Friday, 23 July 2010

A133541 Muhammad Hafiz LJ01

selepas beberapa bulan menunggu keputusan daripada Unit Pengurusan Universiti (UPU), akhirnya aku mendapat jawapan. aku telah ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Bahan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). pada mulanya aku berasa amat kecewa, kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran aku dalam jurusan yang aku ingini. maka, bermulalah permainan emosi. setiap kali aku memikirkan tentang tawaran ini, aku berasa sebak. aku menjadi tidak tentu arah, tidak keruan. hampir sahaja aku melakukan perkara bodoh. begitu juga apabila setiap kali aku ditanya, ke manakah aku oleh rakan-rakan, aku hampir menangis. mujur, masih ada rakan karibku yang memahami perasaan aku ketika itu. pada beliau lah aku menceritakan segalanya. pada beliau lah aku mencurahkan kerisauan dan kebimbangan aku. ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu, betapa remuknya hatiku. aku hilang arah tujuan disebabkan aku tidak tahu mengawal emosiku. setiap hari, aku tertekan. sehinggakan aku lupa pada-Nya. Subhanallah. selepas disedarkan oleh rakan karibku sendiri, aku memohon kekuatan daripada-Nya untuk mengawal emosi serta diriku. setelah itu, aku kembali tenang. selepas beberapa malam aku berbincang, berbual bersama rakan karibku, akhirnya aku menemui jalan penyelesaian. "Setiap yang berlaku, ada hikmahnya", kata rakan karibku. berbekalkan kata-kata itu, aku kembali menemui semangatku yang telah hilang entah ke mana. pada hakikatnya, beliaulah yang banyak memberi dorongan dalam hidupku. mungkin juga menjadi motivasi untuk aku meneruskan hidup.

           

            kemudian aku menyiapkan segala keperluan untuk mendaftar di UKM. ketika aku tiba pada hari pendaftaran, aku berasa kagum dengan keindahan panorama di sini. mungkin keindahan panorama ini dapat mengubati hatiku yang telah remuk. setelah menjalani program Minggu Mesra Pelajar (MMP), aku semakin yakin untuk menghadapi hari-hariku yang seterusnya di sini. selepas menghadiri taklimat mengenai kursus pengajianku, aku semakin yakin dengan kata-kata rakanku itu. sebenarnya, kursus yang telah ditawarkan kepada aku itu, tidaklah seteruk yang aku sangka. bahkan lebih menarik berbanding dengan jurusan yang aku impikan selama ini. selama berada di sini, aku telah menghadapi berbagai-bagai cabaran walaupun belum sampai sebulan aku belajar di sini. tetapi aku menganggap bahawa setiap cabaran yang datang, akan mendewasakan aku sepanjang pengajianku di sini. semasa berada di UKM, aku telah mengenali beberapa sekelasku yang sangat periang, dan bermacam-macam ragam serta emosi. telatah mereka berjaya mengubat luka lama di hatiku ini.

 

            selain itu, aku telah mendaftarkan diri di dalam kelas pengurusan emosi di UKM. melalui kelas ini, aku semakin tahu bagaimanakah untuk mengawal emosiku dengan lebih baik lagi. melalui kelas ini, aku telah belajar untuk mengklasifikasikan kaedah-kaedah untuk mengukur emosiku. aku juga telah mengetahui mengenai definisi emosi itu sendiri. selama ini aku menyangkakan bahawa perasaan dan emosi itu merupakan perkara yang sama. tetapi pada hari tersebut, barulah aku mengetahui bahawa perasaan itu merupakan sebahagian daripada emosi. begitu juga dengan komponen-komponen emosi. sebenarnya, sekiranya kita mengalami kesemua komponen-komponen tersebut barulah dinamakan emosi. sekiranya tidak, seperti contoh, kita makan nasi kerana lapar, itu bukan emosi tetapi merupakan keinginan biologi kita. bukan datang daripada emosi kita. emosi juga boleh menjadi pendorong . semua itu merupakan daripada perubahan emosi yang menjadi dorongan ataupun motivasi. namun begitu, tidak semua emosi menjadi pendorong ataupun motivasi. selain itu juga, emosi boleh menjadi pendorong ke arah positif ataupun negatif sekiranya, kita tidak tahu cara untuk mengawal emosi kita. 

No comments:

Post a Comment