Friday, 3 September 2010

A132202 AEYSHAH ABANG KASSIM LJ07

  Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin dan hadirat sekalian yang membaca blog zt2253 ini.Seperti biasa pada minggu ini iaitu pada hari rabu pada tarikh 1September,kami mempelajari tajuk emosi,ingatan dan pembelajaran.Tajuk ini sangat menarik perhatian saya kerana daripada tajuk ini,saya dapat mengaplikasikan dalam kehiduan saya sebagai pelajar.Malahan tajuk ini amat penting bagi seseorang yang masih sedang menuntut ilmu pengetahuan. Bermulanya kelas pada minggu ini,kami ditunjukkan  oleh Encik Zamri video yang amat menyayat hati kami iaitu tragedi yang menimpa penduduk Indonesia seperti tsunami dan gempa bumi. Ia amat berkaitan dengan tajuk kami pada hari tersebut.Melalui video ini,peristiwa tersebut memberi kesan ingatan yang lama kerana ia mempengaruhi emosi setiap orang kerana ia merupakan peristiwa kehilangan nyawa.

 Pengetahuan ramai, emosi memberi kesan yang kuat ke atas ingatan dan peristiwa beremosi mudah diingati daripada peristiwa neutral.Selain itu juga, tidak semua emosi boleh meransang ingatan. Keadaan emosi boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek kesepadanan emosi(mood congruence) dan kebergantungan emosi(mood dependence).Terdapat 3 bahagian otak dalam hubungan emosi dan ingatan iaitu Amygdala , Cerebellum dan Prefrontal cortex. Amygdala meramalkan memori , cerebellum bagi emosi yang kuat dan ingatan jangka pangjang dan prefrontal cortex menjana ingatan dengan emosi melalui mood (keadaan mood) dan cog ( cognitive task).Lebih terperinci,bahagian amygdala membuat seseorang lebih tertumpu terhadap sesuatu emosi. Ianya secara kritikalnya terlibat dalam menilai dan mengira emosi terhadap sesuatu peristiwa. Ianya mampu memberi pengaruh emosi ke atas sesuatu peristiwa dan membuat kita sedar perasaan emosi yang timbul walaupun tidak memberikan perhatian. Namun, amygdala lebih kepada emosi negatif.Bahagian otak yang kedua adalah cerebellum, dimana ianya seakan-akan motor yang mampu meransang emosi yang lebih kuat dan menjana memori takut dalam jangka masa panjang. Manakala bahagian otak prefrontal cortex pula lebih menjurus kepada mood dan kognitif. Secara ringkasnya, emosi positif mengandungi contextual details dimana ia mampu membantu memori. Emosi yang terlalu kuat juga mampu merosakkan memori terhadap peristiwa yang kurang beremosi dan maklumat ketika ianya dialami. Secara ringkasnya, kejadian disertai dengan nilai emosi yang tinggi adalah mudah diingati.Saya teringat dahulu ketika saya belajar untuk Peperksaan Sijil pelajaran Malaysia,saya tidak dapat memahami dan mengingat formula matematik ketika bersedih dimarahi ayah.Berbanding keadaan saya sedang gembira,saya mudah untuk mengingat dan memahami dengan mudah.

  Kesan daripada kandungan emosi, emosi yang indah dan menenangkan lebih sukar untuk pudar dari ingatan berbanding dari emosi yang tidak diingini dan negatif. Bagi orang yang lebih tua, mereka menganggap pengalaman adalah lebih bernilai dan berharga berbanding kebijaksanaan. Namun sebaliknya pula bagi remaja kerana kebanyakan mereka menganggap kebijaksanaan adalah sesuatu yang lebih bernilai berbanding pengalaman. Manakala, kesan mood pula, ingatan lebih mudah diimbas sekiranya emosi ketika kejadian itu setara dengan emosi yang sedang dilalui. Seperti contoh, ketika kita sedang berasa bahagia, kita akan lebih mudah untuk mengingati detik-detik dan memori indah bersama orang yang tersayang.Encik Zamri juga memberitahu perempuan lebih mudah mengingati peristiwa beremosi berbanding dengan lelaki.Sebagai contoh,perempuan mengingati tarikh ulangtahun perkahwinan ataupun peristiwa bersejarah dalam hubungan. Antara video yang ditayangkan adalah mengenai perbezaan antara lelaki dan perempuan , klip video lagu "Aku Bukan Superman" dari kumpulan The Lucky Laki , dan Tsunami.Dapat diulaskan dari klip video lagu "Aku Bukan Superman" , emosi adalah lumrah bagi manusia sama ada lelaki atau perempuan. Manusia telah dicipta dengan pelbagai emosi. Rupa lelaki adalah seorang yang macho dan tidak mudah menangis tapi bila ada peristiwa beremosi, lelaki juga akan menangis. Contohnya, seorang bapa yang kehilangan anaknya, walaupun dia tidak menangis dihadapan orang tapi dia sebenarnya menangis dan sedih atas kehilangan anaknya

   Kesimpulamnnya,emosi amat mempengaruhi daya ingatan seseorang,Maka,kita harus menjaga emosi ketika semasa pembelajara.Sekian,Selamat Hari Raya semua

No comments:

Post a Comment