Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada 25/01/11, Dr Zamri telah menperkenalkan kepada pelajar mengenai 2 teori iaitu TEORI ARAS ADAPTASI & TEORI PROSES BERLAWANAN SOLOMON. Ini adalah sedikit coretan apa yang saya faham mengenai kedua-dua teori ini.
1. Teori Aras Adaptasi
Teori yang lebih umum berkenaan dengan tingkahlaku manusia yang mempunyai kaitan dengan emosi ialah teori aras adaptasi. Kita bertindakbalas terhadap ransangan baru ataupun sesuatu perkara berdasarkan kepada aras adaptasi kita pada masa ini. Aras adaptasi seseorang ialah fungsi aras neutral semasa individu tersebut yang bergantung kepada situasi ransangan yang khusus.
Kita secara automatiknya ataupun secara asalnya menentukan titik neutral atau titik adaptasi untuk setiap satu daripada pelbagai simulasi yang ada. Kemudian, apabila ada ransangan luar yang masuk, kita akan membandingkan ransangan luar tersebut dengan titik adaptasi kita yang berada di titik neutral ini, samada ransangan luar ini lebih tinggi nilainya atau lebih rendah.
Sebagai contoh, kita cuba untuk mendengar bunyi di sekeliling kita. Jika bunyi tersebut tidak kedengaran kuat atau perlahan, ini kerana bunyi tersebut menghampiri titik adaptasi kita bagi intensiti bunyi. Bunyi yang berintensiti lebih tinggi dari titik adaptasi ditakrifkan oleh minda kita sebagai bunyi yang kuat, manakala, bunyi berintensiti yang lebih rendah akan ditakrifkan sebagai bunyi yang perlahan. Jika kita mendengar bunyi yang kuat dan perlahan berselang-sei dalam satu tempoh, aras adaptasi kita akan naik dan turun mengikut bunyi tersebut.
Kita juga boleh menerangkan fenomena psikologi menggunakan konsep aras adaptasi ini. Contoh yang paling sesuai selaku seorang pelajar adalah tahap pendapatan seseorang. Jika kita bekerja sambil belajar atau kata lain, pekerja sambilan, kita akan mendapat gaji yang rendah, katakan RM10,000 setahun. Apabila kita tamat belajar dengan segulung ijazah, kita mungkin mula kerja dengan gaji RM25,000 setahun, yang mana pada mulanya kita merasakan gaji RM25,000 itu sangat tinggi nilainya jika dibandingkan aras adaptasi kita iaitu RM10,000. Namun begitu, apabila kita mengenang kembali gaji RM25,000 setahun selepas 15 tahun bekerja iaitu bila gaji anda mencecah RM50,000 setahun, kita akan merasakan yang gaji RM25,000 setahun itu sangat rendah. Perkara ini berlaku kerana aras adaptasi kita telah meningkat.
Sekali lagi kita cuba bayangkan bahawa apabila kita sudah menjadi seorang jutawan, kita yang telah biasa dengan kehadiran RM 1 juta di tangan, jadi mungkin pada masa itu kita timbul perasaan tamak ataupun perasaan tidak puas hati dan memerlukan RM 10 juta baru kita merasakan diri kita seorang yang berjaya. Emosi juga beroperasi seperti ini. Jika kita gembira dengan kekasih kita sekarang yang prihatin kepada semua keperluan kita, mendapat gred yang baik dalam pengajian kita, mendapat gaji yang cukup, dan kesihatan yang baik, percayalah, kita tidak akan rasa gembira sehinggalah keadaan kita berubah kepada keadaan yang lebih baik lagi.
Bagi saya, saya juga sering kali mengalami perasaan ini. Dahulu, saya selalu mendapat 'teddy bear' yang bersaiz kecil dari kekasih saya pada hari ulang tahun kelahiran saya pada tiap 22 FEBRUARI (22/02/90). Saya sangat-sangat gembira bila mendapat teddy bear tersebut. Namun begitu, walaupun telah mendapat teddy bear kecil tersebut, saya masih mahukan teddy bear lagi. Dan kekasih saya telah menghadiahkan 1 teddy bear yang besar untuk saya dan ini membuatkan saya lebih gembira. Hahaha... saya harap tahap aras adaptasi saya akan berhenti pada tahap ini, kalau tidak, habis muflis lah kekasih saya...
2. Teori Proses Berlawanan Solomon
Teori aras adaptasi mengatakan yang emosi akan menjadi seimbang dengan bergerak ke arah titik neutral untuk jangka masa yang panjang. Namun begitu, Richard Solomon (1980) telah membawa teori ini maju selangkah ke depan dengan memperlihatkan kecenderungan emosi untuk jangka masa yang singkat selain daripada jangka masa yang panjang. Teori proses berlawanan beliau mengatakan bahawa emosi bergerak menuju keseimbangan dengan bergerak ke arah titik neutral bukan saja untuk jangka masa panjang tetapi juga untuk jangka masa pendek.
Terdapat 2 peringkat iaitu peringkat primary dan opponent stage. Solomon mengatakan bahawa satu situasi emosi pada peringkat pertamanya menerbitkan keadaan primari , iaitu keadaan yang diperolehi bukan melalui pembelajaran, tetapi lebih merupakan tindakbalas yang automatik. Keadaan primari ini, kemudiannya akan mencetuskan keadaan emosi yang bertentangan. Emosi yang bertentangan ini bermula lebih lambat dari keadaan primary tetapi ianya bertahan lebih lama dan kekuatannya meningkat dengan pengulangan, sedangkan keadaan primari pula akan menjadi semakin lemah.
Solomon pada mulanya membuat pemerhatian bahawa pengalaman emosi yang sangat positif akan diiringi oleh emosi yang sangat negatif. Kita begitu girang bila memenangi loteri sebanyak RM500, tetapi selepas beberapa lama kemudian, kita rasa agak terkilan, mungkin kerana kita terfikir yang kita terpaksa belanjakan duit tersebut dalam masa yang terlalu singkat. Yang sebaliknya juga boleh berlaku. Selain itu juga, satu contoh yang baik ialah bila melakukan senaman. Bila kita berjogging dan mengayuh basikal mengikut rutin yang disyorkan, kita mungkin merasakan apa yang kita lakukan sangat leceh dan membosankan dan mungkin membuat kita rasa tidak seronok. Walaubagaimanapun, selepas itu, kita dapat merasakan keseronokan yang sebenarnya. Untuk jangkamasa yang pendek, kita dapat merasakan tubuh kita lebih sihat dan untuk jangkamasa panjang, ianya dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan saya.
Antara contoh lain ialah aktiviti "skydiving". Tidak dapat disangkal lagi, aktiviti ini sangat extreme. Kita akan merasakan ketakutan apabila berdiri beribu-ribu kaki di udara, dan apabila melakukan terjunan kita merasakan keseronokan apabila kaki kita menyentuh daratan. Apabila seringkali melakukan aktiviti ini, rasa takut menjadi berkurangan dan rasa seronok bertambah. Contoh dari aktiviti ini menyokong prinsip kedua teori Solomon iaitu: apabila mengulangi sesuatu pengalaman emosi akan meningkatkan kekuatan relatif emosi yang berlawanan. Bila kita lakukan terjunan demi terjunan berulang kali, rasa takut akan berkurangan dan rasa seronok akan bertambah.
Selain itu juga, antara contoh perkara yang pernah berlaku kepada saya ialah apabila saya membawa motosikal dan juga membawa kereta. Mungkin ada yang belum sedia maklum, saya seringkali jatuh motosikal. Kali pertama saya mendapat parut dari jatuh motosikal ialah pada tahun 2005 iaitu masa saya tingkatan 3. Semestinya kita tahu, jika anda berumur 15 tahun, kita memang tidak ada lessen memandu lagi. Dan kita tidak pernah ke kelas memandu dan tidak tahu peraturan dan bahaya yang bakal menimpa pada kita. Walaupun saya seringkali jatuh motor dan luka teruk, namun saya masih membawa motosikal. Tapi saya trauma di tempat-tempat yang pernah memberi kenangan pahit kepada saya seperti di kawasan yang berpasir dan di hadapan kilang HITACHI. Namun saya selalu membawa di tempat tersebut dan saya tidak lagi takut dan saya bebas membawa dengan lebih laju... hehehe... maksud saya dengan lebih yakin...
Sekian, terima kasih...
No comments:
Post a Comment