Friday 29 July 2011

NIK NOR SYAHIRA BT NIK MOHD RASHID A126789 Journal 1

NIK NOR SYAHIRA BT NIK MOHD RASHID
A126789              
Journal 1





Kuliah pertama ZT bermula pada 27hb Julai 2011. Bertempat di dewan kuliah satu. Bermula pada  pukul 2 petang. Perasaanku pada ketika itu kurang menentu. Tertekan dengan segala nota perubatan yang makin bertimbun tidak terbaca, aku berasakan tidak bersemangat dalam menghadiri kuliah ZT. Namun, demi Dr Zamri, aku kuatkan semangat. Dr Zamri sudah beberapa kali cuba mengambil hati anak-anak didiknya dengan bermain kuiz, cabut nama dan tayangan video. Aku perlu hormati dan hargai usaha murni yang ditunjukkan oleh beliau.
Dalam kuliah pertama , aku belajar mengenai "Pengenalan Emosi". Secara ringkasnya, aku perlu mengetahui tentang 4 tajuk besar dalam emosi iaitu definisi emosi, cara-cara mengukur emosi, struktur dan ekspressi emosi dan pengalaman emosi. Apa yang aku faham mengenai definisi emosi adalah emosi merupakan sesuatu tindakan yang boleh mempengaruhi kognitif, fisiologi dan tingkahlaku seorang manusia. Memang benar pun. Aku juga setuju dengan definisi yang diberikan. Emosi boleh memberikan impak yang besar dalam kehidupan seseorang.
Sebenarnya aku tidak pernah tahu bahawa emosi boleh diukur. Macam pelik bunyinya namun itulah hakikatnya. Pembelajaran ZT banyak menambahkan ilmu aku. Maka tidak sia-sia jugalah aku datang kuliah. Dalam kuliah tersebut, disebutkan kita mempunyai 3 kaedah untuk mengukur emosi. Pertama adalah "self report".  Kaedah "self report" dijalankan dengan mengadakan sesi temubual dengan orang , melalui perhatian mahupun melalui perubahan fizikal seseorang tersebut.
Secara logiknya, kita dapat mengetahui tahap emosi seseorang dengan bertanya terus kepadanya ataupun dengan melihat perwatakannya seharaian ataupun juga dengan melihat sebarang perubahan pada badan dan wajah seseorang. Contohnya, jika Aisyah mempunyai masalah, kita dapat mengetahui tahap permasalahan beliau dengan melihat gaya penampilan , ekspresi muka ataupun gaya percakapan kita dengannya.
Secara keseluruhannya, terdapat 3 cara yang dikenalpasti untuk mengukur emosi seseorang iaitu melalui "self report". "direct observation " dan juga "physiological changes " yang berlaku pada seseorang.
Emosi dan motivasi semestinya tidak dapat dipisahkan. Seperti kata-kata Baron dan Logan (1983), "emosi tidak data dipisahkan daripada motivasi". Lang et al juga mempunyai pendapat yang sama dengan mengatakan "emosi merupakan motivasi kepada tingkahlaku".
Sebagai contoh yang pernah aku hadapi, ada seorang temanku telah putus cinta dengan bekas teman lelakinya. Perasaan dia sangat tertekan sehingga dia menangis teresk-esak dalam jangka masa yang agak lama. Dia juga sering mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan pada waktu tengah malam sehingga dia terjaga daripada tidurnya. Akibat dari kecelaruan emosi, dia telah menangis dan telah menyebabkan perubahan pada struktur fisiologi badannya. Jika lama kelamaan sekiranya dia tidak dapat mengawal perasaan dengan melepaskan segala takdir, dia berisiko mendapat penyakit yang dikenali "mental disturbance" yakni gangguan mental.
Sungguh dashat perkara tersebut. Emosi benar-benar mempengaruhi kehidupan seseorang. Kesihatan emosi hendaklah sentiasa dipantau agar manusia dapat menjalani hidup dengan tenteram. Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dengan segala tekanan yang mendatang. Kita memerlukan otak yang cerdas ntuk mentafsir dan menguruskan segala permasalahan yang mendatang agar emosi kita sentiasa stabil dan tidak mudah terganggu dengan anasir-anasir yang menjengah dalam kehidupan seharian.
Sebenarnya, dalam mengarang jurnal pertama untuk ZT juga telah menyebabkan pelbagai perubahan emosi. Kerana tidak jelas dalam cara-cara membuat jurnal, pelajar boleh tertekan. Namun tekanan tersebut dapat diatasi dengan mengutarakan persoalan-persoalan yang berkaitan kepada pihak yang benar agar jalan yang lurus dapat ditunjukkkan.
Kita perlulah sentiasa bersikap optimis dalam menghadapi sesuatu perkara agar emosi kita sentiasa terkawal dan sihat dan dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
Dalam meniti alam dewasa, aku masih mengimbau kenangan-kenangan waktu remaja dahulu. Aku mempunyai seorang kawan perempuan, katakan namanya adalah Elisa. Elisa sangat meminati sahabatku yang juga merupakan kawan sekumpulanku yang bernama, katakana namanya adalah Imran. Imran merupakan pelajar terbaik matematik tambahan di sekolahku pada waktu dahulu. Elisa tidak pernah meluahkan rasa hatinya pada Imran, namun dek kerana dia terlalu suka pada Imran , dia terdorong untuk melakukan yang terbaik dalam matematik tambahan. Dan hasilnya, Elisa juga standing dengan Imran dalam matapelajaran matematik tambahan dengan mendapat purata markah yang hamper sama, 90% keatas. Rasa sukanya memotivasikan diri Elisa untuk belajar dengan lebih kuat. Hal ini bertepatan dengan pendapat Lang et al.
Kadang-kadang aku merasakan bahawasanya emosi ini sukar untuk dipersoalkan dan menganggap ia sangat subjektif sehingga tidak dapat ditafsirkan. Aku juga tidak pernah faham tentang emosiku sendiri. Mungkinkah aku mengalami kecelaruan emosi. Aku pun tidak dapat mengenalpasti. Mungkin aku perlu berjumpa dengan yang lebih pakar untuk bertanyakan tentang emosi.
Pada pendapat aku, kehidupan merupakan sesuatu yang beremosi. Tanpa emosi seperti suka, duka derita dan sebagainya, maka hidup ini tiadalah warnanya. Emosi memperindahkan lagi kehidupan dan cara-cara mengatasi emosi  perlu dipelajari kerana kecelaruan emosi yang terlampau boleh membunuh kehidupan seseorang samaada seseorang itu bunuh diri ataupun dirinya mati dalam perasaan sendiri yang mengakibatkan dia berada dalam dunia ciptaan sendiri, tidak dapat membezakan yang mana nyata yang mana halusinasi.
Banyak perkara yang boleh menyebabkan emosi terganggu dan banyak juga perkara yang boleh menyebabkan emosi menjadi semakin energetic dan bersemangat. Perkara-perkara ini perlu dikenalpati agar kita tidak mudah berputus asa dalam menangani emosi sendiri dan sentiasa bersikap optimis dalam kehidupan. Sekiranya seseorang mampu mengawal emosinya dalam menghadapi sesuatu dugaan yang amat teruk dan memandang dugaan itu sebagai sesuatu ujian baginya dan terhadap hikmah disebalik segala sesuatu yang terjadi, dia pasti melihat dunia ini tanpa luka dan pelanginya sentiasa ada dimana-mana.
Dalam kuliah tersebut, aku sangat tertarik dengan hubungkait emosi dan motivasi. Aku sangat teruja dengan kenyataan tersebut. Masih banyak lagi rupanya ilmu yang belum aku dalami. ZT bukanlah sesuatu yang sangat membosankan tetapi dapat membantu aku menambah ilmu pengetahuan. Pada mulanya aku hanya mengeluh apabila disuruh membuat jurnal mengenai pembelajaran pada kuliah pertama. Dan aku merasakan 1000 patah perkataan itu terlampau banyak dan aku tidak mampu untuk menulis sebanyak itu. Tetapi rupa-rupanya sangkaanku itu salah sama sekali. Aku sedang menulis dan aku yakin, dengan beberapa page ini aku mampu mencapai 1000 patah perkataan malah lebih.
Penulisan jurnal ini mengajar aku untuk bersikap berani mencuba dan belajar mengintegrasikan pembelajaran dengan pengalaman-pengalaman yang pernah aku lalui. Dan aku dapat rasakan, pembelajaran kali ini merupakan pembelajaran yang paling menraik kerana aku bagaikan mengerti bagaimana sesuatu perubahan emosi itu dapat dikaitkan dengan perubahan tingkahlaku dan juga fisiologi manusia seperti perubahan pada degupan jantung, suhu badan dan sebagainya.
Dan akhir kata, aku ingin mengucapkan terima kasih pada Dr Zamri kerana sudi mengambil aku dan pelajar-pelajar lain sebagai anak didiknya. Koga Dr Zamri terus tabah dan sabar dalam mendidik dan membimbing kami .
 
A good head and a good heart are always a formidable combination.

No comments:

Post a Comment