Thursday, 2 September 2010

A133647 FATIN ILYANI LJ07

Minggu ini, tanggal 01 September 2010, bersamaan 22 Ramadhan 1431H. walaupun dalam suasana umat Islam berpuasa, kuliah ZT2253 Pengurusan Emosi yang berdiskusi di ruangan 3A510 FSSK tetap dilangsungkan dengan penuh bersemangat seperti sedia kala. Tajuk yang diselusuri pada minggu ini adalah Emosi, Ingatan dan Pembelajaran.

Salah satu objektif pembelajaran pada kali ini ialah untuk memahami bagaimana emosi dan daya ingatan seseorang itu dapat mempengaruhi proses pembelajarannya. Pada peringkat pendahuluan, kami dipersoal beberapa soalan oleh pensyarah kami, Encik Ahmad Zabri. Soalan-soalan yang diajukan cukup menarik minat kami untuk mendalami ilmu yang bakal diperolehi. Antara soalan yang diutarakan ialah adakah semua emosi boleh merangsang ingatan? Jawapannya adalah tidak!

Terdapat beberapa bahagian otak dalam menghubungkan emosi dan ingatan! Bahagian-bahagian tersebut ialah amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex (ACP).  Amygdala berfungsi untuk menilai sejauh mana kepentingan emosi terhadap sesuatu peristiwa. Bahagian ini lenih cenderung kepada emosi yang negatif. Ia dapat meramal memori yang lakan datang dan emosi tersebut akan berlaku setelah individu tersebut berada dalam situasi-situasi yang baru. Cerebellum pula boleh diibaratkan sebagai motor, emosi yang mempunyai kekuatan dan memori ketakutan yang berjangka masa panjang. Ia juga berkaitan dengan 'motor coordination skills'. Di samping itu, ia turut membantu mengingatkan seseorang akan perkara-perkara yang mempunyai nilai emosi yang cukup tinggi! Manakala bahagian prefrontal cortex pula dapat dilambangkan dengan dua perkataan, iaitu mood dan kognitif. Bahagian ini dipengaruhi oleh mood dan kognititf (dipelopori oleh minda manusia).

Antara input yang diperoleh semasa berada dalam bilik kuliah tersebut ialah kejadian-kejadian yang mempunyai nilai emosi yang tinggi akan memberi kesan emosi yang mendalam terhadap diri seseorang individu tersebut. Sebagai contoh, hari lahir. Bagi sesetengah individu, hari jadi merupakan salah satu perkara yang terpenting dalam hidupnya kerana dia akan lebih diingati dan terasa lebih dihargai oleh orang-orang sekelilingnya yang tersayang.

Manakala peristiwa-peristiwa sedih pula cuba dilupuskan dari kotak ingatan dalam diri masing-masing. Setiap orang ingin melupakan perkara yang menyedihkan dan memilukan supaya dapat hidup dengan gembira di kemudian hari dan dapat mulakan kehidupan baru yang lebih baik kelak. Contohnya seorang pelajar yang gagal dalam peperiksaannya. Dia akan cuba untuk melupakan kegagalan yang pernah dialami dan tanpa berputus asa disertai dengan usaha dan doa yang bersungguh-sungguh, dia terus mara untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Oleh itu, janganlah kita mudah berputus asa. Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. 

Minda manusia bersifat selective. Minda kita akan memilih sesuatu yang baik buat diri kita. Kita perlulah menggunakan akal fikiran dan minda yang dikurniakan olehNya dengan bijak supaya kita tidak tersasar dari jalan yang lurus. 

Menurut Encik Ahmad Zabri, kaum wanita lebih kuat daya ingatannya dari kaum lelaki, terutamanya peristiwa yang positif dan menggembirakan. Contohnya kelahiran anak. Si ibu lebih mengingati saat-saat kelahiran anaknya berbanding si ayah. Si ibu mampu mengingati masa, tempoh, hari, tempat kelahiran si anak yang mungkin tidak pernah si ayah ingat akan perkara-perkara tersebut.

Selain itu, Encik Ahmad Zabri turut menyatakan bahawa maklumat penting tidak semestinya diingati, tetapi apabila ia dikaitkan dengan emosi, ia akan menjadi lebih mudah untuk disimpan dalam kotak ingatan.

Emosi juga dapat menyumbang kepada beberapa kesan. Antaranya ialah ingatan terhadap peristiwa-peristiwa yang beremosi lebih kuat dan mantap berbanding peristiwaperistiwa yang membosankan. Emosi-emosi positif juga akan hilang perlahan-lahan, satu per satu jika dibandingkan dengan emosi-emosi yang menyedihkan iaitu emosi-emosi yang negatif. Contohnya mengadakan reunion. Suatu peristiwa yang menggembirakan, peristiwa yang positif.

Encik Ahmad Zabri turut menyatakan bahawa orang yang lebih berusia mempunyai pengalaman yang luas tetapi kurang kebijaksanaan. Manakala orang yang lebih muda kurang berpengalaman tetapi berkebijaksanaan. Oleh yang demikian, kita hendaklah saling menghormati. Yang tua dihormati, yang muda dikasihi.

Mood boleh ditakrifkan sebagai sesuatu keadaan emosi seseorang individu tersebut semasa mendapatkan sesuatu maklumat atau data. Mood  boleh diklasifikasikan kepada dua. Pertama, mood congruence. Mood  ini dialami semasa seseorang itu berada dalam kesedihan atau kemurungan dan seterusnya cenderung untuk mengimbau kembali peristiwa-peristiwa lampau yang sedih, peristiwa yang negatif. Yang keduanya pula ialah mood dependence yang mendedahkan tentang fakta-fakta bahawa ingatan akan menjadi lebih mudah jika diselitkan dengan emosi semasa seseorang itu memproses maklumat atau data.

Oleh itu, kita hendaklah bijak mengawal emosi semasa menjalankan kerja, khususnya semasa memproses sebarang maklumat bagi memudahkan maklumat tersebut mudah meresap masuk ke dalam kotak ingatan kita, yakni otak.

No comments:

Post a Comment