Minggu berganti minggu,topik kuliah kursus pengurusan emosi semakin menarik. Pada hari rabu yang lepas iaitu 11/8/2010,topik yang dikuliahkan adalah berkisarkan tentang emosi negatif.setiap manusia menpunyai pelbagai jenis emosi salah satunya di kenali sebagai emosi negatif. Emosi negatif adalah seperti perasaan takut,malu,sedih,marah dan lain-lain lagi.Contohnya bagi perasaan takut,perasaan takut adalah reaksi,respon terhadap bahaya yang datang. Perasaan takut juga merupakan kelangsungan untuk membolehkan kita terus hidup.Dalam keadaan yang tertentu yang mendatangkan menyebabkan perasaan takut mula wujud,contohnya apabila seseorang berdepan dengan haiwan liar seperti harimau,perasaan takut mula wujud,secara automatiknya seseorang itu akan cuba selamatkan dirinya seperti melarikan diri,ini dapat menyelamatkan dirinya.Perasaan takut bukan berkisar pada sesuatu benda tapi juga takut pada sesuatu peristiwa.contohnya kanak-kanak jatuh dalam perigi,mungkin kanak-kanak itu akan menjadi trauma terhadap air dan sebagainya akibat dari peristiwa itu.Perasaan takut juga astrak,takut di ejek,di kritik dan sebagainya.Apabila seseorang itu takut,secara automatic reaksi mukanya akan berubah seperti jadi pucat,mata terbuka luas,kening kedalam dan sebagainya.
Saturday, 14 August 2010
ROSIDI LJ04
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment