Saturday 30 July 2011

 
 
 
Pada semester ini kami didedahkan dengan kursus ZT2253 iaitu modul Pengurusan Emosi.Pada 27 Julai 2011 yang lepas ,kuliah mengupas tajuk mengenai 'Pengenalan Emosi dan Struktur Dan Ekspresi Emosi'.Ini ialah minggu kedua kuliah bermula dan bermula pada minggu ini kami dikehendaki untuk membuat jurnal berkaitan kuliah yang diberikan pada setiap minggu.Hari ini buat pertama kalinya saya membuat jurnal.
 
Sebelum ini saya tidak pernah langsung mengetahui bahawa perkataan emosi itu mempunyai banyak teorinya yang berbeza-beza dan boleh dijelaskan dalam pelbagai bentuk maksud.Jika ditanya pada kebanyakan pihak apa itu emosi,pastinya ramai yang menjawab emosi adalah luahan perasaan,gambaran jiwa dan macam-macam lagi.Pada pandangan saya sendiri pula emosi adalah apa yang terlahir dari wajah dan perlakuan seseorang dalam sesuatu situasi.Menurut Kleigenna&Kleigenna (1981) ,emosi bermaksud satu set kompleks yang berhubungkait antara subjektif dan factor objektif yang dirangsang oleh system neural hormone.Subjektif dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang itu berdasarkan fakta sebenar manakala factor objektif pula faktor atau situasi yang mempengaruhi sesuatu keputusan.Empat komponen utama emosi ialah perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan.Sebagai contohnya, apabila seseorang itu mendapat keputusan peperiksaan yang baik,dia akan berasa gembira (perasaan),minda akan memproses bagaimana untuk mengekspresikan perasaan tersebut dan apakah yang menyebabkan gembira(proses kognitif).Lalu,berlaku perubahan fisiologi pada dirinya iaitu bernafas dengan dalam dan 'relax',metabolisme badan meningkat dan sebagai tingkah laku dia akan tersenyum dan mengucap syukur.
 
Namun apakah kita sedar emosi memainkan peranan yang besar dalam hidup kita? Emosi boleh mendorong kepada sesuatu tingkah laku dan menjadi sumber motivasi.Sebagai contohnya,apabila saya melihat orang lain lebih rajin daripada saya,saya berasa cemburu.Maka dengan itu perasaan cemburu saya akan memotivasikan diri saya untuk memperbaiki diri dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang rajin.Baru-baru ini saya menonton video mengenai dokumentari pencarian bakat di Korea.Saya berasa begitu tersentuh apabila melihat seorang peserta yang mempunyai sejarah hidup yang agak susah dan mencabar.Dia telah membesar sendirian sejak dia berumur 5 tahun dan dia mempunyyai pelbagai pengalaman perit demi untuk meneruskan kehidupan.Walaupunbegitu,dia mampu mengawal emosinya dan menjadikan kehidupannya sebagai motivasi untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang penyanyi vocal terkenal.Jelas dia mempunyai bakat yang besar dan terpilih dalam program tersebut.Kisah hidupnya yang pilu membuatkan orang lain turut merasa sedih dan kagum terhadapnya.Ini membuktikan bahawa emosi boleh menjadi motivasi dalam sesuatu perkara.
 
Namun,tidak semua keadaan emosi boleh menjadi motivator. Jika seseorang itu tidak dapat mengawal emosinya dengan baik maka emosi itu sendiri boleh merosakkan dirinya sendiriJSebagai contohya sedih,apabila emosi itu tidak dapat dikawal ini boleh menyebabkan kemurungan dan depresi mahupun stress.Adakalanya sehingga menyebabkan seseorang itu membunuh diri.Selain itu tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi.Cuba kita fikirkan adakah kita tidur kerana disebabkan emosi?Kita tidur disebabkan kita mahu berehat.Namun adakalanya apabila kita dalam emosi gembira,kita akan tidur.Dalam buku 'Aku Terima Nikahnya' karangan Ustaz Hasrizal ada membincangkan berkenaan peranan ibu dalam mengawal emosi anak-anak.Anak-anak harus diberi perhatian dan ibubapa harus bijak mengorbankan waktu rehat mereka setelah penat bekerja seharian untuk melayan kerenah anak-anak.Hal ini kerana apabila anak-anak kekurangan kasih saying dan perhatian,mereka mudah terpengaruh dan boleh terlibat dengan anasir-anasir jahat disebabkan emosi merka yang ingin memberontak untuk mendapatkan kasih sayang.Di sini boleh disimpulkan bahawa kesedihan kerana kekurangan kasih sayang adalah perasaan,otak mereka cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu(proses kognitif) dan sebagai tindak balas mereka bertindak memberontak untuk mendapatkan perhatian.
 
Tambahan lagi,pernahkah kita terfikir bahawa emosi boleh diukur?Emosi boleh diukur melalui dua cara iaitu laporan persendirian iaitu luahan perasaan melalui pengakuan dan pengukuran melalui aspek fisiologi ataupun lebih mudah ditafsirkan sebagai tahap tekanan darah,denyut nadi dan sebagainya.Sebagai contohnya,apabila kita berasa sedih,kita akan mengadukannya kepada ibu bapa kita dan kita akan menangis apabila kita sudah tidak mampu menahan kesedihan kita.Kemudian,pada saat itu denyut nadi kita agak deras,dia sukar untuk senyum dan tidak banyak bergerak serta kelihatan lemah.
 
Struktur dan ekspresi emosi ada disebut di dalam beberapa teori iaitu teori Darwin,teori Plutchik,teori Tompson,teori Izard dan teori pembelajaran.Teori Darwin menyebut tentang asas evolusi dan teori Plutchik ialah emosi utama manusia.Seterusnya,teori Tompson iaitu tindak balas wajah,teori Izard ialah ekspresi wajah universal dan teori pembelajaran yang membincangkan melalui pengalaman lalu emosi boleh terjadi.
 
Menurut Plutchik,Tomkin dan Izard,emosi primari pada manusia ialah marah,meluat,takut dan terperanjat.Manakala emosi-emosi yang lain seperti gembira,minat,benci,malu,sedih,menerima,kesusahan dan bersalah,ahli-ahli teori terbabit mempunyai pandangan yang berbeza.Itu semua adalah emosi-emosi yang biasa dialami oleh setiap orang dalam kehidupan seharian.Apabila menghadapi sesuatu yang kita tidak suka dan tidak setuju kita akan meluat dan marah.Walaupun berlainan bangsa,budaya,geografi mahupun agama,setiap orang akan berhadapan dengan emosi-emosi tersebut dan telah terlahir dalam diri setiap orang sejak azalinya.Tiada sesiapa yang apabila berhadapan dengan kehilangan akan berasa gembira,semua orang akan berasa sedih apabila mereka kehilangan sesuatu.Emosi primari ini adalah seragam di semua bangsa dan budaya.(Kokoszka,1993).Kebanyakan ahli teori menyatakan bahawa emosi-emosi utama boleh menerbitkan emosi-emosi lain.Saya setuju dengan kenyataan tersebut.Saya sedar apabila saya sedih saya akan rindukan keluarga saya dan adakalanya perasaan sedih itu akan menerbitkan emosi kesal ataupun semangat.Emosi bersifat adaptif 
            Teori Plutchik menyebut 3 perkara iaitu 'Language of Emotion', "Basic Adaptive Reaction", dan "Dimension of Emotion". Emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa iaitu bahasa subjektif,bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian.Situasi ini dapat dilihat melalui perasaan sedih (bahasa subjektif)  apabila kehilangan seseorang yang kita saying contohnya bapa kita. Kesedihan kita akan menyebabkan kita menangis(bahasa tindak balas) dan mungkin juga kehilangan selera makan serta kemurungan.Fungsi kesedihan itu ialah mengzahirkan perasaan sayang kita pada bapa kita dan betapa kita senang dengan kehadirannya dalam hidup kita(bahasa fungsian).Prototaip kepada semua bentuk emosi yang dinyatakan oleh Plutchik ialah TAKUT,MELUAT,MARAH,TERPERANJAT,GEMBIRA,SEDIH TERIMA,PERASAAN INGIN TAHU.Perasaan-perasaan ini mempunyai perasaan yang berlawanan dan yang paling utama ialah menerima lawannya meluat,takut lawannya marah,sedih lawannya gembira dan terperanjat lawannya sudah bersedia.Kelapan-lapan emosi tersebut dikategorikan melalui 8 warna dan dalam bentuk 3-D.Donald Fromme& Clayton O'Brien mencadangkan Kitaran Emosi (Emotion Circle) sebagai alternative kepada teori Plutchik.
 
Tambahan lagi, dalam teori Tompson ada menyebut apa menyebabkan apa.Sebagai contohnya adakah senyum menyebabkan gembira atau gembira menyebabkan senyum. Ini boleh dianalogikan dengan kaitan ayam dan telur.Adakah ayam atau telur yang muncul dahulu?Pada pendapat saya tentang teori ini,tidak semestinya seseorang yang tersenyum itu dalam situasi gembira.Seperti yang dipersoalkan sahabat saya jikalau seseorang itu terkentut kemudian dia tersenyum,adakah itu gambaran bahawa dia gembira ?
 
Kesimpulannya,melalui kuliah pertama Pengurusan Emosi ini saya dapat mengetahui serba-sedikit mengenai elemen-elemen emosi.Pengetahuan ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk mengenalpasti emosi orang yang berada di sekeliling sayaA dan cara-cara untuk menghadapinya kelak.
 

No comments:

Post a Comment