Friday, 20 August 2010

A126968 Liyana LJ05

Salam sejahtera…..pada minggu ini saya telah mempelajari tentang tajuk baharu yang menjadi satu pembaharuan bagi saya iaitu tajuk berkenaan dengan emosi berdasarkan teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Tajuk-tajuk ini amat sukar bagi saya kerana, susah untuk memahaminya berdasarkan penggunaan bahasa Inggeris Ketiga-tiga teori tersebut mempunyai perbezaan antara falsafah-falsafah mereka sendiri seperti bagi teori psikologikal oleh pemikir James-Lang, Cannon Bard dan Psychobiological theories. Bagi James Lang Theories, beliau mengatakan bahawa emosi berproses melalui daripada situasi-reaksi tubuh-perasaan. Hal ini bermakna, emosi tersebut munsul selepas perkara itu terjadi. Bagi Cannon-Bard Theories pila, proses emosi berlaku apabila situasi-emosi-pergerakan. Berbeza dengan JLT, beliau mengatakan selepas berlaku tragedy, barulah sesuatu emosi itu muncul dan kemudiannya disertai dengan pergaran tubuh badan seperti berlari. Selain itu bagi teori Psycobiologikal pula mengatakan bahawa peoses emosi terjadi ketika menerima fear-rage-panic-expectancy. Jack Panskepp mengemukakan bahawa kejadian emosi terkejut ini mempunyai 4 keadaan berbeza dengan JLT dan CBT. Pada pendapat saya, saya memilih teori CBT kerana, secara lahiriahnya teori tersebut menyamai apa yang selalu berlaku kepada saya.

 Akan tetapi teori bagi PBT juga menjadi salah satu pilihan saya. Ini kerana penggunaan neurotransmitter memperlihatkan bahawa apabila saya memegang sesuatu yang panas, tiba-tiba tangan saya akan bertindak dahulu barulah emosi yang timbul. Hal ini kerana, suatu saraf menjalankan tugas lebih cepat untuk mentafsir ke otak supaya mengarahkan tangan kita serta-merta tarik daripada memegang benda panas tersebut. Emosi tertekan akan muncul selepas itu kerana sama ada tangan kita melecur ataupun panas sementara.

Tajuk yang seterusnya ialah tentang Cognitive. Sub-sub untuk tajuk kognitif ini adalah cognitive labeling theory, yang bermaksud pemikiran yang boleh menjelaskan sesuatu. Ini adalah salah satu sub-sub yang saya gemar mendengar pada ketika kelas dijalankan. Hal ini kerana, peranan kognitif telah banyak menentuakan sesuatu tanggapan emosi dari segi positif dan negative. Contoh tajuk yang saya pelajari di bawah tajuk kognitif ini ialah Misattribution. Emosi adalah kesilapan dalam tanggapan. Saya belajar dan saya mengetahui bagaimana sesuatu emosi menjadi sesuatu tanggapan kepada orang lain. Ia dengan cara melalui teori Schachtus Cognitive Labeling mengemukakan tentang tefsiran terhadap tindakan psikologikal adalah tanda-tanda yang kita lihat dan juga melalui pengalaman-pengalaman lepas. Rangsangan tersebut membuatkan anda akan melabelkan sesuatu emosi itu. Teorinya ialah, reaksi tubuh-emosi+penilaian kognitif. Bagi Common Sense Theories pula ialah mengemukakan kognitif melalui proses situasi-emosi-body reaction. Ia lebih kepada situasi semasa.

Pada pendapat saya, penyangkaan sesuatu emosi adalah satu kesilapan dan bukan satu kesilapan. Kesilapan adalah punca daripada pemikiran yang suka mendatangkan sesuatu konflik, manakala bukan satu kesilapan pula adalah punca daripada aspek pengalaman dan ingatan yang pernah dilalui oleh seseorang tersebut. Ssterunya ialah, saya telah mempelajari tentang Transfer of Excitation. Proses ini dilakukan dalam situasi emosi dalam sesuatu keadaan yang lain yang tidak berkaitan. Ini jelas menunjukkan melalui komponen-komponen tertentu tentang transfer excitation ini iaitu penilaian kognitif berdasarkan desakan dan hasilnya adalah melaui body reaction.

Contah yang saya dapat lihat ialah peranan sorang suri rumah, iaitu Ibu saya. Ibu saya seorang suri rumah dan bekerja bengemas rumah, membasuh dan memasak setiap hari. Pada suatu hari, semasa beliau penat membuat kerja tersebut, saya hanya mengatakan sesuatu hal yang kecil dan membuatkan ibu say tidak setuju tetapi dengan tiba-tiba ibu saya membuatkan hal tersebut menjadi masalh besar dan beliau marah kepada saya. Rupa-rupanya barulah saya tahu bahawa seseorang yang letih, kita tidak boleh untuk mengajak untuk berbual perkara-perkara yang rumit dan perlu masa yang sesuai untuk memberitahunya. Ini akan menyebabkan transfer excitation berlaku. Oelh itu cara untuk coping process adalah, kita perlu meajukan sesuatu yang membuatkan beliau terhibur kembali, contohnya, menenangkan hatinya dan mengimbau kembali kenangan lama yang sentiasa menjadi bahan ketawa bagi menaikkan emosi mereka kepada positif.end#

 


a133832 nurul lj05

Salam Ramadhan dan salam satu Malaysia saya ucapkan. Tanpa disedari, sudah dua minggu umat Islam di seluruh pelusuk dunia mengerjakan ibadah puasa, bermakna lagi dua minggu kita akan menyambut Hari Lebaran. Sebagai seorang mahasiswi tahun satu, saya sudah mula merasakan bahawa sesi pembelajaran semakin susah dan memerlukan pemahaman yang mendalam. Tarikh 18 hari bulan 9 merupakan kelas pengurusan emosi minggu ke-enam dan pada kali ini kami didedahkan pula dengan teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik di bawah tajuk pengalaman emosi (The Experience of Emotion). Terdapat lima teori utama dalam pengalaman emosi iaitu subjective feelings (apa yang difikirkan oleh minda), cognitive appraisal (tahap yang diberi oleh minda terhadap sesuatu emosi), physiological arousal (perubahan fisiologi), motor expression (gerak bahasa tubuh), dan motivational tendencies (tindakan berasaskan emosi).

Teori fisiologikal menerangkan tentang emosi yang dizahirkan merupakan hasil tindak balas otak dan system saraf. Terdapat tiga teori yang diketengahkan iaitu James-Lang theory, Cannon- Bard theory dan Psychobiological theory. Teori James-Lang merupakan teori pngalaman emosi yang tertua dan membuat hipotesis menyatakan bahawa reaksi fisiologikal terhadap ransangan dicetuskan oleh emosi. Sebagai contoh, saya pernah bertembung dengan seorang lelaki gila ketika dalam perjalanan ke kelas komputer bersama rakan-rakan dan kami memecut basikal kami sekuat hati supaya cepat ke kelas dan selamat apabila melihat lelaki tersebut ingin mengejar kami. Sampai sahaja di kelas, jantung kami berdebar-debar kerana terlalu takut dan keletihan. Kejadian ini dapat dilihat bahawa emosi timbul apabila adanya gerak bahasa tubuh setelah menghadapi sesuatu situasi yang manakutkan dan sebagainya.

 

Manakala Cannon-Bard pula mengkritik teori James-Lang dengan menekankan bahawa sistem organ yang menjadi pencetus reaksi emosi bertindak amat perlahan dan gerak bahasa tubuh akan berlaku  selepas emosi reaksi. Degupan jantung, tekanan darah dan sistem pencernaan langsung tidak memberi petunjuk terhadap emosi. Tindak balas fisiologikal pula terlalu perlahan untuk menjadi pencetus kepada reaksi emosi. Seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan tertentu dan mengalami emosi yang sama secara serentak. Oleh sebab itu,sekiranya seseorang itu takut akan ketinggian dan dia mendaki ke tempat yang tinggi, dia mungkin akan mengalami perasaan takut seterusnya persepsi emosi ini (takut) akan mempengaruhi tindak balas orang tersebut terhadap rangsangan (tinggi). Seseorang itu akan bertindak balas hanya selepas mengalami sesuatu emosi yang berkenaan. Contoh yang lebih jelas untuk saya menerangkan adalah, saya melihat seekor lipan yang besar di bilik ketika ingin menunaikan solat (situasi) dan berasa takut serta terkejut (emosi) lalu berteriak memanggil ayah saya (tindak balas).

 

Teori kognitif pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu Schacter's Cognitive yang bersetuju denagn  beliau setuju dengan teori James-Lang. Dalam teori ini, emosi akan lahir selepas reaksi gerak tubuh yang beserta denagn pemikiran kognitif sejurus selepas menghadapi sesuatu situasi. Kedua ialah Misattribution  yang nenyatakan sesetengah emosi manusia lahir akibat sebab yang tidak betul. Contohnya apabila seseorang wanita yang akan dating bulan emosinya akan mula terganggu seminggu sebelum dating bulan seperti mudah naik angin, sensitif dan cepat berang. Ketiga ialah bagaimana pemindahan kegembiraan kepada emosi lain dan yang terakhir ialah Cognitive appraisal yang menerangkan terdapat tiga komponen iaitu cognitive appraisal, action impulses, dan reaksi patterned somatic. Sebagai contoh, saya telah melihat satu kemalangan dan terus berfikiri, samada mahu menolong mangsa kemalangan atau meminta pertolongan dari orang lain. Seterusnya, reaksi patterned somatic dapat dijelaskan dengan memberikan contoh apabila kita berasa takut, berdebar-debar dan lapar, kita akan berpeluh dan manakala sekiranya kita suka akan sesuatu, kita akan senyum.

A132245 nur hasshimaa LJ05


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kelas Pengurusan Emosi kali ini, pada permulaan kelas kami telah didedahkan dan diperkenalkan dengan beberapa software untuk membuat video seperti CamStudio dan Camtasia. Software video ini akan digunakan ketika membuat kerja projek Pengurusan Emosi yang bakal saya buat secara berkumpulan. Kemudian, kuliah diteruskan dan kami kembali kepada teori-teori emosi yang lebih mendalam menjelang minggu keenam pengkuliahan ini iaitu teori-teori fisiologikal, kognitif, dan psikoanalitik. Berkenaan dengan pengalaman emosi, teori tidak ada menyentuh tentang perkara yang membuatkan kita gembira atau sedih. Mahupun tentang urutan kejadian ketika mengalami sesuatu emosi. Kebanyakan teori bersetuju bahawa emosi mempunyai beberapa komponen seperti perasaan subjektif, penilaian kognitif, physiological arousal dan motor expression (tingkahlaku).

Bagi teori-teori fisiologikal, menekankan bahawa emosi merupakan sesuatu yang pada dasarnya terhasil daripada otak dan sistem saraf.  Terdapat beberapa teoringn menyokong kenyataan tersebut seperti James-Lang Theory (JLT) dan The Cannon-Bard theory (CBT). JlT merupakan teori tertua oleh Willian James 1834 dan disokong oleh Carl Lange (1887) yang menyatakan bahawa reaksi fisiologi terhadap sesuatu ransangan akan mencetuskan emosi. JLT ini mengambil kira perubahan fisio di mana urutan perjalanan emosi itu bermula dari sesuatu keadaan atau situasi, maka berlaku lah tindakbalas perlakuan dan mencetuskan emosi.  Berbeza dengan 'common-sense theory' dimana bermula dengan situasi yang mencetuskan emosi kemudian barulah berlaku tindakbalas tingkahlaku.

Bagi The Cannon-Banrd Theory (CBT) pula, terdapat percanggahan dengan JLT dimana sistem organ pencetus tindakan emosi yang sangat perlahan kepada ransangan. Ini kerana menurut teori CBT ini, reaksi emosi merupakan proses yang cepat bertindak menurut sesuatu ransangan. Jantung dan perut tidak boleh menghasilkan pelbagai emosi. Kadar denyutan jantung, tekanan darah dan sistem penghadaman tidak mampu untuk menghasilkan emosi. CBT  mengusulkan bahawa ransangan dalaman dan luaran membawa kepada gerakan deria yang dihantar kepada otak kemudian kebolehan untuk merasai sesuatu emosi itu terhasil. Sebagai contoh, jika seseorang itu takut dengan ketinggian, dan apabila dia berada di tempat tinggi, dia akan menjadi takut dengan tiba-tiba kerana perasaan takut itu sudah disetkan dalam mindanya.

Bagi teori kognitif pula, ahli-ahli kognitif mencadangkan bahawa  pemikiran penting dalam menjana emosi seperti Schachter's Cognitive Labeling Theory (SCLT) yang menyokong teori tersebut dengan menyatakan bahawa apabila kita merasa sesuatu, minda akan menilai dan akan melabel secara spesifik emosi yang sedang dialami. Bagi teori Misattribution pula merupakan sesuatu kesilapan dalam sangkaan dengan menyatakan emosi disebabkan sesuatu punca sedangkan ia disebabkan oleh punca lain, seperti contoh kita menangis ketika menonton sesuatu cerita sedih, namun rupanya kita menangis kerana teringatkan seseorang ketika menonton cerita tersebut. Ini kerana ia bukanlah bangkitan fisiologikal yang sebenar secara terus oleh penghasilan sesuatu ransangan. Maka, kita akan menyangka emosi kita disebabkan oleh sesuatu perkara yang bukan punca sebenarnya. Maka ia perlu berbalik kepada pemikiran rasional kita untuk menilai dengan betul punca sebenarnya sebelum melakukan sesuatu tindakan.

A134329 NUR AFIFI LJ05

Pada minggu ke lima,saya di ajar tajuk 3 iaitu teori-teori fisiologikal,kognitif dan psikoanalitik. Pengalaman emosi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu teori psikoanalitis ,fisiologi berorientasi teori, dan juga teori kognitif. Fisiologi teori adalah teori fisiologi berorientasikan penekankan emosi yang datang dari otak dan sistem saraf. Antara pendekatan utamanya adalah James-Lang,Cannon-Bard,dan Psychobiological teori.

James-Lang merupakan teori yang terawal dalam pengalaman emosi yang di rumuskan oleh William James pada tahun 1884 dan disokong oleh Carl Lange (1887) dan hipotesis beliau adalah  reaksi fisiologi terhadap rangsangan akan mencetuskan emosi.

Pada kebiasaannya, apabila satu situasi berlaku,contohnya ternampak seekor anjing yang bengis,kita akan berasa takut,dan secara tidak lansung kita akan lari (situasi,emosi,reaksi tubuh). Ini adalah situasi yang selalu kita lalui. Tetapi menurut James ,situasi berlaku,kemudian berlaku reaksi tubuh,dan akhirnya terbitnya emosi (situasi,reaksi tubuh,emosi).

Teori yang kedua adalah the Cannon-Bard. Cannon dan Phillip Bard mencadangkan internal  atau rangsangan luaran menyebabkan impuls sensorik yang dihantar ke korteks otak dan  kemudian sensasi emosi yang dihasilkan.Sebagai contoh, jika kita terlihat seekor labah-labah (sebagai stimulus). Saya rasa takut (emosi) dan lari (reaksi).

Seterusnya teori psychobiological. Teori ini dikembangkan oleh Panksepp Jack (1982, 1992). Jack berpendapat dasar emosi yang berkaitan dengan litar neural yang khusus. Dia mencadangkan 4 emosi dasar  iaitu takut, marah, panik dan harapan. Panksepp juga menunjukkan bahawa neurokimia tertentu boleh dikaitkan dengan pelbagai sistem komando emosional, misalnya dopamine berkaitan dengan harapan dan asetilkolin dengan emosi marah.Tetapi teori ini mendapat kritikan orang lain antaranya James Averill (1982) yang mengatakan, "terancang" litar mungkin tidak cukup fleksibel untuk melayani sebagai asas neurologi untuk emosi.

Teori kognitif terbahagi kepada empat bahagian. Apa sebenarnya teori kognitif? Berdasarkan teori fisiologi, beberapa teori moden yang dicadangkan bahawa fikiran mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan membimbing emosi.Teori-teori yang dicadangkan, yang terdiri daripada empat bahgian iaitu pertama Schachter's Pelabelan Teori Kognitif, misattribution,'transfer of excitation',dan 'Cognitive appraisal theories'. Schachter menerima JLT tetapi memperkenalkan label kognitif. Menurut teori  Schachter , apabila satu situasi berlaku, reaksi tubuh akan berlaku dan kemudian datangnya emosi dan penilaian kognitif. Antara keempat-empat bahagian ,saya tertarik kepada 'transfer of excitation', di mana ada kajian dilakukan ,beberapa pemuda dikehendaki melintasi jambatan yang tingginya cukup tinggi. Kemudian, di tengah jalan mereka di temu bual oleh seorang wanita yang cantik.Daripada emosi takut,antara kalangan mereka ,emosi berubah,akhirnya suka kepada wanita tersebut.

 

Akhir sesi kuliah,saya belajar tentang perbezaan. Perbezaan yang pertama,tajuk besarnya iaitu teori pengalaman emosi ( teori physiological,teori kognitif,teori psychoanalytic), teori psychobiological (teori James-Lange,teori Cannon Bard, pendekatan psychobiological),teori kognitif(Schachter's Pelabelan Teori Kognitif, misattribution,'transfer of excitation','Cognitive appraisal theories') dan akhirnya perbezaan teori psychoanalystic. Minta maaf jika jurnal ini ada kekurangannya.Terima kaseh. Sekian..

A134147 Nurul LJ05

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Pada pertemuan baru-baru ini, saya telah mempelajari mengenai teori-teori fisiologikal,kognitif, dan psikoanalitik. Teori fisiologi menekankan emosi hasil daripada sistem saraf yang pertama bertindak terhadap ransangan atau stimuli. Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan teori fisiologi. Antaranya ialah teori James-Lang, teori Cannon-Bard, dan teori psikobiologi

    Teori James-Lang pada asalnya dihasilkan oleh William James pada tahun 1884. Kemudian teori ini disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887 dan ini telah menyebabkan terhasilnya teori James Lang seperti hari ini. Hipotesis bagi teori ini ialah tindak balas fisiologikal terhadap ransangan dimana akan mencetuskan emosi dan bukan keadaan sebaliknya. Contohnya, selepas peritiwa saya digigit anjing, apabila saya terserempak dengan anjing jantung saya akan berdegup kencang dan berpeluh dengan banyak kerana saya takut peristiwa yang sama berulang lagi.

     Menurut teori Canonn dan Philip Bard stimuli luaran atau dalaman mendorong mesej disampaikan melalui sistem saraf dan seterusnya melahirkan emosi. Seseorang akan bertindak terhadap stimuli tertentu dan dan mengalami emosi secara serentak. Ransangan dalaman atau luaran yang membawa kepada impuls –impuls deria yang dihantar ke korteks pada bahagian otak. Korteks akan menyekat tindakan pusat emosi separa sedar yang mungkin menyebabkan reaksi yang melampau.

     Seterusnya ialah teori psikobiologikal yang dihasilkan oleh Jack Panksepp (1982,1992). Teori ini mengatakan emosi asas manusia mempunyai kaitan dengan litar saraf di bahagian otak. Jack Panksepp juga telah mencadangkan empat dasar emosi iaitu marah, takut, panik, dan harapan.Sesungguhnya, hanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan dari apa yang saya faham daripada teori fisiologikal.

     Sekian.

A123875 NURUL LJ05

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari demi hari, bilangan monyet  di dalam UKM ku lihat bagaikan bertambah-tambah.  Apabila tiba saja waktu petang, ataupun yang lebih tepat lagi dalam lingkungan pukul 5.30-6.00 petang, monyet-monyet mula bertebaran mencari makanan.  Apa yang merisaukan,adalah apabila  monyet-monyet itu masuk ke dalam bilik untuk mengambil makanan, dan lebih menakutkan apabila ia menyerang manusia.  Hari ini (Jumaat) dua bilik yang berdekatan dengan bilikku telah dimasuki monyet.  Monyet-monyet itu kelihatan ganas dan tidak takut walaupun telah dihalau dengan menggunakan penyapu.  Kami pula yang menjadi takut dengan monyet itu.  Lantas aku teringatkan pengalamanku pada semester lepas, di mana bilikku juga telah dimasuki oleh monyet.  Semua bekalan makananku telah diambil oleh monyet yang bertuah itu.   

Situasi ini bolehku kaitkan dengan tajuk kuliah pengurusan emosi yang ku pelajari pada minggu ini.  Di dalam situasi di mana monyet itu memasuki bilik, emosi takut mula bertandang di dalam diri.  Kemudian, semasa ku gagahkan diri untuk menghalau monyet itu, jantungku berdegup dengan laju sekali dan kaki ku menggigil-gigil.  Ini adalah bertepatan dengan Common Sense Theory.  Namun, ia adalah bertentangan dengan James-Lange Theory di mana reaksi tubuh dahulu wujud, kemudian barulah emosi timbul. 

Seperti James-Lange Theory , Cannon-Bard Theory juga adalah salah satu teori fisiologikal, akan tetapi ia mengkritik James-Lange Theory.  Di dalam Cannon-Bard Theory, sistem organ yang mencetuskan emosi di mana ransangan dari dalam atau luaran akan dihantar ke otak kita dan emosi akan dihasilkan.  Sebagai contoh, jika seseorang takut pada ketinggian, dan dia pergi ke bangunan yang tinggi, dia akan rasa emosi takut.  Dan emosi takut itu akan menggerakkan fizikalnya. 

Walaupun kisah monyet-monyet itu merisaukan para pelajar, tetapi ada perkara yang lebih membimbangkan kami.  Kejadian kecurian yang berlaku di kolej-kolej sekitar UKM semakin menjadi-jadi.   Namun apa yang menghairankanku, bagaimana mereka ini begitu tegar untuk melakukan perbuatan jahat itu, sedangkan sekarang adalah bulan Ramadhan, suatu bulan yang manusia secara automatiknya ingin membuat kebaikan dan tinggalkan apa yang tidak disukai oleh Tuhan.  Tetapi, inilah dunia sekarang.  Aku mengakui, manusia sekarang sudah terlalu jauh dari Tuhan, jauh dari landasan agama sehinggakan mereka sanggup melakukan perkara yang dimurkai Tuhan.  Semoga kami, keturunan kami dan sesiapa sahaja yang bersama-sama dengan kami  dilindungi dari perkara-perkara yang Allah murkai. 

Di dalam teori kognitif, terdapat empat pembahagian teori iaitu Schachter's Cognitive Labeling, misattribution, transfer of excitation and cognitive appraisal.  Schachter's Cognitive Labeling adalah di mana peranan pemikiran menlabelkan jenis emosi yang dirasai. Maksud yang lainnya, penterjemahan respon fisikal adalah berdasarkan kepada pengalaman lepas dan situasi.  Contohnya, jika seseorang yang pernah diragut begnya oleh lelaki yang bertanya jalan (situasi), pengalaman lampau (penilaian kognitif) itu menjadi peranan untuk menstimulasikan  emosi takut jika sesiapa sahaja ingin bertanyakan jalan kepadanya.

Di dalam  cognitive appraisal, terbahagi lagi kepada Lazarus' cognitive appraisal dan Arnold cognitive appraisal.  Terdapat coping proses  (cara untuk mengatasi) di dalam Lazarus' cognitive appraisal, sebagai contoh, untuk peperiksaan yang akan datang ini, cara untuk mengatasi rasa risau adalah pertama, dengan meyakinkan diri supaya tidak bimbang (palliation). Kedua, adalah dengan belajar bersungguh-sungguh (direct action).  Sementara itu, Arnold cognitive appraisal pula adalah di mana pengalaman lampau dan jangkaan akan memandu penilaian kita.

"Hidup yang tiada kesusahan bukanlah sebuah kehidupan." Masa-masa di mana kita merasa susah, sakit dan sedih pasti akan datang, namun gunalah pemikiran yang rasional dan hadapilah ia dengan emosi yang positif untuk mengatasinya.  Semoga segala urusan kita dipermudahkannya..


A133541 Muhammad Hafiz LJ05

Pada jurnal kali ini, saya tidak mempunyai cerita untuk dikongsikan tetapi saya menerangkan mengenai pengalaman emosi yang telah saya pelajari pada kelas yang lepas. Baiklah, terdapat 3 teori mengenai pengalaman emosi ini iaitu teori fisiologi, teori kognitif dan teori psikoanalitik.

 

            Teori yang pertama, iaitu teori fisiologi. Melalui teori ini, emosi merupakan hasil daripada reaksi antara otak dan juga sistem saraf. Terdapat 3 pendekatan dalam teori ini iaitu teori James Lang, teori Cannon-Bard dan psikobiologikal. Teori psikologi tertua mengenai pengalaman emosi diformulasikan oleh William James pada tahun 1884 dan kemudian disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887. Setelah itu, teori tersebut dikenali sebagai James-Lange Theory (JLT) dengan mengeluarkan sebuah hipotesis iaitu reaksi fisiologi merangsang emosi. Teori yang dikeluarkan oleh James-Lange tidak dapat diterima oleh Walter Cannon. Beliau memberikan beberapa alasan iaitu sistem organ yang merangsang emosi memberikan reaksi yang perlahan terhadap stimulasi. Jadi bersama dengan Philip Bard mereka mengeluarkan sebuah teori iaitu emosi merangsang pergerakan fisiologi. Seterusnya teori psikobiologikal. Teori ini dikerluarkan oleh Jack Panksepp (1982,1992). Beliau mencadangkan bahawa interaksi 4 asas emosi, melahirkan emosi yang lain. Beliau juga mencadangkan bahawa bahan kimia neuro membantu dalam penghasilan emosi.

 

            Teori yang kedua pula iaitu teori kognitif. Terdapat 4 isu dalam teori ini iaitu Teori Schachter Label Kognitif, penyalahanggapan, pemindahan keterujaan, dan "cognitive appraisal theory". Teori Schachter, menyokong JLT tetapi beliau menambah penilaian kognitif pada tindakan fisiologi. Untuk penyalahanggapan pula, kita tidak seharusnya menganggap bahawa emosi yang dizahirkan itu disebabkan oleh reaksi fisiologikal. Pemindahan keterujaan menerangkan bahawa emosi semasa seseorang akan mempengaruhi emosi mereka selepas itu. Yang terakhir, "cognitive appraisal theory". Terdapat 3 bahagian dalam teori ini. Bahagian yang pertama menerangkan mengenai "primary appraisal"  dan "secondary appraisal". Bahagian kedua pula mengenai "action impulses". Hal ini merupakan proses kognitif terhadap sesuatu tindakan. Bahagian ketiga "patterned somatic reaction" menerangkan mengenai perubahan fisiologi seseorang terhadap sesuatu emosi. Kemudian ialah "coping process". "Coping process" ini merupakan tindakan yang mengurangkan stress. Terdapat 2 mekanisma dalam "coping process" iaitu "palliation" dan "direct action". "Paliation" ialah proses mempertahankan diri untuk memberi reaksi terhadap emosi. "Direct action" pula ialah tindakan mengikut emosi.

 

            Teori yang ketiga iaitu teori psikoanalitik. Teori ini berorientasi secara kognitif dan fisiologikal. Pengalaman perasaan ini dialami secara sedar. Hal ini tidak dipersetujui oleh Sigmund Freud. Beliau menganggap bahawa pengalaman emosi ini dialami secara tidak sedar. Keadaan kita tidak sedar  merupakan sumber kepada emosi dan motivasi. Hal ini ditekankan dalam emosi yang negatif.

 

            Jadi pada minggu ini saya telah mempelajari beberapa teori mengenai emosi. Teori-teori yang dikeluarkan ini dapat memberikan banyak manfaat kepada kita. Oleh yang demikian kita dapat memperaktikkan dalam kehidupan seharian.

A128283 HAFIZAH ABDULLAH LJ05

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan dan pensyarah yang dihormati..

Pada kuliah kali ini, pensyarah telah menyampaikan kuliah serta menerapkan beberapa contoh yang sangat rasional mengenai  pengalaman tentang emosi yang terbahagi kepada tiga iaitu teori-teori fisiologikal, kognitif, dan psikoanalitik.

                Teori evolusi tidak memperihalkan tentang apa yang membuatkan kita gembira dan sedih atas sebab apa, juga tidak memperihalkan kita mengenai babak kejadian yang spesifik untuk membuatkan kita merasai pengalaman dalam bermain dengan perasaan, dan teori ini juga tidak membicarakan mengenai hubungan antara perasaan dengan tingkah laku. Oleh yang demikian, teori utama dalam pengalaman tentang emosi bersetuju mengenai kenyataan bahawa emosi mempunyai beberapa komponen iaitu perasaan subjektif, penilaian kognitif, kebangkitan fisiologikal, pergerakan badan dan kecenderungan motivasi. Namun demikian, teori tersebut juga mempunyai perbezaan pendapat iaitu, kepentingan hubungkait komponen yang pelbagai dan urutan kewujudan komponen ini dalam satu keadaan yang berturutan termasuk tidak balas emosi. Selain itu, perbezaan pendapat mengenai teori-teori ini ialah berkenaan dengan teori-teori fisiologikal yang berkaitan dengan asas fisiologikal, teori kognitif, dan teori psikoanalalitik.

                Teori fisiologikal membicarakan tentang pakar orientasi-psikologi menegaskan bahawa emosi adalah pada awalnya ialah hasil daripada otak dan system saraf. Pendekatan major meliputi teori James-Lang, Cannon-Bard, dan teori psikobiologikal. Menerusi teori James-lang, teori pengalaman emosi yang paling lama diformulasikan oleh William James pada 1884. Teori ini disokong oleh Carl Lange pada 1887 dan menjadi Teori James-Lange. Oleh yang demikian, hipotesisnya ialah tindak balas fisiologikal adalah meransang emosi pencetus. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teori James-Lang mengkaji tentang reaksi tubuh apabila berhadapan dengan sesuatu perkara sekaligus mencetuskan pelbagai emosi yang berkaitan. Sebagai contoh, apabila seseorang itu takut kepada lipas dan terjumpa lipas tersebut di sesuatu tempat, pasti emosinya akan bertindak balas dengan segera dan menghasilkan perasaan takut sekaligus akan menyebabkan dia menjerit ketakutan serta melarikan diri daripada tempat tersebut.

                Teori yang seterusnya pula ialah berkenaan dengan teori yang disampaikan oleh Cannon-Bard iaitu yang berkaitan dengan kritikannya terhadap teori James-Lang. Antara kritikan yang dihujahkan terhadap teori James-Lang ialah, pertama, system organ yang menjadi pencetus tindak balas emosi bertindak dengan sangat perlahan untuk beransangan. Kedua, emosi bertindak balas dengan pantas mengikut ransangan. Hasil tindak balas emosi hadir terlalu lambat untuk menyebabkan emosi lambat direspon. Hati dan perut tidak boleh menghasilkan emosi yang pelbagai. Manusia yang system sarafnya dibedah masih boleh merasai perasaan yang wujud dalam dirinya. Oleh yang demikian, Cannon-Bard telah menghasilkan teori mereka yang dikenali  sebagai Teori CBT iaitu yang berkaitan dengan ransangan dalaman serta ransangan luaran menyebabkan impuls yang telah dihantar kepada korteks yang ada pada otak  dan emosi tentang perasaan mula terbentuk. Maka, ransangan serentak menyebabkan tindak balas kedua-dua bahagian iaitu badan dan emosi berkenaan perasaan mulai terbentuk. Oleh yang demikian, ketakutan terhadap ketinggian yang dihadapi oleh kebanyakan manusia akan jelas terbentuk apabila mereka menaiki bangunan yang tinggi. Seseorang itu akan merasai sesuatu ransangan terhadap perasaan mereka apabila mereka menghadapi pengalaman yang berkaitan dengan emosi mereka.

Kesimpulannya, teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh teori ini mengemukakan tentang rangsangan terhadap impuls yang menghasilkan emosi yang bertindak balas terhadap emosi seseorang. Emosi yang terlahir daripada rangsangan ini selalunya merupakan perasaan takut. Oleh yang demikian, pada pendapat saya, perasaan takut ini sebenarnya dapat diatasi jika seseorang itu mempunyai semangat yang kuat untuk mengatasinya.

Sekian, terima kasih. End#