Pada minggu ini, kuliah ZZZT2253 Pengurusan Emosi sudah memasuki topik kedua iaitu struktur asas emosi. Topik ini menggunakan masa yang lebih lama untuk dipelajari.
Dalam pembelajaran struktur emosi,saya mengetahui terdapat lima komponen utama. Antaranya termasuklah : Teori Asas Emosi yang diperkenalkan oleh Darwin,Teori Emosi Primari yang diperkenalkan oleh Plutchik,Teori Maklum Balas Wajah yang diperkenalkan oleh Tomkin,Teori Ekspresi wajah Semula Jadi yang diperkenalkan oleh Izard dan Teori Pembelajaran.
Dalam Struktur & ekspresi emosi,terdapat beberapa emosi asas yang terdiri daripada emosi primari(primary emotion). Emosi primari ini merupakan ciri semula jadi manusia dan ditunjukkan secara seragam dengan tidak mengambil kira budaya. Terdapat dua teori yang luas untuk menjelaskan emosi primari ini iaitu: Teori evolusi atau biologi (Evolutionary/biological theories) dan teori pembelajaran ( learning theories)
Mengikut Teori Asas Emosi yang diperkenalkan oleh Darwin,emosi terdiri daripada emosi asas iaitu emosi primari(primary emotion).Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993).Dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", Ekspresi wajah melambangkan emosi (sebab muka adalah yang senang dilihat, bukannya organ lain). Teori ini menyebabkan saya terfikir adakah benar emosi seseorang akan ditunjukkan secara langsung dan tidak dapat dikawal ? Kerana sebelum membelajari topik ini,saya menyangka emosi seseorang dapat dikawal atau disembunyi oleh mereka sendiri atas sebab-sebab tertentu. Antara kebaikan emosi asas ini ialah Sistem saraf dan struktur saraf mampu menengahi sedikit emosi.Selain itu,ia juga mempunyai tiga ciri iaitu: emosi asas ini adalah substrat saraf semulajadi,berorientasi universal,iaitu merangkumi semua budaya yang berbeza dan yang terakhir,status perasaan unik. Namun ,emosi asas juga ada keburukannya,iaitu tiada kewujudan emosi asas kerana emosi dilahirkan daripada beberapa elemen asas. Contohnya gembira terdiri daripada tiga elemen , sedih terdiri daripada empat elemen dan sebagainya.
Emosi primari pula adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993).Kebanyakan teorists seperti Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard and Paul Ekman berpendapat bahawa emosi primari menerbitkan emosi-emosi lain.Namun,secara ringkas,emosi bersifat adaptif.Kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari (Rolls, 1990).Antara emosi-emosi primari yang dipersetujui ialah takut, terperanjat, meluat dan marah. Berdasarkan bahasa emosi yang dikemukakan oleh Plutchik Emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif (Subjective language), bahasa tingkah laku (Behavioal language) dan bahasa fungsian (Functional language).Contohnya.ketakutan(bahasa subjektif) akan menlahirkan perasaan untuk melarikan diri (bahasa tingkah laku) demi melindungi diri(bahasa fungsian).Bahasa subjek adalah bahasa biasa bagi emosi.Contohnya ialah takut,gembira dan sedih. Bahasa Tingkahlaku (Behavioral language) pula merujuk kepada tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang.Contohnya apabila seseorang gembira,dia akan melompat kegirangan dan akan mengalirkan air mata apabila berasa sedih.Bahasa fungsian ( Functional language) pula merujuk kepada fungsi emosi kepada seseorang dan bagaimana emosi itu berperanan kepada individu Contohnya keberanian akan memberikan seseorang keyakinan dan sedih atas peninggalan sahabat pula melambangkan akrabnya persahabatan.
Menurut reaksi penyesuaian asas Plutchik, terdapat lapan reaksi penyesuaian iaitu takut, ,meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, penerimaan dan rasa ingin tahu.Menurut Plutchik juga,emosi juga dapat dilihat sebagai pasangan kutub berlawanan.Contohnya gembira dengan sedih,menerima dengan menolak,takut dengan marah dan sebagainya.Hal ini kerana menurut Plutchik,emosi dapat dibezakan mengikut tiga dimensi penting iaitu intensiti,persamaan dan kekutuban. Intensity merujuk kepada darjah kekuatan emosi (i.e. dari bahagia kepada gembira).Similarity pula merujuk kepada hubungan/perkaitan (i.e takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira) dan Polarity merujuk kepada kekutuban (i.e. benci lawannya suka)
Teori yang seterusnya ialah Teori Maklum Balas Wajah yang diperkenalkan oleh Tomkin.Saya tidak setuju dengan teori ini.Kerana menurut Teori Maklum Balas Wajah yang diperkenalkan oleh Tomkin, emosi mengutamakan perilaku wajah.Bahawa kita gembira kerana kita senyum. Terdapat dua kajian yang dapat menyokong teori ini iaitu Ursula Hess & colleagues dan Robert Zajonc & colleagues.Hess yang membuat kajian mahasiswi di Universiti Genava. Hess meminta mahasiswi tersebut melakukan tiga tugasan. Pertamanya, merasai empat emosi iaitu gembira, sedih, marah, dan tenang. Kedua, membentuk ekspresi wajah emosi tersebut tanpa merasainya. Ketiga, merasai emosi tersebut dan membentuk ekspresi wajah. Hasilnya didapati adalah lebih susah untuk melakukan tugasan ketiga.Robert Zajonc pula berpendapat Perubahan pada otot wajah menghasilkan ekspresi tertentu.Hal ini kerana Gerakan otot wajah menyekat aliran darah, sehingga mempengaruhi pemanasan dan pendinginan otak.Secara kesimpulannya,ekspresi wajah merupakan sebahagian penting dari komunikasi, tidak ada hubungannya dengan dalaman, perasaan emosional.Namun terdapat kritikan terhadap Teori Maklum Balas Wajah yang diperkenalkan oleh Tomkin.Kerana mereka berpendapat bahawa ekspresi seseorang saat ini bukanlah penunjuk murni emosi. Mereka juga berpendapat bahawa ekspresi wajah merupakan alat komunikasi, tidak ada hubungannya dengan perasaan emosional dalaman.Contohnya,kita selalu senyum tidak bermakna kita adalah gembira.Saya sangat setuju dengan kritikan ini.Kerana saya mendapati seseorang dapat mengawal dan memendamkan emosi sebenar mereka atas sebab-sebab tertentu.
Menurut teori ekspresi wajah Semula Jadi yang diperkenalkan oleh Izard yang berdasarkan kajian lahir dengan senyum.Kewujudan pelbagai ekspresi emosi adalah mengikut umur pada peringkat bayi.Teori ini tidak disokong oleh kesusasteraan pada kajian yang baru lahir dan juga mendapat kritikan bahawa bayi senyum tidak bermakna mereka adalah gembira. Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil.Yang berbeza adalah BAGAIMANA emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Namun, ekspresi bawaan boleh diubahsuai untuk beberapa darjat oleh pengalaman budaya.
Teori yang terakhir iaitu teori pembelajaran dan pengalaman.Antara peranan teori ini ialah Pandangan biologi pengalaman. (the biological view of experience) dan Pandangan teori pembelajaran dari pengalaman. (the learning theory view of experience).Berdasarkan Pandangan biologi pengalaman,Proses Kognitif (cognitive process) adalah berbeza dari individu ke individu. Contohnya,Iman takut menghadapi kuiz dan menganggap kuiz adalah suatu bencana manakala Peter pula menghadapi kuiz dengan tenang kerana dia sudah membuat persediaan yang mencukupi.Oleh itu, emosi adalah semula jadi, ekspresi mereka dan pengaktifan dipengaruhi dengan belajar dan emosi.Menurut Pandangan teori pembelajaran dari pengalaman,semua emosi boleh dipelajari.Miller 's study dan Albert's study menunjukkan ketakutan boleh dibelajari dan tiada asas biologi.
Akhirnya,kelima-lima teori telah habis dipelajari dan jam tangan menunjukkan sudah sampai masa berakhirnya kuliah ini. Kuliah ini diakhiri dengan keletihan dan kekeliruan.Keletihan adalah disebabkan topik ini telah mengambil masa yang lama untuk dihabiskan manakala kekeliruan pula adalah kerana masih tidak jelas dengan teori-teori yang dikemukakan.# end
No comments:
Post a Comment