Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada sesi pengkuliahan ini,saya telah mempelajari mengenai Emosi Negatif.Emosi negatif boleh dibahagikan kepada empat iaitu perasaan takut,malu,sedih dan marah.
Takut
Tindak balas emosi terhadap situasi bahaya berkaitan dengan emosi bimbang.Manusia senang terpengaruh oleh rasa takut.Hal ini menyebabkan mereka menuruti kehendak orang lain tanpa berfikir tentang keselamatan orang lain.Selain itu,mereka juga beruaya untuk bertindak ganas dan mengakibatkan kematian.
Marah
Tindak balas emosi terhadap kesakitan,persepsi adalah penderitaan dan ia boeh diekspresi secara aktif atau pasif.Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.
Namun demikian,perasaan marah boleh dikawal.Dalam Islam,marah adalah tanda kelemahan.
"Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya" -Imam AL Ghazali-
Sedih
Setiap orang pernah merasai kesedihan.Penawar yang paling mujarab untuk merawat kesedihan adalah dengan menangis.Air mata bukan tanda kelemahan sebaliknya sebagai mediun untuk memberi ketenangan.Kita akan rasa lega selepas menangis.Kenapa??Kerana segala kesedihan itu akan berlalu pergi bersama linangan air mata..Betul ke?Agaknya la....
Bagaimana untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa ?
Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran anda. Di sini, terdapat 7 tips asas untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk berdepan dengan emosi tersebut.
1.Latih diri melupakan kenangan pahit
2.Buang perasaan risau yang melampau
3.Ucap syukur
4.Belajar menjadi pemaaf
5.Ketawa,ketawa dan terus ketawa
6.Ubah fikiran
7.Keraskan hati
Malu
Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.
Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sisitem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu.
Malu dalam masyarakat Melayu mempunyai 3 lapis pengertian, iaitu:
Malu Sebagai Perasaan
Malu Sebagai Tanda Harga Diri
Malu Sebagai Fungsi Kawalan Sosial
Saya akhiri corettan saya dengan serangkap pantun,
Tingkah laku tidak kelulu
Perkataan kasar keluar selalu
Tidak memikirkan aib dan malu
Bencilah orang hilir dan hulu
Sekian,terima kasih
No comments:
Post a Comment