Saturday 30 July 2011

Fw: A131850 Nurul Zahirah Binti Zainal LJ01- Pengenalan Emosi



--- On Sat, 7/30/11, yu yu <hillary_13_04@yahoo.com> wrote:

From: yu yu <hillary_13_04@yahoo.com>
Subject: A131850 Nurul Zahirah Binti Zainal LJ01- Pengenalan Emosi
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com, tugasan2253@gmail.com
Date: Saturday, July 30, 2011, 2:55 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Hari ini merupakan hari kedua bagi saya dan rakan-rakan yang lain menghadiri kuliah Pengurusan Emosi , ZT2253. Kuliah ini diadakan di dewan kuliah satu oleh Dr.Azmi.Struktur dan ekspresi emosi merupakan tajuk pertama pada hari ini. Pada pendapat saya, emosi adalah sesuatu yang abstrak, sesuatu yang dikaitkan dengan perasaan. Perasaan seperti gembira, sedih, takut, dan marah yang boleh menyebabkan seseorang itu untuk  bertindak dan melakukan sesuatu.

Setelah kuliah berakhir, saya dapati bahawa esmosi boleh dibahagikan kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku.  Contohnya, saya sering gementar apabila berdepan dengan pensyarah yang dianggap tegas  untuk bertanyakan sesuatu (perasaan) dan saya akan tertanya-tanya samaada soalan saya ini wajar atau tidak untuk ditanya (kognitif). Sebelum tiba waktunya saya bertanya pada pensyarah, hati saya mula berdegup kencang (perubahan fisiology). Semasa berjumpa saya akan menjadi kelam kabut dan lama-kelamaan perasaan gementar dan kelam kabut hilang menjadi tenang ( tingkahlaku).

Kita sering kaitkan emosi dengan perasaan. Padahal emosi memberi  makna lebih luas lagi selain kaitan dengan perasaan. Emosi juga boleh menjadi pendorong kepada seseorang untuk bertindak. Contohnya,saya selalu rindu akan keluarga di kampung kerana saya jarang pulang apabila tibanya waktu hujung minggu. Perasaan rindu ini mendorong saya untuk menelefon ibu bapa saya dan berbual-bual dengan mereka melalui telefon. Namun begitu, tidak semua tindakan berasaskan emosi. Contohnya, menginginkan kehidupan yang mewah dan kejayaan mendorong individu itu untuk berkerja keras. Bagi saya, saya bercita-cita untuk mendapat segulung ijazah dalam bidang perubatan dan menjadi seorang doktor yang berkualiti. Maka mulai sekarang saya perlulah ikhlaskan hati saya dan memahami ilmu yang saya telaah. Saya tidak mahu belajar kerana ingin lulus peperiksaan. Menjadi seorang doktor yang berkualitilah yang mendorong saya untuk menggunakan semua masa yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh.

Menurut Charles Darwin, dalam bukunya, '' The Expression of the Emotions in Man and Animals (1872)'', emosi dapat direfleks melalui air muka. Kita akan tahu sekiranya orang itu tertekan dengan melihat dahinya berkedut , keningnya rapat dan ke bawah serta tiada senyuman di bibirnya. Darwin juga ada menyatakan bahawa emosi melalui riak wajah adalah seragam dan sama bagi seluruh budaya. Hal ini bermakna, ekspresi pada wajah seseorang yang disebabkan emosi adalah semulajadi. Disebabkan emosi itu bersifat semulajadilah yang membuatkan orang itu kadang-kadang tidak boleh mengawal perasaan dan emosinya. Saya mempunyai seorang kawan yang sangat pendiam dan tidak bercerita sekiranya dia mengalami masalah.  Walaupun dia tidak menangis atau menceritakan tentang masalahnya pada saya, saya dapat kesan bahawa dia sedang mengahadapi masalah atau sedih kerana wajahnya yang memberitahu segala-galanya. Hal ini kerana emosi itu bersifat semulajadi. Walau apa cara sekali pun kita cuba untuk sembunyikan perasaan dan emosi kita, tetapi ia nya tidak akan lama malah makin terserlah emosinya.

Para pendokong teori seperi Robert Plutchik, Caroll Izzard, Silvan Tomkins, dan Paul Ekman telah mengemukakan banyak teori. Mereka berpendapat bahawa terdapat emosi-emosi asas pada asalnya dan apabila digabungkan membentuk emosi lain. Namun begitu, setiap pendokong teori memiliki teorinya yang tersendiri. Antaranya, Robert Plutchik yang membahaskan bahawa emosi ini boleh diterangkan dalam bahasa subjektif, bahasa badan dan bahasa fungsi. Bahasa subjektif merupakan perasaan seperti takut, gembira, sedih dan gementar. Bahasa badan pula menerangkan bagaimana seseorang itu respon selepas mengalami perasaan tertentu. Bahasa fungsi pula menunjukkan pada kita bagaimana tindakan seseorang itu membantu dia dalam mengatasi masalahnya itu. Contohnya, sedih (subjektif) akan membawa kepada menangis ( badan) dan pergi mencari seseorang untuk meluahkan perasaan yang menunjukkan keperluan seorang teman ketika kesedihan( fungsi ). Plutchik juga merumuskan terdapat 8 jenis reaksi adaptif asas yang menjadi prototaip kepada semua jenis emosi. Reaksi adaptif ini boleh digabungkan menjadi empat pasangan.  Antaranya pergabungan lawan kepada penolakan, perlindungan lawan kepada kemusnahan, penghasilan semula lawan kepada reintegerasi, dan orientasi lawan kepada penerokaan. Emosi-emosi berlawanan yang utama ialah terima lawan kepada meluat, takut lawan kepada marah, gembira lawan kepada sedih, atau terkejut lawan kepada berharap. Emosi juga boleh berbeza dalam tiga dimensi iaitu, keamatan, kesamaan dan kekutuban. Keamatan merujuk kepada darjah kekuatan emosi seperti dari gembira kepada sedih. Kesamaan pula mengaitkan persamaan maksud antara dua emosi seperti takut dan sedih lebih dekat persamaan definisi berbanding takut dan marah. Kekutuban merujuk pada bertentangan antara dua emosi seperti benci lawannya suka.

Seingat saya, teori maklumbalas yang diterangkan oleh Dr. Azmi dalam kuliah sangat menarik perhatian saya. Baru saya tahu rupa-rupanya, kita akan gembira sekiranya kita senyum. Sebelum ini saya berpendapat, sekiranya kita dalam keadaan gembira, kita akan senyum. Teori ini dijelaskan oleh Tomkins iaitu emosi adalah tingkahlaku berhubung dengan wajah dan emosi itu dapat dilihat melalui ekspresi wajah. Ada beberapa bukti yang menyokong teori maklumbalas wajah ini. Zajonc juga berpendapat bahawa perubahan otot-otot menyebabkan seseorang itu mengalami satu keadaan perasaan yang berkaitan dengan emosi. Hal ini ditambahkan lagi dengan hipotesis dimana reaksi salur darah disebabkan kedudukan otot-otot muka akan membawa kepada perubahan fisiologi tersebut. Contohnya, pergerakan otot-otot muka akan menyekat saluran darah lalu darah tidak dapat mengalir ke otak. Apabila otak kurang menerima bekalan darah, ia akan mengurangkan atau menambahkan suhu pada otak menyebabkan  perubahan fisiologi yang berkaitan dengan emosi akan berlaku seperti gembira atau marah. Namun begitu, ada yang mengatakan bahawa ekspresi muka tidak memberi erti sebenar bagaimana seseorang itu rasa pada waktu itu. Contohnya, kalau kita menangis tidak semestinya kita dalam kesedihan. Menangis mungkin kerana kegembiraan setelah mendapat keputusan yang cemerlang.

Carroll Izard pula berkata peningkatan kerumitan otak dapat dikaitkan dengan peningkatan jumlah emosi dan kerumitan untuk mengekspresi emosi itu. Menurut Izard, emosi itu bersifat semulajadi. Memandangkan emosi itu bersifat semulajadi bagi setiap manusia, maka emosi itu bersifat sejagat dimana ia boleh merentasi budaya. Hal ini dapat dibuktikan dalam new born studies dan cross cultural studies. Dalam new born studies, ekspresi kemarahan dan terkejut dapat dilihat pada usia tiga atau empat bulan, malu dan takut pada usia lima atau enam bulan, berpuas hati pada umur satu tahun dan muka bersalah pada umur dua tahun. Ada seorang lagi ahli teori yang terlibat dalam cross cultural studies dimana dia menyatakan bahawa emosi manusia telah berevolusi sejak zaman dulu lagi. Emosi yang ada nilai adaptif akan terus wujud dan kekal manakala emosi yang bersifat kurang efektif akan lenyap.

Pembelajaran dan pengalaman memain peranan yang sangat penting dalam menzahirkan emosi. Dari segi pembelajaran, semakin kita membesar, semakin banyak pembelajaran yang kita perolehi seperti cara untuk meluahkan perasaan dan bertindak pelbagai keadaan mengikut emosi. Contohnya, seseorang itu akan menangis sekiranya dia sedih. Mungkin seorang lagi akan meluahkan kesedihannya pada temannya yang lain apabila sedih. Emosi yang sama tetapi cara untuk mengekspresnya berbeza.

 Pada pendapat saya ,emosi ini boleh datang disebabkan oleh pelbagai faktor dan boleh menyebabkan kita dapat merasai sesuatu peristiwa yang terjadi dalam hidup kita. Kita seharusnya bijak mengawal emosi dalam sesuatu keadaan supaya kita dapat mengajar diri kita erti kesabaran.  Sekiranya kita gagal untuk mengawal emosi, kemungkinan banyak komplikasi yang akan datang.  Saya ada terbaca satu hadis dimana seorang sahabat datang tergopoh-gopoh menghadap Rasulullah s.a.w untuk meminta nasihat. Lalu nabi s.a.w menjawab . ''La taghdlab'', hindarilah sikap marah (emosi). Nabi s.a.w mengulangi nasihatnya sebanyak 3 kali. Rasulullah s.a.w pernah menunjuk ajar. '"Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wudu untuk bersuci dan lakukan solat sunah dua rakaat''. Bagi saya inilah cara yang terbaik untuk saya mengawal emosi saya.

 

 








No comments:

Post a Comment