Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek "emovere" yang membawa maksud "untuk keluar". Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.
Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.
Teori tahap adaptasi(Adaptation Level Theory) merupakan satu teori yang menerangkan tahap sesuatu emosi itu apabila dilahirkan.Menurut konsep-konsep asas,kebiasaannya seseorang itu akan berhadapan dengan sesuatu keadaan dimana mereka akan mampu mengatasinya.Tahap adaptasi seseorang itu adalah semula jadi kepada keadaan-keadaan yang tertentu.Ini bermakna kita selalunya akan berada di tahap semula jadi kerana kita akan mampu untuk beradaptasi terhadap keadaan yang telah kita alami.Teori ini juga turut menerangkan kepada kita bahawa penilaian kepada sesuatu situasi itu memberi kepada terhasilnya pengalaman emosi dan dapat mengukur intensiti terhadap pengalaman emosi tersebut.Bagi menjelaskan maksud ayat ini saya menyertakan contoh yang menggambarkan situasi tersebut.Dari pengalaman saya sendiri,saya mendapati bahawa saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang saya pelajari di dalam suasana yang bising.Berbeza dengan beberapa kenalan saya dimana mereka masih boleh belajar dan menumpukan perhatian walaupun dalam keadaan seperti itu.Apa yang saya maksud disini contohnya mendengar muzik ketika waktu belajar kerana saya mendapati bahawa saya tidak boleh belajar sambil mendengar muzik.Mungkin berbeza pendapat bagi setiap individu tetapi bagi saya belajar dalam keadaan yang diam adalah lebih baik untuk mendapatkan 100% konsentrasi sewaktu bekita belajar.Tahukah kita bahawa sesebuah emosi itu pada dasarnya akan bertoleransi dengan keadaan yang biasa kita hadapi.Apa yang dapat saya simpulkan dari teori asas ini,tahap pengadaptasian seseorang itu terhadap sesuatu keadaan adalah semula jadi dan selalunya sesuatu yang berada di dalam tahap semula jadi ini akan mendatangkan kegembiraan dalam hidup kita.Ini adalah kerana kegembiraan itu bergantung kepada tahap pengadaptasian kita terhadap sesuatu.
Satu teori yang telah di asaskan oleh Richard Solomon(1980) menyatakan bahawa emosi yang seimbang adalah berdasarkan kepada tahap semula jadi sesuatu keadaan bukan hanya dalam jangka masa panjang tetapi juga dalam jangka masa yang pendek.Teori ' Solomon Opponent Process ' ini merupakan hasil pengubahsuaian daripada teori asas adaptasi.Teori ini menerangkan dimana sesebuah emosi turut akan menyebabkan lahirnya satu lagi emosi berbeza yang biasanya adalah lawan kepada emosi pertama yang dilahirkan itu.Dalam erti kata lain emosi itu adalah berpasangan.Apabila sesetengah peristiwa yang berkaitan dengan emosi yang ditonjol maka akan terlahirlah suatu keadaan primary dan keadaan primary itu akan melahirkan keadaan yang bertentangan.Terdapat dua peringkat bagi teori ini,iaitu peringkat primary(adalah bersifat automatik) dan peringkat 'opponent'(emosi yang bertentangan dengan peringkat primary).Antara contoh yang boleh menjelaskan peringkat teori ini adalah seperti bersenam ataupun berjoging.Pada permulaannya melakukan perkara itu mungkin agak membosankan dan kadang kala kita merasakan terpaksa tapi apabila itu biasa di lakukan setiap hari hal ini akan menyedarkan kita kepada kebaikkan bersenam itu dalam membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.Selain itu,kita juga mengambil contoh penerjun dimana pada mulanya pasti mereka juga takut untuk melakukannya tetapi apabila sudah banyak kali mencuba akan menyebabkan perasaan takut itu hilang lama-kelamaannya.Semakin banyak mereka melakukannya mereka akan menemui keseronokkan dalam aktiviti itu.
Kajian Richard Solomon sebenarnya adalah berdasarkan satu perkara yang menjadi masalah utama sejak dari dahulu lagi iaitu ketagihan dadah.Ketagihan dadah ini adalah berpunca daripada emosi seronok dan juga beberapa kesan sampingan.Keseronokan ini hanya dirasai oleh mereka yang telah mengambil dadah kerana semua pasti tahu bahawa dadah ini akan menyebabkan individu yang mengambilnya akan berada di dalam keadaan khayal.Dalam keadaan ini,individu tersebut dikatakan dapat melupakan apa jua masalah yang di alami.Kebiasaanya mereka yang terlibat dengan dadah ini adalah disebabkan mengambil jalan mudah untuk melarikan diri daripada masalah yang mereka hadapi.Berdasarkan kajian,Solomon mendapati bahawa pada mulanya tahap keseronokkan adalah lebih tinggi berbanding daripada tahap kesan sampingan.Lama-kelamaan,tahap adaptasi seseorang penagih dadah itu sudah mula berubah menyebabkan mereka tidak dapat menghidari diri mereka dari terus mengambil dadah.Pada ketika itulah kesan-kesan sampingan dari pengambilan dadah mula menyerang diri mereka.Oleh kerana itulah penagih dadah ini biasanya amat susah untuk membebaskan diri dari terus mengambil dadah.
Kesimpulan yang dapat saya buat hasil dari pembelajaran saya pada kuliah kali ini iaitu tahap pengadaptasian seseorang terhadap sesuatu itu boleh berubah-ubah.Semakin hari kita dapat megetahui lebih mengenai emosi yang mana emosi ini boleh berubah sebenarnya.Apabila kita sudah biasa terhadap sesuatu keadaan itu akan menjadikan ianya adalah semula jadi bagi diri kita.
No comments:
Post a Comment