Thursday, 28 July 2011

A131930 Yuhana Binti Miftah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Minggu ini merupakan minggu kedua kuliah, namun begitu sesi pembelajaran bagi kursus Pengurusan Emosi baru sahaja bermula hari ini. Kuliah bermula apabila Dr. Zamri mula 'memperkenalkan' kami dengan satu perkataan mudah yang mempunyai lima huruf tetapi memberi pengaruh dan impak yang besar dalam kehidupan seseorang iaitu, EMOSI. Dalam jurnal sulung ini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang emosi mengikut kefahaman saya sendiri. Edisi ini terbahagi kepada dua bahagian. Dalam bahagian pertama, terlebih dahulu kita akan berkenal-kenalan dengan Mr. Emo. Manakala dalam bahagian dua, kita akan melihat beberapa teori asas emosi yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh terdahulu.


Bahagian 1

Apa itu emosi??

 Emosi merupakan sejenis perasaan dimana hadirnya bukanlah melalui paksaan secara fizikal tetapi disebabkan oleh perubahan psikologi minda seseorang akibat daripada ransangan oleh persekitaran. Contohnya, ketika menunggu di luar dewan untuk menduduki peperiksaan. Ramai pelajar, tetapi bukan semua, akan cakap, "I have butterflies in my stomach". Betul ke ada rama-rama dalam perut? Mestilah tidak. Cuma rasa macam ada costruction site dalam perut. Ini merupakan salah satu cara untuk seseorang itu menggambarkan rasa nervous yang mereka rasa. Perasaan nervous tersebut telah meransang sympathetic nervous system lalu mengakibatkan otot-otot seperti otot di perut mengecut.

Apakah komponen-komponen emosi??

      Struktur emosi terbahagi kepada 4 komponen utama, iaitu:

1.  Perasaan

2. Proses kognitif

3. Perubahan fisiologi

4. Tingkahlaku berkaitan

 

 Katakan kita ambil marah sebagai contoh. Marah itu sendiri meupakan sejenis perasaan. Apabila minda (psikologi) kita segala maklumat berkaitan dengan marah, ianya dipanggil proses kognitif. Perubahan fisiology dapat dilihat bila mana seseorang itu mula berjalan menjauhi orang ramai sambil menghentak-hentakkan kaki ke bumi dengan muka yang berkerut seribu. Tingkahlaku berkaitan mungkin apabila seseorang itu bertindak dengan lebih ganas seperti tarik ekor kucing ataupun campak gelas atas lantai sampai pecah.

Seperti yang kita sedia tahu, otak merupakan organ yang paling complex dan  penting bagi mamalia, sama ada manusia mahupun haiwan. Ini kerana, otak merupakan pusat utama yang mengawal-atur segala pergerakan, pertuturan, pemikiran serta emosi mereka. Disini saya ingin memetik sepatah kata ahli falsafah terdahulu iaitu Hippocrates yang menyatakan tentang kaitan antara fungsi otak dengan penghasilan emosi.

"Men ought to know that from the brain and the brain alone arise our pleasures, joys, laughter and jests, as well as our sorrows, pain and griefs."

Limbic system merupakan satu struktur otak yang berfungsi dalam mewujud dan mengawal emosi serta memori. Memori dikatakan mempunyai hubung kait dengan emosi. Ini kerana setiap kejadian yang menimbulkan rasa sedih atau gembira lebih cenderung untuk menghasilkan memori berbanding yang tidak menghasilkan impak secara emosi.

·         Amygdala berperanan dalam mengawal rasa sayang dan takut.

·         Hippocampus berfungsi dalam menghasilkan memori jangka masa panjang.

·         Hypothalamus penting dalam mengawal-atur keseluruhan sistem limbik.

Jika struktur yang merekodkan memori terjejas, maka segala bentuk emosi yang dahulunya wujud akan hilang akhirnya. Saya ingin berkongsi satu cerita bertajuk A Moment to Remember. Cerita ini berkisar tentang seorang wanita berkahwin yang disahkan menghidap Alzheimer pada usia muda. Akibat daripada  penyakit ini, wanita tersebut tidak mampu untuk mengawal segala pergerakan beliau termasuk menghasilkan memori dan juga emosi. Mengenangkan nasibnya yang kehilangan kasih-sayang dan perhatian dari seorang isteri, si suami  melahirkan rasa sedihnya dengan cara menagis berterus-terusan. Namun begitu, si suami tidak berputus asa.  Beliau berusaha untuk mengembalikan ingatan si isteri dengan cara membawanya ke tempat-tempat di mana mereka pernah bertemu dengan harapan si isteri dapat mengingatinya kembali walaupun hanya sebahagian.

 

Bahagian 2

Dalam bahagian ini, kita akan meneliti beberapa teori asas emosi yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh terdahulu. Antara teori-teori tersebut adalah:

§  Darwin's basic theory of emotions: emosi digambarkan melalui ekspresi wajah kerana muka  adalah yang paling senang dilihat bukan organ lain.

§  Plutchik primary emotion theory: emosi boleh digambarkan melalui bahasa subjektif, tingkahlaku serta fungsian.

§  Tomkin's facial feedback theory: tersenyum sendiri dan melihat senyuman menjadikan kita bahagia.

§  Izard'd innate facial expression: emosi adalah sesuatu yang semulajadi sejak lahir, bukanlah sesuatu yang dipelajari.

Emosi boleh digambarkan melalui tiga bahasa yang berbeza:

§  

Subjektif language- bahasa subjektif

§  Behavioral language- bahasa tingkahlaku

§  Functional language- bahasa fungsian


Bahasa subjektif

Merujuk kepada cara biasa bagaimana sesuatu emosi itu digambarkan. Contohnya sedih atau marah.

Bahasa tingkahlaku

Merujuk kepada tindakan yang akan diambil ataupun yang akan berlaku susulan dari emosi yang diransang. Contohnya takut sehingga menggigil kesejukan

 

Bahasa fungsian

Merujuk kepada bagaimana emosi tersebut berperanan dalam membentuk seseorang. Contohnya takut melambangkan seseorang itu telah melakukan kesalahan.

Lapan emosi asas

·         Takut- FEAR

·         Meluat- DISGUST

·         Marah - ANGER

·         Terperanjat - SURPRISE

·         Gembira - JOY

·         Sedih - SADNESS

·         Terima – ACCEPTANCE

·         Rasa Ingin Tahu – CURIOSITY

 

Setiap perkara yang dapat kita lihat, dapat kita rasa mempunyai kepentingan mereka tersendiri. Begitu juga dengan emosi. Emosi itu sendiri mempunyai dua unsur, iaitu unsur negatif dan juga unsur positif. Namun begitu, unsur-unsur tersebut saya tidak akan sentuh pada entri kali ini. Disini saya ingin menyatakan beberapa kepentingan emosi dan menghuraikan sedikit mengenai kepentingan tersebut.

 

1. Kelangsungan hidup

Dalam konteks ini, emosi berperanan sebagai penggera apabila sesuatu keperluan manusia tidak dipenuhi. Kasih sayang merupakan salah satu unsur penting dalam menjalani kehidupan seharian. Sudah menjadi lumrah hidup sebagai manusia ingin disayang dan menyayangi. Apabila kita terasa sunyi, perasaan ini akan menggerakkan kita untuk mengisi kesunyian tersebut samada mencari pasangan hidup ataupun sekadar mencari teman untuk memecah sepi.

 

2. Membuat keputusan

Setiap benda hidup, harus membuat pilihan. Mengambil contoh seorang pelajar yang harus membuat keputusan samada ingin bangun pagi menghadiri kelas atau tarik selimut dan sambung tidur. Keputusan yang diambil mungkin akan memberi kesan baik atau buruk, pada diri sendiri ataupun orang lain.

 

3. Membuat jangkaan

Disebut juga sebagai meramal tingkahlaku bermaksud samada kita meramal tingkahlaku diri sendiri aataupun meramal tingkahlaku orang lain. Secara ringkasnya ialah menentukan apa tindakan kita yang seterusnya berhubung sesuatu keadaan. Contohnya kita sedang berhadapan dengan seekor anjing garang yang sedia untuk menggigit. Apa tindakan kita seterusnya? Berdiri kaku atau lari sepantas kilat?

 

 4. Komunikasi

Cara berkomunikasi terbahagi kepada dua: verbal dan non-verbal. Verbal ialah dimana kita berkata-kata dengan pihak yang lain untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Manakala non-verbal pula, kita menggunakan bahasa badan bagi menggantikan perkataan. Bahasa badan mungkin dari segi gerak badan, bahasa mata dan juga ekspresi muka. Contohnya kita bertemu dengan seorang rakan tapi berada dalam jarak yang agak jauh sehingga membataskan kita untuk berkata-kata. Dengan cara mengangkat atau melambai tangan, secara tidak lansung kita telah berkomunikasi dengan rakan tersebut.

 

 

 


 

 

 

           

 

 

No comments:

Post a Comment