita. Mengikut kajian yang telah dilakukan, wanita mempunyai kelebihan untuk mengingati emosi kerana wanita lebih cenderung melupakan maklumat.

Walaupun jurnal kali ini merupakan jurnal terakhir saya bagi pengurusan emosi, namun saya akan mengaplikasikan apa yang saya telah belajar dalam kehidupan seharian. InsyaAllah dalam masa 4 tahun lagi saya akan bergelar seorang guru dan pengajaran ini amat berguna bagi saya untuk mendidik anak bangsa. =)

NURUL ZAHIDAH BINTI AZMI MURAD
A133398
FAKULTI PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)


A133397 NURUL HAFIDFAH BINTI SARBINI ~STRUKTUR ASAS EMOSI~

Assalamualaikum....

Minggu ini merupakan mingu terakhir untuk penghantaran tugasan jurnal. Seperti yang dijanjikan, 5 tugasan perlu dihantar. Tanpa saya sedar, jurnal mengenai struktur asas emosi belum terhantar. Jadi, jurnal terakhir saya adalah mengenai tajuk pertama yang kita pelajari. Jom, kita mengulangkaji tajuk ni ramai-ramai.heheee..

Dalam struktur asas emosi, terdapat empat teori yang telah dihasilkan daripada empat orang saintis yang berbeza pendapat iaitu Plutchik, Tomkin, Darwin, dan Izard. Teori-teori tersebut ialah:

Ø  Teori Asas Emosi daripada Darwin- ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang kerana muka yang paling senang dilihat dan bukannya organ-organ lain.[ emosi primary ]

Ø  Teori Emosi Primari Plutchik- emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian

Ø  Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin- emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. contohnya, senyum yang membuat emosi gembira timbul pada seseorang.[ "what cause what" ]

Ø  Teori Ekspresi wajah Semula Jadi daripada Izard- sesuatu yang semulajadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.

*Selain itu terdapat satu lagi teori iaitu Teori Pembelajaran.

Teori pembelajaran ini pula bercanggah dengan pendapat Izard. Teori pembelajaran mengatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.

Berdasarkan kelima-lima teori tersebut, saya lebih tertarik kepada teori Plutchik berbanding teori-teori lain.dalam teori ini terdapat bahasa emosi, emosi-emosi utama dan dimensi-dimensi emosi. Dalam bahasa,di bahagikan kepada 3 kategori, iaitu:

þ  Bahasa subjektif – yang menggambarkan tingkah laku kepada emosi yang dialami

þ   Bahasa tingkah laku – merujuk kepada tindakan susulan daripada emosi yang telah diransang.

þ  Bahasa fungsian – merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu.

Oleh itu, pembelajaran tentang struktur asas emosi ini bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan tentang emosi malah dapat juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

 

A133397 NURUL HAFIDFAH BINTI SARBINI ~emosi dan ingatan~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pada minggu ini, tajuk emosi dan ingatan menjadi pilihan untuk dikupas. Bagi saya tajuk ni bolehlah dikatakan agak sukar juga, kerana ia melibatkan bahagian-bahagian otak manusia. Sebelum kuliahan dimulakan, kami ditanya dengan soalan cepumas. Cepumasnya soalan ni hanyalah sebab ianya soalan yang tidak pernah terlintas di fikiran kami semata-mata. Soalannya berbunyi "adakah emosi membantu ingatan kita?". Ramai di antara kami mengiyakan soalan tersebut dan jawapan sebetulnya memang YA, emosi memang membantu ingatan kita. Emosi dan ingatan melibatkan kandungan emosi dan keadaan emosi itu sendiri.


 Kandungan emosi

Secara amnya,  kita akan ingat peristiwa-peristiwa yang mengandungi emosi berbanding dengan peristiwa neutral. Hasil kajian mendapati suatu peristiwa mudah diingati disebabkan oleh emosi yang dicetuskan, bukan disebabkan oleh sejauh mana pentingnya peristiwa tersebut. Ingatan terhadap peristiwa dan gambaran yang mempunyai kandungan emosi membayangi maklumat-maklumat lain. Oleh itu, kita sukar untuk mengingati sesuatu maklumat jika ianya diiringi oleh perkara yang mempunyai kandungan emosi yang mendalam. Kesan inilah yang jelas dialami oleh kaum hawa. Peristiwa yang mengandungi emosi positif akan mengambil masa yang lama untuk pudar dari ingatan kita. Sebaliknya, kita akan mudah melupakan peristiwa yang mengandungi emosi positif. menurut kajian,memori positif lebih banyak mengandungi maklumat latar belakang berbanding dengan memori negatif. Sebagai contoh, pelajar akan lebih mengingati peristiwa dirinya dipuji guru, berbanding dengan peristiwa dirinya di denda guru.


Keadaan emosi

        Aspek yang seterusnya dalam emosi ialah 'mood' atau keadaan emosi kita ketika pengekodan dan mendapatkan kembali maklumat. Dalam keadaan emosi ini,ia memberikan dua kesan. Iaitu, kongruensi mood dan  mood pergantungan.  

       

kongruensi mood: dimana kita mengingati peristiwa-peristiwa yang berpadanan dengan suasana hati kita saat ini (sebagai contoh, ketika kita tertekan, kita cenderung untuk mengingati peristiwa-peristiwa yang negatif).

      

 Ketergantungan mood: merujuk fakta bahawa mengingati lebih mudah bial emosi yang diingini sama dengan emosi yang diingati. ( peluang kita untuk mengingati sebuah peristiwa atau fakta yang lebih besar jika kita membangkitkan keadaan emosi yang berada di pada saat mengalami kejadian atau fakta pembelajaran).


Antara bahagian-bahagian otak yang berkaitan dengan emosi dan ingatan adalah


Amygdala 

bahagian yang  terlibat dalam mensignifikasikan peristiwa emosional dan melalui sambungannya ke daerah otak yang berkaitan dengan pengalaman deria.

 

Cerebellum 

Otak kecil, yang paling sangat berkaitan dengan kemampuan koordinasi motorik, juga mungkin terlibat dalam mengingati emosi yang kuat, khususnya, dalam konsolidasikan kenangan jangka panjang dari rasa takut.

 

Prefrontal cortex 

Satu kajian mendapati bahawa daerah korteks prefrontal bersama-sama dipengaruhi oleh kombinasi negara mood dan tugas kognitif, tetapi tidak oleh salah satu saja. Manakalakajianlain mendapati bahawa korteks prefrontal dorsolateral lebih aktif ketika parapeserta dikejutkan dengan tanggapan tak terduga.


Perbezaan jantina

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara lelaki dengan perempuan dalam proses meningati memori yang beremosi. Wanita nampaknya lebih mengingati peristiwa beremosi dalam hidup mereka berbanding lelaki. Namun golongan ini juga lebih cenderung untuk melupakan memori tersebut dengan cepat bila adanya memori beremosi yang baru.


Perbezaan umur

Kecenderungan untuk membiarkan kenangan yang tidak menyenangkan pudar dari ingatan  lebih cepat dari yang menyenangkan semakin kuat seiring dengan bertambahnya usia. Orang tua lebih cekal mengawal emosi berbanding orang muda, dengan mempertahankan perasaan positif dan mengurangkan perasaan negatif.

 

 

 

 

 

Tuesday, 8 February 2011

A129584 NOR ALINA BINTI MOHAMAD ROSLAN TAJUK 6-EMOSI & INGATAN?

Assalamualaikum...

Pada 8/02/11, setelah 5 kali menulis jurnal, bermakna ini adalah kali terakhir untuk saya menulis learning jurnal. Tajuk kali ini pula mengenai EMOSI DAN INGATAN. Mesti kita sentiasa terfikir, ataupun yang tidak pernah terfikir, marilah kita berfikir bersama-sama mengenai 1 soalan. "Apakah emosi membantu kita ingat?". Walaupun ini bukan 1 pertanyaan yang mudah untuk dijawab, namun bagi saya, jawapan saya "ya".

Pertama sekali, ada dua yang perlu dikifirkan. Yang pertama ialah mengenai kandungan emosi dalam maklumat yang ingin kita ingati. Yang kedua pula pengaruh keadaan emosi kita terhadap pembelajaran dan ingatan kita.


1.     PENGARUH KANDUNGAN EMOSI

Kita akan lebih ingat peristiwa emosi yang lebih baik daripada yang membosankan. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa satu peristiwa mudah diingati disebabkan oleh emosi yang dicetuskan dan bukannya oleh sejauh mana pentingnya peristiwa itu kepada seseorang. Ingatan terhadap peristiwa dan gambaran yang mempunyai kandungan emosi membayangi maklumat-maklumat lain. Oleh itu, kita mungkin kurang cenderung untuk mengingati maklumat jika diikuti oleh sesuatu yang sangat emosional. Kesan ini nampaknya lebih terselah bagi perempuan.

Emosi yang gembira dikatakan hilang lebih lambat dari ingatan kita dari emosi yang tidak menyenangkan. Namun beitu, orang yang mempunyai depresi ringan, emosi yang tidak menyenangkan dan menyenangkan cenderung untuk hilang secara merata. Selain itu juga, orang dewasa yang lebih tua menampakkan pengawalan emosi mereka lebih baik dari orang yang lebih muda, ini mungkin kerana pengekodan maklumat mereka yang kurang bersikap negatif. Kenangan yang positif mengandungi maklumat lebih sensorik dan kontekstual dari kenangan neutral atau kenangan negative.


2.     PENGARUH KEADAAN EMOSI

Aspek lain emosi adalah suasana hati - keadaan emosi kita pada saat pengekodan atau memuat. Mood mempengaruhi apa yang dilihat dan disandikan. Terdapat dua kesan: kongruensi mood dan juga mood pergantungan.

·         Pengaruh kongruensi mood: dimana kita mengingati peristiwa-peristiwa yang berpadanan dengan suasana hati kita saat ini (sebagai contoh, ketika kita tertekan, kita cenderung untuk mengingati peristiwa-peristiwa yang negatif).

·         Ketergantungan mood: merujuk fakta bahawa mengingati lebih mudah bial emosi yang diingini sama dengan emosi yang diingati. ( peluang kita untuk mengingati sebuah peristiwa atau fakta yang lebih besar jika kita membangkitkan keadaan emosi yang berada di pada saat mengalami kejadian atau fakta pembelajaran).

 

3.      KAWASAN OTAK YANG TERLIBAT

      Ada 3 daerah otak yang terlibat untuk ingatan iaitu:

·         Amygdala- berperanan dalam memproses ingatan dan sebahagian daripada sistem limbik yang mengawal emosi dan tingkah laku.

·         Cerebellum - berfungsi sebagai sesuatu yang mengawal pergerakan otot manusia apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

·         Prefrontal cortex  - merancang tingkah laku kognitif, personaliti dan tingkah laku social individu tersebut.

 

4.      PERBEZAAN JANTINA

            Jelas nampak ada perbezaan dalam cara lelaki dan perempuan memproses kenangan emosi. Perempuan lebih baik dalam mengingati kenangan emosi. Mereka juga kelihatan  lebih cenderung untuk melupakan maklumat .

           

5.      PERBEZAAN USIA

            Semakin kita berusia, kecenderungan untuk membiarkan kenangan yang tidak menyenangkan hilang lebih cepat dari yang menyenangkan semakin kuat. Ini mungkin kerana kemampuan orang tua untuk mengawal emosi mereka lebih berkesan daripada orang yang lebih muda, dengan mempertahankan perasaan positif dan menurunkan perasaan negative.

 

KISAH PHINEAS GAGE...

            Phineas Gage adalah seorang penyelia bekerja dengan Rutland Burlington Railroad di Vermont, USA. Kisah yang berlaku pada tahun 1848 ini membuka mata kebanyakan pakar otak mengenai fungsi frontal lobe yang sebelum ini dianggap tidak penting untuk kehidupan manusia.

 

            Gage yang berusia 26 tahun mempunyai ciri fizikal yang hebat, seorang yang cerdik, pantas membuat keputusan, punyai personaliti yang menarik, disenangi ramai dan berkebolehan untuk memimpin membolehkan dirinya menjadi penyelia pada usia muda. Ini menjadikan dirinya sesuai dgn kerjanya mengetuai pasukan peledak meruntuhkan tanah bukit bukau agar landasan keretapi dapat dibina, suatu kerja yang merbahaya dan memerlukan fokus yang tinggi.

 

            Kejadian malang menimpa Gage dimana pada suatu hari ketika sedang memasukkan bahan peledak kedalam lubang dan menolaknya dengan sebatang besi, tiba-tiba ianya meletup. Batang besi yg panjangnya lebih kurang 3 kaki itu memasuki pipi kirinya dan tembus bahagian atas kepalanya. Saksi melaporkan bahawa Gage kemudiannya terhumban dan mengalami kekejangan buat seketika. Semua orang terperanjat melihat Gage masih bernyawa dan lebih aneh lagi dia sedar dan masih waras walaupun mengalami kecederaan yang teruk, bahagian depan otaknya yang hilang (frontal lobe) tidak sedikitpun mengubah keupayaan untuk bercakap, bergerak dan berjalan. Beliau kemudiannya dibawa ke hotel yang berdekatan dan dirawat oleh Dr William.

 

            Gage kemudiannya dirujuk kepada Dr Harlow. Gage sedar semasa beliau diperiksa dan mampu menjawab soalan-soalan berkenaan kemalangan yang terjadi. Doktor seolah-olah tidak percaya yang dia boleh terselamat dari kejadian tersebut. Mungkin disebabkan dirinya yang muda bertenaga dan sihat membolehkan beliau sembuh tanpa sebarang komplikasi. Keupayaan fizikal beliau seperti biasa malah ingatannya tidak terjejas. Dr Harlow menyatakan yang Gage amat bernasih baik kerana bahagian otaknya yang rosak itu adalah bahagian depan (frontal lobe) yang pada ketika itu tidak dianggap penting untuk manusia.

 

            Kesan yang amat besar pada diri Gage mula kelihatan selepas beliau beransur-ansur sembuh. Personaliti beliau berubah 180 darjah dan rakan-rakan menyatakan Gage yang mereka kenali dulu sudah berubah perangainya menjadi orang lain. Dr Harlow menyatakan yang Gage sudah kehilangan sifat-sifat baik dan cerdik pada dirinya malah lebih bersifat kehaiwanan.

 

            Daripada seorang yang jujur dan berperangai sopan, beliau mejadi seorang yang tidak boleh dikawal dan menyusahkan orang lain. Beliau menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri dan selalu membuat keputusan dan pilihan hanya berpihak untuk diri sendiri. Beliau tidak suka bergaul dan bersosial dan selalu menggunakan perkataan yang biadap malah selalu mabuk. Beliau sukar untuk mengikut apa yang dirancang dan tidak boleh berfikir sebelum membuat keputusan.

 

            Dr Harlow menasihati Gage dan cuba mengubah sikapnya kerana beliau tahu Gage akan kehilangan kerjanya jika beliau terus bersikat demikian tetapi tidak diendahkan oleh Gage. Tidak menghairankan beliau kemudiannya dipecat dan tidak dapat kekal lama didalam pekerjaan lain yang diceburinya.

 

            Gage meninggal dunia pada 21 May 1860 tetapi hanya selepas 7 tahun kemudian kuburnya digali semula dan tengkorak kepalanya diambil untuk kajian. Batang besi yang menembusi kepala Gage dan juga tengkorak kepalanya sekarang disimpan di Harvard Countway Library of Medicine.

 

            Pada tahun 1994, seorang saintis Hanna Damissio telah membina kembali secara simulasi kerosakan yang dialami oleh Gage. Walaupun tidak semua frontal lobenya hilang tetapi hanya sebahagian darinya, Gage seolah-olah sudah menjalani lobotomy.

 

            Perbezaan sikap dan tingkah laku manusia dulu dan sekarang sama seperti apa yang berlaku kepada Gage sebelum dan selepas kejadian. Pentingnya frontal lobe dipelihara agar manusia kekal bersifat manusia, jika tidak boleh menjadi lebih teruk dari haiwan seperti pentingkan diri sendiri, biadap, kurang sopan, pemarah dan semua sifat-sifat negatif lebih.



A129584 NOR ALINA BINTI MOHAMAD ROSLAN TAJUK 5 - ADAPTASI KITA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

            Pada 25/01/11, Dr Zamri telah menperkenalkan kepada pelajar mengenai 2 teori iaitu TEORI ARAS ADAPTASI & TEORI PROSES BERLAWANAN SOLOMON. Ini adalah sedikit coretan apa yang saya faham mengenai kedua-dua teori ini.


1.      Teori Aras Adaptasi

 

Teori yang lebih umum berkenaan dengan tingkahlaku manusia yang mempunyai kaitan dengan emosi ialah teori aras adaptasi. Kita bertindakbalas terhadap ransangan baru ataupun sesuatu perkara berdasarkan kepada aras adaptasi kita pada masa ini. Aras adaptasi seseorang ialah fungsi aras neutral semasa individu tersebut yang bergantung kepada situasi ransangan yang khusus.

Kita secara automatiknya ataupun secara asalnya menentukan titik neutral atau titik adaptasi untuk setiap satu daripada pelbagai simulasi yang ada. Kemudian, apabila ada ransangan luar yang masuk, kita akan membandingkan ransangan luar tersebut dengan titik adaptasi kita yang berada di titik neutral ini, samada ransangan luar ini lebih tinggi nilainya atau lebih rendah.

Sebagai contoh, kita cuba untuk mendengar bunyi di sekeliling kita. Jika bunyi tersebut tidak kedengaran kuat atau perlahan, ini kerana bunyi tersebut menghampiri titik adaptasi kita bagi intensiti bunyi. Bunyi yang berintensiti lebih tinggi dari titik adaptasi ditakrifkan oleh minda kita sebagai bunyi yang kuat, manakala, bunyi berintensiti yang lebih rendah akan ditakrifkan sebagai bunyi yang perlahan. Jika kita mendengar bunyi yang kuat dan perlahan berselang-sei dalam satu tempoh, aras adaptasi kita akan naik dan turun mengikut bunyi tersebut.

Kita juga boleh menerangkan fenomena psikologi menggunakan konsep aras adaptasi ini. Contoh yang paling sesuai selaku seorang pelajar adalah tahap pendapatan seseorang. Jika kita bekerja sambil belajar atau kata lain, pekerja sambilan, kita akan mendapat gaji yang rendah, katakan RM10,000 setahun. Apabila kita tamat belajar dengan segulung ijazah, kita mungkin mula kerja dengan gaji RM25,000 setahun, yang mana pada mulanya kita merasakan gaji RM25,000 itu sangat tinggi nilainya jika dibandingkan aras adaptasi kita iaitu RM10,000. Namun begitu, apabila kita mengenang kembali gaji RM25,000 setahun selepas 15 tahun bekerja iaitu bila gaji anda mencecah RM50,000 setahun, kita akan merasakan yang gaji RM25,000 setahun itu sangat rendah. Perkara ini berlaku kerana aras adaptasi kita telah meningkat.

Sekali lagi kita cuba bayangkan bahawa apabila kita sudah menjadi seorang jutawan, kita yang telah biasa dengan kehadiran RM 1 juta di tangan, jadi mungkin pada masa itu kita timbul perasaan tamak ataupun perasaan tidak puas hati dan memerlukan RM 10 juta baru kita merasakan diri kita seorang yang berjaya. Emosi juga beroperasi seperti ini. Jika kita gembira dengan kekasih kita sekarang yang prihatin kepada semua keperluan kita, mendapat gred yang baik dalam pengajian kita, mendapat gaji yang cukup, dan kesihatan yang baik, percayalah, kita tidak akan rasa gembira sehinggalah keadaan kita berubah kepada keadaan yang lebih baik lagi.

Bagi saya, saya juga sering kali mengalami perasaan ini. Dahulu, saya selalu mendapat 'teddy bear' yang bersaiz kecil dari kekasih saya pada hari ulang tahun kelahiran saya pada tiap 22 FEBRUARI (22/02/90). Saya sangat-sangat gembira bila mendapat teddy bear tersebut. Namun begitu, walaupun telah mendapat teddy bear kecil tersebut, saya masih mahukan teddy bear lagi. Dan kekasih saya telah menghadiahkan 1 teddy bear yang besar untuk saya dan ini membuatkan saya lebih gembira. Hahaha... saya harap tahap aras adaptasi saya akan berhenti pada tahap ini, kalau tidak, habis muflis lah kekasih saya...

 

2.      Teori Proses Berlawanan Solomon

 

Teori aras adaptasi mengatakan yang emosi akan menjadi seimbang dengan bergerak ke arah titik neutral untuk jangka masa yang panjang. Namun begitu, Richard Solomon (1980) telah membawa teori ini maju selangkah ke depan dengan memperlihatkan kecenderungan emosi untuk jangka masa yang singkat selain daripada jangka masa yang panjang. Teori proses berlawanan beliau mengatakan bahawa emosi bergerak menuju keseimbangan dengan bergerak ke arah titik neutral bukan saja untuk jangka masa panjang tetapi juga untuk jangka masa pendek.

 

 Terdapat 2 peringkat iaitu peringkat primary dan opponent stage. Solomon mengatakan bahawa satu situasi emosi pada peringkat pertamanya menerbitkan keadaan primari , iaitu keadaan yang diperolehi bukan melalui pembelajaran, tetapi lebih merupakan tindakbalas yang automatik. Keadaan primari ini, kemudiannya akan mencetuskan keadaan emosi yang bertentangan. Emosi yang bertentangan ini bermula lebih lambat dari keadaan primary tetapi ianya bertahan lebih lama dan kekuatannya meningkat dengan pengulangan, sedangkan keadaan primari pula akan menjadi semakin lemah.

 

Solomon pada mulanya membuat pemerhatian bahawa pengalaman emosi yang sangat positif akan diiringi oleh emosi yang sangat negatif. Kita begitu girang bila memenangi loteri sebanyak RM500, tetapi selepas beberapa lama kemudian, kita rasa agak terkilan, mungkin kerana kita terfikir yang kita terpaksa belanjakan duit tersebut dalam masa yang terlalu singkat. Yang sebaliknya juga boleh berlaku. Selain itu juga, satu contoh yang baik ialah bila melakukan senaman. Bila kita berjogging dan mengayuh basikal mengikut rutin yang disyorkan, kita mungkin merasakan apa yang kita lakukan sangat leceh dan membosankan dan mungkin membuat kita rasa tidak seronok. Walaubagaimanapun, selepas itu, kita dapat merasakan keseronokan yang sebenarnya. Untuk jangkamasa yang pendek,  kita dapat merasakan tubuh kita lebih sihat dan untuk jangkamasa panjang, ianya dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan saya.

 

Antara contoh lain ialah aktiviti "skydiving". Tidak dapat disangkal lagi, aktiviti ini sangat extreme. Kita akan merasakan ketakutan apabila berdiri beribu-ribu kaki di udara, dan apabila melakukan terjunan kita merasakan keseronokan apabila kaki kita menyentuh daratan. Apabila seringkali melakukan aktiviti ini, rasa takut menjadi berkurangan dan rasa seronok bertambah. Contoh dari aktiviti ini menyokong prinsip kedua teori Solomon iaitu: apabila mengulangi sesuatu pengalaman emosi akan meningkatkan kekuatan relatif emosi yang berlawanan. Bila kita lakukan terjunan demi terjunan berulang kali, rasa takut akan berkurangan dan rasa seronok akan bertambah.

 

            Selain itu juga, antara contoh perkara yang pernah berlaku kepada saya ialah apabila saya membawa motosikal dan juga membawa kereta. Mungkin ada yang belum sedia maklum, saya seringkali jatuh motosikal. Kali pertama saya mendapat parut dari jatuh motosikal ialah pada tahun 2005 iaitu masa saya tingkatan 3. Semestinya kita tahu, jika anda berumur 15 tahun, kita memang tidak ada lessen memandu lagi. Dan kita tidak pernah ke kelas memandu dan tidak tahu peraturan dan bahaya yang bakal menimpa pada kita. Walaupun saya seringkali jatuh motor dan luka teruk, namun saya masih membawa motosikal. Tapi saya trauma di tempat-tempat yang pernah memberi kenangan pahit kepada saya seperti di kawasan yang berpasir dan di hadapan kilang HITACHI. Namun saya selalu membawa di tempat tersebut dan saya tidak lagi takut dan saya bebas membawa dengan lebih laju... hehehe... maksud saya dengan lebih yakin...

 

            Sekian, terima kasih...