Emosi. Apa itu emosi? Perkataan ini sering bermain dan berlegar-legar di minda saya. Tetapi sebaik sahaja saya mengikuti kursus ZZZT2253 Pengurusan Emosi yang diajarkan oleh Encik AHMAD ZAMRI BIN MANSOR, barulah saya mengerti maksud yang tersirat daripada perkataan emosi itu. Walaupun saya sudah menginjak dari tahun 1 ke tahun 2 tetapi saya masih lagi tercari-cari pengertian sebenar tentang maksud emosi. Kerana bagi saya maksud emosi itu mudah sahaja, iaitu emosilah yang menyebabkan seseorang manusia itu berubah sikap dari perlakuan sebenar. Emosilah jugalah yang seringkali mendorong manusia melakukan sesuatu perkara untuk perubahan. Adanya perasaan takut dengan perkara yang akan terjadi, ada rasa cemas, ada rasa khuatir dan juga perasaan marah. Tetapi menurut definisi Kleinginna & Kleinginna(1981), "emotion is a complex set of interactions among subjective & objective factors mediated by neural hormonal systems" which can give to affective experience, generate cognitive process, physiological adjustment and behaviour. Selepas mendengar penerangan dari kuliah pengurusan emosi barulah saya mengerti maksud yang tersirat daripada emosi itu.
Berbalik kepada penceritaan saya, selalunya selepas saya pulang dari kelas saya akan singgah di bilik kawan saya, untuk berjumpa dan makan bersama-samanya. Ketika saya sampai di biliknya, saya melihat dia sedang khusyuk menonton drama korea di skrin laptopnya sehingga kawan saya itu hampir menitiskan airmata hanya kerana terlalu melayan perasaan sehinggakan terbawa-bawakan emosi pelakon-pelakon drama korea itu ke dalam dirinya. Saya hanya ketawakannya dan mengejeknya kerana terlalu taksub dengan drama korea, itu sebelum saya mengetahui maksud sebenar emosi, Tetapi kini setelah saya mengikuti kursus pengurusan emosi, barulah saya mengerti tentang perasaan dan emosi seseorang tidak dapat diramal walaupun ketika dia sedang bersusah hati atau sedang bergembira pasti terdapat sesuatu perkara yang dapat merubah karakter seseorang itu. Saya teringat pula tentang kawan saya yang gemar menonton filem-filem yang bergenre seram atau thriller, jadi dia menyuruh saya mencari cerita sebegitu untuk ditonton. Setelah saya menjumpai filem yang bertajuk "Daybreaker" yang menceritakan tentang bagaimana pontianak boleh hidup bersama-sama manusia dan bagaimanana pontianak berusaha untuk menguasai manusia pada masa akan datang. Kawan saya terus menonton filem itu sehingga tamat dengan sesekali diselangi dengan jeritan, dan airmata . Pada mulanya saya merasakan dia akan menyukai filem itu tetapi sangkaan saya sama sekali meleset, dia telah terbawa-bawa emosi menyeramkan itu ke dalam dirinya kerana dia beranggapan pontianak seperti itu wujud di dunia nyata sehingga dia tidak lagi gemar menonton filem-filem bergenre seram. Jadi saya dapat merasakan yang empat komponen emosi itu seperti perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku mampu merubah seseorang itu, daripada bersifat berani kepada penakut.
Saya juga rasa cukup bertuah kerana dapat mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus pengurusan emosi,yang dikuliahkan oleh En Ahmad Zamri Bin Mansor walaupun kursus ini hanyalah U2 untuk menglengkapkan unit dan nampak seperti sangat susah tetapi siapa tahu mungkin banyak benda yang dapat saya pelajari mengenai pengurusan emosi dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian seperti kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Setidak-tidaknya melalui kursus ini dapatlah saya mengenali diriku dan berubah dari keadaan yang tidak baik kepada baik dan keadaan baik kepada yang lebih. Saya juga berharap hasil pembelajaran saya dapat membimbing kawan-kawan saya dalam mengenali apa itu EMOSI. Sekian. Terima Kasih
No comments:
Post a Comment