Monday, 20 September 2010

A126968 Liyana LJ08

Salam Aidilfitri…Emosi sebagai motivasi. Emosi yang kita tahu adalah sebagai komponen-komponen tertentu seperti mempunyai perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku. Tetapi kali ini kuliah telah mengemukakan tentang Emosi sebagai motivasi. Maksud di sini ialah emosi diakui telah memotivasikan sesuatu tingkah laku dalam pelbagai cara. Contohnya, memotivasikan tingkah laku secara negatif atau positif. Kebanyakannya emosi berperanan memotovasikan diri atau akal fikiran kepada perkara-perkara yang positif untuk menyelamatkan diri atau memikirkan sesuatu sebelum membuat tindakan. Selain itu, emosi dalam motivasi ini merangsang pergerakan dan tindakan serta memberi nilai kepada seseorang terhadap perkara yang terjadi kepadanya. Hal ini demikian, pengajaran dan nilai-nilai murni dapat diperolehi jika kita mengkaji tentang emosi dan motivasi.

Di sini saya ingin menceritakan tentang hal-hal yang berkaitan dengan emosi dan motivasi. Contohnya, ketika kita dalam keadaan beremosi ini, emosi marah, ia akan membuatkan kita berasa marah dan sesetengahnya sesorang itu akan mengalami panas baran. Bagi saya, perasaan itu akan menyebabkan perkara yang tidak baik berlaku. Seperti memukul, mendera, membuli dan sebagainya. Perkara yang tidak diingini berlaku akan menyebabkan emosi yang terlalu diikut-ikutkan menjurus perkara yang buruk. Sebaliknya emosi tersebut dan tindakan yang telah dilakukan menyebabkan emosi itu telah memotivasikan diri sendiri menjadi pengajaran  dan ikhtibar kepada dirinya sendiri atau masyarakat. Kita dapat lihat seperti kes-kes berkenaan dengan penderaan, bunuh, membuli. Selain itu kes-kes yang berkaitan tentang pengambilan dadah, buang bayi, maksiat dan sebagainya. Emosi ikut-ikutan yang memudaratkan diri sendiri ini sentiasa menjadi iktibar selepas perkara yang tidak diingini berlaku kepada dirinya sendiri. Mereka akan memotivasikan diri sendiri untuk mengubah hidup mereka dengan lebih baik lagi setelah perkara yang tidak sepatutnya telah memusnahkan hidupnya sendiri. Oleh itu, sejarah hitam tidak akan diulangi lagi memungkinkan mereka melangkah lebih jauh meninggalkan emosi ikut-ikutan.

Seterusnya saya akan menerangkan lagi tentang memotivasikan diri secara positif pula. Contoh di sini yang ingin saya kemukakan ialah kegagalan. Kegagalan bukanlah segala-galanya. Hal ini kerana, semua orang akan mengalami kegagalan. Kekecewaan itu adalah sentiasa wajib dalam hidup walaupun seketika. Saya ingin menerangkan tentang kegagalan akan menongkah ke arah kejayaan. Motivasi di sini adalah ke arah positif. Sunguhpun kegagalan adalah sesuatu yang mengecewakan, ia adalah sementara. Selalunya, orang yang menghadapi kegagalan akan memotivasikan dirinya untuk ke arah positif. Semestinya orang yang gagal sementara akan berjaya. Selain itu, seseorang yang sentiasa mempunyai hati yang baik dan ikhlas akan sentiasa meneruskan tingkah lakunya kepada yang baik terus ke lebih baik. Contohnya, seorang yang sentiasa beriman kepada Allah, memperhambakan dirinya keada Allah kerana cintanya. Beliau akan sentiasa berzikir, membaca al-Quran, membuat ibadah haji, bersedekah dan sebagainya untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Tindakan seperti itu adalah motivasi daripada emosinya sendiri.

Oleh itu, motivasi akan merangsang seseorang untuk melakukan sesuatu atau tingkah laku satu demi satu dan memperbanyakkan pergerakan atau pemikiran. Kebanyakan emosi ini sentiasa bermotivasi ke arah kebaikan dan keburukan.

 


No comments:

Post a Comment