Asslamualaikum, dan salam sejahtera, Kuliah pada minggu ini menyentuh tentang emosi dalam keluarga dan masyarakat. Walaupun tajuk ini amat hampir dan dekat dengan kehidupan manusia namun adakalanya manusia kurang memahami dan mengaplikasi kebijaksanaan emosi diri dalam mengawal diri dan masyarakat keliling.
Apabila En Zamri menyentuh tentang pengurusan emosi dalam keluarga, saya lantas teringat akan sebuah drama dari seberang yang mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang kehidupan keduanya dipenuhi dugaan dan cabaran berumahtangga. Kisah yang menceritakan seorang suami, merupakan pengurus sekolah pondok dan seorang isteri yang keduanya memiliki latar belakang agama pada peringkat tinggi.Bagaimana keduanya mengawal emosi masing-masing bagi mengelakkan berlaku titik-titik pertengkaran dalam perkahwinan. Namun adakalnya isteri itu tidak mampu mengawal emosi hingga mengeluarkan kata-kata yang mampu mencetuskan perbalahan di dalam rumahtangga. Seperti yang kita maklum wanita sememangnya lebih beremosi dalam segala hal dan mengutamakan perasaan dan emosi dalam perimbangan diri berbanding lelaki yang lebih rasional. Namun di sebabkan kesabaran yang tinggi yang dimiliki oleh sang suami dan ketinggian agama yang mampu mengawal minda dan hatinya akhirnya membuahkan kebahagaiaan di dalam rumahtangga. Di sini pemikiran dan pemerhatian saya berpusing pada satu titik persoalan , bahawa adakalanya emosi negatif mampu menerbitkan nafsu hinggakan orang-orang yang beragama hilang pertimbangan dan terlupa pada pakaian agama yang terhias pada dirinya sehingga menjadikan ia satu fitnah yang besar. Namun masih terngiang kata-kata akhir sang suami pada isterinya yang berbunyi begini "kita harus saling menguatkan..menyiapkan dan mendoakan..agar selalu dirahmati Allah." Sesungguhnya ia amat bertepatan sekali dengan tujuann Allah memerintahkan hambanya mendirikan rumahtangga iaitu untuk mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan. Dan setiap orang perlu dan mesti mengambil langkah bersiap untuk memikul tanggungjawab yang bukan hanya secara jasmani malahan rohani, agar perkahwinan yang dibina bukan sahaja perkahwinan yang membahagiakan dan melahirkan zuriat yang menggembirakan kedua ibu bapa malahan perkahwinan itu mampu melahirkan insan yang soleh dan solehah yang mampu membawa panji-panji islam sekaligus menjadi generasi yang mengangkat islam bukan generasi yang membawa fitnah kepada Islam.
Selain itu, kuliah itu juga menyentuh tentang peranan emosi dalam masyarakat, saya amat tertarik dengan perbandingan yang diberikan oleh En. Zamrri yang memberika satu perbezaan antara budaya orang barat dalam memperkenalkan keluarga dengan memuji berbeza dengan orang Asia terutama Malaysia yang mengamalkan sikap rendah diri. Mungkin ia satu kelebihan dan mungkin juga satu kekurangan. Apabila bercakap soal masyarakat, saya lantas teringat satu usrah pada petang ini yang juga membincangkan tentang tali persaudaraan atau ukuwah dimana sememangnya emosi itu amat penting di dalam berukhuwah terutamanya dalam proses dakwah. Contohnya amat penting dalam proses dakwah untuk kita bersikap mesra dam memberikan satu gambaran yang baik samada dari segi kata-kata mahupun perbuatan. Malah Islam sendiri memerintah umatnya berukhuwah dan besaudara tanpa mengira suku kaum , warna kulit dan bahasa. Perintah ini banyak terkandung di dalam hadis-hadis nabi dan ayat-ayat al-Quran.
Apabila kita amati perkaitan antara keluarga dan masyarakat amatlah dekat ini kerana satu masyarakat yang maju bermula dari sebuah taman kecil di rumah, dan amat penting menyediakan satu suasana kondusif di dalam rumahtangga bagi membina ketamadunan masyarakat yang bukan sahaja hebat dalam siasah, pentadbiran, ekonomi dan akedemik malahan terpuji sahsiah diri. Bahkan bukan sahaja menjana generasi hebat dalam berpidato, berdebat dan bersilat serta manjaringkan gol tetapi hebat dalam berdakwah untuk Islam, menegakkan ma'ruf dan melarang kemungkaran malahan kuat dan hebat untuk memenuhkan saff jemaah masjid pada subuh hari. Sebagai kesimpulan, sesungguhnya Islam itu indah namun keindahan itu mungkin akan hilang jika umatnya tidak istiqamah dalam memperjuangkannya. Salam .
No comments:
Post a Comment