Minggu kedua mengikuti kuliah Pengurusan Emosi. Pada minggu ini, pensyarah telah memperkenalkan kami dengan pelbagai input berkaitan emosi. Antaranya seperti bagaimana kita mendefinisikan emosi, komponen-komponen yang terdapat dalam emosi, hubungan emosi dan motivasi, bagaimana untuk mengukur emosi dan sebagainya. Dalam catatan pada kali ini, saya akan menyentuh tentang komponen-komponen yang terdapat dalam emosi. Hal ini kerana ramai yang masih keliru sama ada emosi adalah sama dengan perasaan. Pada hakikat sebenarnya, perasaan hanyalah salah satu daripada komponen emosi. Perasaan yang dirasai akan berkait dengan komponen-komponen emosi yang lain seperti pemprosesan kognitif (pemikiran), perubahan fisiologi, dan akhirnya akan mempengaruhi tingkahlaku seseorang. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam keadaan takut atau cemas (perasaan), secara automatik otak akan mentafsir perasaan yang kita alami ketika itu (proses kognitif) dan kita akan cenderung untuk bertindak seperti melarikan diri dari situasi yang menakutkan tersebut (tingkahlaku). Ketika kita dalam keadaan melarikan diri, struktuk fisiologi badan juga turut berubah seperti kita akan mengeluarkan peluh yang banyak, jantung berdegup dengan sangat kencang dan sebagainya (perubahan fisiologi). Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa perasaan hanyalah salah satu daripada cara kita mentafsirkan emosi kita sahaja.
Seterusnya, saya berminat untuk mengupas tentang hubungan emosi dan motivasi. Seperti yang kita ketahui, emosi dan motivasi adalah berhubungan rapat dan kedua-duanya adalah sukar untuk dibezakan. Menurut Baron dan Logan (1993), emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Pada pandangan saya, pernyataan tersebut adalah tepat kerana kedua-duanya lahir dalam diri kita sendiri sebagai respon terhadap sesuatu. Menurut pengalaman saya sendiri ketika mengikuti kursus PLKN beberapa tahun yang lalu, saya pada mulanya tidak menyukai program tersebut dan berasa amat sedih untuk berpisah dengan keluarga selama beberapa bulan. Tambahan pula, saya tidak mengenali sesiapa dalam kem tersebut. Saya berasa amat sedih dan tertekan. Tetapi lama-kelamaan setelah saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru serta dapat mengenali ramai kawan dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, perasaan tidak suka yang dialami saya telah bertukar menjadi suka dan saya amat gembira untuk meneruskan program tersebut hingga ke akhirnya. Di sini, dapatlah kita lihat bahawa jika ada sesuatu yang mendorong kita melakukan perkara yang tidak pernah kita fikirkan maka sudah pasti kita akan dapat melakukannya dan kita tidak akan sesekali merasa kecewa di atas setiap keputusan yang telah kita buat.
Walaupun emosi adalah sesuatu yang subjektif namun emosi juga dapat diukur. Persoalannya di sini ialah bagaimanakah untuk kita mengukur emosi? Sesungguhnya terdapat pelbagai cara untuk kita mengukur emosi. Kemajuan dalam bidang psikologi misalnya banyak menemui cara untuk kita mengukur dan menjelaskan emosi seseorang. Antaranya ialah dengan memperkenalkan Laporan Kendiri (self-report) untuk mengetahui perasaan seseorang. Kaedah-kaedah yang biasa digunakan dalam Laporan Kendiri ialah temubual, soal selidik dan teknik pemantauan diri. Selain itu, emosi juga dapat diukur melalui pemerhatian secara langsung, pengukuran fisiologi badan dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, setiap pengukuran tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri dan kita sebagai manusia biasa pada hakikatnya tidak dapat menilai emosi seseorang 100 peratus. Kadang-kadang kita hanya dapat menilai secara luarannya sahaja tetapi secara dalamannya hanya orang yang merasainya sahaja dapat mengetahui.
Konklusinya, emosi yang dialami oleh manusia akan berubah-ubah secara berterusan. Ada ketikanya emosi boleh menjadi positif dan ada ketikanya juga boleh bertukar negatif pada bila-bila masa sahaja. Tetapi terpulanglah kepada manusia tersebut bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan emosi yang dialami. Jika mereka menjadikan emosi yang dirasai sebagai sesuatu yang sentiasa positif kepada mereka maka mereka akan berada dalam keadaan yang baik dan gembira manakala jika mereka sentiasa menganggap emosi negatif yang dialami sebagai suatu beban dalam hidup maka sudah pasti ketenangan dan kepuasan hidup tidak akan dapat dicapai.
Setelah mengikuti kelas pengurusan emosi pada 21 Julai 2010 yang lalu, saya mulai faham apa itu emosi. Menurut Kleinginna, emosi ialah satu interaksi kompleks yang berlaku antara subjektif dan faktor objektif. Ramai yang berpendapat bahawa emosi adalah sama dengan perasaan namun setelah mengikuti kelas ini barulah saya tahu bahawa tanggapan itu sebenarnya tidak benar sama sekali. Sebetolnya, emosi tidak sama dengan perasaan bahkan perasaan hanyalah salah satu daripada komponen emosi. Terdapat empat komponen emosi iaitu pengalaman berkesan (affective experience), pemikiran kognitif (cognitive process), penyesuaian fisiologi (physiological adjustments) dan tingkah laku (behavior).
Sesungguhnya, komponen-komponen emosi tersebut sering dialami oleh kita dalam kehidupan seharian sama ada kita sedar atau pun tidak. Sebagai contoh, saya baru sahaja kehilangan orang yang amat saya sayangi iaitu ibu saya. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 Februari 2010 yang lalu dan hari itu merupakan hari yang paling menyedihkan dalam hidup saya. Sesungguhnya peristiwa pahit itu tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Masih segar di ingatan saya suasana pada hari tersebut. Kami adik-beradik serta sanak saudara menangis mengenangkan pemergian orang yang kami sayangi. Lebih menyedihkan saya apabila mengenangkan adik bongsu yang ketika itu baru pandai merangkak dan belum mengetahui apa yang berlaku pada saat itu.
Sejujurnya, saya tidak dapat mengawal emosi saya ketika itu. Perasaan saya antara sedih, hiba dan pilu bercampur menjadi satu. Gelap rasanya dunia saya ketika itu. Namun, mujurlah saudara mara sentiasa berada disisi dan memberi semangat untuk saya bangkit kembali.
Ibu merupakan seorang insan yang amat saya sayangi, kagumi dan hormati. Memandangkan ibu saya seorang suri rumah, jadi sepenuh masanya diluangkan untuk kami sekeluarga. Ibu menjadi tempat saya bermanja, meluahkan masalah dan berkongsi cerita. Pendek kata ibu saya merupakan seorang 'sahabat' yang amat memahami diri saya dan beliau juga merupakan seorang pendengar yang setia. Jadi, sudah tentulah kehilangannya memberi kesan yang mendalam dalam diri saya. Walaupun jasadnya tiada disisi pada saat saya memerlukannya namun kenangan indah bersamanya akan sentiasa terpahat di ingatan dan namanya sentiasa di hati. Sekarang barulah saya sedar bahawa apa yang saya alami itu mengndungi kesemua komponen emosi yang telah saya pelajari dalam kelas ini.
Sebelum ini saya kurang jelas apakah hubungan antara emosi dan motivasi. Namun, dalam kuliah pertama ini, pensyarah telah menerangkan perkara itu dengan panjang lebar dan akhirnya saya mulai faham. Menurut Boron dan Logan, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Namun, tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorang berasaskan emosi. Sebagai contoh, Adam makan kerana dia lapar. Hal ini berlaku bukan didorong oleh emosi tetapi merupakan rutin harian kita. Sebagai contoh lain, pada suatu petang,saya bersiar-siar di taman dan terserempak dengan seekor anjing liar lalu saya melarikan diri tanpa berfikir dua kali. Hal ini berlaku kerana perasaan takut telah menguasai saya ketika itu dan tindakan yang saya ambil itu adalah tindakan yang telah didorong oleh emosi. Ini menjelaskan bahawa emosi bertindak sebagai motivasi kepada tingkah laku.
Pernahkah anda terfikir apakah cara untuk kita mengukur emosi? Sebagaimana yang kita sedia maklum, suhu, berat dan tinggi boleh diukur dengan menggunakan skalanya yang tersendiri. Percaya atau tidak, emosi juga boleh diukur dengan beberapa cara. Antaranya ialah pemerhatian secara langsung (direct observation) dan laporan kendiri (self-reports) iaitu dengan cara menemubual atau menemuramah individu-individu tertentu. Sebagai contoh, kumpulan saya telah menemuramah beberapa orang tokoh dan bertanya bagaimanakah cara mereka menangani emosi. Maklumat-maklumat yang kami perolehi dikumpul dan dianalisis dan dari situlah kami membuat kesimpulan.
Secara keseluruhannya, banyak yang telah saya pelajari dengan menghadiri kelas pengurusan emosi ini.
Sering kali kita diasak dengan pelbagai pertanyaan apabila terjadinya sesuatu peristiwa atau menghadapi sesuatu situasi, bagaimanakah perasaan anda apabila dapat menyandang gelaran juara? Adakah emosi anda untuk belajar terganggu sekiranya kekasih anda dirampas orang? Tidak dinafikan juga dalam kehidupan seharian, sering kali diajukan dengan pertanyaan, kenapa kamu begitu beremosi pada hari ini? Kenapa kamu seperti tidak mempunyai perasaan ketika mendengar celotehnya tadi? Emosi. Perasaan. Apa itu emosi? Apa pula itu perasaan? Adakah kedua-duanya membawa makna yang sama atau sebaliknya. Saya yakin ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya makna yang tersirat di sebalik kedua-dua perkataan keramat ini dan terus-terang saya katakan jika saya diasak dengan dengan soalan ini tiba-tiba, tentu sekali saya tergapai-gapai mencari perkataan yang paling sesuai untuk mendefinisikan makna sebenar kedua-dua perkataan keramat ini walaupun pada hakikatnya saya juga tidak berapa jelas dengan maknanya. Alhamdulillah, pada beberapa hari lepas saya telah diberi peluang untuk sama-sama menyertai kelas pengurusan emosi dan sama-sama belajar sedikit sebanyak tentang perkara yang berkaitan dengan emosi dan sekarang barulah saya tahu bahawa perasaan itu merupakan komponen dalam emosi. Emosi ialah satu interaksi yang kompleks dalam faktor objektif dan subjektif yang merangkumi 4 kompenen, menimbulkan pengalaman (affective experience), mencetuskan pemikiran (cognitive process), perubahan fisiologi (physicological adjustments) dan tingkah laku (behavior). Perasaan itu melibatkan rasa seseorang ketika menghadapi sesuatu keadaan seperti rasa sedih, marah, gembira, takut, sedih dan kecewa. Perasaan-perasaan inilah menunjukkan seseorang itu mempunyai emosi dan ianya akan berubah-ubah mengikut situasi yang dihadapi.
Emosi dan motivasi sering dikaitkan mempunyai ikatan antara satu sama lain. Emosi bertindak sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosianal. Sebagai contoh, saya sendiri pernah mengalami situasi yang mana emosi telah menjadi pendorong untuk saya bertindak sedemikian. Saya telah berasa amat marah kerana telah melakukan satu kesilapan yang agak besar dengan tidak menyiapkan kerja sekolah yang berlambak, lalu tanpa berfikir panjang, tanpa akal fikiran yang waras, barangan serta buku-buku di dalam bilik telah saya sepah-sepahkan dan biarkan ianya bertaburan di setiap penjuru bilik. Natijahnya, saya juga yang terpaksa mengemasnya kembali kerana saya sendiri tidak menyukai tempat yang bersepah. Inilah yang dikatakan emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku. Apa yang saya tahu lagi ialah saya ialah menekankan bahawa emosi tidak menjadi pendorong dalam semua keadaan dan juga tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Sebagai manusia, kita semua tidak lari daripada memenuhi keperluan harian untuk terus hidup di alam fana ini, contohnya makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Kita makan dan minum setiap hari kerana lapar dan dahaga serta ianya telah m enjadi rutin seharian semua orang. Saya juga makan nasi dua kali sehari dan ini sama sekali tidak ada kaitannya dengan emosi yang dijadikan sebagai pendorong untuk melakukan hal ini.
Bagaimana emosi diukur? Emosi dapat diukur dengan mengadakan temu rumah, soal selidik dan self-monitoring. Pemerhatian secara langsung juga boleh dilakukan untuk mengukur emosi seseorang tetapi cara ini kurang berkesan kerana ianya agak subjektif kerana cara seseorang menilai emosi individu adalah berbeza debagan individu lain. Saya pernah mengalami situasi ini, pada ketika itu saya ingatkan rakan saya sedang bergembira bersama-sama rakan yang lain kerana malihat mereka bergelak tawa sakan. Saya mendekati mereka dan selambanya saya telah berkata sesuatu kepada rakan saya tadi tentang buah hatinya. Pada firasat saya, dia tidak akan mengambil hati tentang apa yang saya perkatakan memandangkan dia sedang bergembira tetapi dia telah terasa hati dan berlalu begitu sahaja. Rupa-rupanya dia baru sahaja perang besar dengan teman buah hatinya. Apa yang saya lihat tadi mungkin caranya untuk menyembunyikan kesedihannya dengan cara bergembira bersama teman-teman yang lain. Saya tersalah tafsir perasaannya ketika itu. Jenuh juga saya untuk memujuknya kembali. Biasalah, berkawan mesti ada yang pernah rasa tersinggung, bergembira bersama dan suka duka bersama barulah ada masam manis sesebuah persahabatan itu.
Sering kali kita diasak dengan pelbagai pertanyaan apabila terjadinya sesuatu peristiwa atau menghadapi sesuatu situasi, bagaimanakah perasaan anda apabila dapat menyandang gelaran juara? Adakah emosi anda untuk belajar terganggu sekiranya kekasih anda dirampas orang? Tidak dinafikan juga dalam kehidupan seharian, sering kali diajukan dengan pertanyaan, kenapa kamu begitu beremosi pada hari ini? Kenapa kamu seperti tidak mempunyai perasaan ketika mendengar celotehnya tadi? Emosi. Perasaan. Apa itu emosi? Apa pula itu perasaan? Adakah kedua-duanya membawa makna yang sama atau sebaliknya. Saya yakin ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya makna yang tersirat di sebalik kedua-dua perkataan keramat ini dan terus-terang saya katakan jika saya diasak dengan dengan soalan ini tiba-tiba, tentu sekali saya tergapai-gapai mencari perkataan yang paling sesuai untuk mendefinisikan makna sebenar kedua-dua perkataan keramat ini walaupun pada hakikatnya saya juga tidak berapa jelas dengan maknanya. Alhamdulillah, pada beberapa hari lepas saya telah diberi peluang untuk sama-sama menyertai kelas pengurusan emosi dan sama-sama belajar sedikit sebanyak tentang perkara yang berkaitan dengan emosi dan sekarang barulah saya tahu bahawa perasaan itu merupakan komponen dalam emosi. Emosi ialah satu interaksi yang kompleks dalam faktor objektif dan subjektif yang merangkumi 4 kompenen, menimbulkan pengalaman (affective experience), mencetuskan pemikiran (cognitive process), perubahan fisiologi (physicological adjustments) dan tingkah laku (behavior). Perasaan itu melibatkan rasa seseorang ketika menghadapi sesuatu keadaan seperti rasa sedih, marah, gembira, takut, sedih dan kecewa. Perasaan-perasaan inilah menunjukkan seseorang itu mempunyai emosi dan ianya akan berubah-ubah mengikut situasi yang dihadapi.
Emosi dan motivasi sering dikaitkan mempunyai ikatan antara satu sama lain. Emosi bertindak sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosianal. Sebagai contoh, saya sendiri pernah mengalami situasi yang mana emosi telah menjadi pendorong untuk saya bertindak sedemikian. Saya telah berasa amat marah kerana telah melakukan satu kesilapan yang agak besar dengan tidak menyiapkan kerja sekolah yang berlambak, lalu tanpa berfikir panjang, tanpa akal fikiran yang waras, barangan serta buku-buku di dalam bilik telah saya sepah-sepahkan dan biarkan ianya bertaburan di setiap penjuru bilik. Natijahnya, saya juga yang terpaksa mengemasnya kembali kerana saya sendiri tidak menyukai tempat yang bersepah. Inilah yang dikatakan emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku. Apa yang saya tahu lagi ialah saya ialah menekankan bahawa emosi tidak menjadi pendorong dalam semua keadaan dan juga tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Sebagai manusia, kita semua tidak lari daripada memenuhi keperluan harian untuk terus hidup di alam fana ini, contohnya makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Kita makan dan minum setiap hari kerana lapar dan dahaga serta ianya telah m enjadi rutin seharian semua orang. Saya juga makan nasi dua kali sehari dan ini sama sekali tidak ada kaitannya dengan emosi yang dijadikan sebagai pendorong untuk melakukan hal ini.
Bagaimana emosi diukur? Emosi dapat diukur dengan mengadakan temu rumah, soal selidik dan self-monitoring. Pemerhatian secara langsung juga boleh dilakukan untuk mengukur emosi seseorang tetapi cara ini kurang berkesan kerana ianya agak subjektif kerana cara seseorang menilai emosi individu adalah berbeza debagan individu lain. Saya pernah mengalami situasi ini, pada ketika itu saya ingatkan rakan saya sedang bergembira bersama-sama rakan yang lain kerana malihat mereka bergelak tawa sakan. Saya mendekati mereka dan selambanya saya telah berkata sesuatu kepada rakan saya tadi tentang buah hatinya. Pada firasat saya, dia tidak akan mengambil hati tentang apa yang saya perkatakan memandangkan dia sedang bergembira tetapi dia telah terasa hati dan berlalu begitu sahaja. Rupa-rupanya dia baru sahaja perang besar dengan teman buah hatinya. Apa yang saya lihat tadi mungkin caranya untuk menyembunyikan kesedihannya dengan cara bergembira bersama teman-teman yang lain. Saya tersalah tafsir perasaannya ketika itu. Jenuh juga saya untuk memujuknya kembali. Biasalah, berkawan mesti ada yang pernah rasa tersinggung, bergembira bersama dan suka duka bersama barulah ada masam manis sesebuah persahabatan itu.
Sepanjang saya mengikuti kelas pengurusan emosi ini,pelbagai kelebihan saya terima. Saya kini lebih mengenali emosi saya. Disamping itu, emosi keluarga, rakan-rakan dan disekeliling saya turut mempengaruhi kehidupan saya seharian. Pada minggu sebelum ini, saya didedahkan dengan definisi emosi dan juga timbulnya juga persoalan adakah emosi sama dengan perasaan dan adakah perasaan sama dengan emosi? Adakah emosi berkait rapat? Jadi, definisi emosi menurut Kleinginna & Kleinginna ialah interaksi yang kompleks diantara subjektif dan factor objektif yang juga melibatkan sistem hormon seseorang. Selain itu, emosi terdapat 4 komponen yang penting iaitu perasaan( feeling state), proses kognitif ( cognitive process), perubahan fisiologi ( physiological changes) dan tingkahlaku berkaitan ( associated behaviour). Sebagai contoh ialah dari pengalaman yang saya ingin kongsikan kepada anda. Pada tahun lepas, saya balik ke bilik kediaman saya. Ketika itu sudah lewat malam jadi saya bergegas ke bilik saya. Semasa saya sampai di depan bilik saya, saya dapati bilik saya gelap dan seperti tidak ada orang. Jadi, saya cuba mendekatkan telinga ke pintu bilik untuk mengenal pasti mana-mana suara yang ada didalam bilik itu. Malangnya, tiada suara yang kedengaran. Saya terus berpeluh di seluruh anggota badan saya dan jantung berdegup kencang. Oleh disebabkan saya ingin ingin tahu apa yang telah berlaku didalam bilik saya,saya terus memasukkan kunci ke tombol pintu tersebut. "Surprise..!!". Alangkah terkejutnya saya apabila rakan-rakan bilik saya menjerit sebegitu kuat kepada saya. Dalam keadaan yang tergamam, saya terlihat ada kek beserta lilin di tangan salah seorang rakan saya itu. Rupa-rupanya, mereka telah membuat kejutan untuk hari ulangtahun saya. Jadi, apa yang boleh dikaitkan dengan emosi ialah perasaan cemas dimana saya mendapati bilik saya gelap dan sunyi. Proses kognitif telah berlaku ketika saya cuba mendengar mana-mana suara yang mungkin boleh kedengaran. Selain daripada itu, perubahan fisiologi turut berlakuapabila tangan saya berpeluh dan jantung saya bedegup laju setelah mengetahui tiada orang didalam bilik itu. Tingkahlaku berkaitan timbul apabila tergamam dan terpaku setelah dikenakan kejutan ulangtahun itu. Disini, kita boleh nampak turutannya. Saya juga turut diperkenalkan dengann pelbagai emosi dalam pelbagai situasi. Emosi ada positif dan juga negatifnya. Emosi yang positif adalah lebih kepada yang baik dan disenangi. Sebagai contoh,lelaki yang kita minat itu dimarahi pensyarah kerana sikapnya yang suka tidur dalam kuliah. Kita yang meminati dia berasa simpati dan kasihan kepadanya. Kita mesti berpihak pada lelaki itu dan beranggapan dia tidak cukup tidur kerana sibuk menyiapkan kerja yang diberikan pensyarah. Dari situ, kita sudah emosi timbul iaitu kesian kepada dia. Emosi yang negatif pula adalah sesuatu yang jahat. Misalnya, kita terserempak dengan orang yang kita tidak suka. Perangainya yang gedik dan suka mendapat perhatian dari lelaki. Tiba-tiba, dia diherdik oleh seseorang lelaki di khalayak ramai. Lelaki itu mengatakan dia berfoya-foya. Dalam hati kecil saya akan berasa puas kerana pasti dia berasa malu dan dibenci. Kelas pengurusan emosi ini juga mengajar saya untuk mengukur tahap emosi seseorang. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan iaitu 'self-reports', 'direct observations', dan 'psychological indicators'. 'Self-reports' adalah cara yang agak senang untuk mengenali perasaan seseorang tersebut. Kita boleh menggunakan temuramah, edarkan soalan 'survey' dan pelbagai lagi. Walaubagaimana pun, cara ini boleh menimbulkan masalah diantara 2 pihak. Teknik 'direct observations' pula ialah dengan meneliti setiap tingkah lakunya. Ketika menanyakan apa masalah yang dihadapi, dia pasti bercerita dengan penuh kesungguhan. Perhatikan saja pada air mukanya, gaya mereka bercerita dan nada mereka. Semua itu adalah lambang kepada emosi tersebut. Selain daripada itu, 'psychological indictors' boleh digunakan. Kebiasaanya digunakan untuk penjenayah dalam memberikan apa sahaja maklumat. Kita boleh mengetahui kadar degupan jantung, kadar pernafasan dan pelbagai lagi. Tetapi pengesan penipu sebenarnya menipu dan sepatutnya tidak boleh diguna pakai lagi kerana tidak memberikan jawapan yang tepat tentang emosi pnjenayah tersebut.
minggu ini merupakan minggu kedua saya mengikuti kelas pengurusan emosi.saya memilih subjek ini kerana berpendapat bahawa pengurusan emosi yang baik merupakan salah satu kunci untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.pada minggu ini saya telah mempelajari perbezaan antara emosi dan perasaan.emosi dan perasaan sebenarnya merupakan dua perkara yang berbeza.emosi ialah satu interaksi yang kompleks dalam faktor objektif dan subjektif yang terdiri dari 4 komponen iaitu, menimbulkan pengalaman, mencetuskan pemikiran, perubahan fisiologi dan juga tingkahlaku.perasaan hanyalah salah satu dari komponen emosi.
menurut baron dan logan, emosi tidak dapat dipisahkan dari emosi.saya bersetuju dengan definisi tersebut berdasarkan pengalaman yang saya alami sendiri. semasa di matrikulasi, pengalaman mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan merupakan motivasi kepada saya untuk berusaha dengan lebih gigih dalam pelajaran. emosi rasa kecewa yang saya alami telah menjadi pendorong kepada saya dan lebih mematangkan emosi saya. saya menjadi seorang yang lebih terbuka apabila menghadapi kegagalan.gagal dalam melakukan sesuatu perkara bukan bererti kita akan gagal selamanya.kegagalan itu sebenarnya pencetus kepada sesebuah kejayaan.pengalaman yang ada telah mengajar saya bahawa agar jangan terlalu kecewa apabila menempuh kegagalan, tapi bangun dan hadapi kegagalan itu.
hasilnya, keputusan peperiksaan pada semester 2 juga lebih baik.saya juga menjadi seorang yang lebih yakin dan sanggup menghadapi cabaran hidup.di sini bukanlah keputusan peperiksaan yang menjadi ukuran tapi nilai-nilai positif yang dikutip sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran di masa akan datang.
saya juga belajar cara untuk mengukur emosi.banyak cara yang boleh dilakukan, contohnya seperti temuramah dan soal selidik.pemerhatian secara langsung juga merupakan salah satu cara untuk mengukur emosi, namun ianya agak subjektif kerana cara seseorang individu menilai emosi adalah berbeza dengan individu lain.
itu antara apa yang saya belajar di minggu kedua. saya berharap agar kelas pengurusan emosi ini mampu membantu saya belajar untuk menguruskan emosi dengan betul.#
Pada 21 July 2010 merupakan kali kedua saya mengikuti Kuliah ZZZT2253 Pengurusan Emosi. Kursus Pengurusan Emosi yang ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) begitu menarik minat saya untuk memilihnya sebagaisubjek pilihan bebas (PB).
Pada hari ini saya didedahkan dengan pengenalan apa itu emosi dan memahami bahawa emosimerupakan dua perkara yang berbeza dengan perasaan. Dalam kuliah ini juga saya didedahkan dengan definisi emosi yang telah didefinisikan oleh Kleinginna And Kleinginna (1981) iaitu "Emosi merupakan interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif". Subjektif di sini bermaksud ia dipengaruhi oleh kepercayaan peribadi dan berdasarkan fakta-faktayang nyata. Selain itu, interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif ini memberikan pengalaman afektif, proses kognitif ataupemikiran dan penyesuaian fisiologi seperti sesuatu yang mengarahkan kepada tindakan atau perilaku seseorang. Pandangan atau takrifan yang telah diberikan oleh Kleinginna And Kleinginna (1981) hampir tepat bagi menggambarkan keempat-empat komponentersebut dalam emosi manusia. Saya mengatakan pandangan ini hampir tepat kerana saya mempunyai pengalaman yang kronologinya hampir sama dengan komponen yang dinyatakan. Berdasarkan pengalaman beberapa bulan yang lalu, ketika berjalan di Super Market bersama rakan kami diekori oleh dua orang lelaki yang berpenampilan kurang kemasdan nampak mencurigakan. Kami menjangkakanmereka merupakan penyeluk saku yang biasa berkeliaran di kawasan tersebut. Perbuatan mereka yang mencurigakan dengan mengekori kami membuatkan kami berasa takut dan cemas sekali gus degupan jantung semakin kencang kerana bimbang dengan tindakan mereka. Kemudian, kami mengambil keputusan untuk mempercepatkan langkah dan berjalan di kawasan yang selamat. Oleh itu, saya merasakan keempat-empat komponen emosi yang di senaraikan oleh Kleinginna And Kleinginna ada kebenarannya berdasarkan kronologi pengalaman saya. Contohnya degupan jantung semakin kencang melibatkan perubahan fisiologi.
Selain itu, pada kuliah tersebut saya juga didedahkan dengan hubung kait antara emosi dan motivasi. Seperti yang telah dikuliahkan, emosi mempunyai makna yang lebih luas daripada perasaan. Walau bagaimanapun, emosi dan motivasi tidak boleh dipisahkan.Menurut pemahaman saya, emosi seseorang mendorongindividu tersebut bertindak. Emosi juga dikatakan sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, pengalaman rakan saya yang telah dikecewakan oleh teman lelakinya. Sarah merupakan seorang gadis yang lemah lembut, sopan dan cemerlang dalam pendidikan. Namun, pengalaman dikecewakan teman lelaki membuatkan Sarah berubah. Akibat daripada perasaan kebencian dan dendam terhadapteman lelakinya membuatkan Sarah bertindak untuk mengecewakan lelaki lain. Bermula dari saat itu, Sarah berubah menjadi gadis yang liar, membuang masa berpeleseran dan bertemu janji dengan ramai lelaki. Baginya tindakannya itu membuatkan dia berasa puas dan dapat mengecewakan lelaki lain seperti mana dia telah dikecewakan. Oleh Itu, di sini jelas dapat dilihat emosiSarah yang terganggu membuatkan atau memotivasikannya untuk melakukan perkara yang sama kepada lelaki lain supaya mereka merasakan apa yang pernah dirasakannya suatu ketika dahulu. Tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong atau motivator dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh, seseorang individu makan bukan kerana tuntutan emosinya, sebaliknya kerana lapar dan keperluannya untuk makan.
Tambahan lagi, pada kuliah ini saya juga turut didedahkan sedikit sebanyak tentang bagaimana mengukur emosi. Saya menganggap emosi merupakan suatu perkara dan bukan barang atau benda yang boleh di ukur dengan tepat. Emosi dapat di ukur hasil daripada laporan verbal terhadap seseorang. Terdapat beberapa kaedah untuk mengukur emosi seperti melalui kaedah wawancara,borang kaji selidik dan pemerhatian secara langsung. Sebagai pelajar sains social saya pernah mengetahui salah satu cara atau sistem yang dapat membuktikan sama ada responden dalam sesuatu kajian didapati menipu atau tidak berdasarkan skala tertentu tetapi ia sebenarnya tidak mengukur emosi responden dengan tepat dan kadang kala ia tidak benar.
Kesimpulannya, melalui kuliah ini saya dapat memahami beberapa perkara asas atau pengenalan tentang emosi seperti komponen, perbezaan emosi dan perasaan serta pengukuran emosi melalui beberapa kaedah yang diterangkan.
Pada minggu ini, kami telah memulakan pembelajaran Kursus Pengurusan Emosi dengan melihat kepada pengenalankepada pembelajaran ini. Melalui pengenalan kepada kursus ini, kami telah mempelajari apa itu emosi, komponen- komponen emosi, dan juga bagaimana untuk mengukur emosi seseorang.
Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi boleh didefinasikan sebagai satu interaksi kompleks yang berlaku antara faktor subjektif dan faktor objektif yang melibatkan sistem hormon dalam badan seseorang. Sebelum ini saya agak kabur tentang perkaitan emosi dan perasaan, adakah emosi dan perasaan ini sama atau tidak? Namun dalam kelas Pengurusan Emosi ini, kami telah didedahkan bahawa emosi adalah sesuatu yang berbeza dengan perasaan. Emosi dan perasaan tidak boleh dikaitkan bersama kerana masing-masing mempunyai perbezaan.
Setelah mengetahui apakah itu "emosi", kami di dedahkan pula dengankomponen-komponen yang terdapat dalam emosi.Komponen- komponen emosi tersebut adalah Affective Experiences (Pengalaman yang Efektif), Cognitive Processes (Proses yang Kognitif), Physiological Adjustments (Penyesuaian Fisiologi), Behavior (Tingkah Laku). Secara kesimpulannya disini, komponen dalam emosi dapat dibahagikan kepada perasaan,proses pemikiran, perubahan dalam fisio, dan juga tingkah laku yang berkaitan. Setelah mempelajari pengurusan emosi, baru lah saya tahu bahawa dalam emosi seseorang, mempunyai komponen-komponennya yang menggerakkan emosi seseorang itu. Sebagai contohnya, seseorang yang berjalan seorang diri pada waktu malam, secara tidak sengaja terdengar bunyi yang pelik. Secara automatiknya, dia akan cuba untuk mengenalpasti apakah bunyi tersebut. Pada ketika ini, sekiranya dia berasa takut dan memikir yang bukan-bukan, sudah pasti dia akan mempercepatkan langkahnya. Ini lah yang dikatakan sebagai perubahan yang berlaku dalam emosi seseorang yang melibatkan komponen-komponen yang terdapat dalam emosi, sepertimana yang telah saya nyatakan diatas. Komponen-komponen ini saling berhubung antara satu sama lain dalam mengekspesikan dan mempamerkan emosi seseorang itu.
Menurut Baron & Logan (1993), emosi dan motivasi merupakan satu komponen yang tidak dapat dipisahkan. Emosi sememengnya tidak boleh dipisahkan dari motivasi kerana emosi adalah sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebelum mempelajari kursus ini, saya tidak pernah terfikir bahawa emosi dan motivasi merupakan satu komponen yang tidak boleh dipisahkan. Sebelum ini, saya berpendapat bahawa emosi ini adalah sesuatu yang hanya didorong oleh perasaan semata-mata dan tidak melibatkan mana-mana komponen lain. Sebagai contohnya, Lina terdengar berita bahawa neneknya dikampung telah jatuh sakit, secara automatiknya sudah pasti dia akan menelefon atau men"SMS" keluarganya bagi mengetahui keadaan neneknya. Disini dapat dilihat bahawa perasaan sayang Lina terhadap neneknya telah memotivasikan dirinya untuk menghubungi keluarganya bagi mengetahui keadaan neneknya itu. Namun begitu, saya juga diberitahu bahawa tidak semua pendorong adalah berasaskan emosi dan begitu jugalah sebaliknya.
Setelah mengenalpasti definasi, dan komponen dalam emosi, kami kemudiannya didedahkan pula dengan pengukuran emosi. Saya tidak pernah mengetahui terdapat pula pengukuran dalam emosi. Seperti yang diberitahu oleh pensyarah kami, saya telah mengetahui bahawa emosi boleh diukur dengan beberapa cara seperti melalui temuramah, pemerhatian secara langsung dan juga melalui borang kaji selidik. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu bahawa kaedah-kaedah diatas adalah antara cara untuk mengukur emosi. Saya pernah terdengar tentang mesin yang digunakan untuk mengukur samaada seseorang itu bercakap benar atau tidak. Sebelum ini saya kurang jelas dan tidak pasti bahawa mesin tersebut boleh dipercayai seratus peratus atau pun tidak. Namun melalui pembacaan yang telah saya buat baru- baru ini, saya dapati bahawa mesin ini sememangnya tidak tepat seratus peratus. Terdapat satu kes dimana seseorang yang tidak bersalah dijatuhi hukuman atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya gara-gara kerana mesin pengesan penipuan yang tidak tepat. Begitu juga dengan apa yang diberitahu oleh pensyarah saya yang mengatakan bahawa mesin tersebut sememangnya tidak boleh dipercayai.
Kesimpulannya disini, melalui pengenalan kepada emosi, saya telah mempelajari banyak perkara baru yang berkaitan emosi seperti definisi, komponen emosi dan juga kaedah untuk mengukur emosi.# END
Pada 14 Julai 2010 yang lalu saya telah menghadiri Kursus Pengurusan Emosi pada kali yang pertama. Saya memilih kursus tersebut kerana ingin mengenali cara menangani emosi dan mengetahui dimana serta bagaimana emosi ini dapat menyumbang kepada sesuatu kebaikan ataupun keburukan. Apa yang saya faham tentang emosi disini ialah ia merupakan satu kegiatan yang wujud melalui fikiran, perasaan, nafsu atau perilaku yang lain. Ramai yang mengaitkan emosi dengan perasan walhal perasaan hanya merupakan satu komponen daripada emosi itu sendiri. Terdapat beberapa perkara yang dapat dikaitan dengan emosi seperti pengalaman efektif (affective experiences), prosess konigtif (cognitive processes), penyesuaian fisiologi(physiologicaladjustments), dan juga tingkahlaku (behavior).
Kebanyakan orang berfikir bahawa semua yang berlaku dalam minda kitadan tahap emosional kita adalah sesuatu yang tidak dapat dikawalbahkan terlalu susah untuk dikawal. Melalui pengalaman saya sendiri, terbukti agak sukar untuk mengawal emosi tersebut dalam sesuatu keadaan. Ini terjadi apabila saya kehilangan insan yang saya amat sayangi buat selamanya. Beliau adalah Allahyarham datuk sayayang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Februari 2005. Ketika itu saya hanya berumur 14 tahun tetapi pada waktu saya telah mengenali erti ajal dan mautsetiap insan di muka bumi ini.
Sejak saya lahir Arwah datuk saya yang telah menjaga saya memandangkan ibu bapa saya bekerja. Kemana pun saya pergi kami akan selalu bersama. Datuk saya selalu berpesan supaya jangan malas belajar dan harus kuat walau apa pun melanda. Hingga satu hari, datuk saya telah jatuh sakit. Tidak berdaya untuk berjalan, tidak makan dan minum serta sukar untuk berkomunikasi dengan kami semua. Ketika itu saya rasakan bertapa kosongnya hidup saya tanpa gelak tawa datuk saya. Semasa dia sakit tenat, saya selalu berada disisinya hinggalah dia menemui ajalnya. Sebak rasanya apabila melihat mayatnya diusung keluar dari rumah.
Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu, kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam hidup saya. Hampir seminggu saya tidak ke sekolah, menyendiri dan tidak bercakap dengan orang lain. Tetapi selepas beberapa bulan, saya mulai sedar bahawa datuk saya tidak akan kembali walau airmata darah saya tangiskan. Malah saya harus berdoa agar rohnya akan dicucuri rahmatNya. Dan alhamdulillah 5 tahun sudah berlalu saya kini sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia bergelar mahasiswi. Kalaulah datuk saya masih hidup, dialah orang pertama yang saya berkongsi tentang kejayaan saya ini.
Dalam sesuatu situasi, emosi akan berjaya mengawal diri kita sendiri tanpa kita sedar. Pada pendapat saya, bukan mudah untuk kita mengawal emosi kita tetapi sebelum berbuat apa-apa keputusan atau kesimpulan sebaiknya kita berfikir sewarasnya adakah tindakan kita itu akan memberi kita kebaikan atau mudarat kelak hari. Mungkin jika kita berada dalam keadaan yang kritikal kita tidak sempat berfikir dan pelbagai jalan pintas kita akan ambil untuk lari daripada keadaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya anda harus ingat akan agama anda dan berpegang kepada ajaranNya, insyaAllah kita mampu menghadapi permasalahan kita itu dengan berkatNya.
Pada 21 Julai 2010 saya telah menghadiri kursus Pengurusan Emosi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya memilih kursus ini kerana ingin mendalami ilmu yang berkaitan dengan emosi dan pengurusan emosi dalam menghadapi pelbagai keadaan. Setelah menghadiri kursus tersebut, saya rasa bersyukur kerana berpeluang menyertai kursus yang saya minati di samping menimba ilmu pengetahuan tentang emosi dan pengurusannya.
Orang ramai menyangka bahawa emosi adalah sama dengan perasaan, padahal perasaan adalah hanya sebahagian dalam emosi. Emosi sebenarnya ialah interaksi yang lebih kompleks antara faktor subjektif dan faktor objektif, dan berfungsi menimbulkan perasaan (affective experiences), mencetus pemikiran (cognitive processes), menyesuaikan diri dari segi fisiologi (physiological adjustment) dan akhirnya mempengaruhi tingkah laku seseorang. Saya memahami definisi tersebut berdasarkan pengalaman sendiri yang biasa dialami bukan sahaja saya sendiri tetapi juga orang lain.
Saya seorang yang suka mendengar muzik. Apabila saya mendengar muzik, saya biasa menyusun lagu-lagu secara 'random' merangkumi lagu yang paling disukai. Semasa lagu yang paling disukai itu mula dimainkan, saya mula berasa amat gembira (menimbulkan perasaan) kerana akhirnya sampailah giliran lagu yang diminati setelah menunggu sekian lama (proses pemikiran termasuk melabelkan sebab perasaan tersebut timbul). Tubuh badan saya yang dahulunya dalam keadaan tenang akan terasa 'aktif' seperti telah menjalani senaman serta daya pendengaran diperbaik (penyesuaian fisiologi), dan akhirnya saya akan mula menggerakkan tapak kaki sendiri mengikut rentak lagu tersebut (merupakan tingkah laku. Saya meminta maaf di sini tetapi memang inilah yang biasa dibuat semasa mendengar lagu.)
Berdasarkan contoh di atas, terbuktilah bahawa perasaan bukanlah emosi tetapi hanya sebahagian daripadanya. Emosi merangkumi skop yang lebih luas daripada perasaan di samping boleh menjadi pendorong (motivator), misalnya keghairahan terhadap bola sepak telah mendorong orang ramai untuk bermain bola sepak dan mengenali Piala Dunia. Akan tetapi emosi bukanlah pendorong dalam semua keadaan kerana ada kalanya sesuatu perbuatan bukanlah disebabkan oleh motivasi tetapi motif. Kami minum air kerana berasa dahaga, perasaan dahaga bukanlah suatu emosi atau motivasi tetapi merupakan suatu motif semula jadi.
Maka berakhirlah jurnal saya pada minggu pertama kuliah Pengurusan Emosi. Sebelum itu, bolehlah kawan-kawan klik pada link ini untuk menonton tarian 'flash mob' dalam negara kita yang juga didorong emosi ghairah.
Tanggal 21 Julai 2010,saya telah diperkenalkan dengan subjek pengurusan emosi.Apa itu emosi??Adakah ia sama ertinya dengan stres ataupun ianya merupakan suatu perasaan ataupun juga tidak sama sekali sama?Melalui subjek inilah saya dapat membongkar istilah emosi itu yang sebenarnya...Bagaimana untuk kita dapat tafsirkan pengertiannya agar lebih jelasadalah melalui 4 komponen penting iaitu affective experiences,cognitive processes,physiological adjustments and behaviour.Menelusuri komponen yang pertama iaitu affective experiences, dapat saya kaitkan dengan suatu cerita yang pernah saya tonton sewaktu berada di asrama sekolah dahulu. Watak utama cerita itu bernama Mary. Pada masa itu, teman sebilik Mary pulang ke rumah dan Mary terpaksa melalui hujung minggu itu keseorangan. Peristiwa itu berlaku tepat jam 3 pagi. Mary tersedar pada malam itu dan merasakan keadaan sekeliling amat menyeramkan dan tanpa di duga, bekas alat tulisnya yang berada di atas meja terjatuh dengan sendiri seperti ada sesuatu yang menariknya sehingga jatuh ke lantai. Deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa yang membawa sekali hawa yang dingin dengan suasana yang amat menyeramkan, bulu roma Mary tegak berdiri menampakkan lagi emosinya yang dalam ketakutan....Turut menambah lagi rasa seram suasana tersebut, bonggol pintu biliknya tiba-tiba terpusing dan terbuka dan dia berasa sungguh pelik. Dia tertanya-tanya seorang diri apakah sebenarnya yang berlaku?Apa yang sebenarnya ada di luar sana?? Mary cuba memberanikan dirinya untuk pergi menutup nkembali pintu bilik namun sesampainya dia di pintu, ada suatu suara atau benda yang menariknya keluar.....Fuhh,saya dan kawan-kawan yang menonton saat itu seolah-olah sudah separuh nyawa, jantung dah tidak merasa degupan, masing-masing dah merapatkan diri antara satu sama lain dan mula mengecilkan pandangan, takut-takut muncul rupa hodoh lembaga atau apa-apa saja...Namun setelah Mary keluar. dia tidak melihat apa-apa pun walaupun orang..Dia cuba mengorak langkah menjejaki suara yang memanggil namun kriekk kriokk kriekk kriokk bunyi pintu arasnya terbuka tertutup dengan sendiri seolah-olah ditiup angin, lalu dia terus berlari masuk ke dalam biliknya dan terus membungkus dalam selimut. Jantungnya berdegup kencang.... Malangnya dia telah terkena...Dia berkelakuan seolah-olah dihempap oleh satu benda atau makhluk yang berat menyebabkannya sukar untuk bernafas.Badannya turut mengecil semacam ditarik dan digenggam oleh makhluk tersebut dan dia tidak berdaya untuk melawan dan meminta sebarang pertolongan. Kesian sungguh melihat keadaan Mary masa itu....
Dia terpaksa mengharungi peristiwa yang menakutkan itu seorang diri sepanjang hidupnya dan akhirnya takziah buat Mary kerana dia akhirnya telah meninggal dunia akibat peristiwa tersebut.........
Hari ini merupakan hari pertama kuliah pengurusan emosi saya bermula. Pada hari ini, saya belajar serba sedikit mengenai apa itu emosi yang sekaligus merungkaikan hampir kesemua pertanyaan di lubuk hati saya mengenai emosi. Apa itu emosi? Emosi yang didefinasikan oleh Kleinginna And Kleinginna (1981) yang memberi maksud "emosi adalah interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif, dimediasi oleh sistem hormon saraf, yang dapat memberi pengalaman afektif, menghasilkan proses kognitif (pemikiran), menghidupkan penyesuaian secara fisiologi dan mengarah kepada sesuatu tingkahlaku." Manakala emosi yang di takrifkan dalam laman sesawang Wikipedia ialah "Emosi adalah perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu dan juga merupakan reaksi terhadap seseorang atau kejadian. " Namun begitu, walau apa pun yang yang didefinasikan mengenai emosi, yang pasti adalah emosi merupakan sebahagian mengenai fitrah kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah. Berbalik semula kepada takrifan yang diberikan oleh Kleinginna And Kleinginna, adakah emosi itu sama seperti perasaan? Jawapannya sama sekali tidak. Ini kerana perasaan adalah salah satu komponen emosi. Mengikut pandangan beliau, emosi boleh dipecahkan kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan. Pandangan ini sememangnya hampir tepat kerana saya pernah mempunyai pengalaman dimana kronologi peristiwa itu berlaku ada berkaitan dengan empat komponen tersebut. Ia dimana pada suatu malam, ketika saya ingin pulang ke rumah, saya melalui kawasan kebun getah. Secara tidak langsung, tiba-tiba mata saya terpaku pada sesuatu objek yang berwarna putih di hadapan sepohon pokok getah. Ketika itu, saya mulai cemas dan bulu roma saya meremang serta jantung saya berdegup kencang. Saya terkesima untuk seketika kerana ketika itu saya berpendapat bahawa ia merupakan hantu. Namun, saya gagahkan diri untuk mengetahui lebih lanjut apakah objek putih tersebut. Setelah hampir jarak kira-kira 3 meter dari objek tersebut, barulah saya mengetahui bahawa ia adalah karung guni. Dari sini kita boleh menyimpulkan bahawa teori dan komponen yang di ketengahkan itu adalah relevan mengenai emosi. Sebagai contoh, perasaan cemas yang saya alami ketika itu, perubahan kadar denyutan jantung saya, tindakan yang saya ambil untuk melihat dengan lebih lanjut dan juga tanggapan saya mengenai objek putih tersebut. Selain itu juga, pada hari ini saya juga turut didedahkan mengenai hubungan antara emosi dan motivasi. Menurut Baron & Logan (1993), emosi juga tidak dapat dipisahkan dengan motivasi. Teori ini juga pada pendapat saya adalah hampir tepat kerana dengan emosi, ia boleh memberi motivasi kepada seseorang. Sebagai contoh, saya mempunyai seorang rakan dimana beliau mempunyai seorang teman wanita. Sebelum beliau mempunyai teman wanita, beliau seorang yang agak pasif dan kurang cemerlang di kelas. Namun, setelah mempunyai seorang teman wanita yang boleh dikatakan cemerlang dari segi akademiknya, secara tidak langsung ia memberi inspirasi kepada beliau untuk menjadi cemerlang. Dan hasilnya, setelah 3 bulan bersama, beliau menjadi seorang yang peramah dan cemerlang dari segi akademiknya. Ini cukup untuk menyatakan bahawa emosi juga mampu untuk memotivasikan sesorang ke arah positif juga sebaliknya. Kesimpulannya, apa yang saya fahami pada hari ini ialah emosi memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan manusia. Itu sebabnya kenapa Allah menciptakan emosi agar manusia lebih mensyukuri juga mengetahui kebesaran ciptaan-Nya.
Minggu ini merupakan kali ke-2 saya mengikuti kursus pengurusan emosi. Saya berasa amat teruja kerana boleh memahami emosi dengan lebih mendalam merupakan salah satu impian saya. Tidak tersangka pula di UKM ada menawarkan kursus seperti ini. Kuliah minggu ini memperkenalkan kami kepada definisi dan pengukuran emosi. Selama ini saya menganggap bahawa emosi adalah sama dengan perasaan. Namun, menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), perasaan hanya merupakan sebahagian daripada emosi. Emosi dapat dibahagikan kepada 4 komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi serta tingkahlaku yang berkaitan.
Teori ini dapat dikaitkan dengan apa yang berlaku pada saya pada hari ini. Saya menghadiri kursus di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) yang tamat pada pukul 4 petang. Pada masa yang sama kursus Pengurusan Emosi (ZT2253) pula bermula di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Untuk pergi ke FSSK dari FTSM, kami terpaksa menaiki bas. Sebaik sahaja kursus saya di FTSM berakhir, saya bergegas ke perhentian bas. Saya berasa gelisah dan risau apabila sedang menunggu bas. Ini merupakan perasaan saya ketika itu. Proses kognitif adalah saya risau adakah saya akan lewat menghadiri kursus seterusnya? Sama ada bas itu akan sampai sebentar lagi? Sekiranya bas tidak sampai lagi, patutkah saya berjalan kaki? Pada masa yang sama, saya berpeluh-peluh dan dengupan jantung saya bertambah cepat kerana gelisah. Ini merupakan perubahan fisiologi yang dialami seperti yang dijelaskan dalam teori Kleinginna & Kleinginna (1981). Apabila bas sampai, saya menaiki bas dengan segera dan bergegas ke dewan kuliah setibanya saya di perhentian bas yang terdekat dengan FSSK. Tindakan ini merupakan tingkahlaku saya yang tercetus akibat daripada perasaan risau.
Seterusnya, kami juga difahamkan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron&Logan, 1993). Emosi juga dijadikan sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Sebagai contoh, perasaan cemburu mendorong saya untuk berusaha dengan lebih kuat. Saya merupakan seorang yang suka bersaing dalam hidup dan akan berasa cemburu sekiranya rakan-rakan menjadi lebih baik daripada saya dalam mana-mana bidang yang saya ceburi. Pada suatu masa, gred matematik saya merupakan antara yang terbaik dalam kelas. Rakan saya mendapat gred yang lebih tinggi daripada saya pada satu semester. Perkara ini menimbulkan perasaan cemburu dalam hati saya lalu memberi motivasi kepada saya untuk mendapat gred yang lebih baik pada semester seterusnya. Jikalau tanpa perasaan cemburu, saya tidak akan mempunyai motivasi untuk bersaing untuk berjaya.
Selain daripada itu, kami juga diberi pengetahuan tentang cara menilai emosi seseorang. Laporan Persendirian (self-reports) boleh digunakan untuk mengetahui perasaan seseorang. Cara-cara untuk menyediakan laporan ini termasuklah melalui kaedah menemu bual, soal-selidik dan pemerhatian tingkahlaku sendiri untuk satu tempoh masa. Namun demikian, cara ini akan mempunyai masalah dari segi budaya. Ini adalah kerana tingkahlaku yang sama akan membawa tafsiran yang berbeza dalam budaya yang berlainan. Contohnya, apabila seseorang menyampuk dalam satu perbualan, orang Barat akan menganggapnya sebagai perkara yang biasa dan berasa mereka memberi peluang kepada orang lain untuk menyuarakan pendapat. Tetapi bagi orang Asia, ini merupakan satu perbuatan yang biadap dan dianggap tidak menghormati orang yang sedang bercakap. Oleh itu, sesuatu tindakan memberi tanggapan yang berlainan kepada budaya yang berbeza.
Minggu ini merupakan kali ke-2 saya mengikuti kursus pengurusan emosi. Saya berasa amat teruja kerana boleh memahami emosi dengan lebih mendalam merupakan salah satu impian saya. Tidak tersangka pula di UKM ada menawarkan kursus seperti ini. Kuliah minggu ini memperkenalkan kami kepada definisi dan pengukuran emosi. Selama ini saya menganggap bahawa emosi adalah sama dengan perasaan. Namun, menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), perasaan hanya merupakan sebahagian daripada emosi. Emosi dapat dibahagikan kepada 4 komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi serta tingkahlaku yang berkaitan.
Teori ini dapat dikaitkan dengan apa yang berlaku pada saya pada hari ini. Saya menghadiri kursus di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) yang tamat pada pukul 4 petang. Pada masa yang sama kursus Pengurusan Emosi (ZT2253) pula bermula di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Untuk pergi ke FSSK dari FTSM, kami terpaksa menaiki bas. Sebaik sahaja kursus saya di FTSM berakhir, saya bergegas ke perhentian bas. Saya berasa gelisah dan risau apabila sedang menunggu bas. Ini merupakan perasaan saya ketika itu. Proses kognitif adalah saya risau adakah saya akan lewat menghadiri kursus seterusnya? Sama ada bas itu akan sampai sebentar lagi? Sekiranya bas tidak sampai lagi, patutkah saya berjalan kaki? Pada masa yang sama, saya berpeluh-peluh dan dengupan jantung saya bertambah cepat kerana gelisah. Ini merupakan perubahan fisiologi yang dialami seperti yang dijelaskan dalam teori Kleinginna & Kleinginna (1981). Apabila bas sampai, saya menaiki bas dengan segera dan bergegas ke dewan kuliah setibanya saya di perhentian bas yang terdekat dengan FSSK. Tindakan ini merupakan tingkahlaku saya yang tercetus akibat daripada perasaan risau.
Seterusnya, kami juga difahamkan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron&Logan, 1993). Emosi juga dijadikan sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Sebagai contoh, perasaan cemburu mendorong saya untuk berusaha dengan lebih kuat. Saya merupakan seorang yang suka bersaing dalam hidup dan akan berasa cemburu sekiranya rakan-rakan menjadi lebih baik daripada saya dalam mana-mana bidang yang saya ceburi. Pada suatu masa, gred matematik saya merupakan antara yang terbaik dalam kelas. Rakan saya mendapat gred yang lebih tinggi daripada saya pada satu semester. Perkara ini menimbulkan perasaan cemburu dalam hati saya lalu memberi motivasi kepada saya untuk mendapat gred yang lebih baik pada semester seterusnya. Jikalau tanpa perasaan cemburu, saya tidak akan mempunyai motivasi untuk bersaing untuk berjaya.
Selain daripada itu, kami juga diberi pengetahuan tentang cara menilai emosi seseorang. Laporan Persendirian (self-reports) boleh digunakan untuk mengetahui perasaan seseorang. Cara-cara untuk menyediakan laporan ini termasuklah melalui kaedah menemu bual, soal-selidik dan pemerhatian tingkahlaku sendiri untuk satu tempoh masa. Namun demikian, cara ini akan mempunyai masalah dari segi budaya. Ini adalah kerana tingkahlaku yang sama akan membawa tafsiran yang berbeza dalam budaya yang berlainan. Contohnya, apabila seseorang menyampuk dalam satu perbualan, orang Barat akan menganggapnya sebagai perkara yang biasa dan berasa mereka memberi peluang kepada orang lain untuk menyuarakan pendapat. Tetapi bagi orang Asia, ini merupakan satu perbuatan yang biadap dan dianggap tidak menghormati orang yang sedang bercakap. Oleh itu, sesuatu tindakan memberi tanggapan yang berlainan kepada budaya yang berbeza.
Emosi pada hakikatnya satu anugerah yang cukup indah, dengan adanya emosi setiap insan boleh merasai warna-warni kehidupan di dunia sementara ini. Emosi sebenarnya menyatakan keadaan diri kita pada Sesuatu masa seperti gembira, sedih dan ia merupakan peranan yang penting dalam menonjolkan perasaan. Namun sebagai manusia biasa, kita sepatutnya tahu meguruskan emosi supaya ia tidak keluar dari batas-batas yang ditetapkan oleh Sang Pencipta agar kesejahteraan diri terjamin. Emosi lebih luas maknanya dari perasaan, dan perasaan hanya sebahagian daripada emosi itu sendiri. Emosi seseorang bukan sahaja memberi kesan terhadap individu itu sendiri malah memberi kesan juga kepada masyarakat sekeliling sama ada kesannya baik mahupun sebaliknya.
Dalam khusus pengurusan emosi yang baru dipelajari, terdapat satu penyataan yang dikeluarkan iaitu "emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi" (Baron & Logan, 1993). Dan juga penyataan "emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku & motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Saya merasakan penyataan itu amat tepat kerana menurut pembacaan saya dalam sebuah majalah tempatan, terdapat kisah dimana seorang remaja sanggup melakukan cubaan membunuh diri dengan terjun dari bangunan hanya kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Namun dengan kuasa Allah, remaja tersebut tidak sempat terjun kerana perbuatannya disedari oleh orang awam yang berada disekitar tempat itu. Setelah ditenangkan dan dipujuk oleh pihak berkuasa barulah remaja perempuan tersebut mundur ke belakang dan duduk ditempat yang selamat. Setelah agak lama ditenangkan, remaja tersebut ditanyakan mengapa langkah yang salah itu diambil, beliau menjawab bahawa pergolakan emosi yang maha dasyat dalam diri dengan himpunan rasa kecewa, sedih, marah kerana ditinggalkan oleh kekasih telah mendorong dia mengambil jalan mudah bagi menyelesaikan masalah, walaupun tahu bahawa jalan yang diambil tersebut adalah salah namun fikirannya seolah-olah tidak mampu berfungsi dan hanya mengikut rentak emosi yang bercelaru pada ketika itu. Emosi negatif yang terkumpul dalam dirinya seolah-olah memberikan kekuatan kepadanya untuk mengatasi perasan takut kerana sememangnya remaja tersebut takut pada ketinggian. Hal ini membuktikan bahawa tingkah laku manusia itu amat dipengaruhi oleh emosi seseorang itu malah ia mampu memberi kuasa yang hebat dalam mengatasi kelemahan yang ada dalam diri sesorang demi mencapai matlamat yang difikirkan. Hal ini demikian kerana emosi sememangnya memotivasikan seseorang itu mengambil jalan penyelesaian dan tekat dengan apa yang akan dilakukan.
Sementara itu, ungkapan kata 'motif boleh menjadi emosional" pada pendapat saya merujuk kepada punca sesorang itu melakukan sesuatu dan menghasilkan Sesuatu yang melibatkan emosi, sebagai contoh situasi remaja, mungkin bermotifkan cemburu, timbul rasa kecewa lantas diri termotivasi untuk mengambil langlah yang drastik. Namun begitu tidak semua emosi menjadi pendorong kepada tingkah laku seseorang itu, kerana ada juga sesuatu perkara didorong oleh tuntutan fitrah setiap manusia seperti makan, tidur dan sebagainya.
Kesimpulannya apa pun jua tindakan yang dilakukan oleh setiap manusia ada sebab dan akibatnya, sama ada atas sebab desakan emosi mahupun tuntutan kahidupan. Emosi yang berjaya dikawal sebenarnya indah bagi setiap insan. Pengurusan yang btul pada emosi bukan sahaja penting untuk diri sendiri malah untuk kepenting kerjaya dan kesejahteraan keluarga. Manusia sepatutnya bertindak mengikut akal fikiran, bukannya emosi semata-mata. Tidak perlu membunuh diri atas sabab yang kecil, banyak jalan penyelesaian dalam menangani masalah.