Thursday, 30 September 2010

A133647 Fatin Ilyani LJ10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini merupakan hari Rabu, tanggal 29 September 2010 bersamaan dengan 20 Syawal. Seperti biasa pada hari rabu di setiap minggu, saya serta rakan-rakan yang mengikuti kursus Pengurusan Emosi ZT2253 menghadirkan diri ke kuliah dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mendalami ilmu berkaitan pengurusan emosi ini. Tajuk kuliah pengurusan emosi pada kali ini ialah Kebijaksanaan Emosi. Namun, pada kuliah kali ini, kami dihiburkan dengan beberapa video yang bermotivasi dan berfaedah. Saya sungguh tertarik dengan video yang ditayangkan itu sehingga ia dapat mengingatkan saya kembali kepada ibu saya yang telah bersusah-payah selama ini membesarkan dan membimbing saya. Kemudian kami dikehendaki menjawab beberapa soalan kuiz yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari pada kali ini. Kuiz ini berbentuk visual yang menunjukkan imej wajah seseorang dalam beberapa emosi yang berlainan dan kami dikehendaki memadankan imej tersebut dengan emosinya. Antara objektif pembelajaran ialah memahami makna pengurusan emosi, memahami pengaplikasian teori-teori emosi bagi mengurus emosi, memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan dan kematangan emosi dan memahami konsep kebijaksanaan dan kematangan emosi.

Pengurusan emosi merujuk kepada cara-cara manusia mengurus dan mempengaruhi perasaan mereka sendiri serta ekspresi dan juga cara-cara mereka mempengaruhi perasaan orang lain. Emosi dapat dikenal pasti melalui mimik wajah dan juga dari intonasi suara. Sifat emosi juga berubah-ubah mengikut situasi. Emosi mempunyai darjah intensiti yang berubah mengikut tempat sepertimana yang dinyatakan dalam Teori Tahap Adaptasi yang menyatakan emosi boleh berubah dengan cepat. Emosi boleh berubah mengikut perjalanan pemikiran seseorang individu. Emosi bermula dengan bagaimana kita mempersepsi sesuatu perkara dan situasi juga boleh mengubah emosi seseorang. Emosi hanya terbit apabila ada rangsangan berkaitan, jika rangsangan hilang, emosi akan menjadi kurang aktif. Emosi boleh berperanan sebagai pendorong  kepada tingkah laku, ia juga berkait rapat dengan personaliti.  Emosi juga bersifat dinamik dan boleh berubah-ubah.

Situasi yangmelibatkan emosi akan lebih senang diingati beranding situasi yang kurang melibatkan emosi. Emosi positif pula kebiasaannya mempunyai  maklumat yang lebih terperinci yang dapat membantu memori ingatan manusia.

Emosi dan perhatian merupakan kesediaan? Perhatian mempunyai tiga proses jelas. Pertama, merupakan satu sistem yang membantu kita mengekalkan keadaan yang am terhadap kesediaan untuk bertindak balas. Keduanya ialah sistem yang menyelaraskan tahap untuk bertindak balas terhadap stimuli luaran dan yang terakhirnya, yang ketiga ialah sistem yang membantu memilih stimuli yang bersesuaian. Apabila kita berbicara tentang emosi, kita akan lebih tertumpu ke arah wanita. Ini membuktikan bahawa wanita lebih terpengaruh oleh emosi.

Apakah kebijaksanaan emosi? Kebijaksanaan emosi ialah kebolehan  yang dipunyai oleh seseorang untuk memerhati perasaan dan emosi diri sendiri serta orang lain, untuk menjelaskan antara mereka dan untuk menggunakan informasi ini dalam membimbing pemikiran dan reaksi seseorang individu.

Kemampuan emosi terbahagi kepada empat jenis. Pertamanya ialah mengenal pasti emosi. Ini merupakan keboleh dalam mengesan emosi pada wajah , foto, suara dan artifak budaya termasuk dalam kebolehan seseorang mengenal pasti emosinya. Kedua dan ketiga masing-masing ialah menggunakan dan memahami emosi dan yang terakhir pula ialah mengurus emosi.

Alexithymia. Apakah yang dimaksudkan dengan Alexithymia? Alexithymia merupakan gejala kekosongan emosi. Seseorang itu tidak tahu apakah perasaan yang mereka alami serta tidak dapat menyatakan dengan jelas apakah emosi yang dialami oleh mereka pada ketika itu. Ini juga menyebabkan mereka merasakan mereka tiada perasaan marah, sedih dan suka serta jarang menangis.

Peristiwa yang dapat dikaitkan dengan pelajaran kali ini merupakan pengalaman saya sendiri. Pada awal tahun ini, ibu saya telah terlibat dalam suatu kemalangan. Semasa itu saya masih menuntut di kolej matrikulasi. Peristiwa itu berlaku seminggu sebelum peperiksaan akhir tiba. Semasa saya bersama-sama rakan-rakan bergelumang dengan buku, saya dikhabarkan bahawa ibu saya telah terlibat dalam kemalangan. Saya berasa amat risau sehingga apabila rakan saya menegur saya, saya tidak dapat menahan emosi. Saya tidak mengendahkannya. Berikutan itu, rakan saya mengatakan bahawa saya seorang yang sombong. Saya sangat sedih dengan kenyataan yan dibuat itu. Saya kemudiannya menjelaskan perkara sebenar kebada rakan saya itu dan dia kemudiannya meminta saya bersabar dan memohon maaf di atas tafsiran yang telah dibuat ke atas saya sebelum ini.

Kesimpulannya, janganlah kita cepat membuat tafsiran terhadap seseorang sebelum kita benar-benar mengenalinya. Kita juga hendaklah bijak mengawal emosi kita dan jangan biarkan emosi yang negatif menguasai diri kita. Buruk padahnya. # end.

 



Wednesday, 29 September 2010

A134560 NURUL NABILA LJ10

  Pengorbanan seorang ibu merupakan satu perkara yang paling bermakna sekali kerana percayalah ibu akan melakukan apa sahaja yang boleh membuatkan kita sebagai anaknya hidup bahagia biarpun dia ditimpa derita. Hal ini terlintas di hati saya semasa menyaksikan klip video yang di tayangkan semasa kelas petang tadi. Memang patutlah di wujudkan kata- kata yang menyatakan syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu, tidak cium bau syurga andai sesorang anak itu menderhakai ibunya,dan sebagainya bagi menunjukkan betapa besarnya nilai dan jasa seorang ibu itu terhadap anak- anak mereka. Akan tetapi jasa dan pengorbanan seorang bapa juga tidak boleh di lupakan begitu sahaja, ini kerana bapa adalah tulang belakang sebuah keluarga dan tanpanya musnahlah keluarga .Selain dari mencari rezeki, dia juga beranan menjaga keharmonian,keselamatan dan sebagainya bagi memastikan keluarga itu hidup bahagia biarpun dia terpaksa membanting tulang mencari sesuap nasi.
                                                               
  Tajuk pada kali ini adalahkebijaksanaan emosi.Maksud pengurusan emosi ialah kawalan emosi yang merujuk kepada cara mereka mengurus dan mengawal perasaan dan ekspresi mereka serta cara meraka mempengaruhi perasaan orang lain. Terdapat beberapa fakta tentang emosi yang telah dipelajari. Emosi juga dapat dikenal pasti melalui ekspresi wajah dan intonasi suara. Sebagai contoh, jika seseorang itu gembira, mukanya akan sentiasa tersenyum malah intonasi suaranya juga bersemangat dan ceria. Ekspresi muka yang tidak bersemangat dan sedih juga boleh membuatkan orang di sekitarnya merasakan dia sedang bersedih. Saya boleh mengesan ekspresi wajah adik saya terutamanya jika dia sedang melakukan kesalahan dan mahu menyembunyikannya dari pengetahuan ibubapa kami kerana intonasi suaranya kurang bersemangat dan dia tidak mahu memandang wajah saya semasa bercakap dengan saya.
  Memori yang indah lebih senang diingati berbanding memori pahit. Ini kerana ingatan berkait rapat dengan emosi. Wanita lebih mudah mengingati sesuatu yang membuatkan dirinya gembira. Oleh itu, jikalau pelajar belajar dengan perasaan gembira dan seronok, pelajaran itu lebih mudah sebernarnya untuk di ikuti. Saya amat menyukai kelas ekonomi rumah tangga  yang diajar semasa saya di sekolah menengah dahulu, oleh itu saya masih lagi mengingati  pelajaran yang diajar kepada saya seperti cara- cara menjahit baju, menanam pokok, melakukan kerja kayu dan sebagainya. Oleh irtu tidak hairanlah sekiranya saya masih boleh lagi melakukan aktiviti- aktivi tersebut lagi sekarang.
                                                       


  Terdapat satu gejala yang dipanggil gejala Alexithymia iaitu gejala kekosongan emosi. Orang yang menghadapi gejala ini akan mengalami perkara- perkara seperti tidak tahu apakah perasaan yang dialami. Mereka tidak dapat menyatakan secara terbuka emosi mereka dan merasakan mereka tidak mempunyai perasaan marah,suka mahupun sedih.Mereka juga jarang menangis
. Namun begtu setiap orang lain cara ekspresi yang di nyatakan, oleh itu pastikan anda memang mengenali orang tersebut sebelum anda menyatakan apa-apa kesimpulan akan emosi yang dialami oleh orang tersebut.end#

A128123 Ruhil LJ10

Pada minggu ke-10 ini kami telah mempelajari satu tajuk yang pada pandangan saya sangat menarik. Tajuk pada minggu ini ialah Kebijaksanaan Emosi. Sebagai Seorang manusia yang sentiasa menginginkan kehidupan yang harmoni kita seharusnya bijak mengurus emosi.

Mengurus emosi memerlukan kebijaksanaan atau boleh didefinisikan bagaimana kita sebagai manusia mengurus dan mempengaruhi emosi kita serta orang lain. Sebagai contoh bagaimana kita mengawal emosi ialah apabila kita bersedih, kita tidak terlalu mengikut perasaan sebaliknya cuba mengawal perasaan sedih. Kita seringkali mendengar atau melihat situasi  apabila seseorang bersedih mereka akan mengambil makanan dengan banyak. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya melihat situasi di mana ketika rakan baik saya kecewa dengan teman lelakinya, dia akan mengambil makanan dengan banyak berbanding hari biasa. Saya cuba bertanyakan mengapa dia bertindak demikian. Menurut kawan saya, jika dia berasa tertekan atau sedih dia akan makan dengan kuantiti yang banyak. Katanya menikmati kelazatan makanan membuatkan dia terlupa sebentar masalah yang di hadapinya dan dia berasa puas tetapi tanpa menyedari dia telah gagal mengawal emosi dengan baik. Namun sebaliknya, jika saya sedih dengan  keputusan peperiksaan yang kurang baik saya akan belajar bersungguh-sungguh.

Pada kuliah hari ini juga kami turut melakukan dua kuiz untuk mengesan emosi seseorang melalui ekspresi muka. Melalui kuiz kedua ternyata agak sukar membezakan emosi mereka daripada ekspresi muka yang dipaparkan kerana mereka terdiri daripada bangsa yang berbeza. Sebagai manusia juga kita harus bijak mengesan emosi dan tiada sindrom menafikan dalam menyatakan emosi. Seterusnya ialah Model EI yang dapat dibahagikan kepada empat iaitu Ability Based Model, The Emotional Competencies (Goleman) model, The Bar-on of Emotional Social Intelligences (ESI) dan The Trait EI model. Menurut Ability Based Model ia menjelaskan bahawa emosi boleh dikembangkan. Tambahan lagi, pada kuliah ini saya turut memepelajari satu perkataan yang agak sukar iaitu Alexithymia yang bermaksud kekosongan emosi atau boleh di jelaskan dengan gambaran seseorang yang tidak mempunyai emosi walaupun berhadapan dengan situasi yang mana pada orang lain yang menempuhnya dengan penuh emosi. Sebagai contoh, seseorang dikatakan mengidap Alexithymia jika dia tidak menunjukkan atau berasa sedih walaupun kehilangan keluarga.

Selanjutnya ialah Emotional Competencies atau lebih mudah maksudnya iaitu kebolehan yang perlu ada pada seseorang. Sebagai contoh kebolehan yang membantu seseorang dalam kerjayanya. Kebolehan seseorang yang membantunya berjaya di tempat kerja seperti kebolehannya berinteraksi dengan baik. Seseorang individu seharusnya mempunyai EQ dan IQ  yang baik, walau bagaimanapun ia bukan cirri-ciri yang lahir secara semulajadi sebaliknya kita boleh mempelajari, bimbing dan pupuk di dalam diri.

Seterusnya ialah Emotional Competence atau kebolehan seseorang untuk mengekspresikan emosi. Contohnya, keadaan seseorang apabila berada dalam kalangan orang yang emotional dia tidak akan terikut-ikut dengan mereka sebaliknya individu tersebut mampu mengawal diri sendiri serta orang lain. Emosi merupakan sesuatu yang normal dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh emosi marah atau 'anger' tidak dipandang sebagai negatif tetapi ia merupakan reaksi kepada sifat agresif. Sifat ini juga dapat memberikan  keyakinan kepada seseorang. Namun bagi seorang ketua, tindakan agresif ini dapat menunjukkan bagaimana ia mampu mendominasi kelompoknya. Seterusnya The Constructs yang dapat di bahagikan kepada empat iaitu Self-Awareness, Self-management, Social-awareness dan Relationship Management. Self management menerangkan sejauh mana kita dapat mengawal emosi kita. Emotional self control menerangkan bagaimana kita dapat mengawal emosi yang mengganggu kita dan tidak membiarkan emosi mengawal kita. Manakala Transparency bermaksud, jujur bertindak selaras dengan nilai kita. Adaptability bermaksud bagaimana kita dapat mengadaptasi sesuatu dengan cepat. Contohnya bagaimana kita mengadaptasi cara hidup di kampus yang berbeza dengan sekolah. Ten Habits Of Emotionally intelligent merupakan topic yang menarik perhatian saya. Ia menerangkan tentang EQ, contohnya jika EQ seseorang tinggi dia akan bercakap mengikut perasaannya atau fokus hanya pada diri sendiri bukan orang lain. Kesimpulan, kebijaksanaan mengawal emosi penting dalam kehidupan setiap individu. #End

 


A128529 AINU LJ10

Pada 29 September  2010, kursus Pengurusan Emosi telah membicarakan tentang tajuk Kebijaksanaan Emosi.

              Sesi perkuliahan dimulakan dengan melihat kepada audio yang ditunjukkan oleh pensyarah kami. Rakaman yang ditunjukkan itu menjurus kepada  mimik muka yang akan dipamerkan oleh seseorang manusia apabila mengalami sesuatu emosi. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu sedang mengalami perasaan sedih, matanya akan condong kebawah dan banyak lagi mimik muka yang dipamerkan oleh manusia. Sesi pembelajaran dimulakan dengan melihat kepada definasi bagi kebijaksanaan emosi. Kebijaksanaan emosi adalah bagaimana manusia mengurus emosi dan bagaimana emosi itu mempengaruhi diri kita dan orang lain. Seorang manusia yang bijak dalam menguruskan emosi akan mempunyai cara dan strategi supaya emosi itu tidak akan memberi kesan terhadap orang lain. Sebagai contohnya, seseorang yang mempunyai masalah ditempat kerja, mestilah melupakan masalah tersebut ketika berada dirumah. Hal ini adalah supaya, anak-anak dan isteri tidak akan terkesan dengan emosi tidak stabil tersebut. Terdapat juga sesetengah orang yang akan makan dengan banyak ketika sedang mengalami masalah. Manusia yang bijak dalam menguruskan emosi pasti dapat mengawal emosinya dan tidak merosakkan diri sendiri. Kebijaksanaan emosi juga boleh dikatakan sebagai kebolehan kita untuk mengesan emosi kita sendiri. Seseorang itu mesti sedar emosi apa yang sedang dialaminya, samada emosi sedih, gembira, takut dan sebagainya. Teori ini dikemukakan oleh Saluvey dan Mayor, 1990.

               Terdapat beberapa model yang berkaitan dengan kebijaksanaan emosi iaitu Ability Based Moden, The Emotional Competencies (Goleman) Model, The Bar On Model Of Emotional-Social Lutellgence (ESI) dan The Trait EL Model. Dalam pembelajaran kali ini, saya dapat mengetahui tentang satu penyakit yang terdapat didalam emosi. Sebelum ini saya tidak pernah mengetahui tentang perkara ini. Penyakit tersebut adalah Alexithyimia atau lebih dikenali sebagai gejala kekosongan emosi. Diantara tanda-tanda penyakit ini adalah seseorang itu tidak tahu apa perasaan yang sedang dialami olehnya. Dia juga tidak dapat menyatakan secara terbuka tentang apa emosi yang sedang dialami olehnya atau dalam erti kata lain, dia merasakan seolah-olah tidak mempunyai apa-apa perasaan. Sebagai contohnya, semasa saya berada dalam darjah enam, saya pernah mengikuti satu ektiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Aktiviti perkhemahan itu diadakan disebuah hutan simpan. Semasa malam terakhir perkhemahan, kami telah mengadakan satu aktiviti iaitu "main-main sembunyi". Ketika saya sedang bersembunyi berhampiran satu pokok yang besar, barulah saya menyedari bahawa, hanya saya seorang sahaja yang berada disekitar itu. Pada ketika itu, Saya mula memikirkan bukan-bukan. Saya mula berasa takut dan tidak dapat mendefinasikan bagaimana perasaan saya pada ketika itu. Perasaan inilah yang dikatakan sebagai  Alexithyimia.

              Terdapat beberapa aspek didalam Emotional Competencies Model yang dikemukakan oleh Goleman, iaitu Kesedaran Diri, Pengurusan Emosi, Sosial Emosi dan juga Pengurusan Perhubungan. Kesedaran Diri adalah kebolehan untuk membaca emosi dan mengenali aspeknya dalam membuat sebarang keputusan. Didalam aspek ini pula terdapat beberapa komponen seperti Dapat tahu apa emosi, Tepat dalam menilai diri, dan juga Keyakinan diri.

              Dalam aspek Pengurusan Diri pula mengatakan tentang sejauh mana kita dapat mengawal emosi. Didalamnya terdapat pula beberapa komponen seperti kita dapat mengawal emosi yang menganggu kita dan bukan emosi yang mengawal kita, jujur, dapat mengadaptasi dengan cepat, achievement orientation, initiative dan juga optimism.

               Kemudiannya adalah Sosial Emosi iaitu seseorang yang berminat, prihatin dengan keperluan orang lain. Dan komponen didalamnya adalah empthy, organizational awarenese, service orientation. Dalam aspek pengurusan perhubungan pula memperkatakan tentang "The ability to inspire, influence, and develop others while menagment conflict. Komponen yang terdapat didalam aspek ini adalah dapat membangunkan orang lain, selalu menjadi ketua yang berinspirasi, influence, dapat memulakan perubahan, dapat berunding dalam menyelesaikan masalah dan juga dapat bekerja dalam satu pasukan. Kami turut mempelajari tentang the 10 habits of emotionally intelligent people.

                Kesimpulannya, dapat kehidupan kita, kita mesti bijak mengawal emosi, dan jangan sesekali biarkan emosi yang mengawal diri kita.#END


A123147 Syuhaidah LJ10


 Perkuliahan pada minggu ini adalah melibatkan perbincangan mengenai kebijaksanaan emosi (EI). Saya masih ingat semasa saya tahun satu, semua pelajar tahun satu yang berjaya  menempatkan diri di UKM telah diminta untuk memberikan respons kepada satu alat ukur yang dikenali sebagai Malaysian Emotional Quotient Inventory (MEQI-U) versi universiti yang dibina dalam talian untuk menentukan indeks kepintaran emosi pelajar. Kami telah diberikan selama tempoh tiga minggu bermula minggu pertama berada di UKM dan diwajibkan memberikan respon terhadap alat ujian tersebut dengan melayari laman web beralamat http://www.ukmholding.ukm.my/meqi. Oleh itu, MEQI yang dibina oleh sekumpulan penyelidik dari UKM merupakan antara alat ukur kepintaran emosi pelajar universiti. Selain itu, terdapat beberapa model yang berkaitan dengan EI seperti The Emotional Competencies (Goleman) model, Ability Based model, The Bar-On model of Emotional-Social Intelligence (ESI), dan The trait EI model.

 

Menurut satu artikel yang saya baca, minat dunia moden terhadap konsep kebijaksanaan emosi ini bermula melalui penulisan-penulisan awal tentang kecerdasan emosi oleh Mayer dan Salovey (1990). Malah mereka adalah kumpulan yang pertama menggunakan istilah kepintaran emosi atau "emotional intelligence". Mereka melihat kepintaran emosi sebagai kebolehan seseorang untuk memantau perasaan sendiri dan perasaan orang lain serta membezakan antara perasaan-perasaan tersebut untuk membimbing pemikiran dan tingkah laku. Namun, konsep ini mula menjadi perhatian ramai apabila Daniel Goleman menulis buku beliau yang bertajuk "Emotional Intelligence" dalam tahun 1995 dan "Emotional Intelligence at Work Place" pada tahun 1998. Kedua-dua buku ini telah membuka minda bukan sahaja orang ramai, malah ahli akademik terhadap isu ini yang mula membincangkan serta mengkajinya daripada pelbagai sudut.

 

Menurut Goleman bahawa individu dengan kepintaran emosi yang tinggi berupaya melakukan sesuatu tugas dengan jayanya, mempunyai kebolehan mengurus emosi sendiri dan orang lain serta mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya. Goleman telah membahagikan aspek EI kepada empat elemen iaitu melibatkan self-awareness, self-management, social awareness dan relationship management. Self-awareness dan self-management melibatkan aspek personal, manakala social awareness dan relationship management melibatkan aspek sosial.

Kesedaran kendiri didefinisikan sebagai kebolehan mengenalpasti, mengetahui dan mengiktiraf emosi. Selain itu, keupayaan mengawal perasaan terhadap pemahaman berkaitan psikologi dalam diri seseorang terdapat dalam kategori ini. Tanpa kesedaran kendiri, individu tidak mampu membina makna hasil daripada tindakan dan responnya terhadap persekitaran. Dunia persekolahan misalnya, melibatkan peperiksaan, ujian, kerja rumah, tuntutan aktiviti kurikulum dan kokurikulum serta tuntutan guru dan harapan ibu bapa adalah faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan emosi atau tekanan dalam kalangan pelajar. Keadaan ini dapat dilihat kepada pelajar yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi mampu menangani ketidakstabilan emosi yang berpunca daripada tekanan dengan positif. Sebaliknya, pelajar yang tidak mampu memahami punca tekanan emosinya dan seterusnya tidak mampu mencari jalan keluar bagi menanganinya akan berakhir dengan krisis identiti serta tekanan. Oleh itu, kesedaran dalam diri dapat memberikan kefahaman yang mendalam kepada emosi.

 

Elemen seterusnya ialah pengurusan kendiri. Elemen pengurusan kendiri dalam EI termasuklah mengawal diri, penyesuaian diri, inisiatif, jujur dan optimis. Elemen ini juga merujuk kepada kebolehan individu bagi menentukan hala tuju, serta kebolehaan bagaimana sesuatu perkara itu boleh berlaku dan seterusnya mampu membuat keputusan bagi diri sendiri. Melalui elemen pengurusan kendiri, saya dapat katakan bahawa sebilangan besar daripada golongan guru mempunyai kemahiran tinggi dalam mengurus. Oleh itu, guru pastinya berupaya menggunakan teknik-teknik yang sesuai berdasarkan ciri-ciri di bawah elemen pengurusan kendiri untuk mengasah potensi yang dimiliki oleh pelajar daripada segi pengurusan masa, pengurusan diri dan pengurusan emosi. Situasi ini seterusnya dapat membantu pelajar membina kebolehan kesedaran kendiri seperti merancang, mengurus dan mengadaptasi aktiviti pembelajaran dengan kehidupan seharian.

 

Elemen kesedaran sosial pula merupakan kemampuan merasakan, memahami dan bertindak balas dengan emosi lain dalam perhubungan sosial. Kesedaran sosial pula melibatkan aspek seperti empati, kesedaran organisasi dan lain-lain. Empati merujuk kepada kebolehan seseorang individu menyedari dann memahami perasaan orang lain. Seterusnya, nilai ini mampu menjalinkan perhubungan yang erat dengan pelbagai pihak. Contohnya, pensyarah yang mempunyai kemahiran empati perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat meningkatkan empati dalam kalangan pelajar melalui pelbagai kaedah. Kuliah Encik Zambri telah menggunakan elemen ini melalui ceritanya tentang 33 pekerja lombong yang terperangkap hampir satu kilometer di dalam tanah. http://besutkito.blogspot.com/2010/09/masih-hidup-walau-terperangkap-53-hari.html. Oleh itu, elemen ini dapat diterapkan dalam kalangan pelajar dengan melatih pelajar dengan kemahiran mendengar, menganalis sesuatu kejadian dan peristiwa, meluahkan pendapat dan seterusnya mengaitkan pengajaran dengan keadaan semasa.

 

Kesimpulannya, kebijaksanaan emosi merupakan satu konsep yang sangat relevan untuk membina dan memperkembangkan potensi sumber manusia yang ada. Selain itu, kepintaran emosi juga mempunyai hubungkait dengan kebolehan kognitif serta kecekapan seseorang menyelesaikan sesuatu tugas dengan baik.

 

           

 

           

 


A134420 FARAH LJ10

Jurnal kali ini merupakan jurnal yang ke-10 yang kami telah laksanakan sepanjang mempelajari Kursus Pengurusan Emosi.Hari ini saya sangat seronok mempelajari ilmu berkenaan Kebijaksanaan Emosi.Walaupun pada mulanya,saya agak mengantuk dan penat berikutan jadual yang agak padat dan lokasi kelas yang agak jauh.Sebelum sesi pembelajaran bermula,kami telah ditayangkan dengan beberapa video oleh pensyarah kami.Tayangan video yang menyentuh hati ini telah membuka mata dan hati saya tentang besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibubapa kita.Jasa mereka tidak dapat dibalas dengan wang.Video yang ditayangkan kepada kami berkenaan dengan seorang anak yang sangat membenci ibunya kerana sifat fizikal ibunya yang tidak sempurna kerana ibunya hanya mempunyai satu mata.Dia sangat malu dengan keadaan ibunya yang hanya bermata satu.Kawan-kawannya mentertawakannya kerana kekurangan ibu si anak itu.Akhirnya,ibunya telah tiada didunia lagi dan ibunya telah meninggalkan si anak itu sekeping surat yang menyatakan bahawa salah satu mata yang dimiliki anaknya itu adalah hasil ihsan ibu kepada anaknya itu.Ibunya tidak sanggup melihat anaknya hidup dengan hanya memiliki satu mata akibat kemalangan.Dengan rasa penuh tanggungjawab dan kasih saying yang tidak berbelah bagi,ibunya telah memberi sebelah mata kepada anak kesayangannya itu.

                        Sebelum pensyarah kami menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tajuk yang bakal dipelajari,kami telah diuji dengan beberapa ujian untuk mengenal emosi dan reaksi pada wajah seseorang.Terdapat beberapa reaksi wajah yang biasa ditunjukkan oleh manusia seperti marah,sedih,gembira,takut,terkejut dan sebagainya.Kami telah ditunjukkan beberapa reaksi wajah dan kami perlu menjawab apakah emosi yang dialami oleh seseorang itu.Pada ujian pertama,hampir keseluruhan pelajar didalam kelas itu dapat meneka dan menjawab dengan baik tentang reaksi itu.Namun,pada ujian yang ke-2,ramai juga yang tidak dapat meneka dengan baik reaksi wajah yang ditunjukkan dalam video.Walaupun begitu,kami rasa sangat seronok dan betul-betul dapat mengaplikasikan apa yang kami pelajari selama ini.Berkenaan tajuk Kebijaksanaan Emosi ini.Tujuan kita mempelajari tajuk ini adalah untuk memahami makna pengurusan emosi,memahami pangaplikasian teori-teori emosi bagi megurus emosi,memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan dan kematangan emosi dan akhir sekali,memahami konsep kebijaksanaan dan kematangan emosi.Definisi pengurusan emosi bermaksud kawalan emosi merujuk kepada cara mereka mengurus dan mengawal perasaan dan ekspresi mereka dan cara mereka mempengaruhi perasaan orang lain.Terdapat beberapa fakta tenntang emosi yang telah dipelajari.Emosi dapat dikenal pasti melalui wajah dan intonasi suara.Sebagai contoh,suara yang perlahan dan sayu selalunya dikaitkan dengan emosi sedih.Saya mempunyai pengalaman baru-baru ini.Kawan saya,mempunyai masalah yang agak besar.Tetapi disebabkan dirinya yang agak pendiam,dia jarang meluahkan perasaannya kepada orang lain.Pada suatu masa,saya telah berpeluang untuk berbicara dan berbual-bual dengannya secara persendirian.Suaranya sangat sayu dan perlahan.Saya bertanya sama ada beliau sedang bersedih.Beliau menjawab memang betul yang dia sedang bersedih ekoran beberapa masalah yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini.

 

 

                        Saya juga ingin menegaskan bahawa emosi dan ingatkan mempunyai hubung kait antara satu sama lain.Setiap perisitiwa yang berlaku yang melibatkkan emosi akan mudah diingati oleh mereka yang megalami peristiwa itu.Sebagai contoh,apabila seseorang pelajar seronok menghadiri kuliah dan dapat fokus dengan sebaiknya,sesuatu pelajaran itu lebih mudah diingati.Oleh sebab itu,guru-guru kita selalu berpesan supaya seronok dalam mempelajari sesuatu kerana perkara itu akan lebih mudah diingati berbanding dengan perisitiwa yang tidak disusuli dengan emosi.Dalam pembelajaran ini,kami juga telah mempelajari sesuatu perkara baru mengenai Alexithymia atau gejala kekosongan emosi.Mereka yang menagalami masalah seperti ini tidak tahu apakah perasaan yang sedang dialami.Mereka juga tidak dapat menyatakan secara terbuka apakah emosi yang sedang mereka alami.Alexithymia tidak dapat merasakan perasaan marah,sedih dan suka dan jarang menangis.Mereka mengannggap itu kekurangan paling besar yang mereka alami.Kadang-kadang,mereka yang mengalami masalah ini sangat senang dipergunakan oleh orang lain.Namun begitu,kita perlu tahu cara setiap orang mengekspresikan emosi seseorang supaya tidak menimbulkan salah faham.Menurut kajian,lelaki sangat susah untuk mengenal pasti reaksi wajah seseorang berbanding dengan wanita.Sebab itu juga,setiap ibubapa perlu cara yang berbeza untuk mengajar dan mendidik anak perempuan dan anak lelaki mereka.Hanya dengan nasihat menggunakan mulut,lelaki jarang untuk mengambil peduli akan nasihat yang diberikan,mereka perlu diberi tunjuk ajar dengan cara yang lain.Namun begitu,anak perempuan biasanya mudah mendengar kata dengan hanya mendengar nasihat.Itulah perbezaan yang Allah telah berikan dan kurniakan kepada setiap manusia supaya hidup ini penuh dengan warna dan rentak.end#

                               


Tuesday, 28 September 2010

A129839 NADIRAH LJ09

Salamualaikum.. salam sejahtera ini merupakan journal penulisan saya yang ke Sembilan.Journal kali ini bertajuk Emosi, personaliti & tingkah laku. Sebagai pengenalan personality adalah kombinasi psikologi seseorang yang membolehkan kita mengenalinya dan mengkelaskan keadaannya samada ia seorang pemarah atau penyabar.Di dalam kuliah yang lepas  pensyarah  lebih banyak memberikan kuiz atau soalan –soalan  untuk mengenali diri masing, samada dan menggunakan Myers-Briggs indicator sebagai asas dan garis panduan. Melalui aktiviti yang dijalan tersebut saya secara peribadi mendapati dan mengenali diri sendiri bahawa saya memiliki personality atau tingkah laku  yang selama ini saya tidak tahu.Di dalam Myers-Briggs indicator ia membahagikan kepada empat bahagian besar yang masing-masing secara berpasang antaranya extroverted atau introverted (E or I), sensing atau intuitive (S or N), thinking atau feeling (T or F), dan judging atau perceiving (J or P).

 

Extroved merupakan golongan yang mudah bersosial dan sedang bergaul serta suka berkawan manakala introvertedpula adalah mereka-mereka yang pendiam , pemalu dan menyendiri. Sensing pula adalah individu yang praktikal dan focus serta detail dalam melakukan kerja sedangkan intuitive pula ialah seseorang yang terlalu bergantung dan memandang dengan menyeluruh. Seterusnya thinking adalah golongan yang menggunakan akal dan pemikiran yang logic manakala   feeling adalah golongan yang menggunakan perasaan dan emosi , dan seterusnya judging ialah golongan yang bersifat mengawal dan menilai serta mengikut peraturan manakala perceiving pula mereka yang bersifat spontan dalam tingkah laku.Sejauh mana emosi itu mempengaruhi tingkah laku, sama adalah bergantung kepada emosi ini terkesan kepada diri seseorang sehingga ia mampu membangkitkan atau menghidupkan personaliti samada personaliti positif mahupun negatif.

 

Dalam kuliah tersebut juga pensyarah ada membawakan penerangan tentang personaliti A dan personaliti B. Personaliti A dikatakan sebagai individu yang cekal dan kuat dalam menghadapi cabaran , juga ia merupakan seorang yang pantas dalam sesuatu perkara manakala B pula berlawanan dengan personality A. Daripada pemerhatian, saya dapati setiap istilah atau pembahagian dalam personalaiti mempunyai pasangan yang berlawanan antara satu sama lain, sampai di sini sahaja penulisan saya , salam,


A129013 Arfa Rina LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tajuk pada minggu ini membincangkan tentang emosi dan personaliti. Emosi sangat berkaitan rapat dengan personality yang dipamerkan dan adalah berpunca daripada emosi. Pelbagai emosi mencetuskan personality berbeza. Betapa Agungnya ciptaan Allah, begitu kompleks hingga manusia tidak dapat menafikan ciptaan-Nya. Dari personality,maka menonjolkan sikap dan perwatakan peribadi kita. Dari emosi yang terhasil juga, tercetus motivasi. Walaupun rambut sama hitam, hati tetap lain.itulah pepatah yang dapat menggambarkan kaitan emosi dan personality. Motivasi yang tercetus dek emosi berkait dengan personality diri kita juga. Ada sesetengah orang mudah termotivasi dan sesetengahnya memerlukan banyak usaha. Emosi bukan sahaja mencorakkan motivasi malah personality.


Secara jelasnya,manusia berbeza dari segi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Berdasarkan pengalaman saya ketika belajar di Matrikulasi dahulu. Pernah sekali saya mendapat B+ bagi subjek Matematik.walau pun saya sedih kerana tidak mendapat A tetapi saya tidak menangis dan saya jadikan itu sebagai titik permulaan memajukan diri saya, berbeza dengan rakan sebilik saya. Dia telah mendapat A- dalam Matematik dan dia sungguh sedih dan menangis pada malam itu. Keesokkannya,kesedihannya tidak lenyap sebegitu sahaja,dia masih bersedih dan tidak bersemangat dalam kelas.


Berteraskan pembelajaran minggu ini, personality dapat dikaji dengan dua teori terkenal iaitu teori A @ B dan Myers- Briggs Type Indicator (MBTI). Teori A@B dijelaskan didalam kelas melalui tayangan video selama 5minit. Kesimpulannya, Orang jenis A suka buat kerja dengan cepat. Baginya, masa amat berharga. Orang ni lebih kepada 'Achievement Oriented'. Manakala, orang jenis B adalah orang yang buat kerja secara sederhana, baik dengan orang, dan 'social Oriented'.

Bagi MBTI, terdapat empat indicator iaitu :


geeee.PNG


No 1 adalah cara kita mendapat kekuatan kita samada dari factor luar atau dalaman. No. 2 adalah mengenai bagaimana kita menerima maklumat tersebut. No 3 pula mengenai bagaimana kita membuat keputusan dan no 4 adalah tentang bagaimana kita mencorakkan kehidupan kita.


Pecahan indicator terdapat dua sector daripadanya iaitu, E yang antaranya lebih bersikap social, tegas, suka menonjolkan diri. I adalah sebaliknya yang lebih pendiam, pemalu, tidak suka akan keadaan yang ramai orang, suka membantu dibelakang tabir. No 2 pula, terbahagi kepada S dan I iaitu S lebih practical, detail dan cerewet dan I pula tidak suka hal remeh-temeh dan bersikap global. No 3 mengenai T yang lebih suka guna alasan, logical yang berdasarkan fakta dan F pula berpandukan emosi dan penilaian kendiri. No 4 menerangkan pula tentang J yang suka mengawal, teratur dan sistematik. P pula adalah bersikap flexible (mudah dirunding) dan spontaneous.


What is your personality?? Ujian ini dijalankan berdasarkan indicator MBTI,  8 sektor tadi dipecahkan lagi kepada beberapa soalan. Instrument ini dipanggil Cognitive (CSI). Bandingkan yang mana banyak menunjukkan kita. Isikan didalam kotak yang disediakan (contoh) ;


 

 

 

 

 

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terdapat 16 perkaitan personality yang didapati. Antaranya ESTJ , ISTJ, INFJ, ISFP, ISTP dan lain-lain.kesemua symbol huruf ini menerangkan personality kita yang dizahirkan melalui perbuatan.

Selain itu juga, terdapat 'BIG 5 THEORY' iaitu OCEAN.


O          -  Openness to experience

C          -  Conscientiousness

E          -  Extroversion

A          -  Agreeableness

N         -  Neuroticism


Akhir kata, cubalah kaji personality diri.yang baik dijadikan kelebihan dan kelemahan jadikan kekuatan. Bak kate Dr.Zamri, "There's nothing good or bad with personality".wassalam.