Assalamualaikum sahabat. Alhamdulillah, saya masih berkesempatan untuk menulis jurnal saya pada kali ini. Walaupun agak sedikit terlambat daripada rakan-rakan yang lain. Untuk kali ini Dr. zambri membincangkan emosi negetif. Walaupun saya masuk ke kelas lewat sedikit kerana kelas pengenalan kepada pendidikan khas lambat habis namun saya masih sempat untuk mengikuti pembelajaran pada kali ini dari awal.
Antara emosi negative yang dibincangkan hari ini ialah emosi Marah, sedih, takut dan malu. Kenapa emosi-emosi ini dicirikan sebagai negative? Hal ini disebabkan kerana emosi-emosi ini membawa kemurungan dan emosi yang tidak stabil pada individu yang mengalaminya.
Emosi pertama dalam kategori negative yang akan saya takrifkan disini ialah Sedih. Emosi sedih bermaksud perasaan kerugian atau kehilangan. Sedih yang berlebihan akan menyebabkan kemurungan hingga perlu mendapatkan rawatan pakar. Contohnya, Jika kita kehilangan orang yang kita sayang atau kita mendapat keputusan yang tercorot dalam peperiksaan pasti kita akan dapat merasai emosi sedih tersebut. Emosi ini boleh diekspresikan dengan cara menangis, membuat memek muka yang muram dan sedih atau berdiam diri untuk jangka masa yang lama.
Kebiasaannya, cara wanita dan lelaki mengekspresikan emosi sedih mereka adalah dengan cara yang berbeza. Kata orang, air mata ialah air hujan bagi wanita namun bagi lelaki pula air mata ialah mutiara. Kebanyakan lelaki bila mereka bersedih mereka lebih banyak berdiam diri dan membuat memek muka yang muram. Mereka tidak akan menitiskan air mata mereka dihadapan orang lain kerana bagi mereka air mata merupakan maruah. Namun, walaupun air mata tidak dikeluarkan kita masih boleh mengesan kesedihan yang amat sangat di muka mereka. Berbeza pula dengan wanita. Hamper kesemua wanita mengekspresikan perasaan sedih mereka dengan menitiskan air mata. Hati wanita lebih lembut berbanding lelaki. Golongan ini lebih mudah menitiskan air mata jika mereka sedih. Mungkin dengan cara ini mereka akan berasa lebih tenang dan lega.
Seterusnya emosi Takut. Takut boleh ditafsirkan sebagai tindak balas emosi terhadap situasi bahaya dan sangat berkaitan dengan bimbang.Takut ialah reaksi instinktif dan bukan diraancang. Terdapat dua punca perasaan takut iaitu kejadian yang menyebabkan trauma dan dipengaruhi oleh perkara atau konsep yang abstrak. Kebiasaannya ketakutan ini datang secara semula jadi.Mengikut teori, apabila kita dalam emosi takut, ekspresi muka kita akan menjadi seperti ini:
1. Mata terbuka luas
2. Anak mata akan berkelip
3. Bibir atas akan menaik
4. Kening akan kedalam
5. Bibir akan dipanjangkan.
Kadang kala kita sendiri tak pasti kenapa kita takut apabila berhadapan dengan sesebuah keadaan. Contohnya, bagi sesetengah orang yang takut akan binatang seperti lipas dan katak, mereka akan secara spontan merasa takut apabila melihat atau terjumpa dengan binatang tersebut. Kebiasaannya, emosi takut ini diekspresikan dengan jeritan yang kuat atau muka yang berkerut, pucat dan menutup mata.
Contohnya, saya akan menjerit apabila terjumpa dengan katak. Saya sendiri tidak pasti kenapa saya sangat takut dengan binatang itu. Mungkin ianya ada kaitan dengan pengalaman lepas. Ceritanya bermula pada suatu pagi yang indah. Seperti biasa, saya akan bersiap-siap untuk ke sekolah. Disebabkan saya berjalan kaki sekolah, saya terpaksa bersiap lebih awal da turun lebih awal daripada orang lain. Ketika menyarungkan kasut sekolah saya terasa sejuk dan lembik dibahagian hujung jari kaki. APabila saya menyeluk tangan di dalam kasut untuk mengetahui "benda" apakan yang berada di dalam kasut saya, dengan spontannya saya menjerit dan kasut yang saya pegang tercampak hamper 500 meter di hadapan saya. YaAllah!! Bulu roma saya tegak secara tiba-tiba. Perasaan gelid an takut meresap dalam diri. Rupa-rupanya terdapat seekor katak yang agak besar di dalam kasut itu. Sejak dari hari itu dan sehingga sekarang, saya masih trauma dengan binatang tersebut.
Apabila kita menghadapi emosi malu kita secara automatiknya akan dilanda simptom-simptom seperti berpeluh, gagap, gementar, tersipu-sipu dan muka bertukar menjadi pink. Malu boleh didefinisikan sebagai emosi yang dialami seseorang apabila melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima dan melibatkan air muka dan maruah seseorang. Hanya kita yang tahu jika kita ,mengalami emosi ini. Orang lain agak sukar untuk meneka kita sedang berada emosi malu pada kita itu. Kadang kala perbuatan yang memalukan itu dapat menjatuhkan maruah dan karier kita. Malu terbahagi kepada dua:
1. Malu Personal
a) Malu personal akan berlaku apabila perhatian orang lain hanya bertumpu kepada kita.
b) Contohnya, kita kalah dalam permainan.Emosi malu akan melanda diri kita dengan diikuti dengan tanda-tanda seperti tersipu-sipu dan berpeluh-peluh.
Malu Profesional
a) Malu professional pula melibatkan urusan pekerjaan.
Contohnya, dasar kerajaan yang gagal atau selebriti yang menghadapi tindakkan undang-undang.
Kita boleh menyembunyikan perasaan malu kita dengan berpura-pura tidak Nampak atau tidak menyedari keadaan tersebut. Selain itu, melalui senyuman juga boleh menyembunyikan perasaan malu yang kita hadapi. Cara yang paling berkesan ialah ketawa bersama-sama orang yang menyedari kita sedang malu. Kita dapat ,menyembunyikan perasaan malu itu dengan lebih semula jadi.
Emosi yang terakhir yang saya akan bincangkan pada jurnal pada kali ini ialah marah. Marah boleh diertikan sebagai tindak balas emosi terhadap kesakitan dengan adanya persepsi penderitaan atau ketegangan dan ancaman. Emosi marah adalah emosi yang paling sukar hendak dikawal. Hanya orang yang betul-betul sabar boleh tersenyum ketika mereka sedang marah.
Marah menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazzaliyy adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah menurut al-Ghazzaliyy ibarat api dalam sekam. Kemarahan dikenali umum sebagai aspek negatif, namun Islam mempunyai pandangan khusus tentang elemen marah ini.
Menurut, Kamus Dewan marah ditakrifkan sebagai berasa panas hati (kerana ditipu, dihina dan lain-lain),perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. Tetapi perkataan murka di dalam kebudayaan Melayu biasanya dirujuk kepada kemarahan Allah, para Nabi a.s, dan juga Sultan. ConciseOxford Dictionary (1995)memberi definisi marah (anger)sebagai perasaan kurang senang yang melampau.
Marah atau Ghadab dalam BahasaՙArab adalah (sifat) yang berlawanan dengan reda. Apa pun definisi, marah adalah sifat yang diberi oleh Allah kepada makhluknya, Ibnu Manzur memetik ulasan seorang ulama' mengenai marah:
Marah sebahagian daripada makhluk, ia adalahsesuatu yang menyerap di dalam hati, ada yangmahmud (terpuji) ada yang madzmum (tercela);tercela (apabila) bukan pada tempatnya, manakala yang terpuji (apabila digunakan) di sisi agama dan kebenaran.
Kita akan berasa marah apabila kita ditindas, apabila tercabar dan sebagainya. Apabila kita marah seeloknya kita perlu duduk sekejap dan minum segelas air dengan tujuan agar marah kita reda kerana apabila kita marah apa yang keluar dari mulut kita sebenarnya tidak selari dengan apa yang ada dihati kita.
Terdapat pelbagai emosi dalam diri setiap manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Hidup kita akan dihiasi dengan emosi-emosi tersebut dan emosi-emosi inilah yang membezakan kita dengan makhluk ciptaan allah yang lain seperti tumbuhan dan haiwan. Cuma bagaimana kita menangani emosi tersebut yang membezakan kita dengan individu lain. Sama ada Berjaya atau tidak? Tepuk dada, Tanya iman. =)
Sampai disini dahulu jurnal saya pada kali ini.
No comments:
Post a Comment