Friday 29 July 2011

Selamat sejahtera. Inilah kali pertama saya menulis jurnal setelah menghadiri kuliah 1 Pengurusan Emosi ZT2253 pada 27 Julai 2011. Pada hari ini, pengenalan subjek ini telah diberikan secara ringkas. Selepas itu, kuliah yang bertajuk 'Struktur dan Expresi Emosi' telah diberikan. Sebelum menghadiri kuliah ini, saya hanya tahu bahawa 'emosi' adalah sesuatu yang menunjukkan perasaan seseorang, termasuklah gembira, sedih, kecewa dan sebagainya. Selepas mengahadiri kuliah ini, saya baru mendapati bahawa sebenarnya terdapat begitu banyak ilmu pengetahuan tentang 'emosi'. Hal ini menyebabkan saya berasa semakin berminat untuk belajar cara pengurusan emosi. Saya berharap bahawa selepas menghabiskan subjek ini dalam semester ini, saya boleh memahami maksud 'emosi' secara lebih dalam dan sanggup menguruskan emosi sendiri dengan baik setiap masa pada masa depan.
                Dalam kuliah pertama ini, saya telah belajar bahawa emosi adalah interaksi complex antara factor subjektif dan objektif, dibantu oleh sistem hormone badan. Perkara ini boleh dibahagikan kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan, dan tingkahlaku berkaitan. Sebagai contoh, saya menangis semasa berasa sedih kerana disalahfaham oleh kawan karib saya. Saya pun berfikir tentang sebab-sebab yang boleh menjadikan kawan karib saya salahfaham terhadap saya. Selepas itu, saya berasa bahawa saya sepatutnya mencari peluang untuk membuat penerangan kepada dia. Jadi, saya pergi ke rumahnya untuk menyelesaikan kesalahfahaman ini.
                Di samping itu, saya juga mendapat pengetahuan tentang emosi seseorang boleh 'diukurkan' dengan pemerhatian terhadap nada dan suara. Contoh yang diberikan dalam kuliah ini ialah seseorang mengatakan bahawa dia tidak marah, tetapi nadanya garang dan suaranya kuat.  Ini menunjukkan sebenarnya seseorang itu sangat marah walaupun dia tidak mengakui. Dalam kehidupan harian, saya juga pernah mengalami keadaan sebegini. Sebagai contohnya, kawan saya mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan semester lepas, walaupun dia mengatakan bahawa dia langsung tidak berasa sedih atau kecewa, tetapi suaranya macam hampir hendak menangis. Oleh itu, saya memahami bahawa sebenarnya dia sangat sedih tetapi dia tidak mahu saya risau terhadap dia. Hal ini telah membuktikan bahawa nada atau suara seseorang akan menunjukkan emosi seseorang.
                Saya pernah membaca tentang tiga teori emas yang dikemukakan oleh Walgito, 1997 (dalam DR. Nyayu Khodijah). Tiga teori ini ialah teori sentral, teori peripheral dan teori keperibadian. Menurut teori sentral, gejala kejasmanian merupakan akibat dari emosi yang dialami oleh individu. Oleh itu, individu mengalami emosi terlebih dahulu sebelum mengalami perubahan-perubahan dalam kejasmaniannya. Contohnya, orang menangis karana berasa sedih. Tetapi, penerangan ini bertentangan dengan teori peripheral. Teori periferal dikemukakan oleh seorang ahli berasal dari Amerika Serikat bernama William James (1842-1910). Menurut teori ini sebaliknya, gejala-gejala kejasmanian bukanlah merupakan akibat dari emosi yang dialami oleh individu, tetapi emosi yang dialami oleh individu merupakan akibat daripada gejala-gejala kejasmanian. Menurut teori ini, orang tidak menangis karana susah, tetapi sebaliknya ia susah karana menangis. Teori Keperibadian menerangkan bahawa emosi ini merupakan suatu aktifitas peribadi, dimana peribadi ini tidak dapat dipisah-pisahkan dalam jasmani dan psikis sebagai dua perkara yang terpisah. Oleh hal ini demikian, maka emosi meliputi pula perubahan-perubahan kejasmanian.
                Selain itu, beberapa teori juga diperkenalkan dalam kuliah pertama ini. Antaranya termasuklah Evolutional theories/ biological theories. Biological theories telah dimulai dengan Teori Emosi Primari Darwin (Darwin's Basic Theory of Emotion). Menurut Teori Emosi Primari Darwin, emosi terdiri daripada emosi primari (primary emotion). Emosi primari ini juga adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Dalam buku Darwin, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", beliau menyatakan bahawa ekspresi muka melambangkan emosi seseorang. Ini disebabkan oleh muka adalah senang dilihat dan bukannya seperti organ lain kita. Selain itu, 16 soalan yang ditanya kepada 36 jenis bangsa yang berbeza didapati jawapannya adalah sama. Saya sangat bersetuju dengan teori ini kerana saya yakin bahawa emosi dapat ditafsirkan melalui ekspresi muka tanpa mengira kaum, budaya serta bangsa seseorang. Tambahan lagi, ekspresi muka seseorang sangat mudah diperhatikan oleh orang lain. Sebagai contohnya, muka seseorang akan manjadi musam dan jarang senyum semasa menghadapi masalah sama ada dalam kerjaya ataupun hubungan dengan kawan. Walaubagaimanaun, saya berasa bahawa ekspresi emosi ada sedikit perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Contohnya, biasanya semasa perempuan berasa sedih, mereka akan mengangis. Tetapi, jarang lelaki akan berbuat demikian. Perempuan juga akan memberitahu masalah yang dihadapi kepada kawan ataupun ibu bapa manakala jarang lelaki berbuat demikian. Kebanyakan teorist seperti Caroll Izard dan Paul Ekman menyatakan bahawa emosi primari (primary emotion) dapat menerbitkan emosi-emosi yang lain. Menurut Teori Emosi Primari lagi, emosi adalah bersifat adaptif dan kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari.
                Tambahan pula, saya juga diperkenalkan tentang Learning theories (teori pembelajaran dan pengalaman). Antara peranan teori ini ialah pandangan biologi pengalaman (the biological view of experience) dan Pandangan teori pembelajaran dari pengalaman (the learning theory view of experience). Berdasarkan Pandangan biologi pengalaman, proses kognitif (cognitive process) adalah berbeza daripada individu ke individu. Contohnya, Ali berasa gembira dan bangga semasa dipilih sebagai wakil kelas. Hal ini demikian keran dia percaya inilah peluang untuk memupuk nilai kepimpinan sendiri. Namun, Ahmad berasa stress dan bimbang semasa dipilih menjadi sebagai wakil kelas kerana dia tidak beryakin terhadap sendiri dan menganggap tugasan ini sebagai bebanan. Oleh itu, emosi adalah semula jadi, ekspresi mereka dan pengaktifan dipengaruhi dengan belajar dan emosi. Menurut pandangan teori pembelajaran dari pengalaman,semua emosi boleh dipelajari. Miller 's study dan Albert's study menunjukkan ketakutan boleh dibelajari dan tiada asas biologi. Sebagai contohnya, adik saya diberitahu sejak kecil bahawa dia akan ditangkap oleh orang jahat jika keluar rumah semasa malam. Akibatnya, sehingga kini, dia sudah menjadi remaja tetapi masih berasa takut jika suruh dia berjalan kaki ke rumah jiran tanpa temanan pada waktu malam.
                Kesimpulannya, emosi adalah sesuatu yang agak compleks dan menjejaskan kita setiap hari. Kebanyakan orang termasuklah orang dewasa tidak boleh mengawal emosi sendiri dengan baik. Hal ini demikian kerana mereka memang tidak pernah belajar bagaimana menguruskan emosi sendiri dengan cara yang betul dan sistematik. Kebanyakan orang juga tidak betul-betul faham maksud emosi. Tambahan pula, dengan menguruskan emosi diri sendiri dengan baik, banyak kesalahfahaman dan pergaduhan juga boleh dikurangkkan dan dielakkan. Oleh itu, kami sebagai mahasiswa-mahasiswi yang menghadapi banyak cabaran pada masa depan haruslah belajar cara menguruskan emosi sendiri supaya tidak menjejaskan kehidupan harian sendiri dan orang di sekeliling kita.

No comments:

Post a Comment