Pada minggu ini,kami didedahkan dengan tajuk yang baru.Tajuk kali ini lebih kepada teori-teori yang berkaitang dengan pengurusan emosi.Tajuk pada minggu ini ialah Teori-Teori Fisiologikal,Kognitif Dan Psikoanalitik.Perkataan ini amat jarang kita temui seperti kognitif dan psikoanalitik.Perasaan ingin tahu yang membuak-buak ini membuatkan kami lebih semangat untuk mengetahui tentang perkara baru yang bakal diterangkan kepada kami. Istilah kognetif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir,menaakul,menganalisis,membentuk konsep,menyelesaikan masalah dan sebagainya.Pendekatan Kognitif merupakan pendekatan yang memberikan perhatian khusus kepada pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,kemahiran belajar dan motivasi yang dipeloppri oleh ahli psikologi seperti Gestalt,Pieget,Vygotsky,Gagne,Bruner dan Ausubel. Berdasarkan teori fisiologikal,emosi adalah hasil daripada otak dan sistem saraf.Fisiologikal bertindak balas dengan stimuli.Terdapat tiga teori iaitu Teori James-Lange,Teori Cannon-Bard dan pendekatan psikobiologi.Sekarang kita akan lihat dulu Teori yang diasaskan oleh James-Lang.Teori psikologi terdahulu diformulakan oleh William James pada tahun 1884.Kemudian teori ini disokong oleh Carl Lange(1887) dan akhirnya menjadi Teori James-Lange.Teori ini menyatakan bahawa sesuatu situasi itu akan menghasilkan reaksi tubuh kemudian diikuti dengan emosi.Sebagai contoh,apabila kita melihat sesuatu yang menakutkan seperti makhluk halus atau haiwan-haiwan yang boleh membahayakan diri kita,kita akan berasa takut.Susulan dengan perasaan takut itu,kita akan berlari sekuat mungkin untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.Jantung kita juga akan berdegup kencang kerana perasaan takut itu.Saya teringat suatu peristiwa yang melibatkan seorang rakan karib saya.Sewaktu saya masih dibangku sekolah,kawan saya telah dimarahi dan dipanggil oleh pihak sekolah kerana telah melakukan beberapa kejadian kecurian sehingga menyebabkan ramai pelajar dan guru-guru kehilangan harta benda.Malang tidak berbau,aktivitinya itu diketahui oleh pihak sekolah.Apabila dia dipanggil,mukanya kelihatan sangat pucat kerana berada dalam ketakutan.Akibat perasaan takut yang teramat sangat itu,dia telah terkencing dalam seluar. Sekarang kita akan lihat Teori Cannon-Bard.Berdasarkan teori ini,jantung dan perut tidak boleh menghasilkan variasi emosi seperi marah,takut,sedih dan gembira.Manusia dengan sistem sarafnya boleh merasakan emosi.Walter Cannon's mengkiritik Teori James-Lang.Menurutnya,sistem organ yang menghasilkan tindak balas emosi,bertindak dengan sangat perlahan terhadap stimuli. Di antara individu yang banyak mengkritik teori James-Lange ialah ahli psikologi Amerika Syarikat bernama Walter Cannon (1927). Menurut Cannon, individu memiliki kebolehan yang terbatas untuk menyedari kebanyakan dari perubahan-perubahan fisiologi yang didorong oleh sympathetic Nervous System. Bagaimanakah perubahan-perubahan fisiologi ini menjadi asas kepada pengalaman emosi kita sedangkan kita sendiri tidak menyedari perubahan-perubahan tersebut? Seterusnya, Cannon juga meyedari bahawa dalam teori James-Lange pelbagai emosi dikaitkan dengan pola kebangkitan fisiologi yang sama. Bagaimanakah emosi manusia yang berbagai itu dibangkitkan oleh pola kebangkitan yang sama? Cannon juga mendapati bahawa perubahan fisiologi yang bergantung kepada rembesan atau pengeluaran hormon oleh kelenjar andranelin adalah terlalu lambat untuk menjadi asas kepada semua emosi. Bagaimanakah proses yang mengambil masa beberapa saat menjadi punca kepada pengalaman emosi yang berlaku serta merta? Teori seterusnya adalah Teori Psikobilogikal. Pada tahun 1982 Jack Panksepp telah membina satu teori emosi yang berasaskan kepada pendekatan psikobiologikal. Teori ini mengandaikan bahawa emosi asas manusia mempunyai kaitan dengan litar saraf di bahagian otak. Panksepp mendakwa bahawa manusia memiliki empat emosi asas iaitu takut, keberangan, panik, dan pengharapan. Setiap satu emosi asas tadi mempunyai kaitan dengan satu sistem arahan yang terdapat pada otak. Seterusnya keempat-empat sistem tadi akan berinteraksi untuk menghasilkan emosi-emosi yang lain. Panskepp turut juga mendakwa bahawa bahan-bahan kimia saraf (neurochemicals) mungkin mempunyai kaitan dengan pelbagai sistem arahan emosi. Sebagai contohnya, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa neurotransmitter dopamine mempunyai kaitan dengan sistem pengharapan emosi, sementara acetylcholine menjadi perantara tingkah laku dalam sistem keberangan. Dengan maklumat-maklumat yang sedia ada ini,saya berharap diri saya akan lebih memahami teori-teori emosi ini.Saya mengaku terlalu banyak benda yang perlu diingat dalam tajuk kali ini.Tajuk kali ini agak rumit bagi saya.Walaupun begitu,saya tetap mencari maklumat –maklumat dalam internet serta sumber yang boleh dipercayai.Dengan pencarian ini,kawan-kawan akan lebih menghargai betapa para psikologi begitu mengambil berat tentang pengurusan emosi.Sebenarnya,banyak lagi perkara yang perlu diulas.Namun,ini sahaja yang sempat saya kongsikan pada jurnal kali ini.Saya berharap saya akan lebih meminati segala teori yang ada pada masa akan datang.
|
No comments:
Post a Comment