E MOSI DAN MOTIVASI.. inilah tajuk kuliah yang sepatutnya diadakan namun terpaksa ditangguhkan berikutan cuti Hari Raya Aidilfitri.
Emosi ialah Sesuatu yang terkesan dan memberi kesan samada emosi itu berbentuk negative mahupun positif, dan ia tidak neutral. Manakala motivasi pula ialah, satu kajian mahupun perbincangan tentang aspek arah dan tenaga pelaku. Emosi mempunyai beberapa komponen antaranya ; perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Emosi juga mempunyai makna yang lebih meluas, namun ia mempunyai kesan dan berperanan di dalam menghidupkan motivasi.
Sebagai seorang pelajar saya tidak mampu lari dari membincangkan tentang emosi dan motivasi semasa belajar, seorang pelajar pintar menerima dan mendapa motivasi melalui perasaan gembira dan bangganya apabila dipuji, begitu juga pelajar yang kurang pintar mungkin juga mampu membina motivasi dengan mentransformasikan emosi sedihnya apabiaal sering diejek dan dimarahi kearah kembara kejayaan.Namun tidak semua perkara berasaskan emosi, adakalnya ia disebabkan keperluan contohnya seperti makan, ia adalah tindak balas dari rasa lapar.
Emosi adalah sesuatu yang melibatkan perasaan dan manakala motivasi pula bersifat tindakan.pada kebiasaannya perasaan dalaman manusia mampu membangkitkan semangat dan auranya tersendiri yang mengerakkan jiwa bagi bangkit memajukan diri dan termotivasi, namun pada pandangan saya emosi yang membawa motivasi juga memerlukan kekuatan diri pelaku itu sendiri dalam menjayakan misi emosi tersebut, ini kerana jika diri pelaku tersebut tidak kuat maka mungkin sahaja ia akan terkulai dan tersungkur sebelum mencapai apa yang dimotivasikan di dalam diri. Walau ejuta dan segunung emosi namun andai diri pelaku itu sendiri tiada tindakan dan perubahan maka ia hanya emosi yang tersimpan di dalam hati dan motivasi yang hanya terasa pada ghairah dan semgant namun tiada pembuktian dan tindakan.
Ia amat sesuai sekali dengan firma Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka " QS 13:11
Sehingga disini sahaja, catatan saya pada kali ini, salam lebaran
No comments:
Post a Comment