Menurut Kleiginna & Kleiginna (1981), emosi adalah suatu entiti yang kompleks dan merupakan interaksi antara faktor-faktor objektif dan subjektif. Faktor objektif adalah keadaan yang mempengaruhi keputusan sesuatu dan seseorang manakala faktor subjektif bergantung kepada kepercayaan seseorang berasaskan fakta sebenar. Kedua-dua faktor ini adalah saling berkaitan dan turut dipengaruhi oleh sistem hormon neuron.
Melalui kuliah ini, saya dapat mengetahui bahawa emosi boleh dibahagikan kepada empat kategori atau komponen lagi iaitu:
- Perasaan (A feeling state)
- Proses kognitif (Cognitive processes)
- Perubahan fisiologi (Physiological changes)
- Tingkah laku berkaitan (Associated behaviors)
- Perasaan adalah unik. Pelbagai perasaan membantu manusia dalam keputusan dan tingkah laku kita. Misalnya, gembira, sedih, benci, takut, bimbang dan sebagainya. Perasaaan adalah punca kepada tindakan yang akan dilakukan seterusnya.
- Cognitif atau 'mental processing' adalah berbeza dalam setiap individual. Misalnya perspective terhadap sesuatu perkara sama ada bahaya, selamat, kawan, musuh atau lain-lain apabila kita berhadapan dengan perkara yang berlainan.
- Perubahan fisiologi adalah seperti peningkatan tekanan darah dan denyutan jantung meningkat apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang membimbangkan, marah atau dalam situasi kecemasan. Perubahan seperti ini adalah untuk menyiap sediakan kita untuk bertindak.
- Selepas kesemua perasaan, kognotif, dan perubahan fisiologi, sesuatu pelan yang bergantung pada emosi kita akan dihasilkan iaitu tingkalaku.
Suatu contoh yang baik adalah ketika pensyarah kursus pengurusan emosi menyatakan akan memilih pelajar untuk mengulaskan pendapat diri selepas kuliah sepanjang seminit. Perasaan kebanyakan pelajar adalah takut. Kerana takut akan apa yang harus diulaskan dan adakah diri sendiri akan dipanggil. Perasaan ini seterusnya mengwujudkan cognitif process iaitu menganalisa sama ada apakah ulasan yang harus dihuraikan dan adakah akan memalukan atau mendapat kepujian. Apabila nama diri dipanggil, maka perubahan fisiologi akan berlaku iaitu peningkatan denyutan nadi dan berpeluh kerana gelisah. Maka, tindakan yang akan berlaku adalah menyampaikan ulasan kuliah dengan gagap dan tidak berkeyakinan.
Namun, jika perasaan rasa ingin mengucap dan menginkan peluang untuk berucap, maka, cognitif process akan mengyatakan bahawa pelajar menlihat perkara ini sebagai suatu peluang. Maka perubahan fisiologi adalah rasa semangat dan kesediaan untuk berucap. Akhirnya, tindakannya adalah keyakinan dan ucapan yang baik dengan nada suara yang berkeyakinan dan isi kandungan yang tidak kurang hebatnya.
Mengambil contoh kedua sebagai contoh, emosi juga akan menjadi suatu motivasi. Tetapi, contoh yang lebih baik adalah contoh stress. Sebagai pelajar perubatan, stress sememangnya wujud, namun, stress pada peringkat yang bersesuaian akan memberikan impak yang baik dan motivasi. Misalnya, stress, perasaan yang pertama akan mengwujudkan rasa takut iaitu process cognitif. Seterusnya, semangat untuk belajar akan ditingkatkan maka applikasi dalam belajar dari segi konsentrasi dan masa belajar akan ditingkatkan. Begitu juga, jikalau tiada stress, maka semangat, dan konsentrasi serta tahap pembelajaran tidak tercapai. Maka, terbuktilah bahawa emosi dan motivasi adalah saling berkaitan dan mampu membawakan kebaikan mahupun kelemahan.
Tentulah, saya juga mengetahui mengenali beberapa cara asas mengukur emosi. Pada awalnya saya rasa ukuran sebegini adalah sangat abstrak dan tidak wujud. Walau terbukti bahawa tidak segala komponen dalam keempat-empat komponen iaitu perasaan dan cognitif process hanya dapat diukur dari temuduga dan perbualan, tetapi, sekurang-kurangnya, perubahan fisiologi dan tindakan dapat dinilai dan maka emosi dapat diukur. Terbuktilah, definisi yang berbeza turut menyebabkan perubahan ukuran serta perspektif kepada bagaimana emosi boleh merangkumi aspek yang sangat luas.
(1) Teori Asas Emosi daripada Darwin - Ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang kerana muka yang paling senang dilihat dan bukannya organ-organ lain. Wajah juga merupakan refleksi emosi seseorang.
Namun, pada pendapat saya, teori ini hanya mampu membuktikan dalam kebanyakan situasi, tetapi wajah muka dan ekspresi masih dapat disembunyikan.
(2) Teori Emosi Primari Plutchik - Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif (sedih, marah, gembira iaitu cara asas susuatu emosi digambarkan), bahasa tingkah laku (merujuk kepada tindakan yang akan diambil ataupun yang akan berlaku susulan dari emosi yang diransang) dan bahasa fungsian (bahasa tersirai dalam melambangkan emosi).
Sebenarnya, huraian teori ini agak keseluruhan kerana melihat kepada segala aspek seseorang akan lakukan waktu emosi berubah.
(3) Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard - Sesuatu yang semula jadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.
(4) Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin - Emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. contohnya, senyum yang membuat emosi gembira timbul pada seseorang.[ "what cause what" ] Seperti yang dihuraikan oleh pensyarah, iaitu seseorang senyum kerana gembira atau gembira kerana senyuman.
Selain itu, emosi juga boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza:
· Bahasa subjektif
Bahasa bagi emosi Contoh: gembira, risau, takut dan sedih.
· Bahasa tingkah laku
Tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Contohnya, apabila berasa gembira, seseorang akan senyum, ketawa atau melompat kegirangan pada satu tahap. Manakala waktu sedih, akan berlakunya kemurungan, kesunyian dan akhirnya mengalirkan air mata. Manakala waktu marah, benci, seseorang akan berasa geram, seterusnya mencampak barang, dan memarahi orang.
· Bahasa fungsian
Merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu contohnya rasa berani akan memberikan keyakinan dan semangat. Manakala waktu sedih menyebabkan kehilangan semangat, seterusnya rasa ingin berputus asa. Begitu juga, marah akan menyebabkan seseorangan melakukan perkara yang salah dan menyesalkan.
Akhir kata, kursus pengurusan emosi ini telah memberikan manfaat pada tahap tertentu melalui kuliah ini. Misalnya, emosi dikategorikan kepada empat komponen iaitu perasaan, cognitif process, perubahan fisiologi dan seterusnya tindakan. Seterusnya, kaitan emosi dengan motivasi juga menentukan kebanyakan perkara termasuklah kejayaan dan kegagalan. Turut dengan cara ukuran emosi sama ada dari segi wajah, temuduga, apparatus dan lain-lain. Akhirnya ialah teori-teori yang menjelaskan emosi-emosi. Contohnya, Teori Asas Emosi daripada Darwin, Teori Emosi Primari Plutchik, Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard, dan Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin. Melalui kuliah 1, saya telah didedahkan dengan apakah itu emosi dan saya percaya ini merupakan permulaan kepada pengurusan emosi yang baik.
No comments:
Post a Comment