Thursday, 26 August 2010

A128529 AINU LJ06

Tajuk perkuliahan yang ketujuh bagi kursus Pengurusan Emosi adalah Adaptation Level Theory. 

            Konsep asas bagi Adaptation Level Theory adalah mengatakan bahawa ia bertindak balas terhadap rangsangan yang baru bagi asas adaptasi semasa. Sebagai contoh, pada permulaan sem baru, semua pelajar berasa gembira kerana duit PTPTN telah dimasukkan kedalam akaun. Dan kita merasakan bahawa duit itu adalah banyak dan kita berasa berpuas hati dengan apa yang kita dapat. Namun lama kelamaan, baru kita sedar bahawa duit tersebut tidak mnecukupi dan kita mahukan lebih daripada itu. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang melakukan kerja sambilan bagi mendapat wang perbelanjaan yang lebih banyak. Inilah yang dimaksudkan dengan "bertindak balas terhadap rangsangan yang baru". Penilaian Kognitif mengatakan bahawa sesuatu yang dilakukan, pasti akan menentukan emosi yang akan kita hadapi. Sebagai manusia biasa, apabila kita didedahkan dengan sesuatu yang baru, pasti kita akan merasa sukar untuk menyesuaikan diri. Namun lama kelamaan, setelah kita didedahkan dengan perkara tersebut, maka kita akan menjadi biasa dan senang, tidak seperti pertama kali kita berhadapan dengan perkara tersebut. Sebagai contohnya, ketika membuat sebarang tugasan, setiap pelajar UKM dikehendaki menggunakan gaya UKM dalam menghasilkan tugasan ilmiah yang diberikan oleh pensyarah. Bagi pelajar tahun 1, hal ini adalah amat sukar dan kadang-kala akan menimbulkan ketegangan dalam diri mereka memandangkan mereka tidak terdedah dengan cara penulisan tersebut sebelum ini. Namun, apabila menginjak ke tahun 2, pelajar mula dapat memahami sedikit demi sedikit tentang penulisan gaya UKM, dan lama kelamaan, mereka akan terbiasa dan tidak akan menimbulkan ketegangan lagi sewaktu menyiapkan tugasan ilmiah yangdiberikan.

            Seterusnya adalah, Solomon Opponent Process Theory atau juga dikenali sebagai teori yang berlawanan. Teori ini adalah hasil pengubahsuaian daripada Teori Asas Adaptasi. Teori ini memperkatakan tentang sesuatu yang dialami oleh seseorang itu, bukannya disebabkan unutk jangka masa panjang semata-mata, tetapi juga untuk jangka masa yang pendek.. Setiap emosi yang berlaku akan menyebabkan emosi yang berlawanan dengannya juga akan terhasil. Teori ini turut menyentuh tentang peringkat-peringkat didalamnya seperti, peringkat pertama yang mengandungi largerly unlined, dan automatic. Manakal perimgkat kedua pula mengatakan bahawa semakin kita mengulangi sesuatu perkara itu, emosi kita akan menjadi semakin kuat, dan akhirnya primary akan menjadi lemah. Sebagai contohnya, sebelum saya memasuki musim perkuliahan baru di UKM, bapa saya telah membekalkan sejumlah wang kepada saya. Saya sangat gembira kerana mendapat wang tersebut. Oleh kerana saya mempunyai ketaksuban terhadap handphone dan pakaian, saya telah menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan yang pada asasnya tidak menjadi kepentingan. Kini, saya semakin kekurangan wang dan akhirnya perasaan gembira tersebut bertukar menjadi perasaan gusar. Namun saya masih bernasib baik kerana masih mempunyai wang didalam bank simpanan.  Contoh yang kedua pula adalah, kawan saya mempuyai berat badan yang agak berlebihan. Dia selalu dinasihati oleh kakaknya supaya selalu bersenam, dan berjoging. Akhirnya, dia pun melakukan mengambil keputusan untuk pergi berjoging. Pada awalnya, dia melakukan senama tersebut kerana terpaksa kerana bosan dengan leteran kakaknya. Setelah 2 minggu dia melakukan aktiviti tersebut, kawan saya mendapati terdapat perubahan pada berat badannya. Badannya pula semakin sihat dan lebih bertenaga berbanding sebelum ini. Akhirnya kawan saya semakin suka berjoging dan selalu mengamalkannya bagi mendapat tubuh badan yang lebih sihat berbanding sebelum ini. Inilah yang dimaksudkan dengan "sesuatu perasaan yang lain, akhirnya bertukar menjadi perasaan yang berlawanan".

            Pada asasnya, setiap emosi yang lahir, dibelakangnya pasti akan mempunyai "pengiringnya". Emosi yang dikatakan sebagai "pengiring" ini akan datang lebih lambat. Makudnya disini adalah, apabila kita tidak menyukai sesuatu perkara, lama kelamaan kita pasti kan menyukainya. Pepatah orang-orang tua pun ada mengingatkan kita supaya jangan terlalu membenci seseorang kerana dikhuatiri lama kelamaan kita akan menyayanginya.

            Kesimpulannya, emosi sebenarnya tidak terbatas terhadap sesuatu perasaan sahaja. Kadang-kala emosi akan lahir kemudian dan bukan pada permulaan perasaan.#END


A133500 Ng Sin Mun LJ06

Dalam kuliah Pengurusan Emosi pada minggu ini, kami telah belajar tentang dua teori yang berkaitan dengan emosi, iaitu Teori Aras Adaptasi dan Teori Proses Tentangan Solomon. Kedua-dua teori ini telah menjelaskan bagaimana emosi timbul mengikut perubahan keadaan dan ditukarkan ke emosi yang lain.

Aras adaptasi merupakan suatu titik neutral, iaitu suatu keadaan di mana kami telah membiasakan diri dengannya. Aras adaptasi ini boleh meningkat atau menurun mengikut keadaan yang dialami dalam jangka masa panjang, dan merupakan elemen dalam penyesuaian terhadap keadaan baru. Contohnya, apabila saya mula bergelar mahasiswa UKM dan akan menjalani kehidupan berdikari selama 3 tahun di sini, aras adaptasi saya akan mula disesuaikan mengikut kawasan sekeliling pada masa kini, iaitu kampus UKM Bangi. Setelah suatu jangka masa, saya akan biasa dengan keadaan di sini dan seterusnya ingin memperbaik keadaan yang sekarang ini, contohnya dengan belajar dengan lebih rajin untuk mendapat Anugerah Dekan.

Aras adaptasi ini sentiasa berubah-ubah kerana manusia tidak akan berpuas hati untuk selama-lamanya. Kita sentiasa mempunyai niat yang baru untuk dicapai, dan aras adaptasi kita akan sentiasa menyesuaikan diri dengannya. Emosi kita sentiasa bertolak ansur dengan aras adaptasi kita, oleh itu kami tidak mengalami emosi secara mendadak. Peningkatan aras ini akan membuatkan kita berasa gembira, manakala sesuatu keadaan yang lebih rendah daripada aras adaptasi kita akan menyebabkan kita mempunyai emosi negatif.

Teori Proses Tentangan Solomon pula ialah pengubahsuaian terhadap Teori Aras Adaptasi yang dicadangkan oleh Richard Solomon. Beliau mencadangkan bahawa kita sentiasa mengimbangi emosi kita mahupun dalam jangka masa panjang atau pendek. Oleh itu, sesuatu emosi yang timbul akan diikuti emosi lain yang bertentangan. Emosi yang pertama akan dialami dahulu manakala emosi bertentangan itu ditekankan. Setelah sesuatu masa, emosi bertentangan itu akan menjadi lebih kuat dan seterusnya menggantikan emosi yang pertama itu. Dalam pasangan emosi ini biasanya hanya satu sahaja yang diperhatikan, kerana emosi itu dialami manakala emosi bertentangan itu ditekan.

Mungkin kalian akan tertanya-tanya: Bagaimanakah emosi bertentangan itu menjadi lebih kuat? Sesuatu peristiwa yang menimbulkan emosi akan mencipta status primer yang menjanakan emosi bertentangan. Status primer ini tidak dipelajari atau disedari dan adalah tindak balas automatik, manakala status tentangan itu berlangsung dalam jangka masa yang lebih panjang, dan menjadi lebih kuat melalui pengulangan pengalaman emosi itu. Inilah yang berlaku semasa kita membuat sesuatu kesalahan yang mengejutkan dan seterusnya menyebabkan kemarahan orang lain: perasaan kejut timbul dahulu sebelum emosi tentangan (marah) dijanakan. Emosi marah ini seterusnya menjadi dominan melalui pengulangan dan menggantikan perasaan kejut itu.

Demikianlah berakhirnya jurnal saya pada minggu ini.

adda a133767 lj06

          Minggu lepas saya telah diajar tentang apa itu pengalaman teori yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu fasiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Pendedahan tentang teori ini telah membuka minda saya kerana emosi telah ditafsirkan dengan pelbagai teori-teori yang sebelum ini saya tidak pernah mengetahuinya. Pada minggu ini pula saya telah didedahkan dengan peringkat adaptasi teori,ini berbeza dengan minggu lepas kerana minggu lepas emosi berkait rapat dengan situasi, emosi dan reaksi tubuh iaitu yang bertentangan dengan teori james-lange iaitu bermula dengan situasi, reaksi tubuh dan akhirnya emosi.

       Peringkat adaptasi teori mepupakan konsep asas iaitu kita bertidak kerana adanya ransangan asas berdasarkan kehadiran peringkat adaptasi, peringkat adaptasi seseorang itu adalah serentak iaitu peringkat neural akan berfungsi kerana adanya ransangan. Contohnya apabila tangan kita terkena setsrika yang masih panas, pada mulanya ia akan dihantar ke otak untuk mentafsir dan kemudiannya otak akan bertindak untuk menghantar maklumat supaya tangan di alihkan daripada seterika yang panas tersebut. Kita automatic akan mengadaptasi setiap jenis ransangan yang dihadapi. Penilaian situasi kita adalah berdasarkan pengalaman emosi kita. Lazarus, kanner dan folkman,1980 menyatakan bahawa penilaian kognitif kita pada sesuatu situasi adalah dipengaruhi oleh keupayaan pengalaman emosi, contohnya apabila kita mendapat sayu pengiktirafan berdasarkan hasil kerja daripada penat lelah kita selama ini ataupun menerima ganjaran wang sebanyak rm5000, mungkin pada mulanya kita merasa amat gembira terhadap ganjaran tersebut tetapi apabila masa berlalu dan duit itu telah habis dibelanjakan kita pasti merasa bahawa itu adalah biasa saja. Peringkat teori juga boleh dirasai bila kita selalu mengharapkan yang terbaik untuk diri kita contohnya ingin mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Kita pastinya mengharapkan markah kita selalu meningkat iaitu dari mendapat c inginkan b, jika mendapat b mahukan a dan setetusnya.

        Minggu ini juga saya telah didedahkan dengan teori berlawanan Solomon, teori ini menyatakan bahawa setiap emosi itu boleh menyebabkan emosi yang berlawanan timbul. Situasi emosi pada peringkat pertama ialah emosi boleh menerbitkan keadaan primari iaitu situasi yang dihadapi bukan saja diperolehi daripada pembelajaran bahkan tindakbalas secara automatic. Seterusnya adalah keadaan emosi yang bertentangan iaitu keadaan primary akan melahirkan situasi yang berlawanan, emosi ini lambat ditafsir tetapi emosi ini boleh bertahan dalam jangka masa yang lama, berbanding dengan situasi primary. Pengalaman saya berkaitan dengan situasi ini adalah ketika saya berada di tingkatan lima kerana saya telah dipaksa untuk memasuki satu bertandingan di peringkat negeri, tapi saya dengan kerasnya menolak perlawaan tersebut kerana ingin menumpukan kepada pembelajaran saya, tapi tenaga pengajar sangat memerlukan pertolongan saya pada waktu itu, saya pun memyertai pertandingan tersebut kerana terpaksa tapi apabila menyertai pertandingan tersebut saya telah merasa sangat gembira kerana memenangi pertandingan tersebut. Itulah salah satu contoh yang dinyatakan oleh Solomon tntang emosi berlawanan.

        Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat bahawa apa yang telah dikuliahkan pada minggu ini sangat bermanfaat kepada saya dan juga kepada rakan-rakan yang lain. Ini kerana setiap peristiwa ataupun keadaan yang kita lalui, pasti ada emosi positif dan juga negatif. Setiap apa yang kita lalui pasti ada lawannya dan juga hikmahnya. Sekian   


A134606 ting ting LJ06


SMILE Matthijs van Leeuwen | http://www.bing.com/images/search?mkt=en-MY&q=smile&FORM=HOTAPI#focal=d...

 

Tajuk pada perkuliahan minggu ke-7 adalah teori aras adaptasi ( Adaptation Level Theory ) dan teori proses berlawanan Solomon ( Solomon Opponent Proses Theory ). Teori asas adaptasi menyatakan bahawa kecederungan seseorang untuk menyesuaikan diri dalam suatu keadaan atau situasi dengan segera sehingga situasi itu menjadi norma. Setelah situasi itu menjadi suatu kebiasaan, suatu pengalaman baru ataupun pencapaian diperlukan. Kejayaan, kegagalan, kepuasan dan ketidakpuasan adalah relatif dengan pengalaman kami. Oleh itu, jika prestasi kami jatuh di bawah titik neutral yang ditentukan oleh pengalaman dahulu, kita akan berasa tidak puas hati dan juga kecewa. Aras adaptasi seseorang juga dikatakan sebagai fungsi aras neutral semasa individu tersebut yang bergantung kepada situasi rangsangan yang khusus. Kita secara automatikanya akan menentukan titik neutral atau titik adaptasi untuk setiap satu daripada simulasi yang pelbagai. Apabila ada rangsangan luar yang masuk, kita akan membandingkan rangsangan luar ini lebih tinggi nilainya atau lebih rendah.

Sebagai contoh, seseorang yang mendapat gaji yang rendah, katakan rm1500 sebulan , dia akan berfikir jika dia mempunyai wang yang lebih, dia dapat menggunakan wang itu dengan membayar bil-bil dan juga membeli barang keperluan. Apabila dia dapat dinaikkan pangkat dan dia mula menghasilkan gaji sebanyak rm 3000 sebulan. Pada mulanya ini merupakan pengalaman yang baru dan menarik. Selepas beberapa bulan, dia pun berupaya untuk membeli sebuah kereta baru. Apabila mendapat kereta baru, dia mulai berfikir 'jika saya mempunyai wang yang lebih saya akan berupaya untuk membeli sebuah kereta yang besar dan berjenama'..Contoh ini mengatakan bahawa semasa kami menghadapi situasi yang baru, kami akan disesuaikan dengannya sehingga situasi itu menjadi norma. Aras adaptasi ini akan sentiasa meningkat. (Man are never satisfied)

Seterusnya, teori proses berlawanan Solomon merupakan teori hasil ubahsuai daripada teori aras adaptasi yang diperkenalkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980. Teori ini mengatakan bahawa emosi-emosi yang kita hadapi ini sering lahir secara berpasangan di mana reaksi atau tindak balas emosi terhadap rangsangan akan diikuti oleh reaksi-reaksi emosi yang berlawanan. Beliau juga mencadangkan bahawa proses berlawanan ini menyebabkan emosi bergerak menuju ke arah keseimbangan dan bergerak ke arah titik neutral bukan sahaja untuk jangka masa panjang tetapi juga untuk jangka masa pendek. Setiap emosi akan melahirkan emosi yang bertentangan dan biasanya emosi ini bermula dengan lambat tetapi bertahan lebih lama.

 Teori ini dapat menjelaskan mengapa orang akrobat menikmati pekerjaan mereka. Pertama individu akan merasa cemas yang kuat sebelum melakukan aksi dan kemudian orang itu akan menerima reaksi yang bertentangan lega selepas aksi selesai. Teori ini juga mendalilkan bahawa pendedahan berulang terhadap stimulus akan menyebabkan sedikit reaksi awal dan reaksi menentang kuat. Hal ini mungkin menjelaskan mengapa ubat-ubatan, seperti opiat, memberikan hasil yang menurun selepas penggunaan jangka panjang namun kesan daripada menarik menjadi lebih intensif dan tidak menyenangkan.

Selain itu, emosi yang positif juga sering diiringi dengan emosi yang negative. Hal ini dapat dikaitkan dengan pengalaman saya semasa saya diberitahu oleh kakak bahawa ibu bapa saya akan datang ke kuala lumpur pada minggu ini. Pada mulanya saya berasa sangat gembira sebab ini merupakan perjumpaan kali pertama dengan ibu bapa setelah perpisahan selama 2 bulan. Tetapi emosi ini turut disertai dengan emosi negatif, saya mula berasa panik kerana saya masih mempunyai banyak assignment yang belum siap, saya tidak dapat keluar dengan ibu bapa saya jika assignment ini tidak dapat dihabiskan. Pengalaman ini jelas menunjukkan bahawa setiap emosi dilahirkan secara berpasangan dan biasanya emosi positif ini akan diikuti dengan emosi negative.

 

SMILE Matthijs van Leeuwen | http://www.bing.com/images/search?mkt=en-MY&q=smile&FORM=HOTAPI#focal=d...

 

Tajuk pada perkuliahan minggu ke-7 adalah teori aras adaptasi ( Adaptation Level Theory ) dan teori proses berlawanan Solomon ( Solomon Opponent Proses Theory ). Teori asas adaptasi menyatakan bahawa kecederungan seseorang untuk menyesuaikan diri dalam suatu keadaan atau situasi dengan segera sehingga situasi itu menjadi norma. Setelah situasi itu menjadi suatu kebiasaan, suatu pengalaman baru ataupun pencapaian diperlukan. Kejayaan, kegagalan, kepuasan dan ketidakpuasan adalah relatif dengan pengalaman kami. Oleh itu, jika prestasi kami jatuh di bawah titik neutral yang ditentukan oleh pengalaman dahulu, kita akan berasa tidak puas hati dan juga kecewa. Aras adaptasi seseorang juga dikatakan sebagai fungsi aras neutral semasa individu tersebut yang bergantung kepada situasi rangsangan yang khusus. Kita secara automatikanya akan menentukan titik neutral atau titik adaptasi untuk setiap satu daripada simulasi yang pelbagai. Apabila ada rangsangan luar yang masuk, kita akan membandingkan rangsangan luar ini lebih tinggi nilainya atau lebih rendah.

Sebagai contoh, seseorang yang mendapat gaji yang rendah, katakan rm1500 sebulan , dia akan berfikir jika dia mempunyai wang yang lebih, dia dapat menggunakan wang itu dengan membayar bil-bil dan juga membeli barang keperluan. Apabila dia dapat dinaikkan pangkat dan dia mula menghasilkan gaji sebanyak rm 3000 sebulan. Pada mulanya ini merupakan pengalaman yang baru dan menarik. Selepas beberapa bulan, dia pun berupaya untuk membeli sebuah kereta baru. Apabila mendapat kereta baru, dia mulai berfikir 'jika saya mempunyai wang yang lebih saya akan berupaya untuk membeli sebuah kereta yang besar dan berjenama'..Contoh ini mengatakan bahawa semasa kami menghadapi situasi yang baru, kami akan disesuaikan dengannya sehingga situasi itu menjadi norma. Aras adaptasi ini akan sentiasa meningkat. (Man are never satisfied)

Seterusnya, teori proses berlawanan Solomon merupakan teori hasil ubahsuai daripada teori aras adaptasi yang diperkenalkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980. Teori ini mengatakan bahawa emosi-emosi yang kita hadapi ini sering lahir secara berpasangan di mana reaksi atau tindak balas emosi terhadap rangsangan akan diikuti oleh reaksi-reaksi emosi yang berlawanan. Beliau juga mencadangkan bahawa proses berlawanan ini menyebabkan emosi bergerak menuju ke arah keseimbangan dan bergerak ke arah titik neutral bukan sahaja untuk jangka masa panjang tetapi juga untuk jangka masa pendek. Setiap emosi akan melahirkan emosi yang bertentangan dan biasanya emosi ini bermula dengan lambat tetapi bertahan lebih lama.

 Teori ini dapat menjelaskan mengapa orang akrobat menikmati pekerjaan mereka. Pertama individu akan merasa cemas yang kuat sebelum melakukan aksi dan kemudian orang itu akan menerima reaksi yang bertentangan lega selepas aksi selesai. Teori ini juga mendalilkan bahawa pendedahan berulang terhadap stimulus akan menyebabkan sedikit reaksi awal dan reaksi menentang kuat. Hal ini mungkin menjelaskan mengapa ubat-ubatan, seperti opiat, memberikan hasil yang menurun selepas penggunaan jangka panjang namun kesan daripada menarik menjadi lebih intensif dan tidak menyenangkan.

Selain itu, emosi yang positif juga sering diiringi dengan emosi yang negative. Hal ini dapat dikaitkan dengan pengalaman saya semasa saya diberitahu oleh kakak bahawa ibu bapa saya akan datang ke kuala lumpur pada minggu ini. Pada mulanya saya berasa sangat gembira sebab ini merupakan perjumpaan kali pertama dengan ibu bapa setelah perpisahan selama 2 bulan. Tetapi emosi ini turut disertai dengan emosi negatif, saya mula berasa panik kerana saya masih mempunyai banyak assignment yang belum siap, saya tidak dapat keluar dengan ibu bapa saya jika assignment ini tidak dapat dihabiskan. Pengalaman ini jelas menunjukkan bahawa setiap emosi dilahirkan secara berpasangan dan biasanya emosi positif ini akan diikuti dengan emosi negative.

 

a132986 asmaa ljo6

    dalam kelas pengurusan emosi pada minggu ini, saya belajar tentang Teori Aras Adaptasi dan Teori  Proses Berlawanan Solomon. Teori Aras Adaptasi menyatakan bahawa manusia manusia akan memberi respon terhadap rangsangan berasaskan aras adaptasi semasa. kita secara automatiknya, akan membuat adaptasi terhadap pelbagai rangsangan yang berlaku di sekeliling kita.dalam erti kata lain, penilaian kita terhadap sesuatu situasi yang berlaku membawa kepada emosi yang dialami.
 
    contohnya, rumah saya terletak berhampiran dengan jalan raya.bunyi kenderaan yang bising tidak lagi menjadi masalah kepada saya kerana berlaku adaptasi diri saya dengan bunyi bising tersebut.berbeza bagi mereka yang tinggal di kawasan yang sunyi tanpa bunyi bising, mereka tidak biasa dengan bunyi tersebut dan merasa tidak selesa dengan keadaan tersebut. sama juga konsepnya bagi pelajar yang selalu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, mereka tidak akan terus berpuas hati dengan keadaan itu selagi mereka tidak mendapat keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.kakak saya juga pada awal dia bekerja, begitu berpuas hati dengan jumlah gaji yang diterima. namun setelah beberapa tahun, dia mula merasakan bahawa jumlah gaji tersebut sebenarnya tidak cukup dan mengharapkan kenaikan gaji. aras adaptasi seseorang adalah satu titik neutral yang biasa bagi individu tersebut dan cuma sesuatu perkara yang berlaku melebihi titik neutral tersebut akan memberi kepuasan kepada seseorang individu.
 
    teori kedua yang saya belajar ialah Teori  Proses Berlawanan Solomon. teori ini sebenarnya ialah hasil pengubahsuaian teori aras adaptasi yang dikenalkan oleh richard solomon.teori ini menyatakan bahawa emosi menuju titik neutral tidak hanya berlaku dalam jangka masa panjang tetapi juga berlaku dalam jangka masa pendek.ia menyatakan juga bahawa dalam setiap emosi yang diekspreskan akan terdapat emosi yang bertentangan dengannya juga berlaku. ini kerana emosi didatangkan dalam bentuk sepasang.contohnya, ayah saya pernah memberikan sejumlah wang sebagai ucapan tahniah untuk keputusan peperiksaan saya.saya pada mulanya berasa gembira kerana memperoleh sejumlah wang yang banyak, namun selepas itu, saya rasa menyesal kerana telah boros membelanjakan wang tersebut tanpa menyimpannya. disini, saya telah merasakan dua emosi yang bertentangan, pada mulanya rasa gembira dan kemudiannya rasa menyesal.
    malahan, jika emosi yang dialami berulang, kekuatan satu-satu emosi akan bertambah.contihnya, apabila seorang penerjun pertama kali melakukan terjunan, dia akan berasa sangat takut.tetapi apabila dia melakukan terjunan beberapa kali, rasa takut itu semakin hilang dan rasa seronok semakin dirasai.sama juga dengan apa yang dirasai penagih dadah. seorang penagih dadah pada mulanya merasa seronok apabila menagih dan kurang merasa kesakitan apabila tidak menagih dadah.lama kelamaan mereka tidak merasa seronok dan mula merasai kesakitan itu tetapi mereka tidak mahu berhenti dari mengambilnya kerana tidak mahu merasakan kesakitan itu walaupun sudah tidak ada keseronokan ketika menagihnya.
   
 

A133501 Jannah LJ06

Pada minggu ini, saya tidak dapat hadir ke kelas kerana terpaksa menghadiri program Hari Wanita di Dewan Canselor Tun Abdul Razak ( DECTAR). Terdapat pelbagai program ketika itu seperti perasmian oleh Perdana Menteri kita. Walaubagaimanapun, saya mendapat tahu daripada rakan saya bahawa kelas pengurusan emosi kali ini lebih menarik kerana dua tajuk baru diperkenalkan iaitu Teori Aras Adaptasi dan Teori Soloman. Saya agak sedih kerana tidak dapat mengikuti kelas ini. Bagamaimanapun, sebaik sahaja habis program Hari Wanita tersebut, saya teru memuat turun nota kuliah untuk kedua tajuk ini. Saya cuba memahami maksud untuk setiap teori ini. Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya memahaminya walaupun tidaklah sebanyak seperti minggu-minggu sebelumnya.

                Kita mulakan dengan Teori Adaptasi terlebih dahulu. Pada konsep asasnya, Teori Adaptasi adalah dimana kita bertindakbalas pada rangsangan yang baru mengikut aras adaptasi kita. Aras adaptasi seseorang adalah yang semasa atau terkini dan aras neutal aktif dan berkaitan dengan situasi rangsangan. Secara automatiknya, titik semulajadi atau adaptasi akan terbit untuk setiap jenis rangsangan yang pelbagai. Taksiran kita kepada sesuatu situasi mendorong kita kepada pengalaman emosi kita. Menurut Lazarus, Kanner dan Folkman ( 1980 ),  taksiran pemikiran kita dalam sesuatu keadaan mementukan keamatan pengalaman emosi kita. Contohnya seperti apabila kita mendengar bunyi yang kuat ke perlahan seperti bunyi keretapi yang berlalu, akan berlakulah keamatan aras adaptasi tersebut tetapi jika kita mendengar bunyi yang kuat atau perlahan secara tiba-tiba seperti bunyi loceng jam penggera, aras adaptasi kita turut naik dan turut mengikut tahap kekuatan bunyi tersebut. Selain itu, apabila kita mendapat duit yang banyak, aras adaptasi kita boleh menaik. Apabila kita mendapat sesuatu yang menggembirakan, kita tidak akan kekal gembira malah emosi kita berubah. Dari pengalaman saya, terdapat banyak saat yang menggembirakan saya seperti mendapat tempat di universiti. Saya gembira disaat saya mendapat di universiti tetapi sekarang tidaklah segembira ketika itu. Aras adaptasi kita sentiasa di titik semulajadi, dan hanya sesuatu yang atas daripada titik itu akan membuat kita gembira.

                Teori seterusnya ialah Teori Solomon. Teori ini membuatkan saya tertarik untuk mengetahuinya kerana ini adalah kali pertama saya mendengar teori ini. Teori Solomon merupakan hasil ubahsuaian dari Teori Aras Adaptasi. Teori Soloman ialah imbangan emosi terhadap titik semulajadi bukan sahaja penjalanan yang panjang malah terdapat juga penjalanan yang sekejap sahaja. Setiap emosi disebabkan oleh emosi yang berlainan yang timbul. Di dalam Teori Solomon ini, terdapat dua peringkat iaitu peringkat pertama ialah peringkat utama dan peringkat kedua ialah peringkat berlawanan. Pada peringkat pertama, sebahagian besar tidak dipelajari dan berlaku secara automatik. Apabila masuk ke peringkat berlawanan, emosi berlainan daripada peringkat pertama tadi dan bermula selepas peringkat utama. Selain itu, peringkat ini bertahan lama, lebih kuat jika dilakukan berkali-kali, dan peringkat utama akan menjadi lemah. Contohnya apabila saya mendapat duit yang banyak daripada PTPTN dan menggunakannya untuk membeli pelbagai barang yang tidak sepatutnya dan menyebabkan duit PTPTN itu habis. Lalu, baru timbul menyesal dalam diri kerana belanja mengikut nafsu. Contoh yang lain seperti penerjun. Ada beberapa penerjun takut dengan ketinggian ketika dahulu. Tetapi oleh disebabkan dia selalu terjun menyebabkan dia semakin berani dan tidak takut pada ketinggian lagi malah semakin teruja untuk melakuka terjunan. Ini kerana mengikut model proses berlawanan, situasi ini adalah pertukaran masa dari perasaan takut kepada perasaan gembira didalam pasangan emosi takut-gembira ini.

A129205 FATHANAH LJ06

Rabu, 25/08/2010, jam 4 hingga 7 petang.  Tajuk yang dipelajari pada hari ini adalah mengenai Teori Aras Adaptasi dan Teori  Proses Berlawanan Solomon. Wah tajuknya sangat menarik hati saya kerana saya akan mempelajari satu ilmu baru yang akan diaplikasikan dalam kehidupan saya sehari-hari. Walaupun pembelajaran pada hari sangat cepat dengan slaid yang ditunjukkan hanyalah  sedikit dan terhad, saya masih dapat memahaminya sedikit demi sedikit.  Menurut konsep asas Teori Aras Adaptasi iaitu konsep asas  yang mengatakan kita sebagai manusia akan bertindak balas terhadap rangsangan yang baru berdasarkan tahap adaptasi atau penerimaan yang kita lalui pada masa sekarang. Peringkat adaptasi seseorang  adalah bergantung kepada diri mereka sendiri ketika berlaku proses adaptasi  pada masa itu, tahap neutral berfungsi secara relatif terhadap situasi stimulus. Kita akan bertindak balas secara automatik atau secara langsung dalam setiap adaptasi yang berlaku dan menerima pelbagai jenis rangsangan terhadap apa yang berlaku kepada diri kita sendiri. Misalnya, bagi orang yang peramah dan mudah mesra dengan orang lain walaupun baru berkenalan, mereka mudah mengadaptasikan keadaan sekelilings atau persekitaran dan situasi  mereka berbanding dengan orang yang kurang bercakap atau tidak gemar bergaul dengan orang lain, mereka akan mengalami masalah dalam membuat sebarang  perhubungan dengan rakan-rakan yang lain.  

 Berbalik kepada Teori Aras Adaptasi, penilaian berlaku dari sebuah situasi dan perkara ini juga menyumbang kepada pengalaman emosi. Memetik idea daripada tokoh-tokoh barat yang mengatakan "Our cognitive appraisal of the situation determines the intensity of our emotional experience (Lazarus, Kanner, & Folkman, 1980)". Contohnya, cuba kita dengar bunyi-bunyi daripada persekitaran disekeliling kita, jika bunyi yang didengar tidaklah terlalu kuat ataupun lembut, aras adaptasi kita berada dalam keadaan yang normal. Manakala jika bunyi yang kita dengar adalah kuat dan adakalanya bunyi yang didengar perlahan, aras adaptasi kita akan menjadi turun dan naik, dan aras adaptasi akan berselang seli dengan bunyi kuat dan perlahan. Sebagai Contohnya ketika saya berada di dalam kelas pada petang tadi, kebetulannya, saya duduk berhampiran dengan pintu belakang kelas,  jadi saya dapat mendengar bunyi kenderaan yang lalu lalang dengan jelas,dan pada masa yang sama juga saya sedang mendengar kuliah daripada pensyarah yang mengajar. Hal ini menyebabkan penerimaan saya terhadap kuliah yang disampaikan di dalam kelas tidak diberikan  perhatian yang sepenuhnya  kerana terganggu oleh bunyi kenderaan di luar kelas.

Selain itu, Teori Aras Adaptasi juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari. Sebagai contohnya, apa yang berlaku kepada kita pada masa sekarang pasti akan memberi kesan kepada kehidupan kita pada masa akan datang. Misalnya, jika kita bergembira memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pasti kita terus mencuba untuk mengekalkan kecemerlangan. Bagi yang bekerja, mereka mesti mahu bekerja keras untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi atau menunggu kenaikan pangkat dan memperolehi gaji yang lumayan. Kita pasti tidak akan berhenti merasa gembira kecualilah benda-benda yang kita hajati atau inginkan tidak dapat dipenuhi.

Berbeza dengan Teori Proses Berlawanan Solomon. Teori ini adalah hasil ubahsuai daripada Teori Aras Adaptasi. Model psikologi ini diperkenalkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980 yang menerangkan tentang perilaku. Teori ini menerangkan mengenai emosi dalam menuju titik neutral dalam jangka masa yang panjang malahan juga dalam jangka masa yang pendek. Setiap emosi yang berlaku akan menyebabkan emosi yang bertentangan juga berlaku. Contohnya, ketika saya berada di Tahun 1 ,saya sangat bosan apabila kawan saya mengajak saya untuk  berjoging, saya mengatakan  kepadanya bahawa penatlah untuk berlari tetapi kerana telah dipaksa untuk menemaninya, lama-kelamaan apabila saya mula berjoging pada setiap petang , saya mulai seronok dengan aktiviti itu, selain itu, saya dapat merasakan perubahan pada kesihatan fizikal dan mental, di samping dapat menjaga kesihatan  tubuh badan saya. Ini bermakna semakin kita banyak melakukan sesuatu perkara yang kurang digemari, ia akan menyebabkan kita mulai menyukainya di samping kita memperolehi faedah sampingan.

Kesimpulannya, yang dapat saya simpulkan ialah kita sebagai manusia mempunyai karakter dan latar belakang yang berlainan dan penerimaan kita terhadap sesuatu perkara juga adalah berbeza-beza mengikut tindak balas dan respon yang diberikan. Sekian.

A134420 FARAH LJ06

Alhamdulillah,pembelajaran kursus Pengurusan Emosi ini dapat diteruskan lagi.Namun,terdapat sesuatu yang unik pada minggu ini kerana kami telah diajar dua tajuk sekaligus iaitu Teori Aras Adaptasi dan Teori Solomon.Kedua-dua tajuk ini agak ringkas dan senang difahami.Namun begitu,masih terdapat juga bahagian-bahagian yang tidak dapat saya fahami sepenuhnya.Walaupun begitu,tumpuan saya pada pembelajaran minggu ini agak baik kerana tidak terlalu letih dan saya boleh setiap apa yang diajar dengan sebaiknya.Pada akhir pembelajaran ini,kami telah membincangkan tentang proposal untuk tugasan kedua.Reaksi yang kami dapat dari pensyarah kami agak positif kerana kesalahan kami agak kecil dan boleh diperbaiki.Itu tidak langsung melunturkan semangat kami untuk terus melaksanakan tugasan yang diberikan,malah kami sentiasa memandang positif terhadap kesalahan kecil yang dilakukan dalam proposal itu.

                                Kita akan teruskan dengan pembelajaran kita pada minggu ini.Pada kefahaman saya daripada apa yang saya pelajari hari ini.Teori aras adaptasi itu adalah satu peringkat pada permulaannya,kita akan rasa seronok,namun lama-kelamaan apabila benda yang sama berlaku,kita menganggap perkara itu biasa sahaja dan kita juga mengharapkan yang lebih daripada itu.Sebagai contoh,pada kali pertama kita mendapat gaji sebanyak RM2000.Kita akan berasa teruja.Sesetengah orang akan meraikan sempena kali pertama mendapat gaji.Mereka akan belanja rakan-rakan mereka.Tetapi setelah beberapa tahun mendapat pendapatan yang sama dan tidak berubah,perasaan teruja itu akan hilang.Malah,kita sentiasa mengharapkan yang gaji akan naik dan terus naik.Itulah yang dmaksudkan dengan teori aras adaptasi berdasarkan apa yang saya fahami.Terdapat beberapa contoh lain seperti suasana suatu tempat.Terdapat sesetengah orang terutamanya para pelajar,mereka lebih senang mengulangkaji pelajaran dalam keadaan yang senyap dan sunyi kerana mereka akan lebih focus dan tumpuan mereka terhadap pembelajaran adalah 100%.Namun,sebagai pelajar yang menginap diasrama terutamanya,kita tidak terlepas dari mendengar bunyi bising yang dilakukan oleh pelajar lain.Pada permulaannya,mereka akan berasa marah dan agak terganggu dengan suasana itu kerana tumpuan mereka akan hilang.Apabila mereka terpaksa hidup dengan suasana itu,mereka akan rasa suasana bising itu biasa sahaja.Perubahan emosi itu bertukar dari marah kepada emosi yang lebih stabil.

                                Ada juga pendapat yang mengatakan,jika kamu gembira dengan keputusan peperiksaan kamu dan kos yang kamu ambil sekarang ataupun gaji yang agak lumayan pada permulaannya dan kesihatan yang baik,kamu tidak akan selamanya gembira kecuali jika sesuatu benda yang baik berlaku.Ini bermaksud,sebagai contoh,apabila kamu gagal dalam sesuatu periksaan atau tidak mendapat keputusan yang memuaskan,pada permulaannya kamu akan berasa sedih,tertekan dan kecewa.Namun,jika kamu tidak berusaha untuk memajukan diri,kamu tidak akan mendapat kejayaan yang diidamkan.Kita kena melakukan sesuatu supaya perasaan itu dapat diubah dari sedih,kecewa kepada perasaan gembira.Aras adaptasi kita sentiasa berada dititik neutral.Tetapi,apabila sesuatu berlaku diatas paras neutral,ini akan membuatkan kita berasa gembira.

                                Pembelajaran seterusnya adalah tentang Teori Solomon.Teori Solomon ini merupakan hasil ubahsuaian Teori Aras Adaptasi.Berdasarkan teori ini,setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan terhasil.Sebagai contoh yang berlaku dalam kehidupan seharian kita,apabila kita telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5000.Pada permulaannya,kita akan berasa sangat seronok dan hebat kerana kita sangat bertuah memenangi hadiah itu,namun kita akhirnya menyesal kerana terlalu banyak menggunakan wang itu untuk aktiviti yang kurang berfaedah dan digunakan kejalan yang salah.Terdapat juga contoh lain,kita dipaksa untuk bersenam setiap minggu atas arahan doctor,peringkat permulaannya,kita akan berasa bosan.Namun,setelah diamalkan dalam beberapa minggu,kita menyedari yang aktiviti ini boleh mengekalkan kesihatan badan.Saya teringat sesuatu peristiwa yang berlaku kepada diri saya ketika saya pertama kali menjejakkan kaki ke asrama.Saya sangat sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga.Namun,lama-kelamaan setelah mendapat ramai kawan,saya sangat seronok dan bertuah kerana telah diberi peluang untuk menginap diasrama.Terdapat juga kebaikan lain,hal ini dapat mengajar saya supaya lebih berdikari dalam menguruskan masa dan masalah sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa.

                                Teori ini juga mengatakan pengulangan emosi yang sebelumnya,akan mengukuhkan lagi kekuatan emosi yang bertentangan dengan emosi sebelumya.Sebagai contoh,apabila kita mencuba aktiviti berkayak,pada mulanya kita akan berasa risau dan takut akan jatuh ke dalam tasik atau sungai,namun setelah beberapa lama mencuba,perasaan takut itu dapat diatasi malah kita akan rasa lebih seronok.Saya mempunyai pengalaman semasa mula-mula mendapat lessen memandu kereta.Sewaktu hari pertama saya mendapat lessen,saya sangat takut untuk memandu kerana takut akan berlanggar dengan kereta lain dan sebagainya.Namun,setelah beberapa kali memandu kereta,saya berasa seronok dan puas kerana saya tahu saya yang mengawal kereta itu dan buka kereta itu yang mengawal saya.Selain itu,saya juga dapat merasakan yang saya telah mancabar diri saya supaya menjadi lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

A132484 Amirah LJ06

                Memang tidak dapat dinafikan lagi, setiap orang pernah mengharungi liku-liku hidup ini dengan cara tersendiri dan setiap liku itu pasti akan memberikan seseorang itu kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan tidak kira sama ada pengalaman pahit ataupun pengalaman manis...dan setiap orang mempunyai caranya sendiri untuk mengatasi cabaran dan dugaan yang dihadapi.Seperti orang lain, saya juga turut sama dalam merasai jerit perih kehidupan terutamanya keperitan yang melibatkan persahabatan..Persahabatan yang kadang kala kita jadikan sebagai sumber inspirasi atau dorongan untuk kita melakukan sesuatu perkara tidak sama sekali akan memberikan hasil yang lumayan kerana dalam kita bersahabat itu,ada juga sifat yang kurang baik seperti mempunyai hasad dengki tidak kira terhadap pembelajaran mahupun kehidupan seseorang itu...Inilah yang ingin saya kongsikan,pengalaman yang banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenar dan mengajar saya untuk tidak terlalu mempercayai keadaan sekeliling...
                Harapkan pagar,pagar makan padi!! Inilah ungkapan yang sebenar dapat digambarkan buat kawanku sewaktu di alam persekolahan dulu.Patutkah seseorang itu mengkhianati orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri??? Ini sama sekali tidak patut kerana dalam sesuatu perhubungan atau persahabatan perlu ada sikap toleransi dan saling memahami antara satu sama lain agar perhubungan itu kekal buat selama-lamanya.
                 Peristiwa ini berlaku sewaktu hari menyambut kemerdekaan di sekolah di mana saya perlu menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar namun saya sebaliknya telah mendapat malu setelah saya gagal berucap dengan baik kerana telah kehilangan teks ucapan saya. Ini kerana rakan saya telah mengoyak teks itu. Saya masih tidak dapat membacanya walaupun telah mencuba untuk mencantumkannya.Kebuntuan melanda diri saya dan pada masa itu, saya tidak mampu mengawal emosi saya lalu menangis mengenangkan perbuatan kejam sahabat terhadapku.
                Saya terus memohon maaf kepada guru-guru terutamanya yang telah membantu saya. Selain itu juga,saya turut mengalami masalah dengan rakan sewaktu berada di kolej matrikulasi di Kedah dulu.Saya mempunyai rakan yang amat saya percayai untuk memegang amanah dan menjaga rahsiaku tapi malangnya dia gagal memikul tanggungjawab itu dengan mengkhianati saya.Dia menceritakan segala apa yang saya luahkan padanya kepada rakan-rakan yang lain menyebabkan yang lain turut sama menjadi lain denganku.
                Sejak daripada hari itu,saya telah menjadi seorang yang pendiam dan sentiasa berwaspada terhadap keadaan sekeliling.Saya sudah hilang kepercayaan terhadap sesiapapun kerana pengalaman yang saya alami telah menutup pintu hatiku untuk menaruh kepercayaan pada orang lain lagi. Pengalaman ini banyak mengajar saya untuk lebih berdikari tanpa menyusahkan orang lain.Walaupun bunyinya macam kebudak-budakan, tapi keperitan hati ini tidak pernah terubat.
               Pengalaman saya yang pertama telah menyebabkan saya kalis dengan situasi ini dan bila saya diperkenalkan dengan subjek pengurusan emosi,saya sedar bahawa wujudnya teori yang menepati pengalaman saya ini iaitu,"Adaptation Level Theory" yang mana konsep asasnya mengisahkan tentang apabila kita mengalami sesuatu masalah,lama kelamaan kita akan terbiasa dengan keadaan itu.Saya yakin dengan tindakan saya yang lebih suka menyendiri daripada bercampur dengan orang lain yang boleh menyebabkan ini berulang lagi........ 

A127856 EAISHAH LJ06

Pembelajaran pada minggu ini begitu menarik, berkaitan dengan Teori Aras Adaptasi. Melalui pembelajaran pada minggu ini,saya mendapat satu pengetahuan pembelajaran yang baru. Hal yang berkaitan dengan tahap-tahap adaptasi yang ada pada diri kita. Walaupun penyesuaian itu selalu berlaku pada diri kita, namun kita tidak menyedarinya. Oleh itu, dengan pembelajaran pada minggu ini, pelajar didedahkan dengan beberapa teori berkenaan tahap-tahap adaptasi.   Definisi aras disini boleh diertikan sebagai suatu tahap. Suatu tahap yang akan ada dalam diri setiap manusia. Adaptasi pula boleh diertikan sebagai satu proses evolusi yang mana populasi atau organisma mampu menyesuaikan diri dengan habitatnya atau satu keadaan. Proses ini pada akan mengambil satu masa yang panjang dan juga pendek.bergantung pada sesuatu keadaan yang hendak disesuaikan. Disamping itu juga, adaptasi juga boleh membawa maksud suatu sifat yang penting bagi menjamin kemandirian  organisma. Apabila sesuatu populasi atau organisma sudah dapat menyesuaikan  dengan sesuatu keadaan, pada masa akan datang ianya akan menjadi sesuatu keadaan yang neutral.

 Organisma akan terbiasa dengan keadaan tersebut. Sebagai contoh, seorang doktor telah biasa dengan pesakit yang mengalami kecederaan. Kecederaan yang dialami  begitu parah yang melibat kan keadaan yang cemas. Doctor tersebut yang telah biasa dengan keadaan tersebut dapat menghadapinya dengan keadaan yang tenang dan dapat bertindak dengan tanpa rasa janggal. Hal ini berlainan apabila keadaan tersebut dialami oleh seorang guru. Hal ini kerana, seorang doktor telah biasa menghadapi keadaan tersebut. Berbeza dengan guru yang tidak biasa dengan keadaan sebegitu. Keadaan yang sebegitulah yang dikatakan sebagai doctor tersebut telah mengalami situasi yang neutral menghadapi pesakit yang datang bagi mendapatkan rawatan.

Melalui pembelajaran pada minggu ini, adaptasi yang dikuliahkan akan berkait dengan emosi. Setiap manusia pastinya mempunyai impian atau cita-cita. Pastinya impian atau cita-cita itu ingin dicapai. Emosi apabila kita mencapai apa yang dihajati pastinya memberi  kegembiraan dan kepuasan pada diri. Kepuasan yang dimaksudkan disini ialah seseorang itu dapat melakukan satu tindakan secara toleransi. Sebagai contoh yang sebagai mahasiswa, pastinya impian untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan adalah sesuatu yang diimpikan.  Bagi mencapai apa yang diimpikan mahasisiwa itu pastinya akan berusaha untuk mencapainya. Setelah mencapai apa yang di hajati, mahasiswa akan bersikap toleransi bagi mengekalkan prestasinya.

Dalam membincangkan perkara ini, Richard Solomon, 1980 telah membincangkan perkara ini. Solomon telah membincangkan perkara ini dan menyatakan bahawa emosi reaksi emosi ada dua bahagian.  Bahagian emosi yang pertama dianggap sebagai satu emosi dalam jangka masa pendek. Ianya akan memberi kesan emosi buat sementara waktu sahaja. Bertentangan dengan itu,  adalah berkaiatan dengan satu emosi yang memberi satu jangka masa yang panjang. Emosi juga mempunyai pasangan. Setiap emosi akan menghasilkan emosi yang bertentangan. Sesuatu peristiwa yang berkaitan emosi akan melahirkan "primary state" dan menjana kewujudan emosi yang bertentangan secara automatik. Manakala "second state" merupakan tahap yang emosi semakin kuat untuk mengulangi perkara atau keadaan tersebut. Dan pada satu tahap perubahan yang ingin dilakukan tidak boleh kerana akan mengalami satu tekanan. Oleh itu, bagi mengelak daripada mendapat tekanan, mereka terpaksa juga melakukan perkara tersebut walaupun tidak mendatangkan manfaat atau faedah.perkara ini mengambil contoh kepada seorang penagih dadah.

Tajuk yang dibincangakan pada minggu ini memang menarik untuk dipelajari. Apabila kita sudah berada dalam keadaan yang neutral atau selesa, pada satu tahap yang lain kita inginkan perubahan. Perubhana yang dimaksudkan adalah perubahan kepada yang lebih positif.secara tidak langsung dapat memberi satU suntikan motivasi kepada diri kita untuk terus maju. #END


A131857 NORHIDAYU LJ06

     Pada kuliah-kuliah yang lepas saya telah mempelajari pelbagai pengetahuan mengenai emosi seperti pengenalan kepada definisi emosi.Daripada pengalaman saya mengikuti kursus ini,emosi adalah berbeza dengan perasaan.Perasaan ini pada dasarnya cumalah salah satu dari komponen sesebuah emosi itu.Beralih dari takrifan emosi,saya juga telah mempelajari struktur sesebuah emosi yang terlahir secara semula jadi ini.Terdapat beberapa teori bagi kita mengetahui struktur dan ekspresi emosi yang terlahir.Pengalaman sesebuah emosi itu juga adalah berdasarkan perkara-perkara seperti psikologikal,kognitif dan psikoanalitakal.Secara umumnya terdapat dua teori utama bagi struktur sesebuah emosi iaitu teori biologikal dan teori pengajaran.Selain itu,saya juga turut mempelajari emosi-emosi yang boleh dikategorikan sebagai emosi negatif dan emosi positif.
       

     Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek "emovere" yang membawa maksud "untuk keluar". Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.

Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.

 

      Teori tahap adaptasi(Adaptation Level Theory) merupakan satu teori yang menerangkan tahap sesuatu emosi itu apabila dilahirkan.Menurut konsep-konsep asas,kebiasaannya seseorang itu akan berhadapan dengan sesuatu keadaan dimana mereka akan mampu mengatasinya.Tahap adaptasi seseorang itu adalah semula jadi kepada keadaan-keadaan yang tertentu.Ini bermakna kita selalunya akan berada di tahap semula jadi kerana kita akan mampu untuk beradaptasi terhadap keadaan yang telah kita alami.Teori ini juga turut menerangkan kepada kita bahawa penilaian kepada sesuatu situasi itu memberi kepada terhasilnya pengalaman emosi dan dapat mengukur intensiti terhadap pengalaman emosi tersebut.Bagi menjelaskan maksud ayat ini saya menyertakan contoh yang menggambarkan situasi tersebut.Dari pengalaman saya sendiri,saya mendapati bahawa saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang saya pelajari di dalam suasana yang bising.Berbeza dengan beberapa kenalan saya dimana mereka masih boleh belajar dan menumpukan perhatian walaupun dalam keadaan seperti itu.Apa yang saya maksud disini contohnya mendengar muzik ketika waktu belajar kerana saya mendapati bahawa saya tidak boleh belajar sambil mendengar muzik.Mungkin berbeza pendapat bagi setiap individu tetapi bagi saya belajar dalam keadaan yang diam adalah lebih baik untuk mendapatkan 100% konsentrasi sewaktu bekita belajar.Tahukah kita bahawa sesebuah emosi itu pada dasarnya akan bertoleransi dengan keadaan yang biasa kita hadapi.Apa yang dapat saya simpulkan dari teori asas ini,tahap pengadaptasian seseorang itu terhadap sesuatu keadaan adalah semula jadi dan selalunya sesuatu yang berada di dalam tahap semula jadi ini akan mendatangkan kegembiraan dalam hidup kita.Ini adalah kerana kegembiraan itu bergantung kepada tahap pengadaptasian kita terhadap sesuatu.

   

       Satu teori yang telah di asaskan oleh Richard Solomon(1980) menyatakan bahawa emosi yang seimbang adalah berdasarkan kepada tahap semula jadi sesuatu keadaan bukan hanya dalam jangka masa panjang tetapi juga dalam jangka masa yang pendek.Teori ' Solomon Opponent Process ' ini merupakan hasil pengubahsuaian daripada teori asas adaptasi.Teori ini menerangkan dimana sesebuah emosi turut akan menyebabkan lahirnya satu lagi emosi berbeza yang biasanya adalah lawan kepada emosi pertama yang dilahirkan itu.Dalam erti kata lain emosi itu adalah berpasangan.Apabila sesetengah peristiwa yang berkaitan dengan emosi yang ditonjol maka akan terlahirlah suatu keadaan primary dan keadaan primary itu akan melahirkan keadaan yang bertentangan.Terdapat dua peringkat bagi teori ini,iaitu peringkat primary(adalah bersifat automatik) dan peringkat 'opponent'(emosi yang bertentangan dengan peringkat primary).Antara contoh yang boleh menjelaskan peringkat teori ini adalah seperti bersenam ataupun berjoging.Pada permulaannya melakukan perkara itu mungkin agak membosankan dan kadang kala kita merasakan terpaksa tapi apabila itu biasa di lakukan setiap hari hal ini akan menyedarkan kita kepada kebaikkan bersenam itu dalam membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.Selain itu,kita juga mengambil contoh penerjun dimana pada mulanya pasti mereka juga takut untuk melakukannya tetapi apabila sudah banyak kali mencuba akan menyebabkan perasaan takut itu hilang lama-kelamaannya.Semakin banyak mereka melakukannya mereka akan menemui keseronokkan dalam aktiviti itu.

 

       Kajian Richard Solomon sebenarnya adalah berdasarkan satu perkara yang menjadi masalah utama sejak dari dahulu lagi iaitu ketagihan dadah.Ketagihan dadah ini adalah berpunca daripada emosi seronok dan juga beberapa kesan sampingan.Keseronokan ini hanya dirasai oleh mereka yang telah mengambil dadah kerana semua pasti tahu bahawa dadah ini akan menyebabkan individu yang mengambilnya akan berada di dalam keadaan khayal.Dalam keadaan ini,individu tersebut dikatakan dapat melupakan apa jua masalah yang di alami.Kebiasaanya mereka yang terlibat dengan dadah ini adalah disebabkan mengambil jalan mudah untuk melarikan diri daripada masalah yang mereka hadapi.Berdasarkan kajian,Solomon mendapati bahawa pada mulanya tahap keseronokkan adalah lebih tinggi berbanding daripada tahap kesan sampingan.Lama-kelamaan,tahap adaptasi seseorang penagih dadah itu sudah mula berubah menyebabkan mereka tidak dapat menghidari diri mereka dari terus mengambil dadah.Pada ketika itulah kesan-kesan sampingan dari pengambilan dadah mula menyerang diri mereka.Oleh kerana itulah penagih dadah ini biasanya amat susah untuk membebaskan diri dari terus mengambil dadah.

 

      Kesimpulan yang dapat saya buat hasil dari pembelajaran saya pada kuliah kali ini iaitu tahap pengadaptasian seseorang terhadap sesuatu itu boleh berubah-ubah.Semakin hari kita dapat megetahui lebih mengenai emosi yang mana emosi ini boleh berubah sebenarnya.Apabila kita sudah biasa terhadap sesuatu keadaan itu akan menjadikan ianya adalah semula jadi bagi diri kita.

A123114 DILA LJO6

Kuliah pada minggu ini pendek sahaja tetapi agak padat dengan teori-teori yang dibincangkan seperti Teori Aras Adaptasi dan juga Teori Proses Berlawanan Solomon. Mengikut Teori Aras Adaptasi ini, kita bertindak balas terhadap rangsangan baru berdasarkan kepada aras adaptasi kita pada waktu kini. Mengikut Smith, 1998 dalam buku beliau iaitu Psychology,science & understanding, aras adaptasi seseorang ialah fungsi aras neutral semasa individu tersebut bergantung kepada situasi rangsangan baru. Secara ringkasnya, daripada apa yang saya fahami tentang Teori Aras Adaptasi ini ingin memberitahu kita bahawa seseorang yang telah didedahkan dengan satu rangsangan baru secara berulang kali akan menjadikan sistem biologi, psikologi atau sistem deria mereka menjadi lali atau bahasa saintifiknya menjadi imun terhadap jenis rangsangan yang didedahkan dan seterusnya menyebabkan mereka kurang merasa sensitivitinya disebabkan rangsangan yang berterusan atau berpanjangan.

 

Aras adaptasi ini dapat dibandingkan dengan dulu seseorang individu itu tidak boleh membaca buku jika terdengar bunyi bising kenderaan yang lalu-lalang di rumahnya tetapi kini individu itu boleh membaca buku walau terdapat bunyi bising kenderaan di luar rumahya. Bagi memudahkan pemahaman saya, teori aras adaptasi ini bolehlah dibandingkan dengan situasi kehidupan atau pengalaman hidup saya. Jika dulu sebelum saya memasuki Universiti ini, saya sememangnya sukar untuk tidur lena dan saya mudah untuk melenting jika jika ada orang buka lampu di bilik tidur saya. Memandangkan saya mendapat teman sebilik yang yang takut kepada gelap saya cuba bertimbangrasa terhadap situasi yang dia alami dan saya cuba berfikiran terbuka agar emosi saya berada dalam keadaan stabil dan akhirnya saya kini boleh tidur dengan lena walaupun agak mengambil sedikit masa untuk terlelap hasil dengan pendedahan kepada cahaya lampu secara berterusan dalam jangkamasa yang panjang.

 

Seterusnya, Teori Proses Berlawanan Solomon. Teori ini telah diperkenalkan oleh Richard Solomon (1980). Beliau mencadangkan bahawa emosi bergerak menuju keseimbangan dengan bergerak kearah titik neutral bukan saja untuk jangkamasa panjang tetapi juga untuk jagkamasa pendek. Dari sini, dapat difahami emosi akan menjadi neutral apabila telah berada dalam keseimbangan seperti emosi benci yang dikeluarkan pada permulaan menghadapi stimulus ini akan semakin dineutralkan apabila timbul emosi yang berlawanan seperti emosi suka yang akan mengurangkan emosi benci sedikit demi sedikit. Contoh yang paling senang untuk memahami teori ini adalah seperti situasi seorang pelajar yang tidak berapa menggemari cikgu matematik di sekolahnya kerana terlalu tegas dan suka memarahi pelajar. Tetapi apabila pelajar ini terlibat dengan aktiviti diluar sekolah sepanjang cuti sekolah dan cikgu ini juga terlibat sama dalam program yang dijalankan, lama-kelamaan perasaan yang tidak suka kepada cikgu matematik ini bertukar kepada suka kerana sepanjang program ini berlangsung cikgu ini begitu prihatin, baik dan suka memberi kata-kata semangat kepada pelajar itu.

 

Selain contoh biasa yang diberikan seperti diatas, terdapat satu situasi yang telah diceritakan oleh rakan saya kepada saya yang boleh saya kaitkan dengan teori ini dimana rakan saya iaitu wasila begitu teruja untuk melanggan Astro kerana banyak siaran televisyen yang boleh ditonton tetapi lama kelamaan perasaan seronok dan teruja ini menjadi sebaliknya iaitu menyesal kerana terpaksa memikirkan tahap kewangan yang tidak mencukupi untuk membayar ansuran kereta dan siaran yang dimainkan oleh Astro selalu diulang selain itu, dia juga merasa rugi kerana tanpa menyewa Astro setiap bulan, dia masih boleh menyaksikan banyak rancangan televisyen yang dipaparkan oleh Negara singapuran dan Indonesia kerana kawasan kediaman kami yang berada di Johor Bahru yang membolehkan kami mendapat siaran bagi kedua-dua buah Negara itu dan perkara yang terpenting sekali ialah siaran televisyen di Singapura sering memaparkan drama korea yang terbaru.  

 

Secara kesimpulannya, Teori Aras Adaptasi menerangkan bahawa seseorang itu sudah menjadi biasa terhadap rangsangan yang jika dulu aras bunyi bising seperti bunyi kapal terbang dianggap terlalu tinggi tetapi kini dianggap biasa kerana pendedahan setiap hari. Bagi Teori Proses Berlawanan Solomon pula lebih menceritakan tentang emosi primari semakin dikurangkan apabila timbul emosi yang berlawanan dalam jangkamasa panjang yang akan membawa kepada keseimbangan titik neutral sesuatu emosi itu. # end.

A123147 Syuhaidah LJ06

Perkuliahan pada minggu ini adalah membincangkan mengenai Teori Aras Adaptasi dan Teori Berlawanan Solomon.

            Teori adaptasi mengatakan bahawa kita bertindak balas terhadap ransangan baru berdasarkan tahap adaptasi kita sekarang. Kita secara automatiknya boleh menentukan titik neutral atau titik adaptasi bagi setiap satu daripada pelbagai jenis rangsangan.

 Perkara yang selalu kita alami akan menjadikan kita adaptasi terhadap sesuatu situasi. Misalnya, semenjak daripada tingkatan satu sehinggalah tingkatan enam saya tinggal di asrama. Oleh itu, apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk menyambung pengajian di UKM, perkara ini tidak begitu menjadi masalah kepada saya kerana saya telah dapat menentukan titik adaptasi dengan pengalaman semasa saya semasa tinggal di asrama dahulu. Semasa minggu pertama tinggal di asrama sekolah dahulu pula, saya dapati terdapat ramai dalam kalangan rakan-rakan saya yang menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama. Terdapat segelintir daripada mereka yang hampir setiap malam menangis semasa hendak tidur kerana terkenangkan keluarga masing-masing. Namun, setelah beberapa minggu tinggal di asrama, mereka akhirnya dapat mencapai titik adaptasi diri mereka dengan kehidupan sebagai seorang pelajar di asrama.

            Selain itu, Asmawati (2004), memberikan contoh tentang seseorang yang baru berpindah ke daerah Sepang dan tinggal di rumah yang berdekatan dengan KLIA. Pada mulanya, individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk tidur nyenyak pada waktu malam kerana bunyi kapal terbang. Tetapi lama-kelamaan individu tersebut akan dapat tidur nyenyak kerana telinganya sudah dapat mengadaptasi terhadap bunyi bising tersebut. Realitinya, bunyi kapal terbang tetap kuat, tetapi dengan pendedahan yang berterusan, sensitiviti deria kita terhadapnya berkurangan. Oleh sebab adaptasi deria didapati berlaku secara automatik, maka proses yang berlaku secara semulajadi itu membolehkan manusia menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku.

            Teori Berlawanan Solomon pula mengatakan bahawa setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan timbul. Situasi emosi pada peringkat pertama akan menerbitkan keadaan primari, iaitu keadaan yang diperolehi bukan melalui pembelajaran tetapi tindak balas automatik. Keadaan primari seterusnya akan mencetuskan keadaan emosi yang berlawanan. Emosi yang berlawanan ini pula bermula lebih lambat daripada keadaan primari tetapi bertahan lebih lama dan kuat daripada keadaan primari.

Satu contoh yang berkaitan dengan Teori Berlawanan Solomon ini adalah mengenai pengalaman saya semasa menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Pada mulanya, apabila saya terpilih menyeryai PLKN saya rasakan perkara tersebut agak menyusahkan dan membantutkan rancangan saya untuk bekerja dengan saudara saya sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM. Tambahan pula pada masa itu PLKN baru diperkenalkan dan pelbagai perkara yang tidak enak didengar telah berlaku dalam program tersebut. Berita-berita yang terpapar dalam media sedikit sebanyak juga telah menimbulkan kebimbangan dan pelbagai reaksi emosi negatif kepada diri saya dan juga keluarga. Namun, selepas saya merasai sendiri pengalaman dalam PLKN, saya dapat merasai keseronokan yang sebenarnya. Hal ini disebabkan terdapat pelbagai aspek positif dalam perlaksanaan PLKN. Kelebihan bagi tempoh jangka pendek menyertai PLKN dapat membentuk tahap disiplin yang lebih baik kepada saya, manakala bagi jangka panjang pula, PLKN dapat memberikan pelbagai faedah kepada diri saya. Misalnya, selain dapat mengukuhkan semangat patriotisme dan memupuk perpaduan kaum, saya juga dapati PLKN dapat meningkatkan perwatakan positif dan pembinaan sahsiah diri saya.

Selain itu, pengalaman emosi yang sangat positif juga boleh diiringi oleh emosi yang sangat negatif. Contohnya, Sternberg (1997), dalam 'Social Readjustment Rating Scale' mendapati bahawa berkahwin dianggap lebih menekan dan lebih mencabar berbanding dengan menghadapi kerenah ketua yang cerewet, walaupun berkahwin sebenarnya merupakan sesuatu perkara yang menggembirakan. Jadi perkara yang menyeronokkan (berkahwin = emosi positif) juga mungkin menghasilkan tekanan (emosi negatif).

            Kesimpulannya, melalui teori aras adapatasi, emosi individu akan menjadi seimbang dengan bergerak ke arah titik neutral untuk jangka masa panjang. Manakala berdasarkan teori proses berlawanan pula emosi bergerak menuju keseimbangan ke arah titik neutral bukan sahaja untuk jangka masa panjang tetapi juga untuk jangka masa pendek.