Tuesday, 28 September 2010

A129013 Arfa Rina LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tajuk pada minggu ini membincangkan tentang emosi dan personaliti. Emosi sangat berkaitan rapat dengan personality yang dipamerkan dan adalah berpunca daripada emosi. Pelbagai emosi mencetuskan personality berbeza. Betapa Agungnya ciptaan Allah, begitu kompleks hingga manusia tidak dapat menafikan ciptaan-Nya. Dari personality,maka menonjolkan sikap dan perwatakan peribadi kita. Dari emosi yang terhasil juga, tercetus motivasi. Walaupun rambut sama hitam, hati tetap lain.itulah pepatah yang dapat menggambarkan kaitan emosi dan personality. Motivasi yang tercetus dek emosi berkait dengan personality diri kita juga. Ada sesetengah orang mudah termotivasi dan sesetengahnya memerlukan banyak usaha. Emosi bukan sahaja mencorakkan motivasi malah personality.


Secara jelasnya,manusia berbeza dari segi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Berdasarkan pengalaman saya ketika belajar di Matrikulasi dahulu. Pernah sekali saya mendapat B+ bagi subjek Matematik.walau pun saya sedih kerana tidak mendapat A tetapi saya tidak menangis dan saya jadikan itu sebagai titik permulaan memajukan diri saya, berbeza dengan rakan sebilik saya. Dia telah mendapat A- dalam Matematik dan dia sungguh sedih dan menangis pada malam itu. Keesokkannya,kesedihannya tidak lenyap sebegitu sahaja,dia masih bersedih dan tidak bersemangat dalam kelas.


Berteraskan pembelajaran minggu ini, personality dapat dikaji dengan dua teori terkenal iaitu teori A @ B dan Myers- Briggs Type Indicator (MBTI). Teori A@B dijelaskan didalam kelas melalui tayangan video selama 5minit. Kesimpulannya, Orang jenis A suka buat kerja dengan cepat. Baginya, masa amat berharga. Orang ni lebih kepada 'Achievement Oriented'. Manakala, orang jenis B adalah orang yang buat kerja secara sederhana, baik dengan orang, dan 'social Oriented'.

Bagi MBTI, terdapat empat indicator iaitu :


geeee.PNG


No 1 adalah cara kita mendapat kekuatan kita samada dari factor luar atau dalaman. No. 2 adalah mengenai bagaimana kita menerima maklumat tersebut. No 3 pula mengenai bagaimana kita membuat keputusan dan no 4 adalah tentang bagaimana kita mencorakkan kehidupan kita.


Pecahan indicator terdapat dua sector daripadanya iaitu, E yang antaranya lebih bersikap social, tegas, suka menonjolkan diri. I adalah sebaliknya yang lebih pendiam, pemalu, tidak suka akan keadaan yang ramai orang, suka membantu dibelakang tabir. No 2 pula, terbahagi kepada S dan I iaitu S lebih practical, detail dan cerewet dan I pula tidak suka hal remeh-temeh dan bersikap global. No 3 mengenai T yang lebih suka guna alasan, logical yang berdasarkan fakta dan F pula berpandukan emosi dan penilaian kendiri. No 4 menerangkan pula tentang J yang suka mengawal, teratur dan sistematik. P pula adalah bersikap flexible (mudah dirunding) dan spontaneous.


What is your personality?? Ujian ini dijalankan berdasarkan indicator MBTI,  8 sektor tadi dipecahkan lagi kepada beberapa soalan. Instrument ini dipanggil Cognitive (CSI). Bandingkan yang mana banyak menunjukkan kita. Isikan didalam kotak yang disediakan (contoh) ;

 

 

 

 

 

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terdapat 16 perkaitan personality yang didapati. Antaranya ESTJ , ISTJ, INFJ, ISFP, ISTP dan lain-lain.kesemua symbol huruf ini menerangkan personality kita yang dizahirkan melalui perbuatan.

Selain itu juga, terdapat 'BIG 5 THEORY' iaitu OCEAN.


O          -  Openness to experience

C          -  Conscientiousness

E          -  Extroversion

A          -  Agreeableness

N         -  Neuroticism


Akhir kata, cubalah kaji personality diri.yang baik dijadikan kelebihan dan kelemahan jadikan kekuatan. Bak kate Dr.Zamri, "There's nothing good or bad with personality".wassalam.


A134730 Farzana LJ08

Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar kelas ini. Kuliah kali ini tidak diadakan di dalam kelas aka tetapi nota kuliah tetap disediakan oleh pensyarah beserta dengan audio. Tajuk pembelajaran pada minggu ini adalah  Emosi dan Motivasi.

Emosi boleh dikonotasikan melalui nada keberkesanannya yang antaranya adalah positif, negatif, mahupun semulajadi. Motivasi pula sering dianggap pembelajaran tentang aspek kelakuan. Terdapat empat komponen utama dalam emosi. Komponen yang pertama ialah perasaan. Seterusnya ialah proses kognitif, perubahan fisiologi, dan juga tingkahlaku berkaitan. Menurut Baron & Logan  (1993), emosi dan juga motivasi tidak dapat dipisahkan. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional, Lang et al, 1992. Emosi sering dikatakan pendorong kepada motivasi akan tetapi tidak semua keadaan dimana emosi menjadi pendorong dan juga tidak semua pendorong berasaskan emosi. Emosi merupakan satu kelakuan yang melibatkan muka, pergerakan badan, perasaan subjektif, dan juga kecenderungan terhadap sesuatu kelakuan.

Menurut Bickhard, 1997, motivasi merupakan salah satu aspek dalam proses pemilihan. Motivasi adalah antisipasi kepada sesuatu yang tidak mustahil untuk berlaku. Terdapat beberapa konsep dan juga teori motivasi. Motivasi merupakan faktor luaran organisma yang menyebabkan organisma tersebut berkelakuan dalam cara yang berlainan pada tiap-tiap masa. Drive pula murupakan keadaan dalaman ataupun yang mengaktifkan kelakuan untuk mengurangkan keperluan dan juga untuk melakukan semula homeostasis.  Intensif adalah sesuatu yang mendesak kelakuan.  Instinct tidak dipelajari dan juga tidak diwarisi.

Teori Arousal adalah keadaan fisiologikal dalam keadaan sedar. Individu sering termotivasi untuk mengekalkan tahap arousal. Perasaan ingin tahu akan menyebabkan individu lebih paham keadaan persekitaran. Teori Humanistik pula menerangkan bahawa motivasi dibahagikan kepada beberapa tahap.

Sebagai kesimpulan, emosi sangat berkait rapat dengan motivasi. Sekian, terima kasih.


Monday, 27 September 2010



i nak tanya di manakah pejabat Encik Zamri supaya saya dapat mendapatkan tandatangan untuk surat kebenaran menemu ramah responden kerana spin tak dapat buka.

A124901 NURUL LJ07

Setelah mempelajari begitu banyak teori dan tajuk dalam kursus ZZZT2253 iaitu pengurusan emosi ini, kita juga turut mempelajari tentang emosi dan ingatan. Pada pendapat saya tajuk yang dipelajari ini merupakan salah satu tajuk yang menarik dan menyeronokkan kerana perkara yang dipelajari ini memang berkaitan dengan kehidupan. Cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya dan setelah mempelajarinya barulah kita ketahui bahawa apa yang telah kita alami merupakan sesuatu yang sememangnya berkaitan sesama sendiri dan merupakan satu ilmu.

Tujuan tajuk ini diajari adalah untuk member peluang kepada pelajar untuk memahami bagaimana emosi dan ingatan saling berhubung, memahami bagaimana hubungan ini membantu proses pembelajaran social, dan mengaplikasikan pengetahuan ini dalam memulakan eksplorasi pengurusan emosi.

Seperti apa yang saya fahami, dan apa yang saya lalui dalam seharian, ternyata emosi boleh memberi kesan yang kuat terhadap ingatan kerana peristiwa yang membabitkan emosi lebih mudah diingati berbanding dengan peristiwa biasa. Walaubagaimanapun, tidak semua emosi yang merangsang daya ingatan untuk mengingat sesuatu peristiwa. Kebanyakannya emosi yang menyenangkan lebih mudah diingati berbanding dengan yang kurang menyenangkan.

Sebagai contoh, peristiwa yang sememangnya tidak dapat dilupakan adalah kes jenayah paling kejam yang berlaku baru-baru ini, yang benar-benar menggemparkan Negara, iaitu kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama peguam peribadi, pemandu peribadi dan pegawai bank. Peritiwa terbabit membangkitkan rasa simpati yang menggunung, ketakutan dan perasaan marah yang bercampur baur kerana tidak menyangka ada manusia yang begitu kejam sehinggu mampu melakukan jenayah sekejam itu. Peristiwa seperti ini ternyata tidak mampu dilupakan oleh rakyat negara ini peristiwa ini sangat meruntun hati dan perasaan sehingga meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri. Kes Mona Fendi merupakan bukti bahawa kita masih meningati jenayah yang dilakukannya sungguhpun sudah bertahun lamanya ia berlalu kerana kesan peristiwa yang ditinggalkan benar-benar menyentuh emosi.

Tidak hanya peristiwa sedih sahaja yang akan dikenang kerana peristiwa gembira juga tidak kurang menggamit emosi kita. Contohnya adalah majlis perkahwinan. Bagi pasangan yang bercinta, membina mahligai bersama merupakan impian mereka dan apabila impian dilestarikan, semestinya ia merupakan saat-saat indah yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Dalam tajuk ini kita ada pelajari kesan mood. Terdapat dua kesan mood yang dipelajari iaitu mood yang berkesesuaian dan mood yang bergantung. Mood berkesesuaian ialah yang mana kita mengingati sesuatu peristiwa yang berkenaan dengan mood kita pada ketika itu. Oleh kerana itulah jika kita sedang stress, kita lebih mudah mengingati perisitwa yang negative dan juga sebaliknya. Pernah pada suatu hari, ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar adik pulang ke asrama. Tiba-tiba, kereta di depan saya membrek keretanya secara mengejut dan saya juga terpkasa berbuat demikian. Penunggang motosikal di belakang saya yang kebetulannya menunggang laju dan rapat telah melanggar bamper kereta saya. Dalam keadaan yang penat, dan terperanjat, saya berusaha untuk keluar dan membantu penunggang tersebut. Sehingga kini saya tidak mampu lupakan kerana sedikit sebanyak kejadian itu memberi kesan kepada saya dan membuatkan saya agak takut pada awal-awal kejadian untuk memandu di jalan tersebut.

Mood yang bergantung pula ialah hakikat yang mana kita akan lebih mudah mengingat jika mood kita disamakan dengan mood yang mana kejadian itu berlaku.

Emosi dan ingatan ini sebenarnya dimiliki oleh system dalam otak. Terdapat tiga bahagian yang mengawalnya iaitu amygdala, cerebellum, dan prefrontal cortex. Bahagian yang paling kuat sekali terlibat ialah amygdala kerana ia terlibat dalam pengiraan signifikan emosi bagi peristiwa. Cerebellum pula lebih kuat berkaitan dengan kemahiran koordinasi motor dan terlibat dalam menginati emosi yang kuat. Prefrontal contex adalah bersama-sama dipengaruhi oleh kombinasi negara mood dan tugas kognitif.

Setelah mempelajari tajuk ini, saya berasa gembira kerana akhirnya saya mengetahui bahawa peristiwa-peristiwa yang dilalui dan diingati dengan baik sehingga sekarang adalah kerana sedikit sebanyak ia berkaitan dengan emosi kita. Kenangan yang indah kita ingati kerana perasaan gembira dan bahagia yang ada sewaktu kita mengalaminya, dan juga sebaliknya.

 

 



Sunday, 26 September 2010

A124901 NURUL LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Setelah berakhirnya cuti raya baru-baru ini, kita kembali meneruskan sesi perkuliahan seperti biasa. Tidak ketinggalan juga bagi kursus pengurusan emosi ini, yang mana kuliah diteruskan dengan mempelajari tajuk baru iaitu tajuk kesembilan- Emosi dan Personaliti.

Tajuk ini diajari adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajari memahami pendekatan emosi mengikut jenis dan intensity selain daripada untuk memahami perhubungan antara emosi, personality dan tingkahlaku.

Seperti apa yang diajari dan difahami, manusia ini berbeza dari segi emosi walaupun mengalami peristiwa yang sama, dalam masa yang sama. Hal ini kerana perkara ini berkaitan dengan personality. Personality yang berbeza menghasilkan emosi yang berbeza. Personality dan emosi yang berbeza inilah yang dapat membezakan antara individu dengan individu yang lain kerana emosi dan personality berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek.

 

Setelah hampir minggu kesepuluh mengikuti kursus ini, semestinya kita semua sudah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan emosi. Di sini, personality dimaksudkan sebagai kombinasi sifat-sifat psikologikal yang digunakan untuk mengklasifikasi dan memeperihalkan karakter seseorang itu seperti pendiam, pasif,  agresif, peramah, ceria, dan sebagainya.

 

Dalam personality ini, lebih mudah jika kita membandingkan dengan dua jenis iaitu A dan B. jenis A merupakan satu personality asal, dan B pula merupakan personality yang berlawan dengannya. Sebagai contoh yang ingin saya tunjukkan di sini, personality mereka yang berjenis A adalah seorang yang sangat tabah dan cekal. Apabila seseorang itu menghadapi kesukaran dan ujian serta dugaan dalam hidup, dia akan menghadapinya dengan tenang, meneruskan kehidupan dengan semangat yang waja, dengan menunjukkan reaksi seperti tiada apa yang berlaku. Sebaliknya, bagi mereka yang lemah semangat, bergantung kepada sesuatu, apabila berhadapan musibah, mereka tidak selalunya berfikir panjang dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang waras seperti bunuh diri, melakukan vandelisme. Tidak kurang juga mereka yang lemah semangat ini akan meratapi nasib dan akhirnya menghuni hospital sakit jiwa. Golongan ini adalah golongan yang berlawanan dengan golongan A dan merupakan golongan B.

 

Untuk tajuk yang dipelajari ini, kita turut pelajari mengenai Myers-Briggs Type Indicator atau disingkatkan sebagai MBTI. MBTI ini merupakan alat penilaian personality yang paling banyak digunakan di dunia. Melalui MBTI ini, manusia diklasifikasikan kepada empat bahagian iaitu 'extroverted vs introverted', 'sensing vs inuititive', thingking vs feeling', dan 'judging vs perceiving'. Ini jugalah yang seperti apa yang telah saya perkatakan di atas.

 

Extroverted merupakan golongan mereka yang bersifat senang bergaul, boleh bersosial dan tegas manakala introverts pula golongan yang pendiam dan pemalu. Seperti yang kita selalu lihat, sama ada di kalangan rakan-rakan, akan terdapat dua golongan ini. Mereka yang dalam golongan extroverted lebih mudah berbual dan lebih ramai rakannya serta kelihatan berada dalam kelompok yang ramai berbanding dengan mereka yang dalam golongan introverts ini kerana sifat-sifat yang ada dalam golongan extroverts ini lebih mesra dan mudah didampingi.

 

Sensing pula merupakan golongan yang praktikal dan lebih cenderung kepada focus secara lebih terpeinci manakala intuitive pula golongan mereka yang bergantung kepada perkara yang tidak disedari dan memandang secara menyeluruh. Golongan sensing ini lebih mudah dikatakan sebagai orang yang cerewat dan mengambil berat terhadap setiap satu perkara yang dilakukan secara terperinci. Mereka akan menjadi serba tidak kene jika terdapat perkara yang tidak dilakukan dengan terperinci. Berbeza dengan golongan intuitive, mereka lebih menyeluruh dan berfikiran terbuka.

 

Thinking pula merupakan golongan yang menggunakan alasan dan logic dalam menyelesaikan sesuatu masalah manakala feeling pula golongan yang bergantung terhadap nilai personal dan mengikut perasaan. Pada pendapat saya, mereka yang berada dalam golongan thinking selalunya dapat menguruskan sesuatu perkara dengan lebih teratur dan mudah berbanding dengan mereka yang dalam golongan feeling ini.

 

Dan yang terakhir ialah golongan judging yang mana mahu mengawal dan cenderung kepada sesuatu yang telah ditetapkan dan berperaturan manakala golongan perceiving adalah mereka yang fleksibel dan bersifat spontan. Kebanyakan orang lebih mudah berinteraksi dan berdamping dengan mereka yang dalam golongan perceiving ini kerana lebih memudahkan.

 

Setelah mempelajari indicator MBTI, banyak perkara yang saya ketahui. Kadangkala, apa yang dilalui dan dirasakan oleh setiap individu tidak semestinya sama kerana personality yang berbeza pastinya menginterpetasikan emosi mereka dengan cara yang berbeza.


A130725 MAIZATUL AKMAL LJ09

Emosi adalah sesuatu yang indah, didalamnya ada perasaan suka duka, geram dan
kecewa. Bayangkan jika setiap manusia hanya ada satu emosi sahaja. Betapa bosan
dan hilanglah nikmat hidup. Bersyukur kita, kerana tuhan itu maha pemurah dan
maha penyayang, memberi kita peluang dan ruang untuk merasai setiap perasaan
yang telah diciptakannyla. Emosi sebenarnya menentukan personaliti manusia yang
mana akhirnya menghasilkan satu bentuk tingkah laku yang berdasar emosi,
bagaimana seseorang itu mengawal emosi mereka. Jika dalam islam percaya pada
Qadha' dan Qadar, adalah lambang seseorang itu berjaya mengawal emosi dengan
baik.
Dalam teori pengurusan emosi pula, terdapat cara yang boleh menentukan seseorang
itu Berjaya atau tidak dalam menguruskan emosi sekaligus memperlihatkan
personalitikan mereka pada luarannya. Antara cara tersebut adalah melalui "The
Big-Five Model" yang mane didalamnya termasuk beberapa aspek seperti
Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan
Openness to Experience. Ciri-ciri boleh mengukur tahap personality dan apakah
tingkah laku mereka.

Emosi, personaliti dan tingkah laku, semua yang saling berkaitan.
Emosi yang stabil melahirkan personality yang baek dan menghasilkan tingkah laku
yang elok. Kita sering mendengar kisah bunuh diri akibat tekanan perasaan atau
terlalu bosan untuk hidup. Ini bukan fenomena baru dalam masyarakat kita hari
ini yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan bekerja. Jika difikirkan apakah
yang menjadi punca kepada perlakuan bunuh diri seperti ini. Tidak lain dan tidak
bukan ianya berpunca dari gangguan emosi yang mengubah personality dan
sekaligus malahirkan tingkah laku yang nagetif.

Dalam teori pengurysan emosi terdapat pengenalan jenis personality yang di
katogorikan kepada dua jenis iaitu type A dan B, dalan type A individu yang
memiliki sifat ini lebih kepada Kecenderungan untuk memberi respon yang
cenderung kepada kekecewaan dalam kehidupan sehari-hari dengan bersifat marah
dan agresif, mudah jengkel, untuk bertindak kasar dan berfikiran kritis, dengan
cara antagonis, tidak kooperatif dalam interaksi seharian. Sementara bagi
individu bertype B pula, sikapnya berlawanan.


Terdapat satu kisah yang berkaitan dengan personality type A ini. Melalui
penbacaan saya. Kisah seorang pemuda yang kurang baik personality dirinya.
Sikapnya yang selalu berprasangka dan suka marah-marah ahirnya memakan diri
sendiri. Kisah seorang suami yang ragukan istrinya.sewaktu Nisa mula mengandung
Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan
Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak
boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa
cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi
sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat
kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah
terlintas di otak jemala Nisa. Zakri menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki
lain sebelum mereka berumah tangga.

Dalam tempoh mengandung Zakri langsung tidak pedulikan tentang Nisa. Malah Nisa
selalu disakiti. Pernah kepala Nisa dihantuk pada dinding rumah mereka hanya
kerana Nisa mahu mengajaknya ke rumah saudara mereka yang mengadakan kenduri.
Tanpa rasa bersalah langsung, kepala isteri yang berdarah hanya dibiarkan. Tiada
perasaan belas kasihan. Saat Nisa melahirkan anak mereka, hanya kata-kata kesat
yang kedengaran disebalik sang isteri perlukan dorongan untuk melahirkan zuriat
mereka.
"Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh.....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh
Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Ni mesti ada benda yang tak elok awak
buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd
Nisa. Remuk hati seorang isteri bila mendengar ucapan suaminya. Namun demi anak
yang bakal lahir dia kuatkan semangat. Tidak lama selepas itu Nisa selamat
melahirkan bayi kembar yang sangat comel, seperti sehelai kain putih tiada noda
dan dosa.

Selepas selamat melahirkan anaknya. Nisa meninggl dunia kerana
terdapat pendarahan didalam kepalanya kerana hentakan yang pernah dihadiahkan
oleh suami tersayang.. Pada masa itu Zakri telah sedar bahawa betapa dia telah
melakukan kesalahan yang sangat besar. Penyesalan yang hadir telah terlambat.
Isteri yang begitu setia sudah meninggalkan dirinya.

Kesimpulannya, emosi yang tidak dapat diurus dengan baik menghasilkan
personality yang tidak baik dan tingkah laku juga sangat buruk . personality
seseorang boleh dikenalpasti dengan mudah dengan menggunakan ujian mengenalpasti
personality seseorang.

A128223 ROSIDI LJ09

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

 

Pada 22/9/2010 yang lepas iaitu hari rabu merupakan kuliah pengurusan emosi yang ke 9. Kuliah pada ini bertajuk emosi,personaliti dan tingkahlaku.Dalam kuliah ini saya dapat memahami tentang perhubungan di antara emosi,personaliti dan tingkahlaku.Di sini emosi dapat di definisi sebagai perasaan seperti perasaan sedih,gembira dan sebagainya,ini akan menyebabkan berlaku perubahan tubuh dan seterusnya melakukan sesuatu jenis tingkahlaku.Bagi membezakan seseorang individu,emosi dan personaliti amat berguna.Manakala personaliti pula bermaksud satu kombinasi yang berkaitan dengan Psychologi yang selalu kita kelaskan dan tafsirkan tentang seseorang dari segi karakter seperti agresif,pendiam,aktif dan sebagainya.

 

 

               Extroverted Vs introverted merupakan sifat yang bertentangan.Introverted bermaksud pendiam dan pemalu. Manakala Extroverted pula bermaksud bersikap secara terbuka iaitu bersosial.Terdapat juga sifat-sifat lain seperti judging vs perceiving ,sensing vs intuitive,dan thinking vs feeling.Selain itu kami juga mempelajari tentang keadaan dan gaya emosi,iatu emosi adalah bersifat transitory,yakni bergantung kepada situasi daripada individu yang spesifik.Manakala bagi tret emosi pula adalah merupakan reaksi emosi yang konsisten yang dipamerkan oleh seseorang individu dalam pelbagai kehidupan.

 

 



A126640 Hasliza LJ09

Minggu ini diteruskan dengan sesi perkuliahan dalam tajuk kesembilan iaitu Emosi dan Personaliti. Kedua-duanya mempunyai kaitan dalam kehidupan kita seharian. Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai emosi dan personaliti diri masing-masing. Setipa manusia mempunyai sesuatu keadaan ataupun reaksi emosi yang berbeza walaupun berlaku pada peristiwa yang sama. Personaliti ini amat penting kerana membolehkan kita membezakan antara berlainan individu. Emosi dan personality ini amat berperanan dalam menentukan reaksi seseorang.

 

Personaliti dapat kita definisikan sebagai kombinasi sifat psikologi untuk menkelaskan seseorang berdasarkan ciri-ciri sama ada  seseorang itu bersikap pasif, agresif dan sebagainya. Dalam mempelajari personality ini terdapat dua teori iaitu A dan B. Bagi teori A adalah mengenai personality seseorang yang melakukan kerja dengan cepat, berdisiplin dan lain-lain. Misalnya seorang pelajar itu suka membuat assignment selepas sahaja diberikan tajuk oleh pensyarahnya, maka pelajar ini dianggap seorang yang berdisiplin. Teori B pula adalah bertentangan sifatnya dengan teori A iaitu setiap kerja yang dilakukan oleh seseorang adalah bersifat sederhana, mudah bergaul dan setiap kerja yang dilakukan agak 'slow' dan 'cool'. Misalnya bagi seseorang pelajar yang sentiasa 'cool' dia akan melakukan sesuatu kerja itu  secara sederhana dan mudah berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

 

Seterusnya, mengikut Myers Briggs Type Indicator (MBTI) yang menjadi satu instrument untuk dijadikan bahan komersil. Dalam MBTI dapat dibahagikan kepada  iaitu extroverted atau introverted (E dan I), Sensing atau intuitive (S dan I), Thinking atau Feeling (T dan F), dan Judging atau Perceiving (J dan P).Mengikut MBTI ini kita dapat menguji tahap personality dalam diri kita ataupun orang lain. Amat bagus sekali kulaih pada minggu ini kerana kita dapat mempelajari berkenaan personality diri. Sudah pasti ramai yang tidak mengetahui tahap-tahap emosi dan personality dalam diri.

 

The Big Five Model ataupun lima ciri yang dapat membezakan personality dalam diri seseorang. Lima cirri tersebut ialah Openess to experience, Conscientiousness, Extroversion, Agreeableneis dan Neutution. Kelima-lima ciri ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza di antara satu sama lain. Misalnya dalam Extroversion yang amat memerlukan tahap keselesaan ketika berada di khalayak ramai sewaktu sedang bersosial dan Openess to experience yang mengukur minat seseorang terhadap perkara-perkara baru untuk mencari pengalaman .

 

Kesimpulannya, kuliah pada minggu ini amat menarik sekali kerana saya dapat mengetahui ilmu tentang personality diri dan orang lain. Bukan mudah untuk kita mengetahui semua ini melainkan ilmu yang dipelajari itu adalah daripada pensayarah seperti Dr. Zamri. Terima kasih diucapkan kepada Dr. kerana berusaha memberikan kami  semua ilmu ini.