Hari rabu tanggal 28 Julai 2010 merupakan hari di mana aku mempunyai kelas pengurusan emosi bagi minggu yang ketiga sejak aku memulakan sesi pengajianku..aku telah diajar tentang teori-teori yang menerangkan struktur asas emosi di mana ianya terbahagi kepada dua iaitu 'evolutionary/biological theory' dan juga 'learning theory'....Sesi pembelajaran aku ini telah mengingatkan aku pada kenangan aku sewaktu berada di alam persekolahan dulu ketika tamatnya peperiksaan besar iaitu SPM..

Dengan tamatnya SPM 08,aku merasakan diri ini merdeka,rasa bebas daripada kesibukan kerja rumah,ulangkaji pelajaran dan sebagainya.
Namun begitu,perasaan sedih tidak dapat aku dan kawan-kawanku elak apabila tibanya di penghujung persekolahan..Betul
Setiap pertemuan akan ada perpisahan namun di kala perpisahan inilah yang akan mengenangkan kita pada setiap peristiwa yang berlaku di antara satu sama lain..Ada yang tersenyum gembira kerana berjaya menghabiskan 5 tahun pengajian,ada yang tidak sabar-sabar untuk mengemas barang-barang untuk melangkah keluar dari sekolah dan ada juga yang cool,mungkin control macho kot
tapi yang pasti titisan air mata pastinya jatuh berguguran ke pipi

sedih,menangis..itulah saat di mana aku dan kawan-kawan akan bersalaman,berlaga pipi memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan kami kerana mungkin itu adalah kali terakhir kami bersua muka....Walaupun begitu,kami tahu tangisan itu bukan sia-sia kerana di sebaliknya ada tersirat nilai keakraban persahabatan kami.
Perpisahan kami ini tidak tamat dengan begitu sahaja,kerana kami telah berbincang dan sepakat untuk tinggal dulu di asrama dalam 2 hari sebelum masing-masing pulang ke rumah..Kami telah membuat keputusan untuk mengadakan barbeque pada malam terakhir kami di sekolah.
Masing-masing melibatkan diri dalam majlis tersebut dan kami bekerjasama dalam menyempurnakannya.Kami rasa sangat bahagia
...Hari tersebut sangat sibuk,kami telah bahagi-bahagikan tugas yang mana ada sesetengah budak lelaki telah diminta untuk menyediakan tempat atau bekas serta alatan-alatan untuk membakar ayam dan ikan.Manakala aku dan beberapa teman yang lain awal-awal lagi telah keluar ke bandar untuk mencari hadiah
,bahan-bahan untuk memerap dan memasak.Kawan-kawanku yang lain ditugaskan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti atau permainan juga sukaneka seperti bola tampar,badminton dan banyak lagi yang akan dijalankan pada siang harinya.
Bahagian multimedia sekolah kami yang dipimpin oleh kawan sekelasku juga turut terlibat dalam mengambil gambar-gambar
kami dari segi persediaan kami dan sepanjang majlis ini diadakan.Ada juga antara kami yang berani menyahut cabaran untuk menyanyi
pada malam itu dengan iringan muzik
bagi memeriahkan lagi suasana pada malam tersebut.


Selepas selesai makan malam itu,wakil dari setiap kelas diminta memberi sedikit ucapan ringkas bagi menghargai segala kerjasama dan penglibatan bersama selama 5 tahun bersahabat..Memang tidak dapat digambarkan bagaimana rasanya perasaan ini dengan emosi yang begitu tenang dan bahagia terlibat dalam majlis perpisahan pada malam itu..Semua orang bergelak ketawa mengukir senyuman dan memberikan perasaan yang sangat indah dan kenangan yang betul-betul tidak dapat dilupakan..Pengalaman dan kenangan ini betul-betul memberikan aku perasaan yang cukup-cukup bahagia

Keesokan harinya,kami masing-masing mengusung beg

untuk dibawa pulang....Segala-galanya yang kami rasa,yang kami lalui tidak akan sama sekali dapat dilupakan sampai bila-bila.....Kenangan ini rupa-rupanya mempunyai unsur emosi yang aku pelajari iaitu 'language of emotion' ataupun juga disebut bahasa emosi yang merangkumi bahasa subjektif,bahasa tingkahlaku dan juga bahasa fungsian.......
No comments:
Post a Comment