Thursday, 28 July 2011

Kami diberi masa untuk menonton satu video clip pada permulaan kuliah ZT. Video clip tersebut memang menarik perhatian semua pelajar. Saya mendapat inspirasi daripada video clip tersebut supaya tidak mangaku kalah dalam segala masalah yang saya hadapi, dan bersungguh-sungguh untuk mengubah keadaan tersebut. Orang yang bersungguh-sungguh menbuat sesuatu akan dihargai oleh orang lain.

Sebenarnya, saya tidak berapa fokus dalam kuliah tempoh hari. " EMOSI" pada pentafsiran saya ialah penunjukan pemikiran seseorang melalui tindak laku atau ciri-ciri muka. Jika seseorang itu tidak ada emosi, orang tersebut diumpamakan sebuah robot. Emosi membantu kami dalam komunikasi, melalui emosi kami dapat tahu pemikiran seseorang dengan lebih mudah.

Setelah saya merujuk nota-nota yang ada di blog , saya baru memahami maksud sebenar "EMOSI".  Emosi merupakan sejenis perasaan dimana hadirnya bukanlah melalui paksaan secara fizikal tetapi disebabkan oleh perubahan psikologi minda seseorang akibat daripada ransangan oleh persekitaran.  Pendek kata, apabila kita dirangsang oleh sesuatu perkara, kita akan menunjukkan emosi kita secara semula jadi. Bayi yang kecil juga boleh menujukkan emosi

Rupa-rupanya, badan kita juga akan mengadakan perubahan fisiologis apabila kita munujukkan sesuatu emosi. Contohnya, jika kita mengalami suatu emosi yang kuat seperti rasa marah atau takut, mungkin kita merasakan sejumlah perubahan pada tubuh. Sebagian besar perubahan fisiologis yang terjadi selama rangsangan emosional terjadi akibat aktivasi cabang simpatik dari sistem syaraf otonomik untuk mempersiapkan tubuh melakukan tindakan darurat. Sistem simpatik bertanggung jawab untuk terjadinya perubahan-perubahan tersebut.

 
Emosi boleh digambarkan melalui tiga bahasa yang berbeza:  Subjektif language- bahasa subjektif, Behavioral language- bahasa tingkahlaku, Functional language- bahasa fungsian. Selain itu, terdapat lapan emosi asas iaitu:  Takut, Meluat,     Marah, Terperanja, Gembira,    Sedih, Terima, Rasa Ingin Tahu. Elemen-elemen ini memudah kami untuk memahami apa sebernanya "EMOSI". Setiap perkara yang dapat kita lihat, dapat kita rasa mempunyai kepentingan mereka tersendiri. Begitu juga dengan emosi.



No comments:

Post a Comment