Wednesday, 27 July 2011

A131966 NUR SYUHADA BINTI OTHMAN - LJ O1 : APA ITU EMOSI?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Hari ini merupakan hari pertama saya 

menghadiri kuliah untuk ZT2253 iaitu berkenaan Pengurusan Emosi. Pada mulanya saya beranggapan bahawa 

subjek ini berkaitan dengan pengurusan stress disebabkan stress bersangkut paut dengan emosi teteapi 

sepanjang kuliah tadi yang berlangsung selama dua jam langsung tidak menyentuh sedikit pun berkaitan dengan 

stress tetapi lebik kepada apa itu emosi.

Bagi saya, emosi hanyalah suatu perasaan sama ada gembira, sedih, marah, dan sebagainya. 

Walaubagaimanapun, setelah berakhirnya kuliah, baru saya mengerti definisi sebenar emosi itu sendiri. Emosi 

mempunyai empat komponen iaitu perasaan, kognitif,  fisiologikal dan melibatkan tingkah laku. Setelah berfikir 

sejenak tentang apa yang telah disampaikan semasa kuliah tadi telah menyedarkan saya bahawa keempat-

empat komponen ini memang berkait rapat diantara satu sama lain cuma saya tidak pernah menyedarinya. 

Contohnya, setiap kali keluar keputusan peperiksaan, saya akan berasa takut, berdebar-debar (perasaan) dan 

ini menyebakan saya berpeluh dan ingin muntah kerana terlalu takut (fisiologikal). Saya akan berasa sedih 

(perasaan) apabila gagal dalam peperiksaan. Saya memikirkan punca-punca kegagalan (kognitif) saya dan cuba 

untuk mengatasi kelemahan yang ada dengan rajin bertanya pada kawan-kawan dan berjumpa pensyarah jika 

tidak paham sesuatu isu (tingkah laku). Jadi disini saya dapat melihat kesemua ini merupakan keasan daripda 

emosi yang menyebabkan sesorang individu itu akan mengalami keempat-empat komponen yang berkait rapat 

dengan emosi.

Bagaimana emosi dapat memberikan motivasi kepada seseorang?

Pada pandangan dan pemahaman saya setelah mendengar kuliah, emosi dapat memberi motivasi 

kepada seseorang. Berdasarkan pengalaman saya, seperti contoh apabila keputusan peperiksaan saya tidak 

begitu memuaskan, saya akan berasa sedih kerana keputusan tidak seperti yang saya harapkan, tetapi kesan 

daripada emosi ini telah membuatkan saya berazam untuk mengatsi kelemahan dan telah memberikan suatu 

motivasi kepada saya untuk teruskan usaha dan jangan mudah berputus asa. Di sini kita dapat lihat kesan emosi 

yang boleh membawa kepada kebaikan bergantung bagaimana kita menguruskan emosi kita sendiri. Tetapi, 

sekiranya kita terlalu ikutkan emosi kita sehingga membawa kepada keburukan, ianya tidak akan memberi 

sebarang motivasi kepada individu tersebut, malah boleh mendorong seseorang melakukan sesuatu diluar 

jangkaan mereka sendiri. Seperti contoh, sering kali kita terbaca di muka akhbar dan melihat berita yang 

dipaparkan di televisyen kes-kes pembuangan bayi semakin meningkat. Pada pandangan saya mengenai isu ini, 

kesan daripada perasaan cinta mereka yang tidak disalurkan ke arah yang betul telah mendorong mereka 

melakukan perkara-perkara seperti ini dan tidak dilupakan perasaan malu setelah mengandungkan anak luar 

nikah membuatkan mereka terjebak untuk melakukan aktiviti yang tidak berperikemanusaiaan ini. Jadi, 

pentingnya kita mengurus emosi kita dengan baik agar ianya dapt memberi kebaikan kepada kita serta dapat 

mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral dan sebagainya.

Emosi dapat diukur atau dilihat melalui laporan kendiri seperti temuramah,soal selidik dan 

sebagainya atau pemerhatian secara lansung. Kadangkala dengan melihat riak wajah seseorang kita dapat 

menduga apakan perasaan individu terserbut. Bagi saya, kadangkala sukar bagi saya untuk menduga emosi 

seseorang pada riak wajah atau tingkah laku seseorang. Hal ini kerana emosi merupakan sesuatu yang sangat 

subjektif dan tersirat. Manusia pandai menyembunyikan emosi mereka. Jadi, untuk mengetahui emosi seseorang 

itu sangat sukar melainkan kita pakar dalam bidang berkaitan dengan emosi itu sendiri seperti pakar psikatri dan 

sebagainya. Kadangkala manusia sukar untuk menyembunyikan emosi mereka sendiri dan disini kita dapat 

melihat secara nyata emosi individu tersebut.

Pada pandangan saya, emosi merupakan sesuatu yang penting dalam menjana kelangsungan hidup 

seseorang individu. Sebagai contoh, kita berasa sunyi dan ini akan memdorong kita untuk mencari teman atau 

seseorang yang dapat bersama-sama kita. Selain itu, perasaan takut akan memberi isyarat kepada kita untuk 

memenuhi keperluan keselamatan iaitu dengan melengkapkan diri atau sekeliling kita dengan sesuatu yang dapat 

melindungi individu tersebut daripada sebarang musibah dan sebagainya. Emosi akan memberikan isyarat 

kepada kita untuk melengkapi dan menjana kelangsungan hidup.

Emosi dapat membantu seseorang membuat keputusan. Seperti yang telah saya katakan pada 

perenggan ke tiga sebelum ini. Emosi akan mendorong seseorang itu untuk membuat keputusana sama ada 

keputusan itu mendorong kearah keabaikan atau pun keburukan. Sekiranya emosi mengatasi keupayaan kita  

untuk berfikir dengan baik,emosi itu sendiri yang akan mendorong kita membuat keputusan yang tidak 

berdasarkan pada pemikiran kita. Emosi telah berjaya mengatasi akal kita dalam mendorong kita membuat 

sesuatu keputusan dan ini bergantung kepada emosi yang dilahirkan, seperti contoh jika perasaan benci 

mengatasi akal, kemugkinan kita akan membuat keputusan yang salah dengan mennyakiti orang yang dibenci 

atau sebgainya. Oleh itu, pentingnya kita mengawal emosi dan jangan biarkan ianya mempengaruhi keputusan 

seseorang.

Berdasarkan isi kandungan buku ini yang menyatakan bagaimana dorongan atau hasrat dijana dalam otak kita :

Buku Essentials of Anatomy and Physiology:
Dorongan dan hasrat untuk merencanakan dan memulakan
gerakan terjadi di bahagian depan frontal lobe, dan bahagian
prefrontal. Ini adalah kawasan korteks asosiasi

Dan didalam al-Quran juga menyatakan :

"Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) 
nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang 
mendustakan lagi derhaka." (Al Qur'an, Al-Alaq:15-16)
…"ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka" 

 Penetilian yang dilakukan di tahun-tahun kebelakangan ini mengungkapkan 
bahawa bahagian prefrontal, yang bertugas mengatur fungsi-fungsi 
khusus otak terletak pada bahagian depan tulang tengkorak. Para 
ilmuwan hanya mampu menemui fungsi bahagian ini setelah kurun 
60 tahun terakhir, sedangkan Al Qur'an telah menyebutkannya 1400 
tahun lalu.

Selain itu, emosi juga dapat membantu dalam komunikasi. Bagaimana emosi membantu 

komunikasi? Anda pernah lihat lawak bisu dalam satu komedi popular yang dibintangi Charlie Chaplin? Hanya 

dengan melihat emosi yang dipamerkan daripada pelakon tersebut sudah cukup membuatkan kita memahami 

apa mesej atau jalan cerita yang ingin disampaikan dalam komedi terserbut. Selain itu, seperti bayi yang baru 

lahir yang hanya tahu menangis apabila lapar sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada si ibu untuk 

memenuhi keperluan anak mereka. Apabila kita melihat kawan kita yang sedang marah, sudah cukup untuk 

memberitahu kita yang si dia mengalami masalah dan sebagainya.

Untuk menjana kesan yang positif daripada emosi kita, saya rasa pentingnya bagi kita untuk 

mengenal pasti emosi kita sendiri sama ada emosi itu positif atau negatif. Dengan ini, sekiranya emosi yang 

dizahirkan itu lebih kepada negatif, kita seharusnya berfikir dengan sebaiknya sebelum emosi menguasai 

keupayaan individu dalam membuat sebarang keputusan.

Selain itu, penting juga bagi kita mengenal pasti punca yang mendorong kepada emosi seseorang itu. 

Adakan ianya disebabkan oleh diri sendiri, persekitaran, atau pengalamn individu itu sendiri ? Hal ini kerana, 

sekiranya kita dapat mengenal pasti punca permasalahan, sudah pasti mudah untuk kita memperbetulkan punca 

tersebut daripada akar umbi tercetusnya permasalahan tersebut. Jadi, kita perlu bertindak dengan bijak serta 

dapat mengenal pasti punca yang mendorong kepada emosi kita.

Akhir kata, daripada kuliah pertama ini membuatkan saya lebih faham mengenai konsep emosi itu 

sendiri dan mengingatkan saya bertapa pentingnya bagi saya untuk bijak menguruskan emosi agar emosi itu 

dapat memberikan kesan positif dan memdorong ke arah keabaikan. Bersama-samalah kita menguruskan emosi 

dengan lebih baik demi kebaikan diri dan orang disekeliling kita.

A131956 Nurkhaledatul Falah - LJ01Tajuk 1 pengenalan emosi dan Tajuk 2 struktur emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Ini merupakan jurnal pertama saya bagi kursus pengurusan emosi walaupun hari ini merupakan kuliah yang kedua bersama Dr. Zamri. Pada minggu lepas, kuliah pengurusan emosi diisi dengan sesi berkenalan bersama Dr. Zamri serta sedikit taklimat mengenai kursus ini. Pada hari ini, bermulalah kuliah teori bagi kursus pengurusan emosi yang merangkumi dua tajuk yang pertama, iaitu pengenalan emosi dan struktur emosi. Sebelum bermulanya kuliah ini, pengetahuan saya mengenai emosi amat terhad. Pada saya, emosi merupakan perasaan seseorang pada masa tertentu mengikut keadaan sekelilingnya. Namun, setelah bermulanya kuliah yang pertama hari ini, saya dapati emosi terbahagi kepada empat komponen yang utama, iaitu:
 
·         -  pengalaman perasaan atau afektif
·         - proses kognitif
·         - perubahan fisiologikal
·         - tingkahlaku
 
Emosi dan motivasi merupakan dua perkara yang berbeza, namun, menurut Baron dan Logan, 1993, emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan. Selain itu, menurut Lang et al, 1992, emosi merupakan motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Emosi tidak boleh diukur dengan sukatan yang tepat dan konsisten seperti suhu, berat, tinggi dan sebagainya, tetapi emosi boleh diukur melalui dua cara, iaitu:
 
·         - laporan kendiri
·         - pemerhatian secara langsung
 
Terdapat beberapa teori yang dikaitkan dengan emosi seperti teori Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izad. Setiap teori memiliki keunikan serta pendapat yang tersendiri. Teori Darwin menjelaskan bahawa emosi seseorang dapat dilihat melalui ekspresi wajahnya. Hal ini kerana wajah merupakan anggota yang paling mudah untuk dilihat. Teori Plutchik pula mengisahkan mengenai emosi yang boleh digambarkan melalui tiga bahasa, iaitu:
 
·         bahasa subjektif
-          merupakan bahasa untuk mewakili emosi
-          contoh: takut, gembira, sedih
 
·         bahasa tingkahlaku
-          kelakuan seseorang berdasarkan emosi beliau
-          contoh: sedih- mengalirkan air mata
 gembira- ketawa, melompat
 takut – melarikan diri, terketar-ketar
 
·         bahasa fungsian
-          menggambarkan fungsi emosi terhadap individu tersebut
-          contoh: berani- melambangkan keyakinan diri
 sedih- kasih sayang antara ahli keluarga
Teori Plutchik juga ada menyatakan lapan (8) emosi asas, iaitu:
·         takut                – fear
·         meluat             – disgust
·         marah              – anger
·         terperanjat       – surprise
·         gembira           – joy
·         sedih                – sadness
·         terima              – acceptance
·         ingin tahu        – curiosity

Selain itu, emosi juga mempunyai dimensi yang tersendiri. Dimensi emosi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:

·           - intensity – darjah kekuatan emosi
·          - similarity – hubungan atau perkaitan
·         - polarity – kekutuban atau berlawanan

Teori seterusnya ialah Teori Tomkin. Dalam teori ini emosi dikatakan kesan daripada perbuatan individu tersebut. Teori ini dikaitkan dengan soalan 'what causes what?' yang bermaksud apa yang menyebabkan apa. Sebagai contoh, kita senyum kerana gembira atau kita gembira kerana senyum? Jawapan yang sebenar adalah kita gembira kerana senyum. Senyum telah menyebabkan timbulnya emosi gembira tersebut.

Kesemua info serta pengetahuan di atas telah saya perolehi daripada kuliah pada hari ini. Saya berharap saya akan memperoleh lebih banyak ilmu mengenai emosi pada kuliah-kuliah akan datang. Pada akhir kuliah, Dr Zamri telah mengadakan sesi tutorial. Dalam sesi ini, tiga orang pelajar yang bertuah dipanggil untuk memberi ulasan ringkas mengenai kuliah yang telah disampaikan oleh Dr. Zamri atau apa-apa shaja topic yang berkaitan dengan emosi. Melihat pengalaman rakan-rakan yang terpilih untuk memberi ulasan di hadapan menyedarkan saya betapa pentingnya keyakinan diri apabila berucap di hadapan umum. Hal ini telah mengingatkan saya untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik berbanding  sekarang. Setakat ini sahaja buat jurnal saya yang pertama dengan harapan saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah saya perolehi sebentar tadi. Diharap kita dapat bertemu semula dalam jurnal- jurnal yang akan datang.

TESTING =)

TESTING

Friday, 22 July 2011