Assalamualaikum,,salam Ramadhan..walaupun journal ini lambat dihantar namun saya tetap berharap Penulisan ini boleh difahami . Untuk kuliah pada 1 September lalu, saya dihidangkan dengan video Tsunami yang bertajuk Indonesia Menangis sebagai permulaan bagi kuliah pada hari itu yang bertajuk emosi dan ingatan , apabila kita mendengar tajuk kuliah ini sudah pasti kita dapatmenilai atau mengagak isi yang akan disampaikan dan sejauh mana kebenarannya.Sudah pasti juga video yang ditayang pada awal kuliah tadi mempunyai kaitan dengan tajuk kuliah.
Suka untuk saya mengimbau kembali peristiwa tsunami besar yang mengorbankan nyawa dan hartta benda, peristiwa yang menjadi perhatian, pengamatan dan timbul pelbagai pendapat, spekulasi dan pandangan daripada peristiwa ini. Antara yang paling popular adalah tsunami adalah bencana keatas maksiat yang dilakukan oleh manusia, sejauh mana kebenaran pandangan itu terserah lah kepada pembaca untuk menilai dari sudut yang mana. Bencana tsunami ini umpama igauan buruk yang menghantui mimpi dan jaga para penduduk di Acheh, malah di kawasan berhampiran yamg juga mengalami nasib yang sama walaupun tidak seteruk Acheh. Malah penduduk di kawasan itu seolah-olah trauma dan takut apabila mengenangkan peristiwa itu, dan ini lah yang digelar sebagai perkaitan ingatan dan emosi.
Menurut paparan yang ditayangkan , bahagian otak yang terlibat dalam perkaitan ingatan dan emosi adalah Amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex, dan tiap satunya memainkan peranan yang penting bagi menjayakan proses ini. Sebagai contoh; amygdala berperanan dalam menilai emosi dan cerebellum pula adalah motor yang memneri rangsangan kepada emosi manakala prefrontal cortex pula memberi rangsangan kepada mood. Menurut kuliah juga didapati bahawa kaitan jantina denganemosi ingatan ini , wanita dikatakan memiliki ingatan yang baik berbanding lelaki namun kaum ini dikatakan mudah lupa.
Secara mudahnya dapat saya simpulkan bahawasanya, setiap peristiwa yang berkaitan atau mengusik emosi jiwa seseorang itu, samada emosi sedih mahupun gembira pastinya memberi kesan terhadap daya ingatan, dan ia juga bergantung dengan factor sampingan seperti jantina dan umur seseorang . sekian sahaja untuk kali ini. Selamat Hari Raya untuk semua.
No comments:
Post a Comment