Saturday 30 July 2011

Fw: A131844 EMOSI OH EMOSI


----- Forwarded Message -----
From: Sudin Hafiz <sudin_makky@yahoo.com>
To: "ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com" <ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com>; "tugasan2253@gmail.com" <tugasan2253@gmail.com>
Sent: Saturday, July 30, 2011 3:12 AM
Subject:

a131844_mohd hafizuddin bin mohd zayadi

Assalamualaikum w.b.t dan salam perkenalan. Ini merupakan jurnal pertama saya untuk subjek zt2253 pengurusan emosi.
Pertama sekali, saya agak pelik mengapa saya harus mengambil subjek ini. Bagi saya, emosi adalah hak bagi setiap individu. Setiap individu akan mentafsir emosi mereka sendiri. Tapi, selepas menghadiri kuliah yang pertama, baru saya sedar yang emosi dipengaruhi oleh banyak factor. Apabila saya mengimbas kembali memori saya terdahulu, saya merasakan emosi saya agak terganggu oleh beberapa factor contohnya persekitaran, rakan-rakan, keluarga, pelajaran dan stress. Ada kalanya saya dapat mengawal emosi saya, namun saya hanya insan biasa yang lari dari landasan emosi yang stabil. Pada tatkal itulah, saya begitu menghargai peranan subjek ini dalam memperbaiki pengurusan emosi saya. Itu serba sedikit pandangan saya sebelum mengambil subjek ini. Ternyata, subjek pengurusan emosi ini banyak yang saya masih tidak tahu. Pelbagai aspek dalam emosi yang belum saya tahum dan melalui saluran pembelajaran inilah saya dapat memperbaikinya. Diharapkan pada masa yang akan dating saya lebih faham emosi dan cara untuk menguruskannya.

'EMOSI'

Pelbagai persoalan yang timbul dalam diri saya tatkala saya mendengar perkataan ini. Namun perkataan ini ada definisinya yang tersendiri.
Melalui kuliah saya yang pertama, apa yang saya dapat tentang definisi emosi ialah,
 
-Kleinginna & Kleinginna (1981)
'Emotion is a complex set of interactions among subjective and objective factors, mediated by neural hormonal systems'.
Selain itu, terdapat beberapa lagi definisi emosi yang saya dapat melalui capaian laman maya
William James (dalam DR. Nyayu Khodijah) mendefinisikan emosi sebagai keadaan budi rohani yang menampakkan dirinya dengan suatu perubahan yang jelas pada tubuh.
Goleman, 1999 (dalam DR. Nyayu Khodijah) mendefinisikan emosi sebagai suatu keadaan biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak..
Oleh itu, saya dapat konklusikan bahawa emosi manusia merangkumi semua aspek kehidupan seseorang insane tidak kira dari segi mental, fizikal, biological dan sebagainya. Dan emosi itu adalah tafsiran kepada respons aspek dan factor yang mempengaruhinya. Melaui definisi sahaja, saya dapat melihat pelbagai andaian dan sudut pandangan berbeza dari setiap orang. Emosi adalah satu perkataan yang luas spektrumnya dan haruslah dipelajari untuk memahaminya. Oleh iru, subjek pengurusan emosi amatlah sesuai untuk mendedahkan saya tentang emosi itu sendiri.
 
 
 
Sebelum saya meneruskan nukilan saya tentang emosi, saya ingin berkongsi pendapat saya tentang video yang ditunjukkan oleh pensyarah kami pada waktu kuliah berkenaan.

Video pertama

Kisah yang diambil dari korean's got talent
Dalam video berkenaan ditunjukkan impian seorang pemuda yang ingin mencuba nasib memasuki program ini melalui bakat nyanyiannya. Pertama kali melihat pemuda itu, dia kelihatan seperti orang biasa yang tiada apa-apa keistimewaan. Namun bak kata pepatah inggeris, 'don't judge a book by its cover'. Pada mulanya sewaktu ujibakat, dia menceritakan kisah hidupnya. Saya terkesima mendengar kisah hidup dia yang begitu cekal menjalani kehidupan seharian. Bermula pada umur 5 tahun dia berseorangan mengharungi hidup untuk terus hidup di muka bumi ini dengan hanya menjual gula-gula getah. Tiada tempat berteduh dan sebatang kara tanpa tiada tempat bergantung dia cekal meneruskan ranjau kehidupannya. Saya begitu kagum, saya berfikir sejenak, jika saya berada di tempat dia, apakah saya Berjaya mengharungi hidup sdemikian rupa. Dapatkah saya mengawal emosi saya pada umur yang begitu muda.
Dan sekarang dia hanya buruh am. Apabila ditanya pekerjaan itulah jawapannya. Apa yang dia dapat adalah hilai tawa dari penonton. Kisah sejarah yang sadis sahaja tidak cukup. Apabila dia mula bernyanyi tidak salah saya katakana suaranya begitu berkualiti. Dengan nada tinggi yang diambilnya meremang bulu roma saya. Tanpa ada kelas bimbingan vocal, kualiti suaranya begitu baik. Dia menyatakan bahawa dia jantuh cinta pada nyanyian dan dia berasa orang lain ketika dia bernyanyi.
Apabila melihat video ini saya berasa amat sedih dan kagum. Usaha gigihnya patut saya contohi demi menggapai cita-cita. Tiada apa yang dating begolek. Apa yang saya boleh buat ialah…
USAHA!!! USAHA!!! USAHA!!!
Saya ingin berkongsi liri lagu bagi saya cukup bermakna untuk dikongsikan bersama…

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
USAHA TANGGA KEJAYAAN!!!
Berbalik kepada subjek pengurusan emosi tadi, terdapat beberapa elemen didalam subjek ini pada saya baru bagi saya. Terdapat pelbagai teori yang dibentangkan dalam megukuhkan lagi komponen-komponen dalam emosi
Anatara komponennya ialah :-
1.      Perasaan
2.      Proses kognitif
3.      Perubahan fisiologi
4.      Tingkah laku berkaitan

EMOSI DAN MOTIVASI
 
Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan
 
-  Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron & Logan, 1993)
-  Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional (Lang et al,     1992)

Beberapa teori yang dapat saya pelajari melalui kuliah pertama adalah seperti berikut :-
1.      >Darwin's theory of  basic emotion
2.     > Plutchik's primary emotion theory
3.     > Tomkin's facial feedback theory
4.    >  Izard's universal facial expression

Setiap teori yang dibentangkan mempunyai komponen-komponen penting masing-masing. Sesetengah teori yang dibentangkan menarik minata saya. Contohnya,  Tomkin's facial feedback theory.
Teori ini menceritakan emosi kita dapat ditafsirkan oleh air muka "facial expression". Namun pada sesetengah keadaan ekspresi muka seseorang itu tidak menggambarkan emosi sebenarnya. Jadi, air muka hanyalah dapat dijadikan panduan itu berkomunikasi dan melihat emosi individu terbabit.
' Your face doesn't tell you everything, there is something inside that most important to understand.'
Itulah sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat kongsikan daripada kuliah pertama. Sebelum terlupa, saya ingin berkongsi pandangan filem yang baru saya tengok iaitu tolong awek aku Pontianak.

Tolong Awek Aku Pontianak
Berdasarkan tajuk sahaja kita boleh member gambaran emosi yang ingin diketengahkan dalam filem ini. Iaitu emosi sedih, gembira cinta takut dan sebagainya.
Secara logiknya, jika manusia berjumpa dengan hantu, emosi yang menjadi dominan ialah takut. Namun dalam file mini ketakutan hanyalah sementara, namun perasaan cinta antara manusia biasa dan Pontianak mengatasi perasaan takut. Oleh itu, sebenarnya, kita dapat mengawal emosi kita selaggi kita tahu teknik dan cara pengurusannya.
Perasaan cinta yang digambarkan adalah indah namun secara realitinya emosi kita akan sedikit terganggu oleh perasaan ini. Dalam filem ini menggambarkan apabila kita bercinta dan emosi kita stabil kita akan bertindak mengikut perasaan yang dominan. Kita akan melakukan perkara yang kita rasakn betul tanpa menghiraukan cara pengurusan emosi yang betul.
Filem ini juga mengetengahkan elemen komedi, dan dapat mengurangkan tekanan emosi .
Yang penting kita ENJOYZ the movie…
Different person got their different perception…
With light comedies this film good for your emotion…
That's all… wassalam…
 
 
 


No comments:

Post a Comment