permasalah termasuklah masalah emosi, malah pada ketika ini,dugaan semakin
bertambah. Allah mahu menguji keteguhan iman hamba-hambanya.
Pada minggu ini, kita sekali lagi mendengar kuliah berkaitan dengan emosi,
dimana kali ini kita membincangkan tentang beberapa teori yang dipelopori oleh
beberapa orang tokoh seperti, William James, Carl Lange, Walter Cannon's dan
lain-lain, dimana teori-yeori yang diketengahkan oleh mereka adalah berkaitan
dengan emosi manusia. antara teori-teorinya adalah The James-Lange Theory, The
Cannon-Bard Theory, dan Psychobiological Theory.
Saya amat tertarik dengan satu teori yang dikenali sebagai "The
Cannon-Bard Theory"dan pada saya, teori ini mungkin yang paling bertepatan
dengan emosi setiap manusia. Dalam teori ini ada tentang kronologi tentang emosi
manusia yang bermula daripada situasi menjadi emosi dan seterusnya reaksi tubuh.
Walter Cannon's sebagai pelopor teori ini telah mengkritik teori James-Lange
dengan hujah-hujah yang tersendiri kerana teori james-Lanje sedikit bertentangan
dengan teori yang dikeluarkan olehnya .
Jika dikaitkan dengan pengalaman hidup saya, saya pernah menjadi pendengar setia
masalah peribadi seorang sahabat karib dan saya rasa kisahnya ada berkaitannya
dengan " The Cannon-Bard Theory. Dina (bukan nama sebenar). Keluaganaya sangat
bahagia dan agak berada. Namun selepas peristiwa dimana ayahnya tersilap langkah
dengan membuat pelaburan yang menyebabkan keluarganya berada dalam kesempitan
yang amat sangat. Bermula dari itu, hilang sudah kemesraan dalam keluarganya.
Ibunya terpaksa bekerja sebagai tukang cuci disekolah, sementara ayahnya berada
dalam tekanan perasaan yang amat sangat. Menjadi seorang yang pemarah, dan
seakan-akan hilang harapan untuk meneruskan kehidupan.
Ayahnya mula berubah sikap, sepak terajang mula menjadi mainan bagi dirinya
malah bagi ibunya juga. Pernah pada satu hari Dina ternampak ayah menghantukkan
kepala ibunya pada dinding rumah hanya kerana ibunya tidak memberikan duit yang
diminta. Sebak Dina melihat keadaan ibunya yang basah dengan darah. Dina menjadi
sangat takut pada ayahnya. Bahkan dengan hanya jelingan tajam mampu membuatkan
Dina terkencing dalam seluar. Bukan saya mahu mengaibkan sesiapa, lebih-lebih
lagi sahabat sendiri, tetapi hanya mahu menghubung kaitkan teori yang telah
dpelajari. Dalam permasalah ini, Dina berada dalam situasi dimana berdepan
dengan ayahnya yang bengis, dalam keadaan yang sangat takut sehinggakan Dina
terkencing di dalam seluar.
Bagi saya, emosi boleh dikategorikan kepada dua keadaan, iaitu emosi jangka
panjang dan pendek. Kerana saya melihat ketakutan yang dialami oleh Dina
berlarutan, sehinggakan sampai sekarang Dina masih takut kepada insan bergelar
lelaki walaupun pada hakikatnya ayahnya yang bengis itu sudah meninggal dunia
tiga tahun lalu.
Kesimpulannya, rasa takut dan apa juga emosi serta tindak balasnya bukan lahir
secara terus, ada sebab dan akibatnya. Ada kronologinya dan prosesnya. Walaupun
ada percangahan antara pelopor-pelopor teori tetapi teori yang dikeluarkan mampu
menjadi rujukan pengkaji masa kini untuk lebih melengkapi kajian tentang emosi
manusia.
No comments:
Post a Comment