Friday, 23 July 2010
FW: A134116 GOH KOK THAI LJ01
From: kok_thai@hotmail.com
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com
Subject: A134116 GOH KOK THAI LJ01
Date: Fri, 23 Jul 2010 23:09:52 +0800
Selamat sejahtera kepada pensyarah pengurusan emosi set 3, nama saya GOH KOK THAI,A134116 ingin mengulaskan pendapat-pendapat saya terhadap subjek ini. Pada awalnya semasa saya mendaftar subjek U2, saya telah memerhatikan 2 subjek daripada yang begitu banyak, iaitu pengurusan emosi dan kemahiran berfikir. Setelah berfikir dengan teliti, saya telah memilih dan mendaftar subjek pengurusan emosi kerana saya berpendapat bahawa subjek ini membawa makna-makna yang tertentu dan kandungannya bukan dapat dipelajari di mana-mana tempat. Jadi, saya telah mendaftar kursus ini dan bersedia untuk memperlajari dan memahami kursus ini. Pada hari rabu, iaitu 21-7-2010, masa 4.00pm, saya telah menghadiri kursus pengurusan emosi set 3 dengan kali yang pertama. Pada hari tersebut,saya telah mempelajari tentang definisi emosi, konsep-konsep emosi, cara mengukur emosi, struktur expressi dan emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi dapat didefinisikan sebagai complex set of interactions among subjective and objective factors, mediated by neural hormonal systems yang dapat give rise to affective experiences such as feelings of arousal, pleasure/displeasure, generate cognitive processes such as emotionally relevant perceptual effects, appraisals, labeling processes, activate widespread physiological adjustments to the arousing conditions, lead to behavior that is often, but not always, expressive, goal directed, and adaptive. Empat component dalam emosi merupakan perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkahlaku berkaitan. Saya juga dapat memahami bahawa perasaan bukan sama dengan emosi, tetapi perasaan merupakan salah satu komponen daripada emosi. Saya juga difahamkan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi dan emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emotional. Contohnya, apabila saya dapat ajakan dari kawan-kawan bahawa hendak pergi ke midvalley bersama-sama, saya akan berasa gembira,syok,serta berperasaan tak sabar-sabar untuk keluar berjalan-jalan dengan kawan. Ini merupakan komponen perasaan daripada emosi. Selain itu,saya juga akan sentiasa berfikir-fikir tentang apa yang hendak buat semasa kami berjalan-jalan dan ini juga merupakan contoh proses kognitif yang merupakan salah satu komponen daripada emosi. Saya juga dapat merasakan dendutan hati semakin kencang dan kadar pernafasan saya menjadi semakin kuat apabila dapat berseronok dan bersembang dengan kawan-kawan. Ini merupakan perubahan fisiologi semasa seseorang berasa gembira dan syok. Begitu juga saya akan ketawa dan bertepuk tangan semasa bersembang dengan kawan-kawan dan ini merupakan contoh tingkahlaku berkaitan dengan perasaan gembira seseorang. Walaubagaimanapun, saya juga difahami bukan dalam semua keadaan, emosi merupakan pendorong(motivator) dan tidak semua pendorong(motivator) berasaskan emosi. Contohnya,saya makan kerana saya lapar dan bukannya saya makan kerana saya berasa gembira apabila dapat bersama-sama dengan kawan. Pada hari tersebut,saya juga mempelajari bagaimana seseorang dapat mengukur kadar emosinya. Tentu bukan dengan pembaris dan juga bukan ukur dengan unit degree celcus. Cara-cara untuk mengukur kadar emosi diri sendiri dapat dilakukan dengan temubual(interview), bertanya soalan kepada diri sendiri(questionnaire), dan juga self-monitoring techniques(record own behavior over a period of time). Ini merupakan cara-cara yang mudah serta direct, tetapi ia juga mendatangkan masalah juga. Direct observation mendatangkan masalah reliabiliti. Pendek kata,cara-cara tersebut untuk mengukur kadar emosi kadang-kala tidak tepat kerana aspek-aspek tertentu.Saya juga difahami bahawa pengesahan penipuan juga merupakan palsu dan ia tidak benar. Ini merupakan satu statement yang agak menarik kepada saya dan saya mula berfikir-fikir tentang statement ini. Setelah habis perkuliahan, kami juga telah membuat satu kuiz yang menarik, ia berkaitan tentang apa yang kami telah belajar dan faham semasa perkuliahan. Kuiz tersebut mengandungi 10 soalan dan setiap soalan diberikan masa selama 30 saat untuk menjawab sahaja. Had masa setiap soalan dapat membantu saya lebih fokus dan memikir dengan cepat. Selepas jawapan diberi, saya mendapat score 9 daripada 10,dan salah dalam soalan 5. Walaubagaimanapun, saya berasa seronok dengan kuiz ini. Sebelum kami bersurai, kami telah berpecah kepada kumpulan, setiap kumpulan mengandungi sebanyak 5 orang. Saya merupakan kumpulan yang bernama EMO GROUP dan merupakan ketua kumpulan tersebut. Akhir sekali, saya berasa seronok dengan kursus ini dan bersedia memahami kursus pengurusan emosi ini dengan lebih mendalam dan teliti. Sekian terima kasih.# END
A133541 Muhammad Hafiz LJ01
selepas beberapa bulan menunggu keputusan daripada Unit Pengurusan Universiti (UPU), akhirnya aku mendapat jawapan. aku telah ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Bahan di Universiti Kebangsaan
kemudian aku menyiapkan segala keperluan untuk mendaftar di UKM. ketika aku tiba pada hari pendaftaran, aku berasa kagum dengan keindahan panorama di sini. mungkin keindahan panorama ini dapat mengubati hatiku yang telah remuk. setelah menjalani program Minggu Mesra Pelajar (MMP), aku semakin yakin untuk menghadapi hari-hariku yang seterusnya di sini. selepas menghadiri taklimat mengenai kursus pengajianku, aku semakin yakin dengan kata-kata rakanku itu. sebenarnya, kursus yang telah ditawarkan kepada aku itu, tidaklah seteruk yang aku sangka. bahkan lebih menarik berbanding dengan jurusan yang aku impikan selama ini. selama berada di sini, aku telah menghadapi berbagai-bagai cabaran walaupun belum sampai sebulan aku belajar di sini. tetapi aku menganggap bahawa setiap cabaran yang datang, akan mendewasakan aku sepanjang pengajianku di sini. semasa berada di UKM, aku telah mengenali beberapa sekelasku yang sangat periang, dan bermacam-macam ragam serta emosi. telatah mereka berjaya mengubat luka lama di hatiku ini.
selain itu, aku telah mendaftarkan diri di dalam kelas pengurusan emosi di UKM. melalui kelas ini, aku semakin tahu bagaimanakah untuk mengawal emosiku dengan lebih baik lagi. melalui kelas ini, aku telah belajar untuk mengklasifikasikan kaedah-kaedah untuk mengukur emosiku. aku juga telah mengetahui mengenai definisi emosi itu sendiri. selama ini aku menyangkakan bahawa perasaan dan emosi itu merupakan perkara yang sama. tetapi pada hari tersebut, barulah aku mengetahui bahawa perasaan itu merupakan sebahagian daripada emosi. begitu juga dengan komponen-komponen emosi. sebenarnya, sekiranya kita mengalami kesemua komponen-komponen tersebut barulah dinamakan emosi. sekiranya tidak, seperti contoh, kita makan nasi kerana lapar, itu bukan emosi tetapi merupakan keinginan biologi kita. bukan datang daripada emosi kita. emosi juga boleh menjadi pendorong . semua itu merupakan daripada perubahan emosi yang menjadi dorongan ataupun motivasi. namun begitu, tidak semua emosi menjadi pendorong ataupun motivasi. selain itu juga, emosi boleh menjadi pendorong ke arah positif ataupun negatif sekiranya, kita tidak tahu cara untuk mengawal emosi kita.
A126968 Liyana LJ01
Semasa saya mengikuti kelas Pengurusan Emosi ini, pada permulaannya emosi adalah suatu fahaman yang mudah difahami. Namun, ketika saya mempelajarinya, ianya adalah sesuatu yang rumit dan kita perlu tahu tentang emosi ini. Saya akan membuat ulasan sepanjang pengetahuan saya tentang mempelajari subjek Pengurusan Emosi. Saya ingin mengulas tentang konsep-konsep yang telah diberikan semasa kuliah iaitu emosi adalah bersifat subjektif bagaimana suatu perasaan itu timbul menyebabkan tercetusnya suatu pemikiran untuk melakukan sesuatu sejurus dengan tindakan selanjutnya. Hal ini, berikut merupakan salah suatu proses apabila emosi menguasai diri seseorang serta merupakan 4 komponen emosi. Perkara baru yang telah saya ketahui adalah emosi tidak sama dengan perasaan malah perasaan adalah salah satu komponen dalam emosi. Apa yang saya tahu ialah emosi boleh dikaitkan dengan pergerakan badan kita contohnya mimik muka. Apabila kita mempamerkan mimik muka ceria, kita akan tersenyum dan ia melibatkan proses emosi bahawa kita sedang gembira. Salah satu perkara baru yang saya pelajari dan baru saya fahami ialah emosi tidak boleh dipisahkan dengan motivasi. Pada permulaannya saya kurang faham tentang situasi tersebut. Rupa-rupanya emosi ini adalah motivasi kepada tingkah laku dan sesuatu motif yang menjurus kepada emosional. Seperkara lagi, tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong seperti 'saya mahu makan kerana lapar'; lapar bukanlah situasi emosi. Hal ini menunjukkan bahawa, tidak semua apa yang kita mahukan dalam hati sebagai emosi. Contoh emosi adalah perasaan dendam, cinta, marah, ketakutan dan sebagainya. Perkaitan antara motif yang berunsurkan emosi atau yang sebaliknya adalah seperti emosi adalah suatu perasaan yang lahir dari hati sehingga melibatkan pemikiran dan perubahan yang berlaku akan ditentukan oleh tingkah laku. Sebaliknya, bukan emosi seperti 'saya mahu makan kerana lapar' adalah terdiri daripada sifat fizikal kita yang mengalami perubahan dari segi fizikalnya seperti lapar kerana perut kosong, bukan kerana emosi; kesakitan, kaki saya luka kerana terpijak kaca, juga bukan kerana emosi. Perkaitan antara kedua-dua tersebut mempunyai perbezaan yang ketara. Oleh hal yang demikian, emosi adalah satu sifat semula jadi supaya setiap manusia mempunyai perasaan sendiri untuk menilai kehidupan mereka seharian. Seterusnya, saya didedahkan dengan cara untuk mengukur sesuatu emosi. Melalui cara ini, kita dapat tahu bagaimana untuk menilai emosi seseorang melalui budaya. Budaya yang disebutkan adalah percambahan budaya, perubahan budaya dan permasalahan budaya melalui emosi seseorang dan masyarakat. Melalui pemerhatian saya, saya telah mengenali seorang sahabat yang telah lama saya kenal dan sebelum saya mengenalinya, beliau adalah seorang yang bersih daripada segala kekotoran budaya pada masa kini. Malangnya, kini beliau telah terjebak dengan suatu gejala yang tidak sihat. Ini menampakkan suatu perubahan budaya yang telah berlaku atas dirinya. Setelah saya mendalami masalah beliau dengan lebih mendalam, barulah saya mengetahui apakah punca di sebalik bagaimana beliau boleh terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini. Bagi saya ianya berkaitan dengan emosi kesedihan beliau yang sangat tinggi. Salah satu sebab beliau terjebak dengan dadah ialah kurang kasih sayang daripada keluarga. Beliau dipinggirkan malah dipandang serong oleh masyarakat serta tuduhan yang bertubi-tubi. Akhirnya, beliau mengalami tekanan perasaan yang amat tinggi sehingga menyebabkan beliau menyelesaikan masalah dengan mengambil dadah. Kesimpulan yang saya dapat melalui pemerhatian saya ini ialah emosi dalam diri seseorang adalah amat penting. Jika kita dapat menjaga dengan baik sudah tentu emosi berada dalam keadaan yang stabil dan tingkah laku juga akan terpelihara. Oleh itu, saya mempelajari bagaimana 4 komponen emosi tersebut berfungsi. Sekian.
A134116 GOH KOK THAI LJ01
A133756 AMANINA LJ01

A134221 Norsatarunisya LJ01
PENGURUSAN EMOSI
Pengurusan emosi(ZZZT2253) adalah kursus wajib universiti tergolong dalam kumpulan kedua (U2), iaitu kemahiran berfikir, berkomunikasi dan berorganisasi. Pada kebiasaannya orang menganggap kursus pengurusan emosi adalah kursus yang biasa dan tidak perlu diketengahkan. Bagi saya pengurusan emosi perlu diperluaskan dan diketengahkan. Hal ini kerana, seseorang terutama mahasiswa dan mahasiswi mahupun golongan belia wajib mengetahui cara untuk menguruskan dan mengendalikan emosi dalam diri masing-masing. Kursus ini membolehkan para pelajar memperkemaskan minda dan emosi sebelum melangkah ke dunia yang lebih mencabar. Selain itu, mahasiswa dan mahasiswi menjadi lebih bersedia sebelum memasuki dan bergaul dengan masyarakat yang pasca modenisasi, sekiranya mereka mempunyai emosi yang stabil dan mantap. Pada awalnya saya menganggap emosi adalah sesuatu yang berunsurkan negatif sahaja. Saya juga menyertai kursus ini disebabkan oleh tiada pilihan lain kerana kursus-kursus lain bercanggah dengan waktu pelajaran wajib dalam pengajian saya. Walaubagaimanapun, pandangan saya berubah setelah memasuki kuliah pertama bagi kursus ini pada 21 julai 2010 di 3A 510 FSSK. Dalam kuliah tersebut, buat pertama kalinya saya mengetahui bahawa emosi bukan sesuatu yang negatif sahaja. Selain itu, saya juga mengetahui bahawa perasaan seperti marah, suka dan lain-lain adalah salah satu komponen dalam emosi. Dalam kuliah saya juga mendapati emosi menurut Kleinginna & Kleinginna (1981) "Emotion is a complex set of interaction among subjective and objective factor mediated by neural hormonal system" Bercerita tentang emosi saya tidak pasti adakah perasaan dan pengalaman saya merupakan sesuatu emosi atau tidak. Sebagai seorang pelajar dan anak bongsu dalam keluarga saya, saya merasakan suatu bebanan atau tekanan dalam hidup saya. Saya merasakan sebagai anak bongsu saya perlulah menggapai pencapaian yang lebih cemerlang antara adik-berasik saya yang lain. Saya keliru adakah tekanan yang saya alami itu adalah emosi atau tidak. Apa yang saya faham adalah perasaan takut adalah salah satu emosi. Sebelum memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya berasa takut kerana saya tidak yakin adakah saya boleh membiasakan diri sebagai pelajar yang bergelar mahasiswi universiti. Selain itu juga, saya takut saya tidak boleh belajar dengan baik mengenai kursus yang saya ambil. Walaubagaimanapun, setelah memasuki UKM, saya meyakinkan diri saya bahawa saya boleh melakukan yang terbaik dan saya suka akan kursus yang saya ambil. Setelah mengambil kursus pengurusan emosi, sayha sedar bahawa suka adalah salah satu emosi yang menyebabkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk perkara yang kita suka. Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalam tentang emosi saya bertanya kepada rakan baik saya mengenai pengalaman-pengalaman mereka yang melibatkan emosi. Sahabat saya yang bernama Aini (bukan nama sebenar) merupakan pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan menceritakan kepada saya pengalaman-pengalaman beliau. Beliau menceritakan kepada saya perasaan gembiranya apabila beliau memasuki UKM. Dahulunya, beliau merupakan pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Tinggi Malaysia (STPM). Penantian beliau untuk memasuki universiti tercapai apabila ditawarkan ke UKM. Beliau merasa gembira yang tidak terhingga kerana beliau berjaya memasuki universiti ini. Penantiannya berakhir dengan sebuah kejayaan kerana sebelum ini keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang diperolehinya kurang memuaskan iaitu 2A, kemudian beliau tidak berputus asa dan melanjutkan pelajaran di peringkat STPM. Akhirnya usaha dan pengorbanan beliau membuahkan hasil kerana berjaya memperoleh 5 Principal dan pointer 3.5. Selepas memasuki UKM beliau merasa sedikit sedih kerana akan berjauhan denagn keluarga, tetapi beliau bersyukur kerana dapat membiasakan diri disebabkan beliau pernah menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Seorang lagi kawan saya bernama Mimi (bukan nama sebenar) pernah mengalami perasaan marah terhadap rakan-rakan. Kejadian yang menyababkan kawan saya marah adalah ketika beliau sedang khusyuk membaca buku mata pelajaran sejarah, dengan tiba-tiba rakan sekelasnya Ibrahim (bukan nama sebenar) merampas buku tersebut tanpa sebab yang munasabah. Kawan saya merasa terkejut dan marah kerana beliau perlu bersedia untuk kuiz sejarah akan datang. Kemudiannya lelaki tersebut meletakkan buku tersebut ditempat duduk kawannya. Kawan saya meminta buku tersebut tetapi lelaki tersebut tidak mahu memulangkannya malah lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata yang kasar dan kesat. Kawan saya menjadi terlalu marah, secara kebetulan di hadapan kawan saya terdapat sebuah buku yang sangat tebal lalu dengan tidak sengajanya kawan saya melontarkan buku tersebut ke arah lelaki itu. Apa yang saya dapati berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan saya emosi boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa disebabkan faktor-faktor yang tertentu.
A127257 NORIZA LJ01
|
A127070 SAKINAH LJ01
Pada hari khamis yang lepas, saya telah mengikuti kuliah pertama Pengurusan Emosi. Saya telah belajar tentang perkara-perkara asas dalam Pengurusan Emosi. Perkara-perkara berikut ialah definisi emosi, cara mengukur emosi, struktur dan ekspresi emosi, serta pengalaman tentang emosi. Menurut Kleinginna, emosi ialah set kompleks interaksi antara faktor subjektif dan objektif yang diperantarakan oleh sistem saraf. Saya bersetuju dengan definisi Kleinginna ini kerana emosi lahir daripada tindak balas subjektif iaitu pengaruh akibat kepercayaan seseorang individu berdasarkan fakta yang benar. Emosi juga lahir daripada faktor objektif iaitu berdasarkan fakta atau situasi yang mempengaruhi sesuatu keputusan.
Selain itu, saya juga telah mendapat input yang banyak dari pembelajaran tentang komponen yang terdapat dalam emosi. Secara umumnya, terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan juga tingkah laku yang berkaitan. Berdasarkan kesemua faktor tersebut, saya dapat mempelajari bahawa emosi seseorang bertindak balas dengan situasi yang dialami atau bertindak balas dengan sesuatu kebenaran yang diketahuinya. Melalui pengalaman saya, saya dapat mengaitkan empat komponen emosi tersebut. Pengalaman saya semasa mengambil keputusan peperiksaan STPM dapat menunjukkan bahawa emosi seseorang akan berubah mengikut situasi.
Pada tahun lepas, saya telah ke sekolah bersama rakan-rakan untuk mengambil keputusan peperiksaan STPM. Kami sampai di sekolah pada pukul 10 pagi, sedangkan keputusan peperiksaan biasanya akan sampai di sekolah pada pukul 12 tengah hari. Namun, disebabkan rasa ingin tahu dan tidak sabar, kami datang awal dan duduk di kantin sambil menunggu pengetua sekolah sampai. Semasa menunggu, perasaan saya sangat berdebar-debar kerana saya berasa takut dengan realiti yang akan saya ketahui pada hari itu. Sememangnya, saya sering berfikiran positif dalam semua perkara tetapi pada hari itu, segala kemungkinan bermain di fikiran. Perasaan takut dan bimbang bermain di fikiran kerana saya memikirkan akibat sekiranya saya tidak mendapat keputusan yang yang baik seperti yang saya harapkan.
Pada pukul 12.30 tengah hari, pengetua kami masih belum sampai di sekolah. Kami mula gelisah dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusan kami. Akibat perasaan tidak sabar, saya telah memeriksa keputusan peperiksaan saya menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms) secara diam-diam. Saya merasa berdebar-debar dan bimbang semasa menunggu maklum balas. Dada saya berdegup dengan kencang sambil menunggu, sehinggakan kawan-kawan merasa pelik dengan tingkah laku saya yang seakan gelisah. Kemudian, saya mendapat satu mesej. Saya terus membacanya untuk mengetahui keputusan saya. Sebaik sahaja saya membaca keseluruhan mesej tersebut, saya terkejut lalu tersenyum. Tanpa saya sedari, saya telah bangun dari kerusi sambil melompat kegirangan dan melaung "Aku dapat 3A!". Kawan –kawan saya terkejut tetapi dalam masa yang sama mengucapkan tahniah.
Berdasarkan pengalaman saya tersebut, saya dapat melihat perbezaan komponen-komponen dalam emosi. Komponen pertama dalam emosi iaitu perasaan takut dapat dilihat ketika saya baru sampai di sekolah. Komponen kedua pula iaitu proses kognitif dapat dilihat semasa saya merasa takut menunggu kedatangan pengetua dan mengambil inisiatif lain untuk menghilangkan rasa takut tersebut iaitu dengan memeriksa keputusan melalui khidmat pesanan ringkas. Perubahan fisiologi dapat dilihat semasa saya berdebar-debar menunggu maklum balas, jantung berdegup dengan pantas dan merasa gelisah. Akhirnya, keadaan saya yang melompat kegirangan kerana mendapat 3A adalah tingkahlaku yang terhasil akibat perasaan gembira saya.
Pada kuliah yang pertama ini juga, saya telah belajar tentang perkaitan antara emosi dan motivasi. Melalui kuliah ini, saya telah mendapat input yang berguna bahawa emosi mempunyai hubungan dengan motivasi. Perkaitan antara emosi dan motivasi adalah satu perkara di mana seseorang individu cenderung untuk melakukan sesuatu perkara akibat emosi. Menurut Baron dan Logan 1993, emosi juga tidak boleh dipisahkan dengan motivasi. Manakala menurut Lang et al, 1992, emosi merupakan motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Contoh yang boleh dikaitkan dengan kaitan antara emosi dan motivasi ialah motif rompakan iaitu seseorang cenderung untuk merompak untuk mendapatkan wang dan juga kerana dendam(emosi) terhadap orang yang dirompak tersebut. Namun begitu, tidak semua keadaan didorong oleh emosi. Sebagai contoh, saya berusaha untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang untuk memudahkan saya mendapat kerja yang baik bagi membalas jasa ibu dan bapa yang telah banyak membantu saya selama ini.
Kesimpulannya, saya telah mendapat maklumat yang berguna daripada kuliah Pengurusan Emosi yang pertama. Malahan, kebanyakan maklumat yang disampaikan merupakan perkara yang belum saya ketahui dan saya merasa sangat bersyukur kerana mengambil kursus ini pada sem ini. Sekurang-kurangnya, saya berpeluang untuk mengawal emosi saya. Sekian, terima kasih. =)
A127214 NUR HABIBAH LJ01
'Pengurusan Emosi'. Apakah yang terlintas di fikiran saudara dan saudari apabila mendengar atau terlihat perkataan ini? Bagaimanakah kalian mentafsirkan perkataan yang dimaksudkan dengan emosi? Saya yakin dan percaya bahawa pelbagai tafsiran yang akan anda huraikan mengikut kefahaman dan pengetahuan yang anda perolehi selama ini. Tafsiran saya mengenai emosi telah berubah apabila saya berpeluang mengikuti kursus Pengurusan Emosi yang disediakan di Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Pengetahuan saya terhadap emosi sebagai sama maksudnya dengan perasaan sebelum ini, berubah sama sekali apabila mengikuti kuliah pertama kursus ini. Dalam kuliah ini kami didedahkan dengan maksud sebenar emosi itu sendiri. Selepas mengikuti kuliah yang pertama ini, saya begitu tertarik dengan dua perbincangan dalam bab pengenalan ini, iaitu maksud sebenar emosi itu sendiri dan emosi dapat memotivasikan seseorang.
Perkara pertama yang ingin saya kongsi dengan para pembaca ialah, apakah yang dimaksudkan dengan emosi pada keadaan yang sebenarnya menurut Kleinginna & Kleinginna (1981). Emosi yang didefinisikan oleh Kleinginna & Kleinginna (1981) ialah, "emosi adalah interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif, yang diperantarakan oleh sistem saraf yang dapat memberikan seseorang itu menzahirkan sesuatu peristiwa melaui 4 komponen iaitu : pengalaman afektif, menghasilkan proses kognitif ataupun dikenali sebagai pemikiran, menghidupkan penyesuaian fisiologikal dan perubahan tingkah laku. Oleh itu, jelaslah bahawa emosi itu tidak sama dengan perasaan, hal ini kerana perasaan merupakan salah satu komponen dalam emosi.
Pandangan istilah yang diberikan oleh Kleinginna & Kleinginna (1989) ini bagi saya sangat tepat. Hal ini kerana, boleh dikatakan setiap sesuatu peristiwa yang ,melibatkan permainan emosi, komponen- komponen ini sangat berkait rapat dan tidak dapat dipisahkan. Saya menyokong pendapat beliau ini adalah kerana berdasarkan pembacaan dan pengalaman yang pernah saya alami, sebagai contoh apabila mendalami perasaan seseorang yang sedang ketakutan, kegelisahan, kesedihan dan sebagainya. Untuk mengukuhkan lagi sokongan saya terhadap Kleinginna & Klieinginna terhadap 4 komponen emosi tersebut, di sini saya sertakan situasi yang diceritakan oleh abang saya sendiri semasa beliau berhadapan dengan hari pentingnya, iaitu saat-saat akan bergelar menjadi seorang suami iaitu situasi akad nikah. Semasa sedang menunggu tok kadi sampai di masjid tempat di mana akad nikah berlangsung, perasaan abang saya ketika itu sangat tidak tenteram,gementar serta cemas tidak ketahuan. Kemudian apa yang bermain difikiran abang saya ketika itu adalah dapat melafazkan akad tersebut hanya sekali lafaz dan lancar. Semasa akad hendak dimulakan, kelihatan abang saya berpeluh dan ditambah dengan ceritanya, dengupan jantungnya ketika itu sangat kencang. Seolah-olah ada beban yang ditanggung. Namun tindakan yang abang saya ambil ketika itu ialah dengan menarik nafas dalam, fokus terhadap akad yang akan dilakukan dan hafal nama bakal isteri. Hembusan nafas dilepaskan perlahan-lahan dan lafaz akad dapat dilafazkan dengan lancarnya. Dari sini kita boleh menyimpulkan bahawa teori dan kompenan yang di ketengahkan itu adalah relevan mengenai emosi.
Selain daripada maksud emosi, pada minggu itu juga kami diketengahkan tentang hubungan emosi dan motivasi. Emosi juga dikatakan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan motivasi. Menurut Baron & Logan (1993), emosi juga tidak dapat dipisahkan dengan motivasi. Bagi pendapat saya, teori yang dikemukan ini begitu tepat. Emosi sememangnya dapat memotivasikan seseorang itu menjadi individu yang lebih sempurna. Sebagai contoh, saya ada terbaca suatu artikel yang berkaitan dengan ibu tunggal. Seorang isteri yang ditinggalkan oleh bekas suami yang tidak bertanggungjawab membiarkan anak-anaknya bersama bekas isteri semata-mata hendak hidup bersama isteri muda. Nafkah keperluan anak selama ditinggalkan langsung tidak diberikan kepada anak-anak. Bukan sekadar itu sahaja, si suami turut mendera emosi bekas isteri dengan pelbagai cara. Sebagai contoh bekas suami kepada ibu tunggal tersebut menggunakan tektik menghasut keluarganya dengan memburuk-burukkan isterinya sebagai penyebab kepada punca retaknya rumah tangga mereka. Akibat daripada itu, si ibu tunggal ini sering tertekan dengan tuduhan-tuduhan dari bekas mertua dan ipar. Oleh kerana tidak tahan dengan tekanan emosi yang sering kali mengganggu hidupnya dan merasakan dirinya patut dibela, si ibu tunggal nekad menemui pakar kaunseling untuk menemui jalan penyelesaian. Hasil daripada penemuan tersebut, si ibu tunggal mendapat semangat dan motivasi yang tinggi dalam dirinya. Beliau sedar, beliau tidak seharusnya berdiam diri sehinggakan orang-orang yang tidak berhati perut menindasnya dan menganggapnya lemah. Kini beliau menpunyai kekuatan untuk menegakkan keadilan, menuntut hak-hak yang harus dia perolehi. Kejadian-kejadian yang mengganggu emosi dan diri yang ditindas selama ini dapat diatasi. Si ibu tunggal tersebut mengambil tindakan untuk membawa perkara tersebut di mahkamah. Tindakan mahkamah sudah diambil sehinggakan beliau berjaya dalam tuntutan haknya. Hasilnya kini beliau tidak lagi ditindas oleh keluarga mertua dan menjadi seorang yang lebih berani dan berjiwa kental sebagai ibu tunggal. Bukti ini sudah jelas menyatakan emosi dapat memotivasikan seseorang.
Kesimpulannya, kuliah lepas merupakan tajuk yang menarik buat saya untuk terus menerus mempelajari emosi. Kehidupan kita tidak lari dengan beremosi, iaitu gembira, sedih, takut, cemas, dan sebagainya. Perasaan bukanlah emosi seperti yang kita tahu sebelum ini, tetapi perasaan merupakan sebahagian daripada emosi yang melibatkan 4 komponen seperti yang dibincangkan. Emosi lebih luas maknanya daripada perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dengan motivasi.

-741386.jpg)




