Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr Zamri dan rakan-rakan. Semoga semua antara kita berada dalam keadaan sihat, dan bahagia. Bagi umat Islam, kita hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menghabiskan bulan Ramadhan, jadi rebutla segala peluang yang ada untuk beribadah kepada Nya kerana kita sendiri tidak pasti sama ada kita masih dapat menikmati Ramadhan pada tahun hadapan atau tidak. Justeru itu, beribadahla seolah-olah kita tidak lagi mempunyai hari esok.
Pada perkiraan saya, ramai yang teruja untuk menyiapkan jurnal minggu ini kerana masing-masing sudah ingin pulang beraya di kampung halaman masing-masing. Semoga perjalanan kita semua selamat hendaknya. Pada hari rabu minggu ini, iaitu 2 Sept 2010, sekali lagi saya mengikuti kuliah Pengurusan Emosi di bawah kelolaan Dr Zamri. Pada minggu ini, sudah pun masuk kepada tajuk yang ketujuh, iaitu tentang Emosi dan Ingatan.
Kuliah pada minggu ini pada pendapat saya mempunyai dua bahagian. Satu bahagian agak mudah difahami, namun satu lagi bahagian agak susah untuk difahami. Pada awal kuliah, kami diberi pendedahan terlebih dahulu tentang emosi melalui video yang dipaparkan oleh Dr Zamri. Video yang dipaparkan oleh Dr Zamri adalah berkaitan dengan satu peristiwa yang pernah berlaku di negara kita dan negara seberang, Indonesia. Peristiwa yang dimaksudkan ialah peristiwa yang berlaku pada tahun 2004, iaitu Tsunami.
Walaupun peritiwa tersebut sudah pun hampir enam tahun berlalu, namun kesannya masih dirasai, lebih-lebih lagi bagi mereka yang terlibat. Peristiwa yang meragut ribuan nyawa dan menelan segala yang ada itu sangat memberi kesan emosi yang kuat. Inilah yang dikatakan sebagai emosi dan ingatan. Apabila kita melalui satu keadaan atau peristiwa yang sangat memberi impak kepada perasaan atau emosi kita, peritiwa itu akan sering kita ingat dan mungkin akan membuatkan kita trauma.
Dalam konsep ini, lahirlah konsep nilai emosi. Maksud nilai emosi disini ialah bagaimana kita mampu mengingati sesuatu peristiwa itu. Disinilah peranan nilai emosi. Semakin tinggi nilai emosi itu pada kita, semakin mudahlah untuk kita mengingati peristiwa tersebut. dalam kata lain, nilai emosi ini boleh juga dikatakan sebagai sejauh mana sesuatu peristiwa beremosi itu memberi kesan kepada ingatan kita. Sebagai contoh, apabila kita malalui sesuatu emosi, kita akan lebih meningati peristiwa tersebut berbanding orang sekeliling yang hanya mengetahui kesedihan kita. Mereka hanya akan bersedih dalam jangka waktu yang pendek berbanding kita yang mungkin mengambil masa yang panjang untuk melupakannya.
Seperti yang kita ketahui, emosi memainkan peranan yang amat penting terhadap fikiran seseorang. Terdapat dua elemen yang wujud dalam emosi ini, iaitu kandungan emosi dan mood. Maksud kandungan emosi ialah kita hanya akan mengingati sesuatu peristiwa yang benar-benar memberi kita kesan berbanding dengan peristiwa yang kurang memberi impak.
Elemen kedua pula, iaitu mood. Mood ini boleh dihuraikan dengan dua konsep, iaitu kesesuain suasana, dan kebergantungan mood. Kesusuaian mood ialah, apabila kita sedih, kita akan lebih mudah untuk mengingati segala peristiwa berdarah yang pernah berlaku dalam hidup kita. Ketika itu, satu-satu peristiwa itu akan kembali terakam dan tergambar di minda. Kebergantungan mood pula ialah potensi untuk meningati sesuatu peristiwa akan sentiasa wujud apabila kita berada dalam keadaan beremosi.
Sebagai kesimpulannya, apa juga emosi yang menghantiu kita, sekiranya perkara itu negatif, kita haruslah belajar untuk melupakannya. Perkara tersebut hendaklah dilakukan secara sedikit demi sedikit, dan bukan dengan cara paksaan. Ini adalah kerana jika kita memaksa perasaan dan emosi kita sendiri, itu mungkin akan mendatangkan kesan yang lebih buruk.
No comments:
Post a Comment