Monday, 6 September 2010

A129088 Rafiuddin LJ08

Salam Lambaian Syawal dan Salam Muhibbah diucapkan pada semua sahabat kursus ZT2253,Pengurusan Emosi. Terlebih dahulu saya ingin mengulas sedikit tentang isu simbolisme yang hangat diperdebatkan berkenaan iklan hari raya 2010 oleh TV3. Sedar atau tidak, mungkin ianya hanya secara kebetulan atau sengaja digemparkan,namun semua rakyat Malaysia terpana dengan pendedahan video itu yang dikatakan berunsur iluminati dan mampu memesongkan akidah.

Sebagai pelajar yang bijak menguruskan emosi, kita perlu handal dalam menangani situasi seperti ini dan tidak mudah melenting dengan tsunami seperti sekarang ini. Tujuan utama mungkin sekadar hiburan, namun bila ada segelintir yang radikal bersuara, emosi dan matlamat iklan itu mampu disalah tafsirkan. Bersesuaian dengan tajuk kuliah pada minggu ini,Emosi dan Motivasi yang berbeza dengan minggu sebelumnya kerana kini ia didendangkan oleh permainan audio dan bukan berbentuk visual keseluruhannya.

Emosi dan motivasi ibarat irama dan lagu. Ia amatlah berkait rapat dan saling berhubungkait. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron & Logan, 1993). Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Emosi ditakrifkan sebagai satu effective tone iaitu emosi tersebut boleh menjadi emosi positif ataupun emosi negatif. Terdapat empat komponen asas emosi ialah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan.  Emosi boleh memacukan diri kita samada kearah kebaikan ataupun keburukan. Namun, percayalah bahawa tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh, keinginan saya untuk mendapat keputusan yang baik pada setiap semester menyebabkan saya belajar dengan tekun dan sentiasa memastikan saya tidak terpesong dari matlamat itu. Dalam situasi ini, tindakan saya untuk belajar bersungguh-sungguh bukanlah satu emosi tetapi adalah satu kewajipan seorang pelajar dan tanggungjawab seorang anak untuik membahagiakan orang tuanya.

Terdapat TIGA konsep asas dalam motivasi iaitu motivasi itu sendiri, dorongan dan insentif. Motivasi adalah suatu faktor tidak kiralah secara dalaman atau luaran yang menyebabkan suatu tindakan itu dilakukan. Sebagai contoh, saya berusaha untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan dengan segera kerana saya ingin pulang ke kampong dan tidak terbeban dengan lamabakan tugasan dari pensyarah.

Dorongan pula adalah satu prinsip asas biologi yang menggerakkan tingkahlaku untuk mengelakkan keperluan dan menyimpan homeostasis. Teori ini dimulakan dan merupakan penemuan terulung Woodworth. Ketidakseimbangan iaitu keperluan psikologi defisit akan menghasilkan dorongan. Pengurangan  dorongan akan menghasilkan pembelajaran.

Insentif pula adalah keadaan persekitaran yang boleh menarik atau menolak minat seseorang individu itu. Sebagai contoh, kanak-kanak dibawah usia lima tahun akan cuba menahan lapar dahaga di bulan Ramadhan jika dijanjikan dengan bonus wang raya sebagai upah, mahupun ganjaran kerana berpuasa.

Terdapat juga konsep lain seperti naluri, bangkitan dan humanistik. Naluri wujud secara semulajadi dan tidak dipelajari. Sebagai contoh sikap ingin tahu, kayakinan diri dan kemesraan. Manakala teori yang sentiasa wujud dalam setiap ciptaan Tuhan ialah teori bengkitan. Hal ini kerana sikap ingin tahu menyebabkan kita ingin memahami persekitaran kita dengan lebih mendalam lagi. Berdasarkan Moruzzi & Mogoun, 1949, sistem bangkitan ini berasal daripada "neurophysiological" di otak. Secara tidak langsung, ini menerangkan bahawa otak merupakan kunci rangsangan pada emosi dan tingkahlaku manusia.

Secara tuntasnya, kebanyakan perilaku dan tindakan yang dilakukan oleh manusia didiorong oleh rangsangan otak yang kuat dan kelemahan otak untuk mengawal sesuatu perkara itu lalu berubah menjadi lebiih negative. Hakikatnya, kebijaksaan mengawal emosi mempengaruhi kesihatan dan juga kehidupan social kita seharian kerana badan yang cergas lahir dari minda cerdas, rohani yang tuntas. Wassalam///


A 130188 RASHIDAH LJ08

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pada minggu ini sesi pengkuliahan amatlah menarik kerana menggunakan audio sebagai medium pembelajaran. Hal ini kerana semua pelajar telah pulang ke kampung untuk bercuti Hari Raya, maka Encik Zamri telah membuat keputusan untuk menggunakan audio dalam sesi pembelajarannya kali ini. Maka pelajar-pelajar ini hanya perlu membuka blognya untuk mendengar audio tersebut dan kemudiannya menulis jurnal. Tajuk pengkuliahan pada hari ini iaitu emosi dan motivasi.

Emosi dan motivasi ibarat irama dan lagu. Ia amatlah berkait rapat dan saling berhubungkait. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron & Logan, 1993). Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Emosi ditakrifkan sebagai satu effective tone iaitu emosi tersebut boleh menjadi emosi positif ataupun emosi negatif. Terdapat empat komponen asas emosi ialah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan.  Emosi boleh memacukan diri kita sama ada kearah kebaikan ataupun keburukan. Namun tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong (motivator) dan tidak semua pendorong (motivator) berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh, keinginan saya untuk mendapat keputusan yang baik pada setiap semester menyebabkan saya belajar dengan bersungguh-sungguh. Disini tindakan saya untuk belajar bersungguh-sungguh bukanlah satu emosi tetapi adalah satu kewajipan seorang pelajar.

Motivasi pula ditakrifkan sebagai satu proses pemilihan dan selalunya kita dapat menjangkakan tingkahlaku yang bakal ditonjolkan oleh seseorang itu. Terdapat 3 konsep asas dalam motivasi iaitu motivasi, dorongan dan insentif. Motivasi adalah suatu faktor tidak kiralah secara dalaman atau luaran yang menyebabkan suatu tindakan itu dilakukan. Sebagai contoh, saya berusaha untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan dengan segera kerana saya ingin pulang ke kampung. Dorongan pula adalah satu prinsip asas biologi yang menggerakkan tingkahlaku untuk mengelakkan keperluan dan menyimpan homeostasis. Pelopor teori ini adalah Woodworth. Ketidakseimbangan iaitu keperluan psikologi defisit akan menghasilkan dorongan. Pengurangan  dorongan akan menghasilkan pembelajaran. Insentif pula adalah keadaan persekitaran yang boleh menarik atau menolak minat individu. Sebagai contoh, anak buah saya akan mandi awal jika dia dibenarkan bermain permainan video. Terdapat juga konsep lain seperti naluri, bangkitan dan humanistik. Naluri wujud secara semulajadi dan tidak dipelajari. Sebagai contoh sikap ingin tahu, kayakinan diri dan kemesraan. Manakala teori yang sentiasa wujud dalam setiap ciptaan Tuhan ialah teori bengkitan. Hal ini kerana sikap ingin tahu menyebabkan kita ingin memahami persekitaran kita dengan lebih mendalam lagi. Berdasarkan Moruzzi & Mogoun, 1949, sistem bangkitan ini berasal daripada "neurophysiological" di otak.

Dalam konsep humanistik terdapat satu teori yang dikenali sebagai Teori Hierarki Maslow. Teori ini dikemukakan oleh Abraham Maslow iaitu mengenai keperluan asas seseorang individu itu. Menurut teori ini, terdapat 5 peringkat keperluan asas seseorang individu. Peringkat pertama dan kedua adalah merupakan keperluan asas seseorang manusia. Manakala bagi peringkat ketiga dan keempat pula lebih kepada keperlu psikologi manusia. Peringkat kelima pula ia lebih kepada keinginan seseorang itu untuk mencapai peringkat tertinggi dalam hidupnya. Peringkat pertama ialah keperluan fisiologi. Keperluan ini adalah merupakan keperluan asas bagi setiap manusia seperti makan, minum dan rehat. Peringkat kedua ialah keselamatan. Sebagai contoh memerlukan rumah sebagai tempat perlindungan. Bagi kanak-kanak pula, kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka merupakan aspek keselamatan yang paling berharga bagi mereka. Seterusnya ialah kasih sayang. Lumrah manusia memerlukan kasih sayang. Sebagai contoh, kasih sayang kepada Tuhan, ibubapa, keluarga, masyarakat, agama dan rakan. Peringkat keempat ialah keperluan diri. Pada tahap ini, biasanya manusia sudah berasa bangga terhadap pencapaiannya. Sebagai contoh, individu itu sudah mempunyai keluarga yang bahagia dan pekerjaan yang baik. Terakhir ialah pencapaian kendiri. Ia merupakan satu aspek dimana manusia meletakkan sesuatu jangkaan dalam hidupnya dan jika boleh dia ingin mencapainya. Sebagai contoh, saya sebagai pelajar ingin melanjutkan pelajaran sehingga mendapat gelaran professor dan inilah yang dikatakan target dan saya akan berupaya untuk mencapainya

Kesimpulannya, motivasi dan emosi mempunyai hubungan yang sangat rapat. Emosi dikatakan lebih menekankan keghairahan atau perasaan terhadap sesuatu manakala motivasi pula lebih merujuk kepada tindakan terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, tidak dinafikan lagi emosi dan motivasi mempunyai saling hubungkait yang sangat akrab.

a132986 asmaa lj08

    emosi dan motivasi ialah tajuk pengurusan emosi pada minggu ini.emosi dapat didefinasikan sebagai ton yang efektif sama ada positif atau negatif, manakala motivasi pula bermaksud pemikiran umum tentang kajian berkaitan tingkah laku yang mengarah atau mendorong kita melakukan sesuatu.
    emosi terbahagi kepada empat komponen utama; perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkah laku berkaitan.ini bermaksud emosi dan perasaan adalah dua perkara yang berbeza memandangkan emosi lebih luas maknanya dari perasaan.menurut (Baron & Logan, 1993) emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi.apabila sesuatu emosi diekspreskan, ianya tidak dapat lari dari menimbulkan unsur motivasi dalam diri individu.menurut (Lang et al, 1992) pula, emosi yang menjadi motivasi kepada tingkah laku dan sesuatu motif boleh bertukar menjadi emosional.antara contohnya ialah melalui kes pembunuhan yang berlaku, motifnya mungkin adalah kerana untuk mendapatkan duit atau mungkin juga disebabkan kebencian terhadap mangsa yang dibunuh.selain itu, cinta juga boleh memotivasikan seseorang dengan cara melibatkan individu tersebut untuk saling berhubung, memberi hadiah dan juga mendirikan rumah tangga.
    walaubagaimanapun, bukan dalam semua keadaan, emosi akan menjadi pendorong.contohnya, apabila seseorang kuat makan atau kuat belajar.contonya, saya memang seorang yang kuat makan dan keinginan saya untuk makan itu langsung tidak dipengaruhi oleh apa-apa emosi.menurut teori james-lange,emosi menyusul selepas berlakunya tindakan, manakala menurut cabaran cannon pula, emosi disusuli deangan tindakan.teori dua faktor pula menyatakan rangsangan tentang bahaya akan diikuti dengan tindakan melarikan diri disebabkan oleh rasa takut, kemudian barulah akan datang emosi takut pada diri individu.emosi bertindak sebagai tindakbalas adaptif dalam badan terhadap keadaan sekeliling dan membantu dalam menghubungkan niat kita kepada orang lain.emosi dalam erti kata lain membuatkan kita tersedar, mengambil tindakan untuk menghadapi sesuatu perkara.(Bickhard, 1997) menyatakan motivasi ialah salah satu aspek pemilihan.ini bermaksud motivasi membuatkan seseorang membuat satu perkara berbanding dengan perkara lain.
    konsep motivasi menyatakan motivasi ialah faktof dalaman dan luaran sesuatu organisma yang menyebabkan ianya bertindak dengan cara tertentu dalam masa tertentu.

a129839 nadirah kusnin lj07

Assalamualaikum,,salam Ramadhan..walaupun journal ini lambat dihantar namun saya tetap berharap Penulisan ini boleh difahami . Untuk kuliah pada 1 September lalu, saya dihidangkan dengan video Tsunami yang bertajuk Indonesia Menangis sebagai permulaan bagi kuliah pada hari itu yang bertajuk emosi dan ingatan , apabila kita mendengar tajuk kuliah ini sudah pasti kita dapatmenilai atau mengagak  isi yang akan disampaikan dan sejauh mana kebenarannya.Sudah pasti juga video yang ditayang pada awal kuliah tadi mempunyai kaitan dengan tajuk kuliah.

Suka untuk saya mengimbau kembali peristiwa tsunami besar yang mengorbankan nyawa dan hartta benda, peristiwa yang menjadi perhatian, pengamatan dan timbul pelbagai pendapat, spekulasi dan pandangan daripada peristiwa ini. Antara yang paling popular adalah tsunami adalah bencana keatas maksiat yang dilakukan oleh manusia, sejauh mana kebenaran pandangan itu terserah lah kepada pembaca untuk menilai dari sudut yang mana. Bencana tsunami ini umpama igauan buruk yang menghantui mimpi dan jaga para penduduk di Acheh, malah di kawasan berhampiran yamg juga mengalami nasib yang sama walaupun tidak seteruk Acheh. Malah penduduk di kawasan itu seolah-olah trauma dan takut apabila mengenangkan  peristiwa itu, dan ini lah yang digelar sebagai perkaitan ingatan dan emosi.

Menurut paparan yang  ditayangkan , bahagian otak yang terlibat dalam perkaitan ingatan dan emosi adalah  Amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex, dan tiap  satunya memainkan peranan yang penting bagi menjayakan proses  ini. Sebagai contoh; amygdala  berperanan dalam menilai emosi dan cerebellum pula adalah motor yang memneri rangsangan kepada emosi manakala prefrontal cortex pula memberi rangsangan kepada mood. Menurut kuliah juga didapati bahawa kaitan jantina denganemosi  ingatan ini , wanita dikatakan  memiliki ingatan yang baik berbanding lelaki namun kaum ini dikatakan mudah lupa.

 

Secara mudahnya dapat saya simpulkan bahawasanya,  setiap peristiwa yang berkaitan atau mengusik emosi jiwa seseorang itu, samada emosi sedih mahupun gembira pastinya memberi kesan terhadap daya ingatan, dan ia juga bergantung dengan factor sampingan seperti jantina dan umur seseorang . sekian sahaja untuk kali ini. Selamat Hari Raya  untuk semua.


Sunday, 5 September 2010

A134420 FARAH LJ08

Tajuk kuliah pada kali ini agak istimewa kerana ia dilakukan bukan secara bersemuka malah melalui audio.Ini dilakukan bersempena ramai pelajar yang pulang kekampung sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.Walaupun kami seronok dan bersemangat untuk pulang kekampung halaman masing-masing,namun tugasan ini tetap tidak dilupakan.Mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pensyarah kami,beliau memberi keringanan dan kemudahan kepada kami supaya menghantar Learning Jurnal pada kali ini selepas raya.Namun,saya ingin menyelesaikan tugasan ini sebelum balik beraya kerana dikampung saya tidak ada kemudahan internet.Ini agak menyusahkan kerana kawasan kampung terletak agak jauh dari kawasan bandar.Jadi,tugasan ini terpaksa disiapkan lebih awal. Ini juga dapat memberi kemudahan kepada saya supaya saya dapat mengulangkaji dengan lebih fokus pada cuti raya nanti kerana akan manghadapi peperiksaan pada minggu pertama selepas raya.Tajuk pada minggu yang lain daripada yang lain ini adalah Emosi da Motivasi.

                        Objektif pembelajaran tajuk ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan memahami perhubungan diantara emosi dan motivasi. Perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.Ramai cendekiawan,usahawan dan golongan yang berjaya yang mengatakan kita perlu sentiasa memotivasikan diri untuk terus maju dan berjaya.Inisiatif diri sendiri yang membuatkan kita menjadi seorang yang postif atau negatif.Seperti yang kita pelajari dalam pembelajaran sebelum ini emosi terdiri daripada beberapa komponen emosi iaitu perasaan,proses kognitif ,perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan.

                        Terdapat beberapa contoh yang berkaitan dengan pernyataan diatas,Seseorang yang melakukan pembunuhan atau motif pembunuhan,melakukan perkara itu kerana ingin mendapatkan duit untuk kepentingan diri sendiri dan juga berlaku disebabkan oleh kebencian yang amat sangat terhadap seseorang.Contoh yang lain,cinta menimbulkan perasaan suka,gembira dan seronok.Emosi ini mendorong seseorang untuk menghantar mesej pesanan ringkas dan menghubungi orang yang disayangi kerana terlalu seronok.Ini juga mendorong seseorang untuk member hadiah dan seterusnya mendirikan rumah tanggan dengan pilihan hati mereka.Saya juga mempunyai contoh peristiwa berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri.Ketika dibangku sekolah,saya bukanlah merupakan pelajar yang cerdik dan aktif.Saya mempunyai seorang rakan yang suka merendah-rendahkan kekurangan diri saya dan merasakan dirinya terlalu hebat jika dibandingkan dengan diri saya sendiri.Akibat perasaan marah ,saya bertekad untuk mengalahkan dia dalam pelajaran dan mengaktifkan diri saya seboleh yang mungkin.Saya berasa sangat tercabar dengan tindaknnya yang suka merendahkan diri saya.Sejak hari itu,saya berusaha bersungguh-sunggu untuk menyaingi dia dalam setiap pepriksaan,Sikap saya yang pantang dipandang rendah orang lain itu akhirnya membuahkan hasil.Saya mendapat keputusan yang berganda-ganda lebih baik daripada kawan saya itu.Saya berasa puas namun usaha saya tidah berhenti setakat itu sahaja.Saya terus berusaha dengan lebih gigih.Akhirnya,kawan saya terdiam dengan keputusan yang saya perolehi dan dia berasa sangat dengki dengan saya.

                        Walaubagaimanapun,tidak semua keadaan,emosi menjadi pendorong.Contohnya seperti belajar kuat dan makan.Saya suka makan dan saya akan makan pada bila-bila masa tanpa mengira masa.Tetapi terdapat juga sesetengah orang yang menghadapi tekanan dan akan mengurangkan tekanannya dengan makan sepuas hati.Namun begitu,tindakan ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan badan kita kerana pemakanan yang tidak dikawal akan mengundang pelbagai penyakit yang berbahaya seperti Obesiti,Diabetes,jantung dan sebagainya.Menurut teori James-Lange,tindakan akan menyusul dahulu kemudian baru diikuti dengan emosi.Sebagai contoh,apabila seseorang wanita terlihat seseorang yang mencurigakan mengikutnya dari belakang,merekan akan lari dan kemudian berasa takut.Ini sangat berbeza dengan teori Cannon,dimulai dengan emosi kemudian baru disusuli dengan tindakan.Terdapat beberapa contoh yang berkaitan dengan teori ini,saya pernah terlihat seorang pesakit mental yang berlegar-legar ditepi jalan sambil menghunus sebilah parang kepada orang ramai.Saya berasa sangat takut lalu saya terus menghampiri ayah saya untuk mendapatkan perlindungan.

                        Tajuk ini banyak memberi maklumat kepada kita bahawa kebanyakan tindakan kita didorong oleh emosi.Hal ini dapat menunjukkan emosi dan motivasi mempunyai perkaitan antara satu sama lain.Sebagai contoh seperti yang sering berlaku dalam kehidupan seharian,juga terdapat dalam drama-drama yang ditayangkan ditelevisyen,apabila kita mengalami perasaan sedih dan kecewa,ada dalam kalangan mereka yang sanggup membunuh diri sendiri dengan terjun dari bangunan dan mengelar tangan sendiri.Baru-baru ini,di Kelantan,terdapat seorang bapa yang telah menyembelih anaknya sendiri yang berumur 3 tahun.Lelaki ini disyaki merupakan pesakit mental dan diberitahu oleh isterinya bahawa dia tidak mengambil uba-ubatan selama 3 bulan.Mungkin hal ini berlaku disebabkan tekanan.Daripada peristiwa ini,kita boleh lihat emosi tekanan yang dialami oleh lelaki ini telah mendorongnya untuk melakukan pembunuhan.Oleh itu,kita perlu pandai mengawal emosi dan memastikan diri kita dapat bertindak secara waras dan tidak melakukan perkara diluar tabii.

A 127559 NOR RAIHANA LJ08

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat dan gembira. Jurnal pada kali ini agak berbeza berbanding dengan jurnal-jurnal yang dibuat sebelum ini antara minggu pertama hingga minggu ketujuh. Ini adalah kerana, untuk jurnal yang kelapan ini, kami mendengar penerangan yang diberikan oleh Dr Zamri hanya melalui audio yang diletakkan di blog Pengurusan Emosi. Walaupun audio ini agak lambat pergerakannya, dan sangat benyak sekatan, namun saya begitu teruja untuk mendengar kuliah mengenai tajuk pada kali ini.

Walaupun tarikh akhir bagi penghantaran jurnal ini adalah pada 17 September 2010, namun saya mengambil keputusan untuk menyiapkan jurnal ini lebih awal, sementara saya masih berada di kolej. Oleh itu, saya telah mula mendengar audio tersebut dan menyiapkan jurnal ini pada hari ahad, 05 September 2010, sehari sebelum saya pulang ke rumah pada hari isnin. Saya mengambil ruang masa yang ada bagi menyiapkan jurnal ini sebelum pulang adalah kerana beberapa sebab.

Saya menyiapkan jurnal ini lebih awal adalah kerana saya bimbang sekiranya saya terlupa untuk menyempurnakan jurnal ini di rumah memandangkan di rumah banyak kerja yang menanti saya. Selain persiapan untuk Hari Raya yang bakal tiba, saya dan keluarga juga perlu menyiapakan persiapan untuk majlis perkahwinan kakak saya yang bakal berlangsung pada 25 September nanti. Oleh itu, saya berasa wajar bagi saya untuk menyiapkan jurnal ini lebih awal,

Bagi tajuk kelapan untuk jurnal pada minggu ini ialah jurnal yang bertajuk Emosi dan Motivasi. Sebelum meneruskan jurnal pada minggu ini, moleklah kiranya saya mengemukakan terlebih dahulu maksud emosi dan motivasi. Salam kuliah pertama, kami telah didedahkan tentang definasi emosi secara meluas. emosi ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang positif dan negatif. Emosi ini merupakan satu set interaksi kompleks sama ada subjektif mahupun objektif yang melibatkan sistem neuron yang boleh mempengaruhi tindakan kita.

Motivasi pula boleh ditafsirkan sebagai kajian tentang tingkah laku yang mengarah kita dalam melakukan sesuatu. Motivasi boleh diertikan juga sebagai panduan, garis panduan atau sesuatu yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu. Seperti yang telah didedahkan pada minggu awal, emosi ini mempunyai empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkah laku yang berkaitan.

Motivasi ini berkait rapat dengan komponen emosi yang keempat, iaitu tingkah laku yang berkaitan. Perkara ini adalah selaras dengan maksud motivasi yang diberikan tadi, dimana tingkah laku seseorang adalah berdasarkan motivasi yang wujud dalam diri mereka. Sebagai contoh, seseorang akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun apabila ingin memasuki universiti. Inilah yang dimaksudkan dengan tingkahlaku yang didorong oleh emosi yang disebabkan oleh motivasi.

Emosi dan motivasi ini merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ini adalah kerana emosi dan motivasi ini merupakan perkara yang sangat berkait rapat. Emosi memerlukan motivasi. Sekiranya kita hanya emosi tanpa mempunyai motivasi sesuatu perkara itu mungkin akan menjadi negatif. Begitu jugalah sebaliknya. Emosi diperlukan dalam motivasi. Sebagai contoh, kita akan berusaha untuk melakukan sesuatu jika kita benar-benar menyukai perkara tersebut. 

Oleh itu jelaslah bahawa emosi dan motivasi ini merupakan dua komponen yang berkait rapat. Sebagai kesimpulannya, kita perlulah belajar untuk mencintai sesuatu agar kita sentiasa mempunyai motivasi, dorongan dan sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang dikehendaki. Dalam mencapai apa yang diingini, kejayaan dalam hidup, kejayaan dalam pelajaran, dalam pekerjaan, dalam alam rumah tangga, semua perkara tersebut perlulah diambil perhatian supaya kita sentiasa ikhlas dalam melakukan perkara yang membawa kepada kebahagiaan.

a134622 amira lj07

JURNAL 7

 

  Assalmualaikum diucapkan kepada prof zamri. Pada minggu ini kami didedahkan mengenai topic emosi,ingatan dan pembelajaran, apa yang saya pelajari mengenai topik ini adalah emosi member kesan yang kuat atas ingatan. Peristiwa beremosi lebih mudah diingati berbanding peristiwa neutral. Hal ini kerana emosi gembira lebih lambat hilang dari ingatan berbanding emosi yang tidak mengembirakan . saya sangat bersetuju mengenai teori ini kerana saya mempunyai pengalaman yang dapt dikaitkan mengenai teori ini.

 

 

                Jika aku terdengar lagu 'only one'  nyanyian kumpulan popular di amerika syarikat 'yellow card'di corong-corong radio, satu memori yang masih belum hilang dari ingatan sering berlegar-legar dalam fikiran. Aku  ingin memadamkan memori ini dari ingatan tapi aku belum berjaya untuk memadamkannya. Tapi bagi aku biarlah kenangan ini menjadi pengajaran bagi aku dalam erti menjadi seorang pelajar.

 

          Awal tahun tahun 2010 . aku masih teringat sewaktu itu  hujan rintik-rintik dan semua pelajar asrama smk sultanah hajjah kalsom pulang ke asrama dengan perasaan sayu tidak mahu meninggalkan rumah yang penuh dengan hiburan . maklumlah remaja zaman sekarang semuanya  bersikap hedeonisme. Begitu juga dengan aku dan rakan-rakan. Dalam fikiran aku hanya memikirkan  ingin membawa benda haram iaitu telefon bimbit. Aku tahu itu adalah kesalahan besar tapi sikap ego dan degil telah membuatkan aku tidak pernah hadir perasaan serik dalam hal ini . tapi pada hari itu pintu hati terbuka tidak mahu membawa  benda haram tersebut kerana hadir perasaan tidak sedap hati .

 

         Selepas siap mengemas barang,aku pergi ke bilik ira yang hanya bersebelahan dengan bilikku . aku menolong ira mengemas dan berbisik kepadanya 'ira,kau bawa telefon? . ira hanya menggeleng kepala . aku mengerti bahasa isyaratnya yang mengatakan tidak Aku ternampak syaz di atas katil. Aku terus mendapatkannya di atas katil . aku pun bertanya soalan sama seperti yang diajukan kepada ira . syaz hanya tersenyum dan menunjukkan telefon tersebut kepada aku . aku sudah  agak yang syaz akan membawa benda haram tersebut kerana aku tahu  syaz seorang yang tegar . aku mengangkat bahu dan terus melangkah masuk ke bilik . kak shima selaku ketua bilik kecuh  mengatakan yang minggu ini warden dan pengawas akan mengadakan 'spotcheck' besar-besaran . aku hanya menarik nafas lega kerana aku terselamat daripada perangkap warden-warden tersebut .

 

 

            Kami semua ke kelas persediaan yang lebih formal dipanggil 'prep' dengan  biasa . dengan secara tiba-tiba syaz memberitahu aku yang dia membawa telefon ke kelas.aku hanya berkata kepadanya supaya berhati-hati kerana takut warden atau pengawas membuat 'spotcheck' di kelas secara mengejut . setibanya kami di kelas, kami membuat rutin biasa kami iaitu membuat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu . selepas setengah jam, penghibur kelas,mira memulakan bicara dengan menyanyikan lagu only one . kami berpandangan antara satu sama lain dan menyertai 'konsert' tersebut . kami semua terhibur dan bergelak ketawa di situ .  kemudian tiqa bertanya  kepada aku ' izyan,syaz dengan eka mana?' aku hanya berkata tidak tahu dan terus menyambung 'konsert' tersebut . selang beberapa minit, Pengawas asrama ,kak syiera masuk ke kelas dengan perasaan cemas dan memberitahu kami bahawa telefon syaz dirampas oleh warden yang digeruni  oleh pelajar aspuri iaitu cikgu haryatee . kak syiera memberitahu kami bahawa syaz mengecas telefonnya di bilik bahasa yang ditemani oleh eka . perbualan kami berhenti apabila cikgu haryatee membuat pengumuman menyuruh pelajar aspuri pulang 10 minit awal ke aspuri . kami sudah mengagak bahawa cikgu akan membuat perjumpaan tentang telefon yang dirampasnya sebentar tadi . kami berkemas dan pulang ke aspuri.

                   

 

 

 

              Apabila semua pelajar aspuri berkumpul di dataran, kami melihat syaz dan eka berdiri dihadapan seperti seorang pesalah yang besar . kami mendapati bahawa cikgu haryatee memegang telefon dah pengecas milik syaz . selepas cikgu memarahi syaz dan memberitahu pelajar aspuri akan keburukan membawa telefon ke asrama dan sebagainya , aku terdengar cikgu memanggil nama aku,ira,aimi dan tiqa . kami semua berpandangan dan berdiri dengan perasaan yang cemas kerana kami dicop bersubahat dnegan syaz . jauh di sudut hati aku berkata ini tidak adil kerana ini bukan kes pertama telefon dirampas tapi sebaliknya . telefon yang dirampas sebelum ini terus diberikan kepada guru penolong kanan dan tidak menjadi seperti peristiwa malam itu .aku tidak berpuas hati akan tindakan yang dilontarkan oleh warden. Aku tahu bahawa perbuatan membawa telefon bimbit ke sekolah adalah haram di sisi peraturan sekolah tapi aku berharap cikgu dan warden-warden bersikap adil atas tindakan yang diberikan terhadap pelajar . aku menerima  hukuman yang akan diberikan oleh cikgu dengan hati yang terbuka kerana aku juga bersalah dalam hal ini . selepas cikgu bersyarah panjang lebar kepada kami, cikgu menyuruh pelajar yang sebilik dengan aku,ira,aimi,tiqa dan eka berdiri dan kami dikenakan hukuman yang sama . saat itu , aku berasa marah kerana cikgu melibatkan budak bilik aku yang tiada kena mengena dengan kes ini . aku terkerjut dengan tindakan cikgu yang drastik itu.

 

                       

 

                      Dalam kes  ini , budak bilik tidak patut disabitkan bersalah kerana mereka tiada kena mengena dengan kes ini.perasaan marah dan takut dimarahi oleh budak bilik bercampur-baur dalam hati . akhirnya cikgu memutuskan bahawa syaz dan eka dibuang asrama ,aku dan rakan-rakan dikenakan kemasukan bersyarat dan budak-budak bilik kami dikenakan amaran ketiga . tepat pukul 12.30 pagi kami bersurai . aku nekad mahu meminta maaf kepada budak bilik dan sanggup dimarahi oleh mereka .aku tahu aku telah mengecewakan budak bilik .tetapi  aku tersenyum apabila budak bilik aku sikit pun tidak marah atau meninggikan suara kepada aku sebaliknya  mereka tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada aku supaya bersabar . pada masa itu aku sedar bahawa hubungan aku bersama budak bilik seperti aur dengan tebing .ketua bilik aku berkata  bahawa susah senang kita bersama .

 

 

                          Keesokan paginya, kami  ke sekolah seperti biasa dan syaz memberitahu kami bahawa dia ditampar dan ditengking seperti anak kucing yang mencuri ikan di dapur. Aku dan kawan-kawan mengatakan bahawa itu adalah perbuatan yang melampau  kerana itu sudah boleh dikatakan mendera dan buli . kami semua sedih kerana kawan karib kami sendiri kena sebegitu rupa . syaz memujuk cikgu supaya letakkan hukuman yang diberikan oleh aku,rakan-rakan dan budak bilik kami kepada syaz seorang dan dia berani menanggung  kesalahan dan hukuman tersebut seorang . tapi cikgu tetap berkeras hati .aku perasan sepanjang perjalanan kami ke sekolah,ramai pelajar aspuri memandang enteng dan memandang dengan perasaan tidak puas hati kepada kami semua . kami membuat tidak tahu sahaja dan meneruskan langkah kami dengan biasa. Setibanya kami di kelas, kami berpecah dan meneruskan pelajaran seperti biasa.

 

                                Selepas tamat sesi persekolahan,kami ke surau untuk mendengar tazkirah oleh ustazah atau pengawas. Setiap minggu kami mengadakan program ilmu ini . aku ternampak cikgu haryatee menunggu di hadapan pintu surau dan aku sudah agak bahawa dia akan membicarakan tentang peristiwa hitam yang berlaku malam tadi. Setelah pelajar aspuri berselawat dan sebagainya,cikgu mengambil peluang untuk bercakap. Cikgu meminta maaf akan perkara yang berlaku dan melucutkan hukuman yang dikenakan ke atas kami semua. Tujuan cikgu melakukan yang sedemikian hanyalah untuk memberikan pengajaran kepada pelajar supaya jangan melanggar peraturan sekolah . kami juga faham akan tugas seorang insan yang bergelar guru.tanggungjawab mereka amt besar untuk membentuk pelajar mereka menjadi insane yang berguna. Selepas tamat tazkirah, kami bersalaman dengan cikgu dan meminta maaf serta berjanji tidak akan mengulang lagi kesalahan berikut.

 

 

                                Apakan daya nasi sudah menjadi bubur dan peristiwa tersebut menjadi peristiwa dan kenangan pahit kepada kami seterusnya menjadi pengajaran kepada kami semua. Inilah kisah dan pengalaman saya menjadi seorang insan yang bergelar pelajar sering melakukan kesilapan. Kini saya tidak lagi membawa telefon bimbit ke sekolah dan mengikut peraturan sekolah dengan sejujurnya . kejadian ini boleh dikatakan bak kata mutiara sudah terhantuk baru terngadah. Sekian,terima kasih. =DD