Friday, 30 July 2010

A129839 NADIRAH KUSNIN LJ02


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, ini adalah kali pertama saya menulis jurnal yang berkenaan emosi, tersenyum sendiri bila terkenang keberanian saya untuk menulis. Senyum pun salah satu daripada ekspresi emosi yang paling mudah untuk dikenal pasti.

Pada kuliah kali ini, pensyarah banyak memperkenalkan teori-teori yang berkaitan dengan emosi, dan salah satu teori yang membuatkan saya benar-benar tertarik adalah Evolutionary/ Biological Theory yang digagaskan oleh Darwin yang popular dengan teori Beruk. Saya agak terkejut kerana saya tidak menyangka sama sekali Darwin bukan sahaja mencipta teori dalam bidang sains  dan sosiologi malahan dalam hal yang berkaitan emosi juga pendapat dan teori beliau digunakan.Tetapi itu bukan hal yang utama, kerana teorinya kali ini agak masuk akal berbanding teori beruk ini kerana beliau menjelaskan tentang Emosi primari yang merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang berbentuk seragam dan sejagat pada semua bangsa.Malahan Darwin juga menyatakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi kerna muka adalah senang dilihat tidak seperti organ lain. Sebagaimana akhlak itu cerminan iman begitu juga wajah adalah cermin emosi.

Menurut Plutchick's pula emosi itu boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian dan teori ini sememangnya paling mudah dan selalu kita lihat, teringat satu ketika dulu semasa kami sekelas tutorial membincangkan teori Darwin, perasaan tidak puas hati (bahasa subjektif) menyebabkan kami membenci, protes dan mengkritik serta berhasrat untuk meninggalkan segala teori dan pendapat beliau dalam apa bidang pun ( bahasa tingkahlaku) dan kami menyesali akan keakuran kami terhadap teori beliau tentang zaman prasejarah dan manusia yang terevolusi. Namun akhirnya kami sedar untuk melawan  dan menggantikan teori itu bukan dengan lari tetapi dengan mengkaji dan mencipta satu teori kewujudan manusia yang bergaris pandukan al-quran sebagai rujukan( bahasa fungsian)

Namun dalam  teori mengekspresikan emosi terdapat beberpa kritikan yang timbul atas tatar kata ada orang mengekspresikan sesuatu yang tidak mencerminkan emosinya seperti senyum tidak semestinya gembira ( muka tersentum hati terluka siapa yang tahu ). Selain itu kuliah juga ada menyentuh bahawa emosi tidak boleh dibuat-buat dan seandainya seseorang mampu mengekspresikan mukanya tanpa ada dorongan emosi maka ekspresi yang terhasil tidak benar-benar berkesan seperti yang semulajadi. Sebenarnaya banyak lagi teori-teori yang tidak dapat saya nyatakan namun masuk ke kelas Pengurusan Emosi ini membolehkan saya lebih mengenali diri sendiri.Sekian.

 


No comments:

Post a Comment