Jantina dan emosi. Wanita lebih mudah mengekspresikan emosi mereka dan mereka mengalami sesuatu emosi itu secara mendalam. Wanita juga sering memerlukan seseorang akan mendengar masalah yang dihadapi tanpa mengharapkan sebarang penyelesaian. Manakala, lelaki lebih gemar menyimpan emosi mereka terutamanya apabila bersama dengan kawan-kawan mereka. Mereka jarang meluahkan masalah mereka, namun sekali mereka meluahkannya, mereka mengharapkan penyelesaian dan nasihat.
Bahasa lelaki. Lelaki lebih banyak memulakan interaksi. Ini kerana, wanita kebanyakannya malu untuk memulakan komunikasi terutamanya terhadap lelaki yang tidak dikenali. Selain itu, lelaki juga lebih gemar bertindak atas kemahuan sendiri tanpa mempedulikan kata orang lain. Mereka juga lebih gemar menggunakan bahasa agresif dan kadang-kadang sedikit kasar.
Bahasa wanita pula mempunyai ciri-ciri lembut, sopan dan tidak asertif. Selain itu, bahasa mereka juga sedikit teragak-agak dan kadang-kala berlapik. Tambahan lagi, wanita juga lebih berhati-hati apabila berbicara. mereka kurang mengeluarkan kata-kata kasar untuk menjaga hati atau lebih tepat, menjaga hubungan mereka dengan orang sekeliling.
Ini kerana wanita lebih memerlukan seseorang yang sentiasa bersama mereka untuk meluahkan segala rasa dalam hati mereka. juga memerlukan seseorang yang mampu memahami mereka, disamping mereka sewaktu senang dan susah. disebabkan itu mereka tetap memerlukan sahabat baik.
Apabila menyentuh tentang cinta, cinta merupakan sesuatu yang luas. Cinta kepada Tuhan, keluarga, sahabat, kekasih, suami, mahupun cinta kepada diri sendiri. Terdapat sesuatu pepatah yang menyatakan, "The way to love anything is to realise that it might be lost". Ia bermakna seseorang itu perlu lebih bersyukur dan menghargai sesuatu atau seseorang itu kerana pada bila-bila masa sahaja Tuhan boleh menarik semula nikmat kebahagiaan yang dirasai itu.
"The strength of man isn't in the deep tone of his voice. It is in the gentle words he whispers".
No comments:
Post a Comment