Friday 29 July 2011

Tugasan 1 Jurnal

          Selamat sejahtera. Ini merupakan jurnal pertama saya setelah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi ZT2253 yang disampaikan oleh Dr. Zamri pada 27 Julai 2011. Tajuk kuliah yang disampaikan telah dibahagikan kepada dua, iaitu: "Pengenalan Emosi" dan "Struktur dan Expressi Emosi". Sebelum menghadiri kuliah ini, pengetahuan saya tentang emosi adalah sangat cetek. Pada pendapat saya, emosi ialah perasaan yang diluahkan oleh seseorang terhadap pelbagai persekitaran yang dialami. Melalui emosi seseorang, kita boleh menjangka tentang perasaan yang dialami olenhnya pasa waktu tersebut. Setelah menhadiri kuliah ini, saya telah lebih memahami definisi emosi sebenarnya luas daripada sekadar perasaan.

 

            Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi merupakan interaksi komplex antara faktor antara faktor subjektif dan faktor objektif yang dikawal oleh sistem hormon badan. Faktor subjektif dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang terhadap sesuatu fakta manakala faktor objektif merupakan situasi yang mempengaruhi sesuatu keputusan. Selain itu, emosi turut dibahagikan kepad empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku. Contohnya, semasa saya mendengar lagu melalui radio. Tiba-tiba saya terdengar satu lagu sedap telah dimainkan oleh DJ stesen radio tersebut (perasaan). Saya pun berfikir tentang lagu tersebut sama ada saya pernah mendengar lagu itu sebelum atau tidak (proses kognitif). Saya terinigin-ingin untuk mengetahui nama lagu tersebut (porse kognitif). Saya telah mengetahui bahawa lagu tersebut merupakan lagu baru setelah menyalari internet untuk mencari maklumat yang lebih lanjut tentang lagu tersebut (perubahan fisiologi). Akhirnya, saya berjaya memuat turunkan lagu itu (tingkah laku). Dalam kejadian ini, saya telah meluahkan empat konponen emosi.

 

            Emosi juga boleh dikaitkan dengan motivasi. Seseorang yang bermotivasi tinggi akan mewujudkan emosi positif seperti bersyukur, rasa bersemangat, rasa berinspirasi mendorong. Sebaliknya, emosi negative seperti dendam, marah, sakit hati, benci, dengki, cemburu, kecewa, hampa dapat meruntuhkan motivasi.

 

            Melalui kuliah ini, saya juga difahami bahawa emosi dapat diukur. Emosi boleh diukur melalui beberapa cara. Salah satu cara ialah seseorang itu meluahkan perasaannya melalui soal selidik, temu bual dan juga mencatatkan perasaan sendiri dalam satu jangka masa yang ditentukan. Contohnya, setiap sekolah terdapat guru kaunselor untuk membantu pelajar-pelajar. Apabila pelajar-pelajar didapati melakukan kesalahan sekolah, mereka akan dihantar ke guru kaunselor. Pada masa ini, guru kaunselor akan berbual-bual dengan pelajar tersebut. Dari segi emosi pelajar, guru tersebut dapat memahami perasaan pelajar tersebut dan mencari cara penyelesaian yang paling munasabah. Selain itu, kita dapat mengukur emosi seseorang melalui cara percakapan dan juga nada suara seseorang. Contohnya, apabila kita menemu bual dengan seseorang berada dalam keadaan sedih, selalunya, dia akan memilih untuk berdiam. Tetapi, jika kita menemu bual dengan seseorang yang amat gembira pada waktu itu, selain menjawab apa yang ditanya, kita juga akan mengetahui informasi-informasi yang lebih daripadanya. Orang yang gembira akan sentiasa bersenyum sepanjang masa dan kita akan berasa amat selesa apabila menjalankan temu bual dengannya.

 

            Seterusnya, saya telah mempelajari tentang struktur dan expresi emosi. Terdapat beberapa teori tentang struktur dan expersi emosi. Antaranya ialah Darwin's basic theory of emotions, Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory dan Izard's innate facial expression.

 

            Melalui Darwin's basic theory of emotions, saya memahami bahawa emosi terdiri daripada emosi asas. Emosi asas adalah ciri-ciri dalaman manusia dan ia dapat diluahkan melalui wajah seseorang.  Wajah merupakan refleksi emosi seseorang yang paling senang dikesankan kerana ia merupakan sesuatu yang ditunjukan dalam permukaan, berbezanya dengan oragn-organ lain yang berada dalam badan . Seseorang senang meluahkan perasaan melalui wajah. Hal ini demikian kerana wajah seseorang selalunya tidak mudah untuk disembunyikan. Contohnya, apabila kita berasa gembira, kita akan banyak bersenyum. Namun demikian, jika seseorang itu sengaja menyembunyikan perasaannaya daripada orang lain, maka kita susah untuk memahami perasaannya.

 

            Di samping itu, melalui Plutchik primary emotion theory, saya memahami bahawa emosi boleh digambarkan dengan bahasa yang berlainan iaitu, bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa-bahasa tersebut berhubungan kait dengan emosi seseorang. Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi. Contohnya, apabila saya berasa gembira, saya akan berketawa, manakala apabila saya berasa sedih, saya akan menangis atau berdiam diri untuk meluahkan perasaan sedih. Bahasa tingkah laku pula merujuk kepada tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Kita akan bertindak mengikut emosi masing-masing. Contohnya, apabila kita berasa takut, kita akan bertindak dengan berhati-hati. Selain itu, kita akan meniggikan suara apabila berasa marah. Akhirnya, bahasa fungsian merujuk fungsi tersebut kepada seseorang. Ia juga merujuk bagaiman emosi itu berperanan kepada seseorang. Bahasa ini merupakan bahasa tersirat. Contohnya, seseorang yang berkeyakinan diri secara tidak langsungnya menunjukkan bahawa dia merupakan seseornag yang berani.

 

            Melalui Tomkin's facial feedback theory, emosi dapat diluahkan melalui wajah seseorang. Contohnya, senyuman boleh dikaitkan dengan kegembiraan. Terdapat 8 reaksi yang utama, iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Kawasan sekeliling berbeza akan menyebabkan seseorang itu meluahkan emosi yang berlainan. Contohnya, seseorang yang berasal dari keluarga yang bahagia akan meluahkan emosi gembira manakala seseorang yang berasal dari keluarga yang porak-peranda akan selalu beremosi sedih. Teori ini juga menyatakan bahawa terdapat 4 emosi yang bertentangan, iaitu terima atau meluat, takut atau marah, gembira atau sedih dan terkejut atau jangkaan. Contohnya, apabila guru mengumukan keputusan peperiksaan, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan berasa gembira mankala pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang akan berasa sedih.

 

            Melalui Izard's innate facial expression, saya memahami bahawa seseorang akan memberi reaksi yang semula jadi terhadap emosinya. Emosi merupakan sesuatu semula jadi yang zahir sejak lahir dan bukannya dipelajari. Melalui pembelajaran dan pengalaman sendiri, kita akan mempunyai emosi-emosi yang tersendiri. Contohnya, seseorang telah dipatuk oleh ular semasa dia berumur kecil. Selepas kejadian itu, dia akan berasa takut dengan ular walaupun sekadar ular gambar yang terdapat dalam buku.

Selepas kuliah ini, saya telah mengetahui bahawa emosi merangkumi banyak lagi aspek selain ia dapat diluahkan melalui perasaan. Emosi juga boleh diukur. Emosi harus dikawal dengan baik sekali. Hal ini demikian keran emosi boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh seseorang. Seseorang yang tidak mengawal emosi tidak akan disenangi oleh orang lain. Mereka akan dijauhi dan tidak akan mempunyai banyak kawan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa mengawal emosi kita. Dengan mengwal emosi dengan baik, kita dapat membuat sesuatu tindakan dan keputusan yang paling wajar untuk menangi masalah yang dihadapi. Saya berasa pengetahun saya tentang emosi bertambah setelah menghadiri kuliah ini. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment