Saturday 30 July 2011

A131878 FONG SHI YING LJ01 EMOSI

Selamat sejahtera. Pertama, saya memang berasa amat bersyukyur kerana dapat mengambil kursus ini. Saya amat berharap bahawa saya dapat mempertingkatkan teknik mengendali emosi saya melalui kursus ini.  Pada 27 Julai 2011, saya telah menghadiri kuliah kedua Pengurusan Emosi ZZZT2253, iaitu kuliah rasmi pertama yang kami hadiri bagi kursus Pengurusan Emosi ZZZT2253. Saya telah diberi tugas untuk mengarang sebuah jurnal mengenai apa yang saya telah pelajari melalui kuliah dan melalui pengalaman yang ada lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan emosi. Sebelum menghadiri kuliah ini, dalam penmahami saya, emosi merupakan perasaan seseorang, seperti marah, gembira, takut, dan sebagainya. Saya juga berfikir bahawa saya dapat mengendali emosi saya dengan efektif.  Namun demikian, selepas menghadiri kursus ini, saya menyedari bahawa emosi bukanlah seringkas seperti apa yang saya fahami selamanya. Sebenarnya pengurusan emosi merupakan satu ilmu pengetahuan yang luas.

Melalui kuliah ini, saya dapat memahami maksud emosi dengan lebih mendalami. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi ialah satu interaksi yang kompleks antara subjektif objektif. Faktor subjektif yang lebih melibatkan sesuatu yang abstrak seperti faktor yang mempengaruhi kepercayaan atau pegangan agama seseorang berdasarkan fakta yang jelas manakala faktor objektif adalah sesuatu keadaan atau peristiwa yang terjadi yang membawa kepada tercetusnya emosi. Kedua-dua faktor ini dirangsang oleh sistem neurohormon badan kita sendiri. Faktor-faktor ini akhirnya akan membawa kepada kesan-kesan yang merupakan ciri-ciri emosi iaitu empat komponen penting dalam emosi, seperti pengalaman efektif, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan juga perubahan tingkah laku. Keempat-empat komponen ini sangat penting dan saling berkait antara satu sama lain. Kesan yang pertama ialah yang dikenali sebagai pengalaman efektif iaitu satu tindak balas yang lebih kepada perasaan seseorang terhadap sesuatu peristiwa seperti suka, duka, marah, sedih dan sebagainya. Kesan yang kedua ialah proses kognitif yang berlaku yang berlainan dengan respons perasaan, kesan ini lebih kepada memori yang dikawal oleh otak kita sendiri. Melalui kesan ini, sesuatu peristiwa yang berlaku itu akan disimpan dalam memori dan otak kita akan memproses maklumat tersebut seterusnya mencetuskan sesuatu persepsi dan mengadili sesuatu peristiwa tersebut berdasarkan pemikiran analitikal. Kesan ketiga yang berlaku adalah perubahan fisiologi, yang berlaku apabila badan atau diri kita hendak bertindak balas terhadap sesuatu keadaan yang berlaku. Kesan keempat ialah perubahan tingkah laku atau tindakan yang akan diambil untuk memperkenalkan atau menzahirkan emosi itu seperti seseorang itu akan tidur apabila mengantuk dan akan menangis apabila seseorang itu berasa sedih. Sebagai contoh, Jane sedang berjalan balik ke rumah dari sekolah dengan kawannya, Janet pada waktu petang. Tiba-tibanya, mereka menyedari bahawa terdapat seorang lelaki sedang mengikuti mereka. Mereka berasa amat takut. Ini adalah pengalaman efektif. Justeru, mereka cuba untuk mengenalpastikan adakah lelaki itu mengikuti mereka dan tujuannya. Ini adalah proses kognitif. Namun mereka mendapati bahawa lelaki itu memang mengikuti mereka. Mereka berasa amat takut dan jantung mereka berdebar pantas. Ini adalah perubahan fisiologi. Mereka kemudian terus menjerit dan lari dengan pantas. Ini adalah perubahan tingkah laku.

Selain itu,  emosi juga boleh dikaitkan dengan motivasi, Emosi boleh menjadi motivasi seseorang untuk melakukan sesuatu atau sebaliknya. Sebagai contoh, disebabkan oleh kebimbangan, seseorang itu akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang supaya tidak mengecewakan ibu bapa mereka. Sebaliknya, keputusannya boleh terjejas juga kerana dia balik rumah dengan kerap dan juga kerinduannya terhadap ibu bapa mereka. Ini telah menunjukkan hubungan antara emosi dan motivasi, tetapi emosi dan motivasi bukan berhubungan dalam semua keadaan.

Selain itu, saya juga mempelajari cara pengukuran emosi. Pengukuran tersebut boleh dibuat seperti seorang doktor perubatan atau pakar psikologi menggunakan kaedah temu bual, soal selidik dan teknik-teknik untuk merekodkan dan mengetahui status emosi pesakitnya.

Dalam bahagian kedua kuliah ini, kita juga telah diperkenali tentang beberapa teori yang berkaitan dengan emosi. Dalam teori biologi terdapat 4 jenis teori yang berkaitan dengan emosi antaranya ialah Darwin's basic theory of emotions, Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory dan juga Izard's innate facial expression. Antaranya termasuk Teori Asas Emosi daripada Darwin. Menurut teori ini, emosi bagi seseorang individu adalah berdasarkan keturunan.  Teori ini menghuraikan tentang hubungan emosi dengan ekspresi muka. Wajah merupakan refleksi emosi seseorang yang paling senang dikesankan kerana ia merupakan sesuatu yang ditunjukan dalam permukaan, berbezanya dengan oragn-organ lain yang berada dalam badan.

Selain itu, saya juga telah didedahkan dengan Plutchik's primary emotion theory. Menurut Plutchik's primary emotion theory, emosi dapat dibahagikan kepada 3 bahasa iaitu bahasa subjetif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan emosi yang dapat ditunjukkan oleh muka seperti gembira dan sedih dan takut. Bahasa tingkah laku merupakan tindakan yang disebabkan oleh bahasa subjektif seperti menangis disebabkan oleh kesedihan, ketawa disebabkan kegembiraan. Bahasa fungsian, iaitu bahasa tersirai dalam melambangkan emosi pula merupakan sesuatu yang dapat merujukkan peranan emosi itu kepada seseorang. Misalnya, gembira memberikan kebahagiaan.

Di samping itu, saya juga mempelajari tentang  interaksi pergerakan otot muka dan emosi. Teori ini mendedahkan hubungan perbuatan dengan emosi.  Menurut Zajonc's hipotesis, perubahan otot muka dapat menghasilkan ekspresi yang spesifik secara ringkasnya, emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. Salah satu penyelidikan itu menunjukan cara pengerakan otot muka memberi emosi yang menyenangkan kepada otak kita. Menurut penyelidikan itu, pengerakan otot muka akan menyekat saluran darah dalam otot muka. Secara tidak langsung, perkara ini dapat menyejukkan otak kita dan memberi emosi yang menyenangkan. Contohnya, apabila gembira seseorang itu akan tersenyum sendiri dan melihat senyuman menjadikan dia bahagia, Seterusnya ialah teori ekspresi wajah semula jadi daripada Izard. Teori ini manyatakan ekspresi wajah semula jadi adalah sesuatu yang semula jadi yang zahir sejak lahir dan bukannya dipelajari. Akhir sekali adalah berkaitan dengan learning and experience theory. Teori ini adalah tentang pengalaman dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam pengurusan emos kamii. Sebagai contoh, kalau kami dikejar oleh anjing, kami mungkin akan takut bukan sahaja anjing tetapi juja sesuatu yang beserupa anjing seperti anak patung anjing.

Kesimpulannya, emosi merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan kita.  Pengurusan emosi juga adalah amat penting bagi kita semua terutamanya bagi kami yang bakal menjadi doctor. Kita perlulah menjaga emosi kami dengan baik supaya tidak berlakulah pertelingkahan dengan orang lain. Saya berasa amat gembira kerana dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang berguna melalui kulian ini. Saya berharap saya dapat memahami apa yang telah disampaikan mealui kuliah ini dan dapat mengaplikasikan teori-teori ini dalam kehidupan harian saya. 

No comments:

Post a Comment