Friday, 11 February 2011

A129032 muhammad suhail- Tajuk 1 pengenalan emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini merupakan penulisan jurnal pertama saya semasa  berada di ukm ini. Hasil daripada pengajaran serta pemberitahuan rakana-rakan, saya mampu untuk menulis jurnal ini. Walaupun tidak sehebat jurnal rakan-rakan yang lain, diharap jurnal penulisan saya ini dapat member sedikit ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan kita bersama.

Subjek pengurusan emosi merupakan pilihan saya untuk mengisi kekosongan  U2. Saya memilih subjek ini kerana berdasarkan pengalaman rakan-rakan saya mereka memberitahu bahawa subjek pengurusan emosi satu pembelajaran yang menyeronokkan serta mudah untuk skor dalam peperiksaan. Tanpa ragu-ragu saya terus memilih subjek ini. untuk pengetahuan umum,subjek ini bukan untuk orang yang mempunyai masalah dalam pengurusan emosi tetapi pelajar-pelajar diberi kebebasan untuk memilih mana-mana subjek yang bersesuaian. Walaupun tidak ditemani rakan-rakan dalam subjek ini, tetapi saya tetap gagahkan diri mengikuti kelas ini. Orang tua selalu berkata bahawa belajar tak perlu malu. Jadi saya melangkah masuk ke kelas dengan hati kering. Masuk sahaja saya kekelas, sesi pembelajaran telah bermula. Kebetulan sebelum kelas pengurusan emosi saya mempunyai kelas lain. Mujur Dr Zamri tak memarahi saya, dia hanya tersenyum melihat saya masuk kekelas sambil buat muka tak bersalah.

Hari pertama didalam kelas pengurusan emosi merupakan kali pertama saya berjumpa dengan pensyarah yang bernama Dr Zamri Bin Mansor. Beliau merupakan seorang yang baik bagi saya kerana sepanjang pembelajaran ini, beliau saya lihat tidak pernah memarahi pelajarnya tanpa sebab-sebab yang munasabah. Beliau juga seorang pensyarah yang suka member nasihat serta suka membuat lawak. Saya sangat terhibur disepanjang sesi pembelajaran beliau. Pada hari pertama itu juga kami dikehendaki menjawab kuiz, biarpun sesi pengajaran belum bermula. Sebenarnya soalan dalam kuiz ini lebih berbentuk umum, jadi tiada masalah untuk kami jawab kerana ia berdasarkan pengalaman individu terbabit. Kuiz ini mempunyai sepuluh soalan dengan empat jawapan bagi setiap soalan. Jawapan adalah dalam bentuk mimic-mimik muka yang memberi ekspresi muka yang berlainan antara lelaki dan perempuan. Setelah kuiz selesai dijalankan, saya berada pada ekspresi muka senyum kerana kebanyakan jawapan saya adalah A. Sebenarnya saya memang suka senyum dari dulu lagi biarpun dengan orang yang tidak dikenali. Ramai juga pelajar yang lain memilih jawapan yang berlainan .Bagi pelajar yang majoriti jawapannya B ,mereka tergolong dalam kategori ekspresi muka yang terkejut manakala bagi pelajar yang majoriti jawapannya C ,mereka tergolong dalam kategori ekspresi muka yang menjijikkan .Bagi jawapan D ,tiada ekspresi muka yang ditunjukkan .Kuiz ini sangat bagus dan menarik kerana kuiz ini dapat memberitahu sikap seseorang dalam diri mereka melalui pemilihan jawapan yang dipilih . Untuk kuliah yang pertama ,kami belajar mengenai pengenalan kepada emosi .Pada pendapat aku ,emosi boleh dikaitkan dengan perasaan ,tingkah laku ,serta keadaan disekeliling kita sendiri .Setiap orang menpunyai emosi masing-masing mengikut situasi yang dialami oleh setiap individu tersebut

 

Setelah hampir di penghujung waktu, kami diberi tugasan iaitu tugasan 1a dan tugasan 1b. Kami diberi pilihan sama ada untuk memilih 1a ataupun 1b. Tugasan 1a adalah menulis jurnal mengenai 'pengalaman anda dalam menguruskan emosi dalam kehidupan' .Jurnal ini perlu ditulis sebanyak 10 muka surat dan perlu dihantar pada minggu ke tujuh .Bagi tugasan 1b pula ,kami dikehendaki menulis jurnal pembelajaran bagi setiap minggu mengikut tajuk-tajuk yang telah diajar oleh pensyarah pada minggu tersebut .Bilangan muka surat adalah dua muka surat dan jumlah patah perkataan adalah sebanyak seribu hingga ke dua ribu patah perkataan. Setelah beberapa hari berfikir  akhirnya saya memilih tugasan 1b kerana ia agak mudah dan tidak memenatkan. Sesuai dengan minggu pengenalan kursus, kami ditugaskan untuk membuat jurnal yang bertajuk pengenalan kepada emosi, penulisan jurnal ini perlulah berkisar tentang pembelajaran didalam kelas, nota didalam spin serta penglaman individu terbabit. Setakat ini sahaja penulisan jurnal saya pada kali ini, moga bertemu lagi dalam penulisan jurnal akan datang.wassalam..

 .



Finding fabulous fares is fun.
Let Yahoo! FareChase search your favorite travel sites to find flight and hotel bargains.

No comments:

Post a Comment