Saturday 30 July 2011

   Salam sejahtera. Sebelum menghadiri kuliah ini, pada pandangan saya, emosi itu sesuatu perasaan yang abstrak dan sukar dijelaskan, dengan aspek kita tidak berupaya untuk mengukur emosi tersebut dengan tepat. Bagi saya, emosi yang tertimbul berdasarkan pengalaman dan hubungan interaksi dengan sesuatu benda atau keadaan. Sebagai contoh, seseorang yang tidak pernah menaiki pesawat akan berasa ghairah, gentar ataupun hairan apabila menaiki pesawat pada kali
pertama.Sebaliknya, bagi seseorang yang sudah menaiki pesawat beberapa kali, emosi mungkin tidak berubah dengan ketara. Maka, emosi yang dilahirkan oleh setiap individu terhadap sesuatu keadaan yang sama adalah berbeza. Selain itu, disebabkan kegemaran setiap individu adalah berbeza, emosi yang timbul juga ada perbezaannya. Bagi individu yang gemar bersukan, dia akan berasa gembira apabila diajak untuk berbuat demikian. Sebaliknya, seseorang yang benci menjalankan aktiviti di luar, dia mungkin berasa tertekan atau marah.
   Pada pendapat saya, emosi tersebut sesuatu yang unik kerana emosi dapat disembunyikan. Kebanyakan masa, kita dapat mengetahui fikiran atau perasaan seseorang melalui ekspresi muka dan pergerakan badan.Namun, adakalanya ekspresi muka tidak semestinya memaparkan perasaan sebenar. Kebanyakan orang menyembunyikan emosi mereka untuk menangani situasi yang berbeza. Dengan ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa bekerja sebagai pelayan restoran. Saya terpaksa melemparkan senyuman walaupun ditegur oleh pelanggan yang buruk perangai dan cerewet. Meskipun kemarahan tertimbul dalam diri saya, saya perlu mengawal emosi sendiri dan memberikan layanan yang terbaik kerana saya tidak ingin menimbulkan sebarang masalah. Jadi, kadang-kala kita boleh melihat, orang yang sering menunjukkan senyuman yang lebar tidak semestinya berasa gembira. Apa yang menakutkan ialah emosi berdendam dalam seseorang individu juga boleh disembunyikan tanpa pengetahuan orang lain. Namun demikian, emosi yang terselindung ini sebenarnya boleh dibaca oleh pakar.Pernah saya menonton sebuah movie yang berkaitan dengan membaca minda penjenayah. Melalui pemerhatian yang teliti, pakar dapat mengetahui bahawa sama ada seseorang itu bercakap bohong dengan menerapkan teknik perubahan saiz anak mata, pergeakan mulut, gaya pergerakan, kadar respirasi dan sebagainya. Jadi, kadang-kala emosi yang tersirat kita ditunjukkan tanpa perasaan.
   Selepas menghadiri kuliah, saya difahamkan konsep emosi boleh diterangkan dengan beberapa teori, seperti  Darwin's basic theory of emotions, Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory, Izard's innate facial expression, dan learning theory.  Menurut Plutchik's Primary Emotion Theory, emosi dapat digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza, iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merujuk kepada bahasa biasa bagi emosi seperti perasaan gembira, takut, sedih dan sebagainya. Bahasa tingkah laku pula merujuk kepada  tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Misalnya, seseorang akan melompat kegirangan atau bersenyum disebabkan oleh perasaan gembira. Manakala bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Contohnya perasaan takut apabila bertemu dengan perompak mungkin menimbulkan ransangan untuk melarikan diri sebagai tujuan melindungi keselamatan diri. Bahasa fungsian juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Sebagai contoh, perasaan berani boleh berfungsi untuk memberi keyakinan kepada seseorang individu berdepan dengan perompak tersebut. Menurut Plutchik juga, emosi boleh berubah daripada tiga dimensi (Dimensi emosi), iaitu darjah kekuatan emosi, hubungan atau perkaitan dan kekutuban. Saya agak keliru dengan cara mengkategorikan darjah kekuatan emosi tersebut. Bagaimanakah kita membezakan perasaan suka hati kita itu bahagia atau gembira?
   Selain itu, emosi dan motivasi ialah satu entiti dengan sendirinya dan tidak boleh dipisahkan (Baron & Logan 1993). Emosi merupakan motivasi saling berkait dengan tingkah laku dan tindakan kita. Lang et al, 1992 membicarakan motif boleh menjadi emosional seperti perasaan stres. Stres akan menjejaskan emosi kita sama ada dengan positif ataupun secara negatif. Dengan stres yang berkadaran dan berpatutan, ia menjadi dorongan untuk menghabiskan sesuatu tugas dan menaikkan semangat kita untuk mencapai sesuatu. Sebaliknya, sekiranya melampaui batas individu tersebut, ia berubah menjadi sesuatu yang menyebabkan seseorang itu hilang matlamat hidup dan patah harapan untuk meneruskan usahanya. Oleh itu, kita sepatutnya mengawal emosi kita pada kadar yang perpatutan supaya tidak mennganggu kehidupan dan prestasi kita.
   Menurut teori Izard's Innate facial expression, emosi manusia merupakan sesuatu yang semula jadi dan pengalaman emosi tidak dapat dipelajari. Saya agak bersetuju dengan penyataan ini kerana kita reti ketawa apabila gembira dan menangis apabila takut atau lapar sejak kami masih bayi lagi walaupun tidak diajar. Emosi ini boleh dikatakan dilahirkan secara semula jadi dan sebagai respon terhadap perangsang sekeliling. Akan tetapi, saya berpendapat emosi manusia dapat diperoleh daripada proses pembelajaran. Cuba berimbas kembali, semasa kita masih kecil, kita berasa girang dan mudah berpuas hati kerana waktu itu, tiada apa-apa yang dibimbangkan. Semakin membesar, semasa masalah semakin bertambah, stres daripada pelajaran, keluarga dan masyarakat telah menyebabkan kita beremosi.Terdapat juga teori yang mengatakan emosi adalah hasil pembelajaran. Teori ini dibuktikan dengan kajian Miller mengenai kebolehan tikus memperoleh sesuatu emosi setelah diberi kejutan elektrik. Plutchik juga telah menyenaraikan lapan tindak balas adaptif asas, iaitu takut, meluat, terperanjat, gembira, sedih, terima, marah dan rasa ingin tahu. Jadi, emosi lain seperti benci, iri hati dan lain-lain mungkin dipupuk setelah kita terdedah kepada keadaan yang merangsang emosi tersebut.
   Akhir kata, emosi melahirkan perasaan melalui pengalaman yang melibatkan emosi, menjana proses kognitif yang menyuntik emosi yang bersesuaian dengan keadaan, selain perubahan fisiologi dan tindakbalas luaran mengikut situasi.
 

No comments:

Post a Comment