Friday, 30 July 2010

A134325 Nur Akma LJ02

Pada minggu ini, saya telah menghadiri kelas pengurusan emosi kali ke dua yang bertajuk Struktuk Asas Emosi. Pada tajuk kedua ini begitu menarik sekali minat saya untuk mengetahui dan mempelajari mengenai struktur emosi ini. Pada permulaan pembelajaran ini, pensyarah telah memperkenalkan kami mengenai Teori Asas Emosi oleh Darwin. Sebagai contoh pengalaman yang telah saya alami pada minggu ini iaitu semasa hendak menghadiri kelas pertama saya dan saya dapati tiada orang di dalam kelas itu dan secara automatik telah menyebabkan riak muka saya berubah menjadi cemas dan terkejut. Rupa-rupanya saya telah salah memasuki kelas saya dan sekaligus menyebabkan saya berasa malu. Disini telah menunjukkan bahawa perkara yang telah saya alami itu merupakan salah satu teori asas Darwin iaitu emosi primari yang menunjukkan riak muka itu menggambarkan emosi.

Seterusnya, emosi primari juga telah menerbitkan emosi-emosi lain termasuk juga dengan kebanyakan pendapat seperti Robert Plutchick, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman. Plutchiks language of emotion mengatakan bahawa emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza  iaitu bahasa subjektif bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Bahasa tingkahlaku yang dapat kita gambarkan sebagai contoh jika seseorang itu terlambat untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju kita secara tiba-tiba akan berjalan dengan cepat dan pantas sekaligus pergerakan ini dikenali sebagai bahasa emosi tingkahlaku.

Di samping itu, semasa pensyarah sedang memberi penerangan tentang struktur emosi saya terbayang dan mengimbas kembali suasana percutian kami sekeluarga pada cuti hujung minggu yang begitu menyeronokkan kami sebagai keluarga yang bahagia. Jadi disini kita dapat lihat bahawa hal ini merupakan salah satu dimensi emosi dari Plutchiks yang mempunyai tiga dimensi iaitu intensity yang merujuk kepada darjah kekuatan emosi sebagai contoh dari bahagia kepada gembira. Kedua similarity iaitu merujuk kepada hubungan atau perkaitan contohnya takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira. Seterusnya polarity yang merujuk kepada kekutuban contohnya benci lawannya suka. Fenomena ini sering kali terjadi dalm masyarakat contohnya jika seseorang itu mempunyai niat untuk membenci seseorang malah akhirnya meka suka antara satu sama lain. Terdapat juga lapan bahasa tingkshlsku yang dikemukakan oleh Plutchicks iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira sedih,terima, dan rasa ingin tahu.

Selain itu, teori Tomkins juga ada mengatakan bahawa emosi secara asasnya ialah tingkahlaku yang berkaitan dengan wajah. Jadi perkara ini akan member maklumbalas kepada riak wajah kita dan merupakan salah satu daripada emosi. Di samping itu, dua pengkaji iaitu Hess dan Zajoncs telah mengesahkan hipotesisi Tomkins iaitu maklumbalas yang diberikan adalah emosi kepada tingkahlaku. Izards juga mengatakan bahawa persepsi seseorang itu menerangkan bahawa emosi manusia adalah semulajadi dan dalam pembelajaran dan pengalaman. Sebagai contoh tang dapat kita lihat bayi yang berumur empat atau lima bulan akn beremosi untuk marah dan terkejut dan juga jika bayi itu ketawa tidak semestinya dia gembira. Paul Ekman menyokong bahawa kesejagatan mimik muka dengan emosi adalah sama. Sebagai contoh, jika kita berasa sedih sekaligus akan memaparkan mimik muka yang masam,muram dan tidak bermaya. Jika kita sedang beremosi dari mimik muka kita telah menunjukan bahawa seseorang itu sedang beremosi.

Kesimpulannya, pembelajaran tentang struktur emosi ini dapat membezakan kita bahawa pelbagai teori yang dapat membezakan emosi.



No comments:

Post a Comment