| Rase tak percaya jew, rupanya dah minggu ke sembilan kami belajar tentang pergurusan emosi, terasa amat capat masa itu berlalu dan semakin hari umur pun semakin ke angka yang besar. Bulan lepas je rasa macam baru je raya dan berada di rumah tapi sekarang sudah di ukm dan duduk sorang-sorang dekat bilik,tiada lagi teman di rumah,hanya kawan-kawan sahaja yang bersama, walaupun sedih untuk meninggalkan rumahku tapi aku tetap perlu memperjuangkan masa depan ini untuk berjaya dalam hidup pada masa akan datang. Sudahla, lupakan pasal kesedihan itu,yang penting tuntut ilmu yang sangat berguna ini dalam kelas pegurusan emosi, pada minggu yang ke sembilan ini, kami telah diajar tajuk yang berkaitan dengan emosi dan personaliti. Sebelum ini kita telah diajar dan diberikan perjelasan tentang emosi, jadi apa pula personaliti ini??apa kaitan personaliti dan emosi??? dan adakah emosi yang sama akan membuat personaliti sesorang juga sama. Untuk kita mengetahui dan memperjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang emosi dan personaliti ini,ada baiknya kita perlu mengetahui dahulu apa makna personaliti. Personaliti merupakan sifat khas psikologi bagi mengkategorikan seseorang individu itu berdasarkan kepada ciri-ciri mereka. Personaliti boleh digambarkan dalam beberapa keadaan iaitu personaliti sedih, peramah, pemarah, periang, sensitif dan sebagainya. Personaliti-personaliti ini adalah sifat yang telah dimiliki oleh sesorang individu. Personaliti yang dimliki oleh sesorang individu adalah berbeza-beza walaupun dalam situasi yang sama. Untuk memudahkan lagi, saya akan membuat satu contoh yang agak ringkas daripada apa yang telah saya fahami berkaitan tajuk ini. Pada beberapa minggu yang lepas, saya dan teman rapat pergi menonton wayang di sunway piramid, sambil berjalan-jalan kami pun ternampak seorang artis yang sangat cantik dan popular ini, alang-alang terjumpa, saya pun ingin bergambar dengannya bersama teman rapat saya itu, personaliti saya ketika itu sangat gembira dan teruja apabila dapat bertemu dengannya tetapi teman saya itu tidak seperti saya, dia hanya biasa sahaja apabila berjumpa dengan artis cantik itu. Jadi dapat saya simpulkan disini bahawa, walaupun kami berada dalam situasi yang sam tetapi personaliti kami berbeza ketika itu disebabkan oleh emosi masing-masing. Emosi dan personaliti ini dapat dibahagikan kepada 2 teori iaitu teori yang pertama adalah MYERS-BRIGGS TYPE INDICATOR dan teori yang kedua adalah THE BIG FIVE MODEL. Saya hanya memperjelaskan teori yang pertama sahaja iaitu MYERS-BRIGGS TYPE INDICATOR dimana teori ini mudah dan ramai yang menggunakannya dalam menilai sesuatu personaliti seseorang individu. Teori ini pula dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu jenis yang pertama adalah EXTROVERTED @ INTROVERT, kedua SENSINS @ INTUITIVE, ketiga THINKING @ FEELING dan yang terakhir JUDGING @ PERCEIVING Teori jenis EXTROVERTED adalah personaliti seseorang yang bersifat suka bersosial, bergaul dengan orang ramai dan suka melakukan sesuatu kerja yang dapat menonjolkan dirinya di khalayak umum manakala INTROVERT berbeza pula,personaliti ini sejenis yang pendiam,pemalu dan tidak suka menonjolkan diri dalam sesuatu majlis atau keadaan. Teori yang kedua adalah SENSINS dimana individu yang memiliki personliti ini ialah jenis yang sangat cerewat dan teliti dalam sesuatu perkara yang ingin dibuatnya manakal INTUITIVE personaliti yang agak mudah dan tidak cerewat seperti sensins. Jenis personaliti yang ketiga iaitu THINKING yang merupakan sejenis personaliti yang suka berfikir dan mempunyai bukti dalam membuat sesuatu keputusan manakala FEELING pula adalah seseorang individu yang membuat keputusan mengikut emosi dan moral semata-mata. Jenis yang terakhir iaitu JUDYING yang merupakan individu yang suka mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam membuat sesuatu keputusan berbeza dengan individu yang bersifat PERCEIVING iaitu yang melakukan sesuatu keputusan dengan slumber serta tidak ambik kisah. Kesimpulan daripada pembelajaran pada minggu ini yang dapat saya nyatakan adalah apabila saya mengetahui kesemua maksud personaliti ini,saya dapat mengetahui saya adalah sesorang individu yang THINKING, JUDGING, INTUITIVE dan INTRIVERT. |
Friday, 24 September 2010
A130691 NORAIDA LJ09
A134381 Abu Bakar LJ09
dalam meneruskan pembelajaran dalam kursus pengurusan emosi setelah bercuti
selama 2 minggu menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tajuk pengurusan emosi pada
minggu ini ialah Emosi, Personaliti Dan Tingkahlaku. Tajuk kuliah pada minggu
ini begitu menarik sekali minat saya kerana saya dapat mempelajari mengenai
personaliti diri dengan lebih mendalam. Sehubungan dengan itu, kita dapat
ketahui hubungan antara emosi manusia dan personaliti yang akan ditonjolkan.
Maka dengan itu, jika emosi seseorang itu terganggu, maka ia akan menjejaskan
personaliti kita sekaligus dapat memberikan impak yang buruk pada diri kita.
Daripada pembelajaran, kita dapat memahami lebih dekat mengenai emosi dengan
mengikut jenis dan intensiti
Sehubungan dengan itu, pada permulaan kuliah kami telah menonton video mengenai
dua personaliti yang berbeza iaitu Type A dan Type B. Melalui tontonan video
tersebut kami dapat membezakan antara dua jenis personaliti berikut antaranya
jika Type A merupakan seorang yang sempurna seperti mereka ini seorang yang
rajin, suka menepati masa, berdisiplin dan sentiasa berfikir dan membuat
keputusan yang mudah manakala Type B pula, seorang yang gagal, iaitu seseorang
yang teburu-buru, seorang yang suka menangguh kerja, dan lain- lain. Selain itu,
emosi mempunyai tiga komponen yang utama iaitu perasaan, perubahan tubuh dan
kecenderungan tindakan seseorang. Jadi perbezaan ini dapat dikaitkan dengan
personaliti individu itu sendiri yang dipengaruhi oleh emosi yang ada pada masa
tertentunya tidak dapat dihalang.
Dalam konteks personaliti, terdapat pelbagai teori yang dikemukakan. Salah satu
daripadanya adalah Myer-Briggs Type Indicator (MBTI). MBTI adalah satu instrumen
yang digunakan secara meluas untuk mengukur tahap dan jenis personaliti setiap
individu. Ia diklasifikasikan kepada empat bahagian iaitu eksrovert vs introvert
(E dan T), sensing vs intuitive (S dan N), thingking vs feeling (T dan F) dan
judging vs perceiving (J dan P). Teori jenis ini menerangkan personaliti
individu apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan ataupun dengan orang ramai.
Bagi kesemua jenis-jenis personaliti yang telah dikemukakan oleh Myer-Briggs
Type Indicator (MBTI) Dr Zamri telah membuat ujian bagi setiap pelajar di dalam
kelas untuk mengetahui tahap personaliti masing-masing. Maka dengan menjalani
beberapa ujian, kami dapati setiap individu mempunyai tahap personaliti yang
berbeza. Apa yang dapat kita simpulkan, bagi personaliti Extroverted ialah bagi
mereka yang suka menonjol dalam kalangan orang ramai, seorang yang sosial dan
seseorang yang suka bergaul dan mudah dikenali manakala personaliti introverts
pula merupakan seorang individu yang pendiam,pemalu dan kurang bergaul dengan
orang ramai dan ada masa tertentunya lebih suka bersebdirian di tempat yang aman
tanpa gangguan. Setelah membuat ujian tersebut didapati didalam kuliah, Dr Zamri
dapati kebanyakan mereka merupakan seorang yang Introverted.
Berbeza pula dengan intuitives dan sensitives, sifat intuitive ini adalah
berkaitan dengan individu itu tidak suka akan perkara-perkara remeh dan melihat
sesuatu itu hanya secara global manakala personality sensitives pula ialah
seorang yang sangat praktikal, memberikan sepenuh perhatian dan membuat kerja
dengan teliti. Sebagai contoh, jika dia terpilih sebagai ketua kumpulan maka dia
akan berusaha sedaya upaya akan membuat kerja tersebut dengan lebih teliti dan
efisien. Melalui thingking vs feeling pula, thinking lebih mencirikan sifat
suka menggunakan alasan dan logik sebagai sumber utama penyelesaian masalah dan
feeling pula lebih bersifat emosi dan menggunakan kata hati. Terakhir adalah
judging vs perceiving. Judging adalah sifat yang sukakan sesuatu kehidupan yang
teratur dan berstruktur. Kebanyakan individu jenis ini, kehidupan mereka adalah
lebih teratur berbanding individu yang bersifat perceiving. Perceiving adalah
individu yang bersifat spontan dan kehidupan mereka adalah jenis fleksibel dan
tidak teratur.
Terdapat lima model yang diperkenalkan,iaitu dikenali dengan The Big Five Model
iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional
stability dan openness to experience. Extroversion merujuk kepada keselesaan
seseorang mengenai sesuatu perhubungan manakala agreeablenesspula merujuk kepada
kecenderungan individu itu berbeza daripada orang lain. Selain
itu, conscientiousness pula merujuk kepada individu yang boleh diharap dan
kebolehan seseorang dalam menangani tekanan tergolong dalam modelemotional
stability. Openness to experience pula adalah jenis individu yang terbuka untuk
menerima atau mengalami sesuatu perubahan dalam hidup mereka. Kesimpulannya,
setlah mempelajari tajuk ini saya dapat mengenali personaliti sebenar saya
sekaligus dapat memperbaiki kelemahan dalam diri setiap individu itu sendiri.
A128283 HAFIZAH LJ09
| ||||||
A128782azlin LJ09
Assalamualaikum dan salam sejahtera…….
Emosi dan personaliti merupakan tajuk pada minggu ini…. Adakah emosi dan personality seseorang itu berkait antara satu sama lain? Pernakah kita perhatikan dan memerhatikannya? Jika ya apa jawapan anda?hehehe macam soalan pula ya…
Seringkali kita mendengar bahawa personaliti begitu penting kepada seseorang kenapa?kerana dengan personality yang menyakinkan, tegas dan sebagainya menyebabkan diri sentiasa berkenyakinan. Atas dasar ini emosi dan personality mempunyai hubung kait yang amat rapat sekali. Jika kita merasakan personality seseorang itu baik dan mengagumkan pasti ketika itu emosinya berada dalam keadaan stabil. Hal ini kerana dengan emosi yang baik menyebabkan orang yang berada disekeliling kita berasa selesa dengan kita.
Terdapat 3 kompenan utama emosi yang diterangkan iaitu perasaan(subjective feelings), perubahan tubuh(bodily changes), dan kecenderungan tindakan(action tendencies). Melalui personalii seseorang dapat mengetahui dan mengklasifikasikan karakter seseorang samada, seorang pendiam, peramah atau seumpamanya. Untuk mengklasifikasikan karakter seseorang boleh dilakukan mengikut kaedah Myers-Briggs iaitu extroverted or introverted, sensing or intuitive, thinking or feeling, and judging or perceiving.
Extroverted boleh difahami ialah sesorang yang mempunyai sifat suka bergaul dan tegas manakal introverted pula mempunyai sifat sebaliknya iaitu seorang yang senyap dan pemalu. Seseorang yang mempunyai sifat extroverted ini kebiasaannya mampu menyesuaikan diri ditempat baru dengan lebih cepat seperti contoh dapat menyesuaikan diri di UKM walaupun baru beeberapa hari berada disini. Hal ini kerana mereka mempunyai sikap peramah dan senang berkomunikasi dengan orang lain. Berbanding dengan introverts kerana sikap senyap dan pemalu menyebabkan sukar untuk menyesuaikan diri dan memerlukan tempoh masa yang panjang untuk menyesuaikan diri . ini menyebabkan mereka sentiasa berseorangan.
Kedua ialah sensing types iaitu seseorang yang focus akan sesuatu perkara. Kebiasaannya orang yang tegolong dalam kumpulan ini bersifat cerewet dan melakukan sesuatu kerja itu dengan sempurna. Maka berhati-hatilah dengan ketua atau majikan anda nanti. Walaubagaimanapun hasilnya adalah amat memuaskan dan baik sekali. Berbanding dengan intuitive yang sentiasa tenang dalam melakukan sesuatu dengan tidak tergesa-gesa. Maka emosi pekerja dibawahnya sentiasa stabil dan tidak tertekan seperti dengan yang mempunyai sikap sensing types akhirnya kerja yang dilakukan juga akam memuaskan disamping keadaan emosi yang stabil.
Seterusnya ialah thinking types dan feeling. Orang yang tergolong dalam thinking types ini biasanya sentiasa memikirkan sebab dan logiknya dalam membuat sesuatu idea atau dalam menyelesaikan masalah. Mereka juga kreatif dalam mereka bentuk alatan baru. Sebagai contoh mereka robot untuk menjadikannya pembantu rumah. Dari segi logiknya adakah mampu sesebuah robot itu menjadi seperti itu? Maka orang sentiasa berfikir akan sentiasa berfikir dan mereka ciptanya. Manakala feelin types pula amat bergantung kepada emosi dan perasaan. Sebgai contoh akan berasa sedih akan mala petaka yang terjadi kepada seseorang dan sering kali untuk membuat sesuatu keputusan itu bergantung kepada emosi. Dan ini amat bahaya kepada seorang hakim kerana jika emosinya terganggu akan menyebabkan kesilapan dalam menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Oleh itu dia mestilah berada dalam emosi yang stabil sebelum membuat sebarang atau menjatuhkan hukuman.
Akhir sekali ialah judging types dan perceiving types. Perbezaan yang paling ketara antara kedunya ialah judging bersikap bersistematik dalam sebarang keadaan samada dalam penyimpanan data atau sebagainya. Berbeza dengan perceiving yang mana berkeadaan kelam kabut dalam semua urusan.
Kesimpulannya kita dapat menilai diri kita selepas menjalankan MBTI ini.
A 130854 Rafidah LJ 09
Assalamualaikum w.b.t... dan Salam Sejahtera….
Pada 22 September 2010 yang lalu, pengkuliahan telah pun bermula seperti biasa walaupun kita masih lagi berada dalam 'mood' raya. Bagi jurnal pembelajaran kali kesembilan ini tajuk emosi, personaliti dan tingkahlaku telah dibincangkan. Manusia adalah berbeza dari segi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Sebagai contoh, banjir besar yang berlaku di Pakistan. Kebanyakkan masyarakat begitu simpati dan tersentuh dengan kejadian yang menimpa di negara itu. Mereka dapat merasakan apa yang dirasai oleh penduduk di Pakistan. Mereka juga bersimpati dan sanggup menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk di negara itu.
Walaubagaimanapun masih juga terdapat segelintir masyarakat yang menganggap bencana di Pakistan itu adalah perkara biasa. Bagi mereka, ada hal lain yang lebih besar dan memberi erti yang lebih mendalam kepada emosi mereka. Oleh yang demikian, emosi dan personaliti berguna dari segi untuk membezakan seseorang individu itu. Emosi dan personaliti berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek (affects). Personaliti pula adalah kombinasi daripada sifat-sifat psikologi yang kita gunakan unuk mengelaskan seseorang itu mengikut terma atau syarat-syarat terentu seperti senyap, pasif, agresif dan lain-lain lagi.
Kuliah pada minggu ini turut membincangkan dua jenis teori iaitu 'Teori Myers-Briggs Type Indicator' (MBTI) dan juga 'The Big Five Theory'. MBTI merupakan insrument yang banyak digunakan dan merupakan salah satu daripada bahan komersial. Terdapat empat pecahan kumpulan di dalam MBTI dan setiap satu kumpulan tersebut di bahagikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama 'Extraverted Characteristics' dan juga 'Introverted Characteristics'. Ciri-ciri yang terdapat pada 'Extraverted Characteristics' adalah seorang yang suka menonjolkan diri, seorang yang suka bersosial, suka bercampur dengan orang lain, tegas dan berorientasikan orang lain. Manakala ciri-ciri yang terdapat di dalam 'Introverted Characteristics' pula adalah seorang yang pendiam, suka bersendiri, tidak suka bergaul dengan orang lain, banyak berfikir, dan juga suka 'one to one communication'.
Kumpulan kedua mengandungi 'Sensing Characteristics' dan 'Intuitive Characteristics'. 'Sensing Characteristics' merupakan seorang yang berfikir mengenai masa sekarang, mempunyai ingatan yang terperinci, memperbaiki sesuatu berdasarkan pangalaman masa lalu, menyukai arahan yang jelas dan mendapat maklumat melalui lima deria yang ada pada seorang manusia. Manakala 'Intuitive Characteristics' pula merupakan seorang yang berfikir untuk masa depan, mempunyai daya imaginasi yang tinggi, cuba memahami sesuatu teori dan mengikut apa yang dijelaskan dan juga merupakan seorang yang mempunyai 'sixth sense'.
Kumpulan yang ketiga merupakan 'Thinking Characteristics' dan 'Feeling Characteristics'. 'Thinking Characteristics' merupakan seorang yang membuat penilaian secara teperinci, menganggap konflik sebagai lumrah hidup dan sering berlaku. 'Feeling Characteristics' pula merupakan seorang yang memikirkan kebajikan, bermuafakat, mementingkan perasaan dan juga nilai dan menganggap konflik adalah racun.
Kumpulan terakhir adalah 'Judging Characteristics' dan 'Perceiving Characeristics'. 'Judging Characteristics' merupakan seorang yang banyak merancang, memberikan sepenuh komitmen terhadap tugasan yang diberikan, dan juga seorang yang sistematik dan kemas. Manakala 'Perceiving Characeristics' pula adalah seorang yang menganggap tugasan sebagai suatu keseronokkan, suka menyiapkan tugasan di saat-saat akhir dan tidak suka akan komitmen.
Saya juga turut mengambil ujian ini, dan hasilnya saya mendapat item 'ISFP'. Huraian bagi individu yang mendapat 'ISFP' ialah seorang yang mengambil berat, lebih suka membuat sesuatu tindakan (action) daripada berkata-kata, seorang yang praktikal dan merupakan seorang yang 'spontanous'.
"Lelaki terpikat dengan wanita melalui PARAS RUPA terlebih dahulu sebelum personaliti"
&
"Wanita terpikat dengan lelaki melalui PERSONALITI terlebih dahulu sebelum paras rupa"
Sekian,,,, Wassalam......#
A129205 FATHANAH LJ09
Rabu, 22 Oktober 2010, seperti biasa jam 4 hingga 7 petang, kuliah pengurusan emosi diadakan. Kuliah pertama untuk kelas pengurusan emosi yang dihadiri selepas pulang berhari raya selama 2 minggu. Tajuk yang dipelajari pada hari ini adalah mengenai emosi, personaliti dan tingkah laku. Wah tajuknya sangat menarik hati saya untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam kerana mungkin dengan ilmu yang saya peroleh pada hari ini dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian . Emosi sangat berkait rapat dengan personaliti, kerana emosi yang positif akan menggambarkan personaliti yang baik, dan emosi yang negatif pula akan menunjukkan personaliti yang tidak baik. Sebelum itu terdapat dua objektif utama mengenai emosi, personaliti dan tingkah laku iaitu memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti dan memahami perhubungan di antara emosi, personaliti dan tingkah laku.
Berbalik kepada topic kuliah, maksud personaliti yang dapat dikaitkan disini ialah kombinasi sifat-sifat psikologi yang kita gunakan untuk mengkelaskan dan menggambarkan seseorang dalam ciri-ciri seperti perasaan tenang, pasif, keras dan agresif. Terdapat tiga komponen utama emosi iaitu yang pertama adalah berkaitan dengan perasaan subjektif yang berbeza atau kesannya (associated with distinct subjective feelings or affects). Komponen yang kedua ialah perubahan tubuh yang berlaku di sistem saraf (accompanied by bodily changes mostly in the nervous system) dan yang komponen terakhir iaitu yang ketiga ialah kecenderungan atau tindakan yang berbeza serta peningkatan kebarangkalian tentang perilaku yang tertentu (accompanied by distinct action tendencies or increases in probabilities of certain behaviours).
Terdapat petunjuk yang telah dicipta oleh Myers-Briggs. Jenis petunjuk Myers-Briggs ini adalah yang paling banyak digunakan untuk instrumen dalam menilai keperibadian individu di seluruh dunia. Keperibadian individu itu dinilai dalam beberapa jenis contohnya seperti ekstrover (extroverted) atau introvert (introverted) (E or I), deria (sensing) atau intuitif (intuitive) (S or N), berfikir (thinking) atau perasaan (feeling) (T or F) dan menilai (judging) atau mengamati (perceiving) (J or P). Saya difahamkan setiap petunjuk ini ada penerangan yang berbeza seperti extroverted dikaitkan dengan sikap yang lasak, ramah dan tegas berbanding dengan introverted yang dikaitkan dengan individu yang bersifat malu, senyap dan kurang bergaul. Manakala sensing pula dikaitkan dengan tingkahlaku seperti praktikal, dan lebih gemar kepada benda yang lebih rumit berbanding dengan sikap intuitive yang lebih tidak gemar kepada benda-benda yang rumit. Petunjuk seperti thinking pula lebih kepada individu yang gemarkan menggunakan akal dan logik dalam menangani masalah berbanding individu yang bersifat feeling yang banyak bergantung kepada sifat-sifat peribadi dan sedikit beremosi. Dan petunjuk yang terakhir ialah judging, individu yang bersifat seperti lebih gemarkan kawalan dan suka menilai antara baik dan buruk berbeza dengan sikap individu yang perceiving yang lebih kepada sikap yang fleksibel dan spontan. Semasa di dalam kelas En Zambri telah mengarahkan setiap pelajar untuk membuat kuiz penilaian peribadi mengikut petunjuk yang telah diberikan, saya telah memilih petunjuk iaitu ESTP.
Selain itu, terdapat juga model yang dikenali sebagai Big-Five Model. Model ini terdapat lima komponen yang utama iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability dan openness to experience. Extroversion merujuk kepada tahap keselesaan seseorang terhadap sesebuah hubungan yang terjalin. Agreeableness merujuk kepada kecenderungan individu untuk tunduk dan patuh kepada orang lain.Conscientiousness merujuk kepada kebolehpercayaan seseorang individu itu terhadap orang lain melalui sikap yang berhati-hati. Manakala Emotional stability merujuk kepada kemampuan atau keupayaan seseorang individu menangani tekanan dan yang terakhir Openness to experience merujuk kepada kepentingan individu dengan daya tarikan yang baru.
Kesimpulannya, seseorang individu itu amat berbeza dari segi emosi dan perasaan walaupun seseorang itu mengalami sesuatu peristiwa yang sama dan perbezaan itu dikaitkan dengan personaliti individu tersebut, ini kerana emosi dan personaliti serta tingkah laku individu amat berguna untuk membezakan sikap manusia.
A127856 EAISHAH LJ09
Salam syawal…selamat hari raya maaf zahir batin di ucapkan kepada semua. Rasanya masih tidak terlambat untuk saya ucapkan. Walaupun kita sedang berada dalam bulan yang semua orang sibuk bercerita mengenai hari lebaran,namun kuliah pengurusan emosi tetap dijalankan seperti biasa. Oleh itu,menjadi tanggungjawab bagi saya untuk menghadiri kelas dan membua tugasan yang diberikan. Pembelajaran pada minggu ini amat menarik, iaitu berkenaan emosi dan personaliti. Pembelajaran ini memberi info kepada saya bahawa personality juga dipengaruhi oleh emosi.
Apa yang dimaksudkan dengan personaliti?. Oleh itu, saya akan menerangkan apa yang dikatakan sebagai personaliti. Personality atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara definisai lain yang merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seserang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan. Personaliti ini merangkumi satu penyusunan dianatara factor-faktor seperti biologi, psikologi, dan sosiologi. Bagi proses sosiologi berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personality. Personality yang baik dan sesuai dengan keadaan memudahkan kita menyuaikan diri dengan keadaan atau persekitaran yang baru..
Sebagai contoh, apabila kita berada dalam satu kawasan yang baru, pastinya emosi, pemikiran dan perlakuan kita perlu disesuaikan dengan keadaan atau situasi baru tersebut. Apabila kita tidak dapat menysuaikan dengan keadaan baru itu, kita akan berasa tidak gembira, dan akan timbul emosi-emosi yang negatif. Dalam pembelajaran pada minggu ini juga membincangkan tentang tiga kompenan uatama emosi yang melibatkan personaliti. Pertama ialah perasaan, kedua perubahan tubuh, ketiga kecenderungan. Contohnya, apabila perasaan kita menyatakan kita berasa lapar,menyebabkan perubahantubuh yang menyebabkan kita akan bertindak pergi mencari kedai makan. Setelah sampai dikedai makan kita akan cenderung untuk membeli makanan yang kita rasa ingin makan. Itu merupakan contah yang mudah untuk menunjukan contoh komponen utama emosi.
Walau bagaimana pun, manusia berbeza-beza dari segi reaksi emosi walapun pada peristiwa yang sama dan berkaitan dengan personaliti individu. Setiap orang mempunyai rasa minat dan pandangan yang berbeza- beza. Selain itu juga, emosi dan personaliti berperanan dalam menentukan reaksi terhadap sesuatu perkara. Personaliti dalam diri seseorang pasti ada sifat peramah dan juga pemalu. Hal ini juga berkaitan dengan emosi. Contohnya apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik dan yakin, kita akan jadi peramah apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali. Keadaan ini berbeza apabila kita kurang keyakinan untuk berjumpa dengan orang yang baru dikenali, perasaan atau emosi pemalu lebih dalam diri kita.
Disamping itu, personality kita juga akan sensitive atau peka terhadap sesuatu perkara yang kita anggap penting dan kita sayang. Contohnya kita lebih sensitive terhadap kedua ibu bapa kita berbanding orang yang kurang kita sayangi. Kita juga akan menggunakan alas an yang lebih logic untuk menyelesaikan masalah. Perkara ini bertentangan apabila kita menyelesaikan masalah berdasarkan perasaan dan emosi. Apabila kita menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan emosi dan perasaan secara tidak langsung otak kita tidak dapat berfikir secara baik dan tidak dapat berfikir dengan bagus.
Dalam pembelajaran pada minggu ini juga, menembah penhetahuan saya mengenai kunci keperibadian Attributes. Dalam kunci keperibadian ini, membincangkan mengenai Lokus kawalan. Perkara ini melibatkan kepercayaan bahawa hidup ini dikendalikan oleh diri kita sendiri bukan nya dikendalikan oleh orang luar. Semestinya, apa sahaja yang kita lakukan adalah tindakan yang dilakukan oelh diri kita sendiri, hanya kadang-kala perkara tersebut adalah dipengaruhi oleh persekitaran seperti kawan-kawan dan persekitaran di sekeliling kita. Dalam kunci keperibadian ini juga ada menyatakan tentang Machiallianism, iaitu kecenderungan untuk memanipulasi dan memelihara emosional. Tambah pula dengan self-esteem yang menyatakan tentang suka atau tidak pada diri sendiri. Sepertinya kita perlu lah suka apa yang ada pada diri kita, iaitu melibatkan kelebihan yang terdapat dalam diri kita. Disamping itu juga, jika kita mempunyai kelemahan kita berusaha untuk mengatasinya supaya kita dapat jadi individu yang berkebolehan.
Kesimpulan yang dapat diberikan berkenaan pembelajaran pada minggu ini adalah emosi lebih bergantung pada situasi atau keadaan yang dialami oleh kita. Disam[ing itu juga, tret emosi dalam diri individu juga pada kebiasaan nya mempunyai pola reksi emosi yang konsisten dalam banyak situasi. Pembelajaran pada minggu ini begitu menarik untuk kita pelajari.
A132516 ctzara LJ09
|



